Tuesday, August 4, 2009

Polis 'berlebihan' tembak gas, air

Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air "berlebihan
sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di
kawasan berdekatan" perhimpunan besar membantah akta ISA
pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(Suhakam) hari ini.

Suruhanjaya itu juga mempertikaikan tindakan polis menangkap,
menggari dan mereman kanak-kanak bersama penentang dewasa
akta kontroversi tersebut kerana ia bercanggah dengan Akta
Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak.

Kenyataan bersama lima pesuruhjaya Suhakam, badan itu juga
menggesa kerajaan memansuhkan ISA seperti syor yang dibuatnya
sejak 2003 kerana tahanan tanpa perbicaraan bercanggah dengan hak
asasi.

"Suhakam ingin mengulangi pendiriannya bahawa ISA mesti
dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru yang lengkap
yang menyeimbangkan keselamatan negara dan juga hak-hak asasi
sebagai Akta Anti-Keganasan bagi menangani kegiatan terorisme dan
tindakan ganas terhadap massa, " kata naib pengerusinya Tan Sri
Simon Sipaun.

Kenyataan itu turut ditandatangani oleh empat lagi pengerusi
jawatankuasa kecil Suhakam: Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk
Choo Siew Kioh, Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Denison Jayasoor


ISA KEJAM, HANCUR2 HANCUR BN,

Perjuangan tidak lepas daripada UJIAN,
Tp itu adalah adalah asam dalam perjuangan
Dlm menegakkan kalimah ALLAH,
Bersatu menegakkan Jemaah,
Wahai kaum muslim jgn
Takut dan gentar marilah bersama bersatukan tenaga
Hati utk menegakkan yg hak
membenteraskan segala kemungakaran,
Ayuh susunkan SAF membeteras kemungkaran
dan kezaliman...TAKBIR... ALLAHHUAKHBAR!!

Pemuda PAS siasat isu remaja diperalat

Abdul Rahim Sabri
Ogos 4, 09Edit
6:42pm

Pemuda PAS akan menyiasat dakwaan seorang anak seorang pemandu lori diperalatkan untuk menyertai demonstrasi membantah akta ISA, Sabtu lalu, dengan memberinya "baju merah untuk menjaga keselamatan peserta perhimpunan".

"Kami akan siasat perkara ini berhubung dakwaan seorang bapa itu. Kita tak paksa orang menganggotai Unit Amal.

"Kita akan siasat dengan Pemuda Pulau Pinang untuk dapatkan maklumat lanjut," katanya setiausaha dewan itu Kamaruzaman Mohamad.

Kamaruzaman, yang juga timbalan pengerusi sekretariat himpunan tersebut, berkata keahlian Unit Amal disertai sukarela, termasuk penyertaan dalam demonstrasi 1 Ogos lepas.

Mengakui unit tersebut turut disertai remaja dan juga anggota dewasa, beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan dakwaan pemandu lori Abdul Aziz Ibrahim dan pembabitan anaknya Muhamad Azreen, 15.

"Kita tidak paksa mereka untuk hadir ke perhimpunan, kita hanya menggalak sesiapa yang bersetuju untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Kalau betul (ahli) Unit Amal (terlibat), kita akan keluarkan kenyataan," kata Kamaruzaman kepada
Malaysiakini ketika diminta mengulas dakwaan Abdul Aziz dan anaknya itu.

Agensi beritaBernama tidak menyebut unit tersebut dan parti pembangkang yang dimaksudkan tetapi Abdul Aziz dipercayai merujuk Unit Amal PAS yang memakai baju merah pada hari demonstrasi baru-baru ini.

Pemandu itu dilaporkan berkata anaknya cedera di bahagian mata kanan dan mulut tetapi penganjur "bersikap lepas tangan selepas kejadian itu."

Muhamad Azreen dilaporkan dihantar pulang ke rumahnya di Permatang Rawa, pagi Ahad lepas.

Kamaruzaman mengakui terdapat dua lelaki dewasa yang menganggotai Unit Amal PAS Pulau Pinang terlibat dengan kemalangan di Bukit Beruntung – dilaporkan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menyertai demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau bagaimanapun tiada maklumat tentang 18 lagi anggota rombongan itu termasuk Muhamad Azreen, yang dilaporkan menaiki sebuah bas, yang dirawat sebagai pesakit luar.

Sehubungan itu, selepas berakhir demonstrasi itu kira-kira 4 petang, beliau bersama Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menziarahi kedua-dua lelaki dewasa itu di hospital berkenaan.

Tambahnya, seorang daripada dua lelaki itu mengalami kecederaan belakang yang serius dan memerlukan pembedahan.

"Kita telah membuat tabung untuk membantu dua ahli Unit Amal tersebut. Kita jumpa doktor yang merawat, dan beri jaminan akan ditanggung bersama PAS," kata Kamaruzaman lagi.

Menurutnya lagi, beliau tidak dapat memastikan kecederaan yang dialami oleh seorang lagi mangsa kerana sedang tidur.

"Kita akan urus dengan Pemuda Pulau Pinang," katanya, sambil menambah kedua-dua lelaki tersebut tidak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) - seperti dilaporkan - sewaktu kunjungannya.

p/s: Khaulah Azwar said : Nampaknya pihak Media & BN bersetongkol utk mengambil kesempatan dgn mengadakan tuntutan ganti rugi kpd penganjur GMI, kalau pihak polis FRU tidak buat kacau pasti tidak berlaku kacau bilau dlm himpunan ini.. Sepatutnya rakyat yg meniaga kena peka, kenapa bimpunan ini dibuat cuba bayangkan kalau isteri, anak, suami mereka yg kena merengkok dlm tahan ISA tanpa disiasat 9thn.. apa perasaan mereka??atau ALLAH bagi hati perassaan pd mereka sudah mati? kepada pihak BN dan polis jgn main bara lebih2 sgt..hukum ALLAH pasti akan berlaku.. ALLAH bersama org2 yang teranaya..Cuba kita bayangkan ada ke org yg meniaga boleh dpt keuntungan 1 hari RM700 yg jual kuih & minuman, yg pakaian dll pula RM70, 000.. masya-allah jgn ambil kesempatan apa yg berlaku, setitis duit yg dituntut utk kegunaan kepentingan diri sendiri akan menjadi darah daging kita yg pasti akan diperjwb di alam barzakh.carilah rezeki dgn cara yg halal dan jln yg betul.Duit blh dicari tp seksa alam kubur bagaimana???????? ALLAH bg kita fikiran utk berfikir secara waras bukan mengikut kata hati..rugi dunia blh dicari ttp kalau rugi tiba di alam barzakh bagaimana?? Sepatutnya org2 yg meniaga ni kena buat tuntutan ganti rugi pd Pihak BN, mereka hyg kena bertanggungjwb segala kerugian, kalau depa x buat serangan BODOH mcm ni, tak berlaku apa2 pun..kami hanya buat himpunan utk serahkan memorandum tak buat kacau pd masyarakat, tapi kami dikacau oleh mereka..Cuba buka Minda, pk betui2...


PIHAK BN jgn ingat rakyat bersetuju dgn apa kalilan lakukan.. pastinya rakyat semakin meloya mendegar berita2 yg tidak munasabah... Kenapa keluarkan fakta yg tidak munasabah, nak buat himpunan dekat Bangunan SUK, dah tentu bangunan itu tidak terbuka kepada masyarakat dan tentu bangunan itu milik Kerajaan Negeri (PAS & PKR) buat apa nak buat disitu... Ada otak guna sebaiknya wahai PM & Puak UMNO... Minta maaf bnyk2 meluahkan segala kesalan & geram dlm blog ni.. kesabaran kita ada batasannya, kami tidak ada media, tidak ada TV yg boleh diucapkan utk buka mata rakayt yg tak tahu apa sebenarnya berlaku..Lain le BN yg tlh guna kuasa dgn menyebarkan kata2 yg tidak ada kebenaran membuat org tertipu dgn kata2 mereka.. hrp dgn sedia kecanggihan internet dan blog ni mampu membuka minda kita semua.. dan semoga kita sebarkan dan bercerita pd anak2, suami, isteri ibu bapa kita apa yg sebenar berlaku.. jgn mereka diperbodohkan oleh pihak BN ...sebarkan.... ITTAQUALLAH..

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI