Tuesday, March 17, 2015
Saya Mempunyai Kekebalan Di Parlimen, Kenapa Tahan Saya??-Nurul Izzah
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR,
Nurul Izzah Anwar dibebaskan daripada tahanan reman polis pada jam 12.15
tengahari setelah kenyataan beliau diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Dang Wangi.
Nurul Izzah, yang ditahan di lokap
balai polis Jinjang sejak Isnin, berkata tahanan beliau merupakan
penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa. "Ini memang penyalahgunaan kuasa
tidak lain tidak bukan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membenarkan tindakan sedemikian
ke atas parlimen. "Saya mempunyai kekebalan di bawah Perkara 63(2)
Perlembagaan Persekutuan untuk mengetengahkan isu di parlimen. Ini akan menjejaskan
hak-hak ahli parlimen yang lain untuk mengetengahkan isu-isu yang menjejaskan
rakyat," katanya kepada pemberita.
Beliau turut berkata pihaknya akan
mengambil tindakan. "Penyalahgunaan kuasa tidak boleh diteruskan. Lawan
tetap lawan," tambahnya.
Apabilan ditanya pemberita apakah
tindakan susulannya, Nurul Izzah jawab: "Saya suka apabila media suka
meramalkan apa kita akan lakukan selepas ini. Saya akan benarkan anda (media)
untuk terus meramal namun kita akan mengumumkan apa yang kita akan lakukan dalam
masa terdekat," katanya.
Nurul Izzah turut mengucapkan terima
kasih kepada penyokong yang hadir namun beliau menyeru sokongan diberikan
kepada tahanan yang lain seperti aktivis Adam Adli dan Ketua Pemuda DAP Teo Kok
Seong. "Sokongan harus diteruskan kerana ini (penahanan saya) bukan yang
terakhir," tambah Nurul Izzah.
Terdahulu, pihak media dimaklumkan
bahawa pendengaran reman sepatutnya berlangsung pada jam 10 pagi tadi di balai
polis Jinjang. Namun pada jam 9.30 pagi, Nurul Izzah dibawa keluar dari Lokap
Jinjang ke rumahnya di Bukit Segambut untuk mengambil sesuatu berkait siasatan
Akta Hasutan sebelum dibawa ke IPD Dang Wangi untuk mengambil kenyataan. Nurul
Izzah tiba di IPD Dang Wangi pada jam 11.15 pagi.
Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan
Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata Nurul Izzah ditahan di bawah
Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan #KitaLawan
di ibu kota pada 7 Mac lepas. Beliau juga ditahan dan disiasat di bawah akta
sama susulan kenyataan beliau pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang
turut menyentuh sistem kehakiman negara. Nurul Izzah ditahan di Ibu Pejabat
Polis Daerah Dang Wangi pada jam 3.55 petang Isnin.
Monday, March 16, 2015
Mungkin Di Tahan 7 Hari "Nurul Izzah"
KUALA
LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjangkakan anaknya yang juga Ahli
Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mungkin ditahan sehingga tujuh hari
di lokap. Presiden PKR itu mendakwa penahanan Nurul Izzah hanyalah suatu bentuk
intimidasi kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan membantutkan agenda
reformasi di negara ini. nurul wan azizah300“Penahanan kerana kenyataan yang hanya
dibuat beliau di dalam Parlimen dalam kapasiti selaku ahli parlimen yang
dipilih oleh rakyat amatlah dikesali,” katanya dalam satu kenyataan.
Penahanan
ini amat berunsur politik dan Nurul Izzah hanya menjalankan tugasnya sebagai
ahli Parlimen. Wan Azizah yang merupakan ADUN Kajang turut kesal dengan
penahanan reman anaknya.
“Saya
menyeru agar rakyat Malaysia dapat turut serta menyatakan sokongan dan
solidariti untuk Izzah serta rakan-rakan pejuang lain seperti Adam Adli dan
Mandeep Singh yang ditahan di balai polis Jinjang bermula jam 9 malam ini,”
katanya.
Sebelum itu, Izzah telah diminta hadir ke IPD
Dang Wangi susulan perhimpunan #kitalawan yang diadakan setiap minggu. Nurul
Izzah juga telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai ucapannya yang
dikatakan berunsur hasutan Sementara itu anak lelaki dan perempuan Nurul Izzah
tidak dapat menyembunyikan kesedihan di wajah mereka. Raja Safiyah Raja Ahmad
Shahrir, 7 dan Raja Haris Raja Ahmad Shahrir, 6 kelihatan bergenang air mata
sewaktu berjalan keluar dari IPD Dang Wangi.
Nurul
Izzah dibawa keluar dari IPD Dang Wangi pada pukul 6.45 petang dan terus dibawa
ke lokap Jinjang dengan menaiki kereta Estima berwarna gelap.
Solidariti Bersama Nurul Izzah dan "Kita Lawan " Lebih 500 Peserta Hadir
Lebih 500 orang penyokong menyertai nyalaan lilin di luar
balai polis Jinjang malam ini sebagai tanda sokongan mereka kepada Ahli
Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ditahan di lokap balai itu.
Mereka membawa plakad yang bertulis "Bebaskan Nurul Izzah",
"Solidariti Bersama Nurul Izzah" dan "Kita Lawan".
Turut kedengaran ialah laungan kuat "bebas Nurul",
"hidup Nurul" dan "Puteri Reformasi". Presiden PKR, Datuk
Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba pada jam 9.30 malam dan meluahkan perasaan
sedihnya kepada para penyokong yang hadir "Memang sedih anak diperlakukan
sebegitu. Apa salah dia, dia cuma menyuarakan suara hati rakyat.
"Kezaliman tidak akan berkekalan, kita akan kuat dan
bersemangat untuk membela rakyat. "Mungkin malam ini anak saya... tapi
percayalah semangat yang ada pada kita akan lawan kezaliman sehabisnya,"
kata Azizah dalam ucapannya.
Wan Azizah seterusnya membimbing para penyokong melaungkan
"lawan tetap lawan, lawan sampai malam". Adik Nurul Izzah dan anak
perempuan keempat Anwar, Nurul ilham turut hadir.
"Biar mereka menahan satu Nurul tapi mereka kena tahu,
ada empat Nurul akan terus melawan," laung Nurul Ilham, disambut tepukan
para penyokong. Nurul Ilham berkata, penahanan kakaknya membuatnya sedar bahawa
setiap perjuangan mesti ada pengorbanan. Himpunan turut dihiburkan dengan
lagu-lagu gubahan penyanyi muda seperti lagu "suara rakyat",
"asal bukan Umno" dan lagu sindiran terhadap Datuk Seri Najib Abdul
Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua Pemuda DAP,Teo Kok Seong yang dibebaskan semalam dan
turut hadir dalam himpunan malam ini berkata beliau dapat merasai sendiri
perasaan apabila dimasuk dalam lokap. "Kita mahu Nurul dibebaskan
segera," katanya. MP PAS Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap berkata
sebagai ahli Parlimen sepatutnya ada "imuniti" atau kekebalan.
Nurul Izzah Di Tahan Ketika Beri Keterangan. Di mana Keadilan ??
MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
berkata beliau ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat
polis daerah Dang Wangi hari ini.
Nurul Izzah pada asalnya hadir ke
balai berkenaan untuk siasatan berhubung perhimpunan Kita Lawan. Anak sulung
kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengesahkan perkara itu
dalam tulisan di Twitter. Peguamnya, R Sivarasa ketika keluar dari balai
memberitahu pemberita bahawa Nurul Izzah ditahan mengikut Akta Hasutan atas
ucapannya di Parlimen hari Selasa lalu.
"Mereka (polis) masih lagi
dalam proses mendokumentasi. Mereka enggan beritahu jika (Nurul Izzah) akan
ditahan atau tidak.
Dengan sinis, beliau juga berkata kerajaan
sepatutnya terus memansuhkan parlimen sekiranya MP tiada kekebalan.
"Mungkin mereka patut mansuhkan parlimen dan guna rejim autoritarian dan
bukannya demokrasi,” katanya.
Tambahnya, polis turut merakam
kenyataan Nurul Izzah berhubung perhimpunan Kita Lawan. Sementara itu, seorang
lagi MP PKR, N Surendran berkata, polis tidak sepatutnya menyiasat Nurul Izzah.
“Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan memberi kekebalan daripada apa-apa
persidangan mahkamah atas apa sahaja yang dituturkan oleh seseorang MP di Dewan
Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Nurul Izzah tidak sepatutnya
disiasat, melainkan jika beliau menyentuh isu sensitif, katanya. "Tindakan
hanya boleh diambil ke atas MP atas kata-kata yang meliputi Seksyen 3(1)(f)
Akta Hasutan 1948, termasuk soal kerakyatan, kedudukan Raja-Raja, bahasa
kebangsaan atau kedudukan istimewa orang Melayu,” kata peguam itu dalam
kenyataannya.
Siasatan ke atas Nurul Izzah itu dijalankan
susulan laporan polis oleh bekas MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang
mendakwa kritikan ke atas badan kehakiman merupakan kenyataan yang menghina dan
menghasut. Ia berhubung tindakan Nurul Izzah yang membacakan sebahagian
daripada ucapan bapanya, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
persidangan Dewan Rakyat.
Wednesday, March 11, 2015
Sidang parlimen : ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari penjara yang dibacakan oleh YB Nurul Izzah petang tadi
Antara teks ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari penjara yang dibacakan
oleh YB Nurul Izzah petang tadi "Kepada para konspirator, saya ingin
menegaskan bahawa saya tidak pernah
gentar dengan permainan politik kotor, jijik dan amat terkutuk.
Saya
yakin dan percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan politik
murahan yang dicanangkan selama ini untuk memusnahkan karier politik
saya dan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat membebaskan Putrajaya
daripada kebobrokan, kebejatan, kegelojohan dan kerakusan kuasa Barisan
Nasional. Saya boleh dipenjarakan untuk lima tahun lagi. Saya sudah
melalui dua tahun tahanan ISA. Saya sudah melalui ujian fitnah sehingga
merengkok di dalam penjara selama enam tahun. Jika tindakan Barisan
Nasional ini bertujuan untuk melemahkan dokongan rakyat terhadap agenda
reformasi, saya pertegaskan pada hari ini, dalam Dewan yang mulia ini,
kebangkitan rakyat akan merobohkan tembok kepalsuan, fitnah, kezaliman
dan rasuah Kerajaan Barisan Nasional.Saya kini dipenjarakan. Mungkin
ramai lagi rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang akan terhukum. Namun,
saya yakin dan percaya kerakusan kuasa Barisan Nasional ini tidak
mungkin berupaya memadamkan bara, api dan obor perjuangan rakyat."
Subscribe to:
Posts (Atom)






