Sunday, May 2, 2010

Tunjuk Bukti RM176 Juta, Sedia Umum Perbelanjaan


SHAH ALAM 2 MEI: Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia mengumumkan perbelanjaan yang dibuat sepanjang pilihan raya Parlimen Hulu Selangor.
"Kita akan bersikap telus. Kita akan umumkan butir-butir (perbelanjaan semasa kempen pilihan raya). Ini kerana dari segi pengurusan kewangan, kita berbeza dari kerajaan persekutuan," kata beliau.
Dalam pilihan raya kecil itu Ahad lepas, calon Barisan Nasional, P. Kamalanathan mengalahkan Zaid dengan majoriti 1,725 undi.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor itu juga menolak dakwaan kononnya kerajaan negeri membelanjakan RM176 juta bagi mendapatkan sokongan rakyat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini.
Malah, Khalid menyifatkan dakwaan itu sebagai "sinis" dan "tidak berbaloi", berkata kerajaan Selangor tidak mempunyai peruntukan untuk tujuan itu.

"Saya sedia beri ganjaran kepada sesiapa yang membuat dakwaan itu jika mereka tampil memberi bukti kepada saya dari mana datangnya sumber peruntukan itu.
"Jumlah itu (RM176 juta) sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak jauh lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah dibelanjakan kerajaan negeri untuk meningkatkan kebajikan rakyat iaitu kira-kira RM40 juta setahun.

"Oleh itu dakwaan tersebut tak benar. Kita tidak mempunyai wang dan peruntukan untuk itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah untuk pelajar-pelajar cemerlang Yayasan Selangor di sini.

Khalid berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan tersebut disiarkan dalam sebuah blog.

Said Zahari: Kebebasan Media Sudah Mati Di Malaysia

SHAH ALAM 2 MEI: Bekas Pengarang Utusan Melayu yang membantah pengambilalihan Umno terhadap akhbar berkenaan pada era 70-an, Said Zahari menyifatkan kebebasan media di negara ini mati.

Beliau menyifatkan ia petanda jelas kemerosotan amalan demokrasi di Malaysia lantaran kebebasan media adalah antara elemen penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen.

Said Zahari mentakrif kebebasan media sebagai keupayaaan sesebuah media menyampai maklumat atau suara masyarakat tanpa kawalan atau pengaruh pihak tertentu secara langsung mahupun tidak langsung.

Namun, Said Zahari berpendapat kebebasan media sudah tidak ada lagi di Malaysia malah kesal kerana media tempatan kini dikongkong parti politik mahupun kerajaan pemerintah.

Hal ini menyebabkan media tidak lagi mampu menyalur malumat yang tepat dan benar kepada rakyat.

"Kebebasan media tidak ada di Malaysia. Sudah mati. Apabila suratkhabar dipunyai parti politik dan dikuasai orang yang berkaitan dengan pemerintah, maka kebebasan tiada. Mereka tidak boleh tulis sesuka hati, kena ikut arahan majikan," katanya.

Said Zahari menyalahkan pelbagai akta berkaitan media di malaysia yang digubal bagi membatas kebebasan media hingga akhirnya pengarang lebih selesa mematuhi telunjuk pimpinan kerajaaan pemerintah.

"Sekarang banyak akta yang mengongkong percetakan, buku. Yang zaman saya tak ada. Bila ada akta ini, ia mengongkong pengamal media kerana tidak boleh menulis ikut keperluan.

"Tapi ikut dasar kerajaan atau tuan punya suratkhabar itu, yang terdiri daripada ahli politik bermakna tak ada kebebasan yang tulen," katanya.

1 Kes Lagi Remaja di Kasari Polis

SHAH ALAM – 1 m'sia masih menanti dan mengikuti perkembangan semasa isu adik Allahyarham Aminulrashid Amzah yang telah mati ditembak oleh pihak polis baru-baru ini.

Belum sempat pihak berkuasa membuat siasatan lanjutan untuk menyelesaikan masalah tersebut, dan mengubat kesedihan yang menimpa ahli keluarga Adik Aminulrashid yang rata-ratanya rakyat m'sia turut merasa kesesedihan, geram dan sebagainya kepada pihak polis, kini rakyat m'sia didengari 1 kes lagi Remaja dikasari oleh pihak Polis.

Kejadian ini berlaku ketika beberapa remaja sedang duduk di kawasan Dataran Shah Alam selepas menyertai program ‘Generasi Idaman Selangor’, sebelum peronda polis secara tiba-tiba muncul diiringi kebingitan siren yang menyebabkan semua remaja di situ berlari untuk menyelamatkan diri.

Retetan daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat lawatan keluarga mangsa yang diketuai oleh Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Selangor Y.B Dato' Dr Hassan Mod Ali bersama barisan kepimpinan ke rumah ahli keluarga adik Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15 tahun yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11.

Tan Sri Khalid Ibrahim, mewakili Kerajaan Negeri telah memberi sumbangan berbentuk cek sebanyak RM10,000 kepada ibu mangsa Norsiah Mohamad, 60 tahun dan keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah.

Turut hadir ialah barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan kepimpinan PR yang lain.

Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor) bersama semua Exco Kerajaan Negeri Selangor, meluangkan masa sekitar setengah jam untuk bersemuka bersama keluarga mangsa dan beliau memberi pendapat dan perangsang kepada keluarga mangsa.

Katanya, "Saya berharap pihak berwajib dapat membuat siasatan yang telus mengenai kes ini dan beliau meletak sepenuh kepercayaan kepada pihak berwajib yang menyiasat kes ini".

Petikan Khas akhbar lain Ketika melawat keluarga Allahyarham " ibu mangsa dan keluarga saksi utama kes tersebut Pelajar Sekolah Menengah Seksyen 9 itu, terbunuh apabila terkena tembakan polis setelah mangsa dan rakannya yang menaiki kereta Proton Iswara cuba ditahan polis kira-kira pukul 2 pagi semalam.

Alahyarham keluar rumah secara senyap menggunakan kereta kakaknya untuk menonton perlawanan bola sepak di Seksyen 7 , Shah Alam.

Namun katanya, rakan kepada anaknya yang berada di dalam kereta itu memberitahu, dalam perjalanan pulang mereka sempat membantu rakan yang kerosakan motosikal di Seksyen 2. Katanya lagi, malangnya selepas itu, kereta mereka terlanggar pula sebuah kereta Mercedez-Benz.

"Mereka panik kerana tiada lesen memandu lalu terus memecut laju menyebabkan beberapa buah motosikal mengejar kereta anak saya hingga bergesel dengan salah sebuah motosikal tersebut. "Tiba-tiba mereka bertembung dengan sebuah kereta polis. Disebabkan takut mereka terus memecut laju dan enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian," katanya.

Tambahnya lagi, polis yang mengejar kereta itu telah melepaskan tembakan dan mengenai salah satu tayar manakala satu das lagi menembusi cermin dan belakang kepala anaknya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan anaknya melepaskan stereng kereta dan rebah ke pangkuan rakannya di sebelah, lalu menyebabkan kereta itu terus bergerak sebelum terbabas di dalam longkang.

"Oleh itu, saya meragui dengan kenyataan polis bahawa tembakan dilepaskan kerana kereta itu mengundur dan cuba merempuh anggota polis berkenaan," ujar beliau.

Semoga dengan cetusan suara hati ibu dan saksi utama mangsa dalam kejadian ini akan membuka mata rakyat seluruh m'sia dan menilai pentadiran Kerajaan Pusat dan pihak polis dalam menjaga keharmonian dan keselamatan rakyat m'sia untuk mencapai aspirasi rakyat.

"Kita mahukan satu pasukan polis mengikut cogan kata mesra, cekap dan tepat. Kita bukan mahu polis yang ditakuti oleh rakyat sendiri.

Kita hendak penyamun yang takut, bukan rakyat," kata Tan Sri Khalid ekoran selepas menerima berita Seorang remaja lelaki terlantar di hospital berikutan kekasaran polis selepas menyertai program "Generasi Idaman Selangor" anjuran Exco Kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah (MBSA) di Dataran Shah Alam, malam semalam.

Remaja Terlantar Di Hospital, Dakwa Dikasari Anggota Polis

SHAH ALAM - Seorang remaja lelaki terlantar di hospital berikutan kekasaran polis selepas menyertai program anjuran Exco Kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah (MBSA) di Dataran Shah Alam, malam semalam.

Kejadian berlaku kurang seminggu dari kontroversi kes Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis.

Kali ini turut melibatkan golongan remaja, semata-mata reaksi spontan mereka yang melarikan diri apabila didatangi polis secara mendadak.

Kejadian berlaku ketika beberapa remaja sedang duduk di kawasan Dataran Shah Alam selepas menyertai program ‘Generasi Idaman Selangor’, sebelum peronda polis secara tiba-tiba muncul diiringi kebingitan siren.

Kumpulan remaja itu melarikan diri dengan motosikal tetapi seorang dari mereka dikatakan dikasari polis.

Mangsa yang cedera di kenali sebagai Mohd Nazmi Annuar Mohd Adil, 20, seorang pelajar Pusat Teknoloji dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di Shah Alam.

Pelajar jurusan elektrik dan elektronik ini mengalami kecederaan di muka termasuk bibir dan lulut.

Bercakap pada sidang media yang anjuran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, seorang remaja, Mohd Saifullah Mohd Razali yang berada di lokasi kejadian menyatakan kekesalan dengan pelakuan polis.

“Memang tidak wajarlah. Kita orang datang niat baik, balik dengan kecelakaan. Memang tak sangka jadi macam ini, kena pada member pula. Tak taulah tindakan polis guna kuasa dengan tak sepatutnya," kata Mohd Saifullah.

Pada sidang media sama, bapa mangsa, Mohd Adil Baharom pula mengharapkan keadilan dan meminta polis menjaga keselamatan awam dan bersifat mesra kepada rakyat dan bukan sebaliknya.

"Kita harapkan kepada agensi yang menjaga keselamatan awam tetapi bertukar sebaliknya. Secara tak langsung, persepsi atau pandangan terhadap polis bertukar. Sepatutnya, ia lebih mesra penduduk dan jaga keselamatan jenayah," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menyifatkan tindakan polis terhadap kumpulan remaja itu keterlaluan.

"Semasa kejadian, bukan semua remaja berada di motosikal mereka. Kebanyakan mereka duduk di astaka. Motosikal pun tersusun baik tapi polis datang macam hendak berperang.

"Ini yang menyebabkan budak-budak panik," kata Khalid lagi.

Khalid berkata insiden terbaru yang membabitkan dakwaan polis bertindak keterlaluan hanya menghakis kredibiliti polis ekoran tragedi remaja 15 tahun Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis minggu lalu.

"Tindakan polis seminggu kebelakangan ini nampak agak keterlanjuran. Mungkin sebelum ini pernah berlaku. Tapi kita tak dapat tahu. Sebagai ahli parlimen, bila berlaku macam ini, kita tidak boleh diamkan diri," katanya.

Apapun, Khalid berharap polis akan melakukan muhasabah diri dan berusaha untuk mencapai aspirasi rakyat.

"Kita mahukan satu pasukan polis mengikut cogan kata mesra, cekap dan tepat. Kita bukan mahu polis yang ditakuti oleh rakyat sendiri. Kita hendak penyamun yang takut, bukan rakyat," katanya.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI