Thursday, June 13, 2013

Kerajaan Negeri Cadang Tubuh 3 Mahad Tahfiz Sains - Sallehen Mukhyi

Shah Alam : Dalam melahirkan ramai pelajar tahfiz, kerajaan negeri bercadang menubuhkan tiga buah Mahad Tahfiz Sains untuk rakyat negeri Selangor.

 Tuanku DYMMM Sultan Selangor bersama MB dan Exco Selangor
Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa , Sallehen Mukhyi berkata, tujuan utama perancangan menubuhkan Mahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar menghafaz 30 Juzuk Al-Quran  disamping itu  pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi  akademik mereka.

Alhamdulilah sebahagian perancangan tersebut telah berjalan dengan lancar tetapi kita masih mencari tapak lokasi yang sesuai.

Menurut Sallehen, cadangan lokasi untuk membina Mahad Tahfiz dalam peringkat perbincangan dan keputusan mengenainya bergantung kepada kerajaan negeri untuk menentukan lokasi yang sesuai.

Beliau yang merupakan ADUN Sabak Bernam menambah lagi, setakat ini lokasi yang kita nampak Selatan Selangor Sepang dan persekitaran Selayang. Ia bergantung  keputusan kerajaan negeri.

Untuk permulaan ini Institusi Kemahiran Yayasan Selangor   (IKYS) Bagan Terap di jangka dalam tempoh setahun akan menjadi Mahad Tahfiz Sains yang akan menampung seramai 500 pelajar.
Sallehen bersama Pelajar Mahad Tahfiz 

“Insya-Allah apabila (IKYS) bertukar menjadi Mahad Tahfiz Sains saya amat berharap bilangan pelajar akan meningkat 1,000 sehingga 2,000 pelajar. Mungkin mengambil masa selama tiga sehingga empat tahun lagi, dan yang penting mereka mampu menghafaz 30 Juzuk Al-Quran”, ujar Sallehen.

Selain itu, program yang dilaksanakan mampu menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah universiti milik kerajaan negeri dalam menyediakan program-program yang sesuai selepas pelajar berjaya menamatkan pengajian di Mahad Tahfiz Sains.

Jelas Sallehen lagi,  jika pelan tindakan ini berjaya di laksanakan insya-Allah kita dapat menyediakan pelan pendidikan negeri Selangor untuk di kongsikan kepada semua rakyat dinegeri ini, katanya kepada pemberita selepas Majlis menziarahi Makam Diraja Kota Melawati bersama Tuanku DYMMM Sultan Selangor.


Editor : Khaulah Azwar

UMNO & UTUSAN MELOYA KELIRUKAN RAKYAT TURUN HARGA KERETA

SHAH ALAM 14 Jun : Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mendedahkan laporan daripada sebuah Syarikat pembuat kereta telah menafikan laporan Utusan Malaysia pada 9 Jun bahawa harga setengah model kereta mereka telah diturunkan sehingga 11 peratus sebagai melaksanakan manifesto Umno-BN. 
"Laporan akhbar pro-Umno itu  menyatakan 10 model kereta telah turun harga sejak Januari tahun ini, menunjukkan Umno-BN terus mahu memperbodohkan rakyat", kata Nik Nazmi.
Menurut beliau syarikat pembuat kereta Volkswagen Malaysia dan  Peugeot Malaysia telah menafikan bahawa harga kereta mereka diturunkan seperti yang didakwa di dalam laporan Utusan itu.
“Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia disamping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini,” kata Nik Nazmi  dalam sidang media.
Jelas Nik Nazmi lagi, laporan Utusan itu mendakwa 10 model kereta termasuk Volkswagen, Peugeot, Proton dan Perodua telah diturunkan harga sebanyak 11 peratus.
Utusan mendakwa ini adalah bukti perlaksanaan janji manifesto Umno-BN yang diumumkan pilihanraya umum ke-13.
Semakan di laman sesawang Peugeot Malaysia mendapati harga bagi model 308 tidak berubah 15 Februari tahun ini. (http://www.peugeot.com.my/media/deliacms/media/10/1073-da3c60.pdf)
Iaitu RM 99,561.50 sebuah, tanpa insuran, tanpa cukai jalan, tanpa nombor plet dan tanpa fi berkaitan.
Keseluruhannya, harga atas jalanraya bagi kegunaan individu berserta insuran adalah RM 102,888.00, nilai yang sama Utusan dakwa diturunkan Kerajaan Persekutuan Umno-BN.
Percanggahan yang sama juga dikesan semasa menyemak harga bagi kereta Honda Jazz Hybrid. Wartawan kami menghubungi Honda Malaysia yang mengesahkan bahawa harga RM 89,900 itu tidak berubah sejak ia dilancarkan.
Manakala semakan di Volkswagen Malaysia mendapati harga bersih GOLF GTI tetap RM157,888 sebuah. Laman sesawang mereka tidak menyatakan bila laman kali terakhir laman itu dikemaskini.
http://www.volkswagen.com.my/en/models/the-golf/trimlevel-overview.s9_trimlevel_detail.suffix.html/the-golf~2Fthe-golf.html#/tab=9fbdaf5858d6041ddbafd65215e66cc1
Menurut laporan TheMalaysianInsider, laman facebook rasmi bagi Peugeot Malaysia tidak mahu dikaitkan dengan laporan Utusan tersebut.
Manakala laman facebook rasmi Volkswagen Malaysia berkata harga bagi GOLF GTI adalah RM 157,888 sejak ia dilancarkan.
“Laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat,” kata Nik Nazmi.


Menurut Nik Nazmi, apabila Pakatan mula melancarkan kempen #TurunkanHargaKereta, Umno-BN mendakwa bahawa mustahil untuk melaksanakannya.
Umno-BN memberi alasan bahawa ia tidak dapat dilaksanakan kerana mahu melindungi pembuat kereta tempatan di samping kerajaan akan kehilangan hasil.
“Akhirnya, selepas manifesto pilihan raya Pakatan dilancarkan, Umno-BN menyertakan penurunan harga kereta di dalam janji mereka dengan tekad menyemak semula Dasar Automotif Negara untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus,” kata Nik Nazmi.
Beliau berkata, komitmen untuk menurunkan harga kereta oleh Umno-BN dibuat hanya selepas mereka menyedari betapa popularnya kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan.
Namun sehingga ke hari ini kerajaan Umno-BN didakwa gagal mencari mekanisme untuk berbuat demikian tanpa menghapuskan kebergantungan kerajaan terhadap duti eksais.
“Malangnya kerajaan gagal memberikan butir-butir bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan dasar ini tanpa mengurangkan duti eksais.”

Bingkisan Hati Murabbi Sallehen Mukhyi : Ingatlah Anak-anakku Hidup ini Sementara Waktu


Entah mengapa hati jadi sebak setiap kali  melihat foto pimpinan Exco yang merupakan pimpinan PAS. Jiwa  yang ketandusan ilmu, jiwa yang mencari arah hidup sebenar benar-benar tersentuh apabila menerima tazkirah daripada seorang pimpinan yang merupakan murabbi. Hati begitu tersentuh mendengar dan membaca coretan kata-katanya yang akan menjadi tatapan ana dalam mengharungi kehidupan yang banyak ujian dan mehnahnya..

Setiap kali berurusan dengan beliau hati jadi tenang mungkin kata-kata nasihat seorang murabbi yang dianggap seorang ayah. Ya, mungkin ana rindukan kata-kata  nasihat seorang ayah kerana ana telah kehilangan ayah sejak 6 tahun lalu. Bagi sahabat-sahabiah yang mempunyai ayah ibu hargailah mereka selagi mereka hidup di dunia ini.

Y. B Sallehen Mukhyi, Ana  lihat beliau memang seorang yang tawadhuk. Kata-katanya seperti Tok Guru Nik Aziz..Lemah lembut tiap kata dan perbuatannya. Beginilah sikap para alim ulama.  Beliau tidak pernah menghampakan setiap orang yang hadir untuk berurusan dengannya walaupun tidak ada sebarang temujanji. Namun beliau tetap meluangkan masa. Hal ini banyak kali berlaku pada ana yang sememangnya ketika itu secara kebetulan ada urusan di SUK. Di hati ini sentiasa berdoa agar Allah mudahkan urusan untuk bertemu dengan Exco-exco kerana untuk minggu pertama perlantikan ana fikir memang agak sukar untuk bertemu dengan sesiapa..ana serahkan urusan ini pada Allah SWT.

Dan secara tiba-tiba Y.B Sallehen ada depan ana baru selesai mesyuarat Exco nampaknya. Kami bertemu depan Lif. Masya-Allah , terima kasih ya-Allah mendengar rintihan doa hambamu. 

Terseyum Y.B Nampak ana dan sahabat-sahabat suarapakatan..  Alhamdulilah urusan ana dimudahkan untuk bertemu dengannya untuk kerja-kerja yang diamanah setiap kali berada di SUK. Y.B tanya ana.. maaf ana nak tanya ni.. anti ahli PAS ke, kalau ahli tolong sms ana no ahli ya?? ana kalau boleh semua kakitangan yang dibawa masuk pejabat dan berurusan sebagai kakitangan biarlah orang yang fikrah untuk keselamatan.

Ana jawab ya Y.B Ana ahli PAS. 

Ana tabik hormat pada Y.B sebab teringat semasa ana dibawah pengurusan Mantan Exco Agama Datuk Hasan Ali .. penat sungguh nak menasihatkannya.. untuk ambil kakitangan biarlah orang yang fikrah agar kita tidak di sabotaj oleh kakitangan. Dengan sikap degilnya itu akhirnya apa yang ana sangka memang terjadi.  Kesian pun ada tapi apalah gunanya kalau kita kesian dekat orang tapi nasihat kita tak di pedulikan. 

Tahniah Y,B Sallehen..kerana ikut cara yang betul dalam membuat perlantikan kakitangan. 

Pernah sekali pada jumaat lalu ana ke pejabat Exco untuk berurusan dengan rakan media harakah. Beliau menjemput ana dan sahabat suarapakatan untuk bersama di Pejabat JAIS sedangkan kami tidak ada sebarang temujanji dengan beliau. Undangan ini satu penghormatan buat kami tetapi ana rasa terlalu kerdil untuk bersama.  Tetapi tidak sampai hati untuk menolak jemputan tersebut. Entah mengapa hati ana ingin kenali murabbi ini lebih dekat lagi. Satu pertemuan telah diadakan dengan susun atur bersama editor. Kami buat wawacara mengenali hati insan ini lebih dekat lagi. Mengenali diri, keluarga dan perancangan kerja untuk rakyat sebagai Exco Selangor. Alhamdulilah tidak henti ana ucap syukur kepada Allah SWT kerana dimudahkan semua perancangan kerja ini. 

Selepas urusan ana lihat insan ini siap siaga untuk ke Masjid Negeri meraikan Sultan. Ketika itu beliau sempat tegur ana dan tersenyum. Katanya ana nak ke Masjid. Anti nak ikut iring sultan? 

Ana tanya Y.B nak sampaikan tazkirah jumaat ke?? Lantaran itu Y.B Kata Sultan ada lebih baik kita utamakan pimpinan. Kita orang bawah.. terkedu ana mendengar kata-katanya. Ana dan beberapa  orang excord Y.B seiring dalam lif..mati kutu ana nak Tanya soalan tetapi Y.B masih Tanya berbagai soalan pada ana.  

Lagi satu, masa anti di bawah pengurusan Datuk Hasan, bulan ramadhan majlis ilmu buat di mana??. Ana ingin perbincangan yang lebih.Moga kita dapat kerjasama untuk imarah majlis Ilmu.. 

Sudah pasti Y.B .. ana akan bantu mana termampu untuk imarah bulan ramadhan nanti. Tabik hormat sekali lagi untuk Y.B kerana sikapnya yang suka berkongsi pendapat. Tidak mengenepikan orang lain. 

Memang benar kata Sahabat Editor Suarapakatan, daripada zaman kami muda sikapnya tak pernah berubah. Beliau orang yang sangat rendah hati, mudah berurusan dan tidak menghampakan orang lain. Kini beliau telah diangkat menjadi pimpinan Exco bagi kerusi PAS. Sedikit sebanyak ana begitu teruja dengan murabbi ini. Moga sikap rendah hati terus di kekalkan dalam jiwa murabbi ini.


Semalam, Imam Masjid Taman Amaniah SMS ana, " Anti mudah  ke urusan dengan Utz Sallehen??". 
ana jawab setakat ini memang mudah alhamdulilah. 

Imam : Erm, tolong ana jemput Utz Sallehen sebagai Imam solat jumaat. Rindukan ilmunya. Untung orang yang dekati dan amalkan ilmunya. 

ana : wah.. ramai sangat yang kata begitu tentang utz Sallehen. Tentu hebat Utz ni. Sememangnya ana tidak berkesempatan mendengar tazkirah dalam majlis ilmunya. 

Sure utz, boleh tapi tolong buat surat formal jemputan exco agama ya. insya-Allah ana tolong sampaikan. Interested betul ana ingin mendengar kuliah Utz Sallehen.. sebab posting ana dalam fb telah ramai yang respond positif..ramai yang cakap rindukan tazkirah dan kuliah utz.. harap ana diberi kesempatan mendengar kuliahnya. 


Maka dengan itu, sedikit kata nasihatnya untuk kita kongsi bersama untuk muhasabah diri.. renungilah teman..  

Wahai Anak-anakku, andai hidup ini akan berakhir dengan PANGKAT, JAWATAN dan KEDUDUKAN, bolehlah kamu FITNAH orang lain dengan Liwat, Zina dan sebagainya. Bahkan kamu boleh menggunakan kecanggihan dunia hari ini dengan buatkan video seks lantas kamu mengatakan itu adalah orang yang kamu akan jatuhkan kredibiliti dengan niat memalukan mereka lalu kamu sebarkan dan suruh orang lain menonton video tersebut. Namun anak-anakku, kita semua akan dimatikan oleh Allah, kita akan dibangkitkan semula setelah dari mati dan destinasi terakhir kita sama ada syurga atau neraka.

Justeru, andai kamu punya PANGKAT, JAWATAN dan KEDUDUKAN, semua itu bukalah Tasyrif (Kemuliaan) tetapi adalah Taklif (Tanggungjawab). Kita akan ditanya oleh Allah. mungkin selamat mungkin tidak. Oleh itu anak-anakku, belajarlah untuk menghormati sesama insan. Dahulukanlah kemaafan dan kasih sayang, sayangilah para Alim Ulama, ciumlah tangan mereka, jangan dihina mereka. Semakin tinggi jawatan kamu, semakin merendah di hadapan Allah dan orang yang beriman. Moga kalian semua akan menjadi pemimpin yang baik.

Wahai Anak-anakku, moga satu hari nanti kamu semua akan menjadi pemimpin yang, baik, yang amanah, tidak sombong dan sentiasa mencari Keredhaan dan Keberkatan Allah dalam tiap urusan. Ketahuilah anak-anakku bahawa kehidupan ini sementara jua. Bersegeralah mohon kemaafan andai ada melakukan kesalahan sesama manusia, sebelum nyawa dicabut. Peganglah sungguh-sungguh peradaban insaniah, jauhilah fitnah, kata nista, adu domba, kata-kata lucah dan segala amalan yang mendatangkan murka Allah. Sentiasalah bersama para Alim Ulama, jangan hina dan caci mereka sebaliknya kasihilah mereka, terimalah teguran mereka dan kasihilah kedua ibubapa kalian, doakan dan bacakan Al-Fatihah buat mereka.

Anak-anak ku, Tiap-tiap ayat ayat Al-Quran yang keluar dari mulutmu seawal waktu subuh serta mengakhiri kehidupan malam, pastinya akan menjadikan mata dan hati ibubapamu sejuk. Anak-anakku, biarlah sekalipun kita miskin harta namun jangan sekali kita miskin hati budi dan akal, bair sekalipun kita terpaksa menahan kelaparan namun kita punya kesabaran dan ketenangan. Jadilah anak yang baik, moga Allah Rahmati hidup kita. Alfatihah buat ibubapa kita sama ada yang masih hidup atau yang telah pergi mengadap sang Pencipta.


Suara Editor : Terima kasih Ya-Allah kerana temukan hambamu dengan orang yang solih dalam memperbaiki diri dan iman.  


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI