Saturday, October 10, 2009

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat DUN Gombak Setia


DSC_407410hb Oktober, 2009 – Pusat Khidmat DUN Gombak Setia dengan kerjasama DMP Kawasan Gombak telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama Rakyat tidak kira bangsa dan agama bagi meraikan semua rakyat samada tua dan muda.

Majlis ini yang telah bermula daripada 11 :00 pagi sehingga 4:00 ptg telah mendapat sambutan dan sokongan sepenuhnya oleh semua rakyat yang amat baik sekali dengan kehadiran yang telah mencapai tahap yang tidak didugai kerana inilah julung kalinya Pusat Khidmat di Negeri Selangor inilah (GOMBAK) salah satunya telah diadakan majlis yang amat meriah dan didatangi oleh berbagai kaum dengan kehadiran terlalu ramai. Disamping itu juga berbagai Badan NGO, VIP, Nisa’ Gombak, Ahli Majlis MPS dan berbagai pertubuhan turut bersama menghadirkan diri bagi menjayakan Jamua Hari Raya Aidilfitri.

YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali telah memaklumkan kepada semua warga penduduk Gombak Setia bahawa Pusat Khidmat DUN Gombak Setia telah berpindah dan beroperasi disini hampir 3 bulan dan sangat dialukan kepada semua warga Gombak untuk menggunakan Pusat Khidmat ini dengan sebaiknya jika ingin meminta bantuan dan lain-lain urusan boleh berhubung terus dengan Pusat Khidmat. Insya-ALLAH segala masaalah akan diatasi dengan sebaiknya dengan kerjasam semua pihak.

YB Dato’ bersama kakitangan Pusat Khidmat dan DMP Kaw. Gombak mengucap jutaan ribuan terima kasih kepada semua rakyat atas sokongan diberi, semua Cawangan-cawangan, DUN, dan Parlimen Gombak, serta semua kakitangan Syabas, Alam Flora, TNB dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana bertungkus lumus memberikan sumbangan tenaga, fikiran dan lain-lain. Semoga majlis ini mendapat keberkatan oleh ALLAH swt seperti yang dikehendaki dan semoga tahun hadapan majlis ini akan diraikan lagi untuk bersama rakyat, insya-ALLAH.

KOLEKSI FOTO AIDILFITRI PUSAT KHIDMAT DUN GOMBAK SETIA DENGAN KERJASAMA DMP KAWASAN GOMBAK

prepareIMG0783A

Kakitangan Pusat Khidmat merupakan Hardcore yang bertungkus lumus memerahkan tenaga dan fikiran bagi membuat persiapan tempat dan lain-lain pengurusan.

DSC_0009

DSC_0002

Sumbangan Duit Raya kepada si comel dan tersenyum riang 3 kakitangan Pusat Khidmat apabila melihat majlis berjalan dengan baik sekali. alhamdulilah…

IMG0846AIMG0858A

Pemuda PAS Kaw. Gombak dan Nisa’ Gombak yang turut bersama memberi sumbangan tenaga sebagai AJK Makanan.

IMG0859AIMG0865A

Hai.. kusyuknya dia membuat air cendol.. sambil mendengar DJ program yang sangat mengalukan kedatangan semua rakyat..

IMG0880ADSC_0023

Mesra Rakyat yg tua dihormati yang muda dikasihi, itulah sifat yang ada kepada Yb Dato’.

DSC_0013DSC_0017
Walaupun sibuk menjadi jurufoto dan multimedia sempat lagi Rakyat membuat aduan kepada kakitangan Pusat Khidmat (Che Sue) dan salam dihulur buat YB Dato’..

DSC_0032DSC_0034

Tidak kira bangsa dan agama kemesraan tetap diberi kepada semua rakyat. Dan yang tidak upaya akan dipapah untuk menuju meja makan.

DSC_0049DSC_0055
Melayani kerenah anak-anak amat disukai oleh YB Dato’..

DSC_0005DSC_0076

Duit Raya diberi kepada semua anak-anak untuk menghiburkan hati si kecil dan si comel.

DSC_3994DSC_4113

Kehadiran rakyat tidak kira bangsa dan agama muda / tua turut memberi sokongan kepada pimpinan yang dibawa oleh YB Dato’ dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Exco/Adun Gombak Setia walaupun sering diuji dalam menjalankan tangungjawabya sebgai pimpinan.

DSC_0120DSC_4146

Kemesraan YB Dato’ bersama Isteri yang dikasihi yang sentiasa menjadi tulang belakang perjuangan. Turut bersama menyokong perjuangan YB Dato’ saf pimpinan DMP, DMPP, Unit Amal, Nisa’ Kaw Gombak.

DSC_4143DSC_4121

Kenangan YB Dato’ bersama YB Saudara Azmin Ali, YB Saudara Shaari Sungip dan beberapa orang AJK Kaw Gombak.

IMG0870AIMG0875A

Kehadiran rakyat yang tidak putus – putus hadir ke Majlis Hari Raya Aidilfitri.

IMG0841AIMG0851A

Kakitangan Multimedia, Web Blog Master DUN Gombak Setia yang bertungkus lumus memastikan segala gerak kerja multimedia berjalan dengan baik. TAHNIAH DAN SYABAS…

IMG0884AIMG0861A

TERIMA KASIH BUAT SEMUA KAKITANGAN ALAM FLORA, SYABAS, TNB dan semua PAS Caw, DUN, Kaw, UnitAmal, Nisa’ Gombak, Ahli Majlis MPS JKP Zon 11 dan lain-lain yang terlibat secara langsung/ tidak bagi menjayakan program ini.. Ya-ALLAH Barakatilah..

Editor: Khaulah Azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI