Wednesday, April 27, 2011

Simpati ADUN Gombak keatas Mangsa Kemalangan Jalanraya "Abraman Abdullah"


Gombak - Seorang penduduk disini En. Abdu Rrahman Abdullah, 51thn telah menerima lawatan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia merangkap Dato' Pesuruhanjaya PAS Negeri Selangor Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bersama Nazir Masjid Ar-Rahimah Tn Hj Abd Rahman Sattam, Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, En Omar Satari, Bendahari PKM DUN Gombak Setia, En. Azali Mohd, Ketua PAS Cawangan Tmn Gombak, Ustaz Najhan Abd Halim, Ahmad Junaidi Tajuddin, Setiausaha PAS Cawangan Tmn Gombak dan beberapa orang penduduk petang semalam.

Abdu Rrahman yang telah ditimpa musibah baru-baru ini di lebuhraya Utara Selatan, KL-Seremban bersama 4 orang sahabat-sahabatnya atas urusan kerja ketika itu telah dilanggar sebuah kereta wira. Kemalangan yang dialaminya telah membuatkan dirinya mengalami keretakan kepala tulang belakang yang memerlukan rawatan selama 3 bulan.

Isterinya Nortarwati Abdullah, 43thn berkata, " Suami saya bekerja sebagai pemandu Towing Track.

Ketika kejadian beliau telah menerima panggilan daripada Hospital menyatakan suaminya mengalami kemalangan yang teruk. Sahabat-sahabatnya tidak mengalami kemalangan yang berat seperti Abdu Rrahman .

Punca kejadian tersebut disebabkan sebuah kenderaan wira telah memotong kenderaan yang dinaiki oleh suaminya".

Menurut Doktor, suami saya perlu membuat rawatan rapi dengan menggunakan alat Robert Cop yang perlu dipasangkan dikepalanya bagi menguatkan kembali saraf, dan tulang belakang kepalanya selama 3 bulan. Selepas 3 bulan baru keputusan diketahui samaada boleh dipulihkan kembali atau tidak.

Sepanjang tempoh rawatan selama 3 bulan ini, suami saya telah diberikan cuti sakit dan tidak dibenarkan membuat kerja-kerja berat. Dengan musibah yang berlaku ini sedikit sebanyak telah menjejaskan pendapatan kami seisi keluarga katanya yang mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah lagi.

Nortarwati yang merupakan surirumahtangga merasa benar-benar sedih diatas kejadian yang berlaku. Katanya, sekarang ini saya perlu berusaha untuk mencari pendapatan bagi memberi makan terhadap suami dan anak-anaknya.

Katanya, tanggungjawab suami saya perlu diambil alih sementara waktu bagi menanggung Kos perubatan yang telah dikenakan sebanyak RM3500. Harapan saya semoga beliau sihat seperti dahulu.

Sementara itu, Y.B Datuk Hasan pula berkata, "saya benar -benar merasa simpati diatas musibah yang menimpa tuan seisi keluarga. Saya harap En Abdu Rrahman bersama ahli keluarga sabar dengan ujian ALLAH swt berikan. Hidup ini perlu diteruskan. Segala yang berlaku ada hikmahnya tersendiri".

"Walaupun mengalami kesakitan namun amal ibadah perlu dijaga walaupun solat duduk. Jangan jadikan ianya satu alasan untuk kita tidak menunaikan solat kerana ianya merupakan tiang agama bagi individu muslim yang akan disoal apabila tibanya hari kebangkitan. Nasihat Y.B Datuk yang sentiasa memberi peringatan kepada sesiapa yang ditemuinya ".

"Insya-ALLAH bagi meringankan beban ahli keluarga ini, saya akan meminta pengurus saya dan PKM DUN Gombak Setia agar mengeluarkan surat sokongan permohonan bantuan bulanan di Pusat Zakat Selangor (PZS)".

Disamping itu juga, Hasan telah memberi semangat kepada anak-anak Abdu Rrahman agar meneruskan pengajiannya walaupun ayahnya mengalami musibah".

Katanya, "Ilmu itu penting untuk dipelajari yang menentukan masa depan kita. Jika kita malas, kehidupan kita akan mengalami kegagalan. Oleh itu, perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menukar corak kehidupan keluarga yang lebih baik sambil memeluk erat bahu anak-anak Abdu Rrahman . Sumbangan ehsan telah diberikan oleh Y.B Datuk Hasan kepada Abdu Rrahman bagi membantu meringankan beban beliau dan ahli keluarganya".

Editor : khaulah azwar


Ujian AMAL ISLAMI peringkat daerah Klang "Guru perlu Kratif"


KLANG- Seramai 3200 pelajar telah menyertai Program Ujian AMAL ISLAMI peringkat daerah Klang yang telah berlangsung selama 2 hari di SRA Sg Udang baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Dr Hjh Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Bagi memastikan majlis ini berjaya dilaksanakan seramai 100 orang hakim dan 60 orang guru telah terlibat untuk memastikan pemarkahan dilakukan dengan adil. Terdapat berbagai acara menarik yang disediakan seperti khutbah, hafazan, nasyid dan sebagainya.

Dr Halimah berkata dalam majlis ucapan perasmiannya, “saya amat berharap semua sekolah-sekolah serta institusi pendidikan Islam di Negeri Selangor hendaklah meletakkan objektif utama mereka untuk menghasil produk insan yang berjaya dunia dan akhirat”.

“Untuk mencapai KPI tersebut , pihak sekolah dan institusi seharusnya mengambil insisatif untuk mengadakan berbagai program-program ilmiah untuk mendekati pelajar-pelajar agar mereka tidak membuang masa dengan aktiviti yang kurang sihat”.

Guru yang cemerlang mestilah mengkratifkan diri, mengadakan sesi soal jawab pelajaran dengan pelajar dan sentiasa mencuba sesuatu, untuk menarik minat pelajar dalam mengikuti kelas pengajian serta sentiasa menjadi pendengar yang setia dan memahami jiwa mereka.

Suasana sekeliling juga faktor utama yang perlu diutamakan. Jika suasana sekeliling tidak diambil berat oleh pihak sekolah dan institusi, natijahnya akan memberi kesan kepada diri pelajar sendiri.

Suasana dan pasarana yang menarik dalam sekolah dan institusi akan memberi keseronokan dan kegembiraan kepada pelajar untuk menghadirkan diri ke sekolah atau di institusi pengajian setiap hari, katanya.

Beliau juga menekankan peranan sebagai pendidik, mereka seharusnya memberi semangat dalam diri pelajar untuk mempelajari dan mengikuti setiap ilmu yang dicurahkannya agar masa yang pergi tidak berlalu dengan sia-sia.

Katanya, untuk memastikan ilmu yang dipelajari diberkati oleh pelajar-pelajar mereka, seharusnya guru-guru tersebut memberi keyakinan kepada pelajar dengan membantu mereka memahami apa yang mereka pelajari sekaligus mampu menterjemahkannya dalam tindakan harian mereka.

Tiadalah gunanya jika guru-guru hanya memberi ilmu tanpa memberi kefahaman, dan melakukan secara pratikel yang betul kepada pelajar-pelajar sehinggakan mereka tidak faham apa yang dipelajarinya. Apabila ini berlaku sudah pasti pelajar-pelajar tidak berminat mempelajari dengan bersungguh-sungguh kerena tidak kepekaan guru-guru dalam memberi didikan kepada pelajar-pelajar.

Majlis tersebut diadakan ceramah Pakatan rakyat (PR) yang telah dihadiri oleh Y.B Tuan Ronnie Liu Tuan Khiew, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan, Y.B tuan Dr Xavier jayakumar a/l Arulanandam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Y.B Mohananven AhlI Dewan Undangan (ADUN) Kota Alam Syah, Dr mariah AhlI dewan Undangan (ADUN) Kota Raja.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI