Thursday, August 5, 2010

Selepas Abdullah, Najib pula sasaran Mahathir

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Bukan sahaja tidak bersetuju dengan dasar Islam Hadhari Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak senang dengan dasar 1 Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Razak.

"Saya pun masih confused tentang 1 Malaysia," kata Tun Dr Mahathir dalam satu pertemuannya dengan Siasah di pejabat beliau yang terletak di Manara Berkembar Petronas baru-baru ini.

Demikian lapor akhbar politik Siasah dalam keluaran terbarunya yang akan berada di pasaran mulai Jumaat esok. Siasah menjadikan berita ini di muka depannya.

Dalam wawancara itu juga, Mahathir berkata, dia juga tidak bersetuju dengan Islam Hadhari yang dibawa oleh Abdullah.

Bagi beliau, Islam ini satu sahaja iaitu yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w.

Dalam wawancara itu, Mahathir juga memberikan pandangannya tentang cadangan perpaduan antara Umno dan PAS.

Ikuti wawancara penuh itu dalam Siasah Jumaat ini.

PKM DUN Gombak Setia Bantu Masjid dan Surau Membuat Persiapan Ketibaan Ramadhan

Gombak – Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang hampir tiba, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia telah menyediakan peruntukan sebanyak RM30,000 untuk 8 buah masjid dan 43 buah surau yang telah diadakan di Masjid Zakaria Bt. 8 baru-baru ini.

Tujuan sumbangan peruntukkan tersebut adalah bagi membantu membuat persiapan menyediakan berbagai aktiviti dengan menjemput penceramah-penceramah yang bertauliah dan menyediakan moreh untuk semua ahli qariah di kawasan daerah Gombak Setia.

Majlis sumbangan tersebut telah sempurnakan oleh Y.B Dato; Dr Hasan B. Mohamed Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Y.B Dato’ Dr Hasan berkata, “Saya amat berharap kepada semua Pengerusi Masjid dan Surau dapat memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Rumah-rumah ALLAH harus dihidupkan dengan mengadakan berbagai aktiviti.

Aktiviti tersebut harus dijalankan setiap hari bukan sahaja pada bulan Ramadhan. Majlis-majlis ilmu harus dihidupkan agar qariah yang hadir tidak merasa jiwanya kosong apabila hadir ke masjid. Ketibaan bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini haruslah diadakan dengan Qiammulail secara berjemaah, Tadarus Al-Quran dan sebagainya.

Begitu juga dalam membuat persediaan mohreh, bukan sahaja diberi kepada orang ISLAM tetapi berilah kepada non muslim juga agar hati mereka mendekati ISLAM yang syumul. Saya yakin apabila kita mendekati non muslim dengan sebaiknya insya-ALLAH hati mereka akan terdetik untuk mendalami ISLAM. Sebarkanlah dakwah ini dengan berbagai cara insya-ALLAH dengan usaha yang murni diiringi dengan doa semoga Hidayah ALLAH diberi kepada mereka untuk memasuki ISLAM”, katanya.

Beliau juga menegaskan kepada semua masjid dan surau agar sempena bulan ramadhan tidak seharusnya rumah-rumah ALLAH di tutup selepas solat terawih tetapi harus dibuka dan dibenarkan menggunakannya untuk semua ahli qariah yang hadir agar mereka dapat iktikaf dalam masjid.

Contohilah zaman nabi saw dan beberapa tempat di Mesir, Jordan, Mekah, lihatlah betapa rumah-rumah ALLAH ini dihidupkan dengan bacaan Al-Quran , dan pengunjung yang hadir sentiasa beriktikaf dalam masjid. Oleh itu saya amat berharap agar ketibaan bulan ramadhan seluruh masjid dan surau di Malaysia ini dapat dihidupkan dengan baik bertepatan dengan slogan “Masjid Sebagai Wahana Tranformasi Masyarakat”.

Ini menggambarkan Masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah, solat waktu, solat Jumaat dan kuliah-kuliah tetapi mampu menampung berbagai program yang berkait langsung dengan kehidupan anggota masyarakat, katanya.




Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI