Thursday, December 2, 2010

Jom ..Bongkar...Penantian 17thn janji UMNO/BN bagaikan 1 penyeksaan



Ulu Yam, Bt Caves – Tahun berganti tahun, hari berganti hari harapan tinggal hanya harapan dan janji yang diberi oleh Kerajaan Pusat (UMNO/BN) masih banyak belum tertunai lagi kepada warga orang asal disini.

Tinjauan yang dilakukan oleh krew TVSEL di kawasan perkampungan orang asal disini petang semalam untuk mendengar rintihan penduduk perkampungan orang asal Ulu Yam Batu.

Ketibaan krew TVSEL bersama beberapa orang wartawan akhbar lain disambut beberapa orang asal disitu dengan penuh kegembiraan apabila melihat kehadiran orang luar di kawasan perkampungan ini.

Namun kegembiraan ini bertukar menjadi hiba apabila melihat kedhaifan yang berlaku keatas orang asal disini.

Walaupun pembangunan di Malaysia semakin berkemajuan namun taraf kehidupan kawasan orang asal boleh dikatakan masih banyak ketinggalan. Begitu juga pendapatan yang diperolehi oleh warga orang asal disini dalam taraf fakir miskin. Rata-rata penduduk disitu hanya memperolehi pendapatan sekadar RM200 sebulan hasil daripada mencari rezeki dikawasan perhutanan dan buruan. Begitu juga pelajaran anak-anak masih banyak ketinggalan jauh kerana masih ramai belum bersekolah lagi.

Ramli Daud berusia 24thn telah berkahwin mempunyai cahaya mata seramai 3 orang anak. Beliau yang hanya bekerja dengan memburu di kawasan perhutanan dan memungut kayu kayan untuk dijual di luar kawasan tersebut. Ramli juga pernah meminta pekerjaan diluar namun dengan tidak berapa faham tutur bicara, untuk membaca dan mengira membuatkan beliau tidak mendapat pekerjaan diluar. Namun baginya hidup ini perlu diteruskan untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya.

Katanya, “saya sudah duduk dikawasan ini selama 14thn dan melihat keadaan disini masih tiada perubahan yang dijanjikan oleh Kerajaan UMNO/BN apabila mereka datang disini untuk membantu kami disini. Apabila tibanya pilihan raya mereka memberi berbagai perjanjian tetapi janji hanya tinggal janji. Bekalan Elektrik yang dijanjikan oleh pihak UMNO/BN dan MIC yang datang ke kawasan ini masih tidak tertunai lagi”.

Ini amat menyukarkan kami lebih-lebih lagi waktu malam. Kami penduduk disekitar ini hanya menggunakan pelita. Minyak tanah begitu sukar untuk kami perolehi. Untuk dapat minyak tanah kami terpaksa keluar kawasan daripada sini dengan jarak 13 kilometer. Kadangkala apabila keluar bekalan minyak tanah di kedai pula habis. Situasi ini benar-benar menjadi tekanan pada kami disini dengan bekalan elektri yang tidak disediakan lagi. Nasib baik bekalan air ada dengan menggunakan air bukit kalau tidak menjadi kesulitan pada kami disini lebih-lebih lagi untuk menguruskan anak-anak kecil ujarnya.

Katanya lagi , tidak semua penduduk disini mempunyai kenderaan untuk keluar kerana ekonomi kami yang tidak menggalakkan. Dengan kesulitan ini kami amat berharap pihak kerajaan Pusat (UMNO/BN) dan MIC yang banyak menabur janji tunaikan janji tersebut jangan apabila tiba pilihanraya baru hendak beri macam-macam yang tidak nampak hasilnya lagi. Kami rasa muak dengan janji diberikan oleh Kerajaan (UMNO/BN).

Sepatutnya Kerajaan Pusat (UMNO/BN) harus fikir masaalah dan penderitaan yang kami hadapi ini setelah bertahun-tahun kami tanggung, katanya.

Sementara itu, Mat Deli B. Moh sebagai Tok Batin disitu yang telah berkhidmat selama 5thn melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan segala perjanjian kosong yang diberikan oleh Kerajaan Pusat (UMNO/BN). “Berbagai janji yang mereka berikan untuk mengkaburi mata kami warga asal disini sehingga kami percaya dengan penuh harapan agar janji tersebut menjadi kenyataan. Namun ianya semua tinggal harapan sahaja", katanya.

Menurutnya lagi bukan pihak kami dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) tidak mengambil tindakan. Berbagai pertemuan telah diadakan melalui mesyuarat bersama kerajaan namun mereka hanya menyatakan “hasrat tersebut akan ditunaikan juga suatu hari nanti kerana kerja pemasangan elektrik sukar dikawasan ini kerana jauh daripada kawasan luar. Kami tidak tahu mengenai hal ini kerana kami tidak berpelajaran tinggi untuk mengetahui urusan ini”.

Kini sudah 17 thn berlalu namun tiada perubahan yag dibawa oleh Kerajaan UMNO/BN untuk penduduk disini mengecapi nikmat tersebut.

Selain daripada itu, infrastruktur juga tidak dinaiktaraf. Jalanraya ini merupakan laluan utama kepada penduduk disini. Kerap juga berlaku kemalangan apabila penduduk disini melalui jalan tersebut. Yang merisaukan kami anak-anak kecil yang kerap bermain diluar rumah bimbang akan memberi kecedaraan pada mereka, katanya.

Katanya lagi “Jumlah penduduk adalah seramai 140 orang dengan mempunyai 26 buah ahli keluarga yang telah menetap disini. 23 buah ahli keluarga terdiri daripada bergama islam dan 3 buah keluarg lagi masih tiada pegangan agama. Disini hanya 6 orang anak sahaja yang bersekolah di peringkat Sekolah Menengah Kg Sg Tua. Selainnya masih belum bersekolah kerana tidak berkemampuan untuk memberi pelajaran pada anak-anak mereka”.

Dahulu rumah penduduk disini adalah keadaan buluh dan sangat Dhaif. Alhamdulilah Kerajaan Negeri Selangor telah membantu memberi peruntukkan kepada (JHEOA) untuk membina rumah bagi warga orang asal.

Mengenai peruntukkan yang diwawarkan oleh Kerajaan Pusat dalam pembentangan budget baru –baru ini menyatakan Tok Batin Orang Asal akan menerima kenaikan gaji RM500 sebulan. Hal ini beliau menyatakan masih belum terima sebarang maklumat samada betul atau tidak kenyataan tersebut. Kami diperingkat Tok Batin dan JHEOA akan menanti adakah benar atau tidak kenyataan tersebut. Saya harap agar ianya tidak hanya percakapan kosong untuk mengkaburi mata dan mempersendakan perasaan kami sebagai warga asal dengan memberi harapan yang tinggi pada kami lagi tanpa menunaikannya, katanya.

Baru-baru ini rombongan daripada wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Y.B Amiruddin Shari bersama isterinya Pn. Masdiana, PAS DUN Batu Caves, JKK Kg Sg Tua, IKRAM, Pekawanis (PKW), AJK Masjid Sg Tua ada memberi bantuan dan menyampaikan daging qorban kepada warga orang asal sempena raya qorban baru-batu ni. Selain daripada itu barang keperluan dapur dan risalah akhbar juga diberi.

“Kami rasa terharu dengan pemberian yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sedikit sebanyak meringankan bebanan kami disini. Alhamdulilah dengan kunjungan mereka sedikit sebanyak kami terhibur dan rasa beban kami juga kurang kerana diberikan bantuan makanan dan barang keperluan dapur.

Besar harapan kami agar pihak kerajaan negeri akan turun padang untuk melihat kedhaifan kami dikawasan perkampungan orang asli disini dengan memberi berbagai maklumat untuk kerjaan Negeri Selangor agar kami tidak ketinggalan terlalu jauh, katanya.

Sementara itu Y.B Amirrudin bersama isterinya mengatakan insya-ALLAH dalam masa akan datang kami akan menziarahi dan mengadakan program disini bagi membantu orang asal disini. Dari sudut kebersihan disini juga terabai ini akan memberi kemudaratan kesihatan pada mereka juga.

Kami benar-benar rasa prihatin dengan kesusahan mereka alami. Disamping itu insya-allah akan diberikan berbagai maklumat pentadbiran kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor, dan hak orang asli yang bermastautin di negeri selangor, katanya.

Editor :Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI