Saturday, April 3, 2010

RAKYAT HULU SELANGOR JGN TERMAKAN GULA2 UMNO


Gombak – Pilihan raya di Hulu Selangor telah menjadi perhatian seluruh rakyat di negeri selangor apabila bahang-bahang p.raya kecil sudah mula dirasakan.

Retetan daripada itu Timbalan ketua Penerangan PKM DUN Gombak Setia /P.A Ahli Majlis MPS Zon 11 berkata Semoga rakyat di Hulu Selangar tidak termakan janji manis & gula-gula UMNO berikan yang ternyata tiada kebenarannya.

Setiap P.Raya kecil inilah permainan mereka, samaada mereka menang/kalah janji manis mereka tidak akan ditunaikan.

Lihatlah perkembangan negeri Sembilan yang telah di main kotor oleh UMNO. berbagai janji manis mereka berikan kepada rakyat akan tetapi kini rakyat negeri sembilan diuji dengan berbagai-bagai oleh mereka.

Segala peruntukan yang dijanjikan tidak ditunai tetapi rakyat ditimpa dengan berbagai ujian dengan menanggung masalah atas ketidakbijaksaaan UMNO untuk menerajui negara.

Mereka dibebankan dengan berbagai risiko, seperti peruntukan gaji guru kafa tidak ditunaikan, bekalan air semakin tinggi dan lain-lain sehingga rakyat negeri sembilan menderita.

Beliau berkata, “ana ingin membuka mata rakyat di Gombak dan Semua pengungjung blog ana tidak kira dimana sahaja untuk melihat bagaimana Rakyat Desa Sri Makmur di Sri Gombak menderita apabila mereka tidak diberikan peruntukan sepanjang UMNO memerintah di Gombak dalam 50thn pemerintahan mereka. Kenyataan ini diberikan dalam liputan PKM bersama Sinar Harian oleh Ketua PAS cawangan, semasa merasmikan Cawangan Desa Sri Makmur baru-baru ini, ulasnya.

Malahan rakyat Desa Sri Makmur kesal dimana rumah kediaman mereka seperti duduk dalam sebuah kotak, insfrastruktur tidak dibuat, surau terbengkalai. UMNO membuat kerja separuh jalan semasa P.Raya Umum ke 12 yang lalu adalah semata-mata untuk merabuni mata rakyat, tetapi apabila PRU ke 12 berpihak kepada PR mereka biarkan semua projek terbengkalai begitu sahaja akhirnya penduduk menderita dan segala risiko menaiktaraf insfrastruktur dibuat sendiri dengan berpakat bersama semua penduduk untuk kumpulkan dana agar kerja-kerja menaiktaraf dilakukan segera walaupun peruntukkan tiada diberi.

Tetapi adakah penduduk disini berkemampuan untuk membangunkan kawasan tersebut kerana rata-ratanya penduduk disini tidak mempunyai pendapatan yang besar. Malahan pendapatan mereka sendiri hanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Untuk membiayai pelajaran anak-anak dan belanja dapur kadangkala banyak tertangguh. Penjelasan tersebut telah diberikan oleh beberapa orang penduduk dan ketua kg Desa Sri Makmur sendiri.

Kini, Rakyat Desa Sri Makmur semua telah keluar parti BN kerana mereka telah hilang sabar dan jelek dengan segala janji-janji manis diberikan oleh UMNO kepada mereka.

UMNO Gombak semakin hari mereka merasa cemas apabila menerima maklumat penduduk sekitar Desa Sri Makmur telah keluar parti.

Ketua UMNO bahagian Gombak juga menafikan apabila penduduk di sini bertemu dengan mereka mengadu masalah ini dan memaklumkan Dewan Rakyat telah disewakan kepada orang indonesia.

Penafian yang dibuat telah dijawab oleh Ketua Kg & Ketua PAS Cawangan apabila mereka menyimpan surat menyurat permohonan dan segala urusan mereka ketika bertemu dengan ketua UMNO cawangan untuk menyelesaikan masalah penduduk.

Namun setiap kali ingin diadakan perjumpaan, mereka cuba membuat helah dan kerap kali mereka gagalkan pertemuan dengan penduduk, katanya.

Ketua PAS Cawangan Desa Sri Makmur berkata, sehingga kini penduduk sekitar kehilangan tempat untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan malahan semasa berlaku kebakaran penduduk sekitar kehilangan tempat berteduh.

Mereka berkata “nasib baik ada sebuah surau yang kecil walaupun insfrastruktur tersebut tidak dinaiktaraf. Dengan kehilangan Dewan Masyarakat, kini surau yang kecil dan tidak dinaiktaraf ini menjadi tempat untuk bermesyuarat dan solat jemaah yang hanya memuatkan 2 saf sahaja”.

Laluan jalan juga telalu sempit yang kerap berlaku kemalangan akibat penembungan kenderaan. Walaupun kami sering membuat aduan pada ketua UMNO cawangan semasa mereka memerintah tetapi aduan kami tidak diambil perhatian malahan rasa terlalu dingin oleh Adun UMNO Gombak dahulu, ini amat mengecewakan kami.

Atas keperitan dirasakan oleh Penduduk Desa Sri Makmur, penduduk disini semua keluar parti BN dan alhamdulilah penduduk sekitarnya telah memasuki ahli PAS apabila mereka melihat pentadbiran yang dibawa oleh PR di Negeri Selangor lebih baik daripada UMNO.

Sekali gus penduduk Desa Sri Makmur begitu teruja dengan pntadbiran yang dibawa oleh Adun Gombak Setia yang diterajui oleh YB Dato’ Hassan B. Mohamed Ali.

Penduduk semakin yakin dengan pentadbiran di Gombak daripada UMNO yang dahulunya. Penduduk sendiri melihat YB Dato’ Hassan bersama pihak PKM Dun Gombak Setia, Ahli-ahli Majlis MPS Zon Gombak, MPS, JKR, wakil-wakil D. O daripada pejabat tanah, ketua-ketua kg. kerap kali turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Ini yang kami mahu kerana kami perlu pimpinan yang beribawa, akhlak pemimpin yang mulia, kebajikan rakyat terbela bukan hanya mementingkan keluarga kaum kerabat mereka sahaja tetapi membiarkan rakyat menderita. Dan ana rasa slogan 1 m’sia dengan rakyat didahulukan adalah tidak sesuai digunakan kerana kita tidak mahu hanya slogan yang begitu gah tetapi disebalik kegahan slogan tersebut tidak diperhalusi oleh UMNO untuk diguna pakai dalam negara kita jika kebajikan rakyat sebenaranya tidak terbela, ujar ketua kg dan Ketua PAS cawangan Desa Sri Makmur disini, katanya.

YB Dato’ Hassan yang telah merasmikan penubuhan PAS cawangan Sri Desa Makmur berkata Rakyat seharusnya meninggalkan parti BN/UMNO yang semakin hari semakin tenat dan memenatkan.

Parti tersebut ibarat seperti gelanggang padang yang telah rapuh dan tidak sesuai untuk digunakan lagi. Jika digunakan pasti pemain tersebut akan mendapat parah dan mengalami kemudaratan dalam diri mereka sendiri.

Beliau menyeru agar rakyat tidak kira dimana sahaja meninggalkan parti UMNO/BN yang tidak sesuai diikuti masa kini. Pentadbiran UMNO kini semakin menunjukkan mereka keadaan tersepit. Walaupun mereka membuat berbagai projek dan membuat aktiviti bersama rakyat dengan slogan 1 m’sia namun ianya tidak menepati citarasa pada rakyat semalaysia. Yang merasa kehebatan 1 m’sia hanya pada kaum kerabat dan kuncu – kuncu UMNO yang telah disogok untuk menyokong slogan tersebut.

YB Dato’ akan meminta pihak PKM Dun Gombak Setia untuk bersama turun padang akan untuk membantu rakyat disini untuk bersama mengadakan gotong – royong kawasan tersebut. Daripada insfrastruktunya pula insya-ALLAH akan diambil perhatian untuk kita sama-sama nemperbaikikannya dengan menunggu peruntukan daripada Kerajaan Pusat yang masih dipegang oleh UMNO lagi.

Jesturu itu, beliau meminta dan menyeru agar P.ilihan Raya Kecil di Hulu Selangor yang akan diadakan penamaan calon pada 17hb April, 2010 ini, meminta agar semua rakyat diseluruh negeri turun padang menyokong dan berkerjasama untuk memberi sokongan kepada parti kita. Sementara itu dalam menunggu hari mengundi pada 24hb April, 2010 ini agar semua jentera p.raya diseluruh negeri khususnya di Negeri Selangor dan Gombak dapat meluangkan masa dengan membuat susunan jentera dan strategi gerak gempur P.Raya ini untuk memastikan kemenangan berpihak kepada perjuangan ISLAM (PAS).

Insya-ALLAH semoga dengan usaha murni kita dalam melakukan setiap kerja, akan dinilai oleh ALLAH swt dan semoga niat yang ikhlas akan kita dapat natijahnya dengan memperolehi kemenangan yang besar selepas kita berusaha bersungguh-sungguh dan mengadakan solat hajat agar pertolongan ALLAH swt sentiasa diberi.

Walaupun kita lihat berbagai projek ditabur oleh UMNO dalam P. Raya kecil ini untuk mengaburi mata rakyat. Tetapi tidak bermakna rakyat akan memilih mereka, kerana rakyat kini semakin terbuka dengan isu-isu negara dan mereka boleh menilai sendiri siapakah yang benar dan siapakah yang salah dalam mentadbir negara kita.


Kita sendiri sudah maklum bahawa UMNO semakin hari ketandusan pimpinan dan calon yang beribawa. Insya-ALLAH dengan calon-calon kita yang beribawa setelah diberi amanah dalam perlantikan oleh syura semoga mereka dapat melaksanakan tanggungjawab ini sebaiknya dan sentiasa memberi komitment yang sangat tinggi kepada rakyat bukan sahaja semasa nak dekat pilihan raya tetapi tanggungjawab ini seharusnya dijalankan setelah kita diberi mandat apabila telah perolehi kemenangan dalam p.raya, ujarnya.

Sekarang rakyat Hulu Selangor diuji, semoga ujian diberi tidak akan memakan diri sendiri. Rakyat Hulu Selangor diminta jangan sekali kita makan gula-gula UMNO dengan banyaknya walaupun sebiji, kesan akan memakan diri sendiri apabila mereka tidak menunaikan kewajipan mereka sebagai pimpinan kepada rakyat.

Semoga Negeri dibawah pimpinan PR yang telah dirampas secara haram oleh UMNO, royalti minyak di negeri Kelantan tidak dibayar oleh kerajaan Pusat (UMNO) kepada kerajaan negeri, pengundian yang telah diadakan di Negeri Sembilan secara tektik kotor mereka, akan membuka mata rakyat disini. Buatlah istikarah siapakah pemimpin yang layak menerajui negeri/ negara kita samada PR kecil/PRU ke 13 nanti diseluruh negara ini, katanya.

Editor : Khaulah Azwar



Dun Perak kecoh kerana tidak ikut peraturan - Nik Aziz

KOTA BHARU, 3 April: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak tidak akan menjadi kecoh sekiranya anggota dewan khususnya mematuhi perlembagaan negeri yang sedia ada, namun yang paling utama ialah mematuhi perlembagaan diselaraskan dengan Al-Quran.

Serentak dengan itu, beliau yang juga Menteri Besar mempertikaikan ahli Dewan Negeri yang ‘dibawa masuk’ (menjadi anggota Dewan) melalui mahkamah, namun beliau akur bahawa perjalanan Dewan Negeri termasuk di Perak perlu berdasarkan peraturan.

“Dalam dewan ada peraturan, dan menjadi peraturan dewan (bahawa) mereka yang menganggotai dewan itu mesti wakil rakyat.

“Dan kalau nak jadi wakil rakyat mesti melalui undi (malalui proses demokrasi), itulah peraturannya. Tetapi sekiranya (ahli yang menjadi anggota Dewan itu) sebahagiannya melalui undi, dan sebahagiannya pula melalui tok hakim (mahkamah), mana boleh demikian,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang disifatkan sesetengah pihak sebagai dalam ‘zoo’ sedangkan padanya termasuk di negeri Perak, ada peraturannya.

Beliau mendakwa kekecohan yang berlaku dalam dewan itu di mana golongan yang cerdik yang tidak boleh tunduk kepada perbuatan zalim, manakala mereka yang satu pihak lagi merasakan dizalimi, mereka melawan.

“Itu tanda mereka cerdik, tetapi kalau dikhianati namun mereka buat senyap saja itu tanda tak cerdik. Bagaimana pun, perbalahan itu mesti ada punca, takkan sebelah A lawan B dengan tidak ada sebab, tidak begitu. Mesti B buat masalah pada A dan A kena lawan atau pun A buat masalah pada B dan B kena lawan.

“Islam pun mengajar demikian. Demokrasi pun ajar, jadi jangan nampak benda kekecohan dalam Dewan lalu diburukkan lagi keadaan. Mesti ada sebab, kita kena tengok kepada sebab, kekecohan itu kerana apa termasuk dalam Dewan Undangan Negeri Perak,” katanya.

Beliau mendakwa, kekecohan itu disebabkan rakyat yang mengundi memilih calon A ke dalam dewan, namun orang lain pula membawa masuk orang lain melalui mahkamah.

“Mana boleh, sepatutnya memberi peluang kepada rakyat. Ini kerana membawa masuk wakil dalam dewan pun rakyat, hendak membawa masuk calon lain pun terlebih dahulu mesti tanya rakyat.

“Itu yang kita sebut beri peluang kepada pilihanraya semula, ini bendanya. Orang bawa masuk wakil rakyat melalui dewan, kita (pihak tertentu) mengubahnya,” katanya.

Mursyiyul Am menasihatkan bahawa semua perkara hendaklah bertindak dengan betul mengikut peraturan.

“Dari segi agama mestilah mengikut Islam. Kalau tak mahu agama, ikutlah perlembagaan, tetapi perlembagaan itu setakat di dunia sahaja. Apabila masuk kubur (mati) tidak berguna lagi.

“Oleh sebab itu kita di Kelantan mempastikan bahawa proses perlaksanaan perlembgaan selaras dengan Quran, dengan itu dalam kubur nanti (di akhirat) kita selamat , dan atas dunia pun kita jadi selamat, insya Allah,” katanya.


Anwar diugut akan dibunuh jika jadi PM

K.Lumpur, 3 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diugut 'mati' jika beliau terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti.




















Ugutan itu dibuat dalam laman komuniti Facebook Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama 'Radon Rascesium'.

"Disini say berani berjanji, klu PR tawan Malaysia, dan Anuar nie jd PM. Saya akan pastikan anuar mati sebelum dia merobek perlembagaan Malaysia," tulisnya dalam Facebook itu.

Tidak cukup dengan tulisan pertama itu, pelawat yang sama juga telah membuat amaran yang kedua dalam laman facebook yang sama.

"Org luar memang nk anuar nk jd pm supaya senang nk robek Malaysia. Tp selagi aku hidup, langkah mayat aku dlu," tulis penulis yang fanatik itu.

Ia boleh dilawati dengan menggunakan link di bawah:

http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?v=feed&story_fbid=380685266839

Sehingga kini, tidak ada lagi laporan polis yang dibuat berikutan ugutan sebegini.

Sebelum meninggalkan laman Facebook Anwar itu, Radon Rascesium pada 3 April sekali lagi menulis:

"Okla saudara saudari sekalian, sampai sini saja lawatan saya ke laman ini. saya datang sini nk menguji level intelek, emosi dan spiritual penyokong2 PR dan melihat keyakinan korang terhadap parti korang. Ternyata levelnya low dan korang begitu yakin terhadap PR."

Ekoran komen-komen dari penulis itu, para pelawat Facebook Anwar itu yakin, jika para penyokong Pakatan Rakyat yang membuat komen sebegitu, laporan polis telah dibuat terhadap mereka.

Ini antara komen yang dibuat terhadap tulisan Radon itu:

"Rosmainizan Roslan: kalau budak pr yg buat stetement cmni dh komfom ada buat laporan polis dan kuar utusan dan tb3......... kalu org dia UMNGOK depa wat xtau jer............"

Najib bermula dengan Altantuya, setahun dengan APCO

KUALA LUMPUR, 3 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi strategi membisunya ketika isu APCO Worldwide menyelubungi genap setahun beliau menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).

"Beliau memulakan pentadbirannya dengan strategi membisu terhadap dakwaaan beberapa akhbar luar negara seperti Liberation, The Nation, Sunday Times, Times of India, The Australian, New York Times, International Herald Tribune, Far Eastern Economic Review dan Kompas yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan dirinya dengan pembunuhan Altantuya dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia.

"Setelah genap setahun beliau menerajui kerajaan BN, beliau menyambutnya dengan strategi yang sama terhadap pendedahan bahawa beliau memperalatkan wang rakyat untuk membahayakan negara ini dengan mengambil khidmat APCO yang didominasi Yahudi Zionis," katanya.

Dalam satu kenyataannya, APCO sendiri menyatakan antara tugasnya termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Najib, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

"Najib mendedahkan negara ini kepada ancaman besar apabila kita mengambilkira penglibatan APCO di dalam beberapa projek yang berkaitan perisikan dan keselamatan yang dilakukan melalui rakan strategik dan firma sekutunya, Asero Worldwide.

"Amat membimbangkan apabila diambilkira bahawa petualang-petualang Zionis secara serentak menjadi konsultan dan anggota pengurusan APCO dan Asero.

"Contohnya, pengasas dan presiden Asero Worldwide, Doron Bergerbest-Eilon juga berada dalam Majlis Penasihat Antarabangsa APCO. Beliau adalah bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan pegawai kanan dalam Shin Bet atau Agensi Keselamatan Israel - ISA," kata Salahuddin.

Najib juga, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, membisu apabila dibangkitkan terlalu banyak persamaan yang sangat ketara antara One Israel dan 1Malaysia.

"Jika Najib merasa begitu selesa dengan strategi membisunya, kita pula akan terus menyedarkan rakyat tentang bahaya yang diangkut olehnya ke dalam negara ini melalui APCO," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkag Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan beberapa persamaan antara One Israel dan 1Malaysia.

Menurut beliau, perkara itu tidak boleh dianggap kebetulan kerana kedua-dua konsep tersebut dicetuskan oleh pegawai perisikan tentera Israel yang sama yang bekerja dengan bekas Perdana Menteri negara Zionis, Ehud Barak, pada tahun 1999.

Pegawai tentera terbabit yang kini bekerja dengan APCO pernah bekerja di bawah Barak yang ketika itu menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, kata Anwar.

"Platform Satu Israel menjanjikan perkhidmatan yang lebih baik dalam pendidikan dan kemudahan kesihatan baik manakala di Malaysia pula ada klinik 1Malaysia,

"Tujuan Ehud untuk alih isu 'settlement' atau penempatan, iaitu alih pandangan lain dalam negara manakala 1Malaysia alih isu pertelingkahan antara kaum dan masalah rasuah dalam negara.

"Mesej Satu Israel ialah 'People first' manakala 1Malaysia pula 'Rakyat didahulukan', kemudian One Israel menubuhkan Tabung Satu Israel manakala Malaysia menubuhkan Yayasan 1Malaysia.

"Jadi persamaannya itu terlalu banyak di antara apa yang dibuat Barak dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," kata Anwar.

APCO juga didedahkan pernah mengikat perjanjian perkhidmatan dengan kerajaan Zionis Israel pada 1992.

Straits Times (ST) Singapura melaporkan, penyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat membuktikan perkara itu.

"Dalam jawapan berhubung laporan Jabatan Kehakiman tersebut, APCO menyatakan firma itu bekerjasama dengan sebuah syarikat bersekutu dalam sebuah projek untuk kerajaan Israel ketika itu," lapor ST.

Akhbar itu memetik Timbalan Pengarah Urusan APCO, B Jay Cooper berkata: "Perkhidmatan yang diberi adalah berkaitan media, melibatkan perolehan dana dari kerajaan Amerika Syarikat bagi perumahan pendatang dari Rusia".

Cooper bagaimanapun menyatakan bahawa APCO ketika itu "dimiliki oleh Grey Global Group".

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI