Tuesday, February 1, 2011

Rusuhan Mesir Harus Jadi Iktibar


KOTA BHARU 2 FEB: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi peringatan kepada pimpinan seluruh dunia supaya mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat Mesir.

Ujarnya, pergolakan yang berlaku di Mesir harus dijadikan pengajaran supaya pemimpin tidak perlu bermegah dengan kemenangan kerana ia akan memberikan kesan buruk jika rakyat dizalimi.

Harakah.daily net semalam melaporkan, Menteri Besar Kelantan itu sebagai berkata, kezaliman rejim Hosni Mubarak terbukti dengan kemenangan besar beliau yang dicemari dengan penyelewengan setiap kali pilihanraya.

Katanya, kemenangan mencapai 99 peratus merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

“Dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya.

“Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini,” ujarnya.

Katanya lagi, rusuhan yang berlaku memberikan satu mesej yang jelas kepada mereka yang telah menzalimi rakyat kerana rakyat bukan mudah untuk diperkotak-katikkan.

“Mula-mula boleh la menipu, tapi bila dah lama rakyat sudah tidak boleh bertahan lagi,” ujarnya.

Startegik Kotor UMNO/BN di Labis


Labis - Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) , Hajah Wan Hasrina Binti Wan Hassan mengulas kemenangan yang diperolehi oleh Azahari Ibrahim dari parti pembangkang UMNO/BN dengan mengalahkan pencabarnya calon PAS, Normala Sudirman di Labis baru-baru ini sebagai menang dalam kalah. Beliau menambah lagi dengan menyatakan bahawa pihak parti PAS tidak merasa begitu hairan dengan kemenangan yang diperolehi oleh Pembangkang UMNO/BN kerana kemenangan yang mereka perolehi adalah hasil daripada politik kotor mereka.

Menurut Hajah Wan Hasrina; ”Mereka menang kerana berbagai strategi yang telah dirancang sangat rapi dengan mendapat kerjasama pihak SPR. Ini berikutan dengan berlakunya permindahan pengundi di saat Pilihanraya kecil (PRK) yang akan berlangsung. Kalau benar SPR bersikap amanah dan jujur mereka tidak perlu memindahkan pengundi disaat PRK diadakan. Apabila pemindahan ini berlaku, terdapat berbagai masalah yang timbul dan memberi kesan kepada pengundi yang akan keluar mengundi. Saya yakin sekiranya PRK tidak diadakan pihak SPR tidak akan melakukan pemindahan pengundi”.

Beliau berkata lagi, ”Ini bukanlah PRK pertama di Malaysia. Malah sudah 14 kali PRK dijalankan dan PRK Tenang ialah PRK yang ke-15 sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri Selangor. Daripada PRK yang telah kita lalui, telah banyak peristiwa dan perkara yang kita tempuhi dan pelajari”.

Beliau menyifatkan PRK Tenang sebagai PRK yang paling kotor kerana UMNO/BN sanggup melakukan pembohongan yang besar kepada rakyat terutamanya kaum Melayu mengenai isu kenaikan harga barang, rasuah, penyalahgunaan kuasa, melelongkan tanah orang Melayu dan sebagainya.

Wan Hasrina menyifatkan SPR sebagai tali barut kepada UMNO/BN. Ini kerana setiap kali berlakunya PRK atau pun PRU, kita dapat mengesan ada kemasukkan nama-nama pengundi baru yang tidak diketahui asal-usulnya (pengundi hantu) dalam daftar pemilih, kehilangan nama pengundi dari daftar pemilih (sedangkan sebelum ini mereka pernah mengundi semasa PRU 12 dan pilihanraya-pilihanraya sebelumnya), pengundi dipindahkan tempat mengundi dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan daripada rekod yang disemak oleh petugas parti serta aduan yang diterima daripada pengundi yang menyatakan bahawa nama mereka telah hilang daripada daftar pemilih dan ada juga pengundi yang mengadu bahawa nama mereka telah dpindahkan ke tempat lain.

Menurut Norazlin Binti Md Samsudin, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor ketika beliau menemui Soh Bock Leng, dan Soh Bock Leng berkata ”Saya benar-benar tidak faham mengapa nama saya tiada dalam rekod Semakan Daftar pemilih untuk megundi di Kawasan Labis. Sedangkan saya menetap di sini. Saya benar-benar rasa terkilan kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat malaysia untuk mengundi di labis baru-baru ini. Kita harap pihak SPR haruslah menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan telus”.

Pengundi lain yang namanya juga telah dipindahkan ialah Anthoniama a/p Ellis. Beliau melahirkan rasa tidak puas hati kerana tidak dapat mengundi di Labis. Sebelum ini beliau telah 10thn mengundi di sini tetapi telah ditukarkan ke Dun Bekok, Segamat. Beliau bimbang dengan usianya yang semakin lanjut dan uzur dan mungkin tidak mampu untuk keluar mengundi di kawasan yang begitu jauh pada PRU akan datang.

Norazlin juga menyatakan bahawa di antara masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh petugas di sepanjang menjalankan gerakkerja mencula undi, ialah terdapat ramai pengundi di dalam sesebuah rumah. Ada yang 7 orang, ada yang 20 orang dan ada juga rumah yang mempunyai pengundi yang pelbagai agama dan bangsa. Ada juga nama pengundi yang tidak dikenali oleh tuman rumah. Di samping itu, terdapat juga nama lokaliti dalam senarai SPR tidak ditemui seperti Jln Maluri, Taman Mewah dan Jalan Perwira 1, Jalan Perwira 2 dan Jalan Perwia 4, Taman Mewah dan Jalan Merpati Taman Sri Jaya. Papan tanda jalan juga telah banyak diubah seperti Jalan Raja Udang telah diubah kepada Jln Udan Tmn Orkid.

Selain daripada itu, petugas-petugas PAS juga telah diberitahu oleh pengundi bahawa mereka telah diugut dan disogok dengan wang. Pengundi Kaum Cina yang ditemui menyatakan mereka telah disogok sebanyak RM 200 dan di Kg. Paya Merah pula mereka telah disogok sebanyak RM 100.

Penduduk di sini juga diminta memasang bendera UMNO/BN dan mereka dibayar RM100-RM200 sebuah rumah. Tujuannya agar petugas PR tidak memasuki kawasan tersebut. Malah ada juga pengundi yang tidak sedar bilakah rumah mereka dipasang bendera UMNO/BN. Apabila bangun pagi seluruh kawasan rumah dipenuhi dengan bendera. Didapati ada pemberian duit dan dimasukkan di bawah pintu rumah pengundi. Perkara ini juga berlaku ketika PRK di Bukit Gantang, Perak.

Wan Hasrina menyifatkan tindakan Pembangkang UMNO/BN dengan membuat kerja-kerja kotor setiap berlakunya PRK di negeri-negeri sebagai takut menghadapi kekalahan dan sekiranya rakyat Malaysia tahu parti tersebut telah ditolak mentah-mentah dalam PRK. Maka ini memberi gambaran yang buruk kepada pengurusan pentadbiran UMNO/BN sendiri terutamanya Najib dan kroni-kroninya.

”Mereka sanggup buat apa sahaja untuk mendaparkan kekuasaan, seperti apa yang telah berlaku di Perak (rampasan kuasa) dan mereka juga mungkin mengharapkan peristiwa yang sama berlaku di Selangor”.

Oleh itu, bagi saya dan semua jentera PR tidak merasa kemenangan yang diperolehi oleh UMNO/BN pada PRK sejak kebelakangan ini sebagai satu penerimaan rakyat. Sebenarnya Rakyat semakin bijak menilai berikutan dengan berbagai kezaliman yang telah dilakukan oleh UMNO/BN. InsyaAllah, rakyat akan menjadi hakim dalam PRU 13 nanti lantaran terlalu banyak kezaliman serta keburukkan yang telah dilakukan oleh UMNO/BN.

Rentetan daripada itu, UMNO/BN jangan merasa gembira dengan kemenangan yang mereka perolehi. Untuk apa mereka gembira dengan menipu rakyat. Biar kita kalah dalam suasana yg fikrah, kita tidak menipu, menfitnah, mnengadudomba, memperlekeh ajaran agama, merasuah, mempergunakan harta yang bukan hak dan menjaja duniawii dalam kempen, pada kita PR sebenarnya menang.

Wan Hasrina menyambung ”Malaysiakini telah melaporkan jumlah pengundi yang telah keluar mengundi pada jam 10 pagi melebihi 61% sedangkan pada ketika itu pengundi baru keluar sekitar 20%, Ini adalah kerana pengundi begitu sukar untuk keluar mengundi akibat banjir kilat yang berlaku. Namun, pada sebelah petangnya pengundi tetap keluar mengundi apabila dijemput oleh petugas-petugas kita”, katanya ketika ditemui di rumah selangor, semalam.


Editor :khaulah azwar

PAS mendesak kerajaan Malaysia segera menyelamatkan pelajar dan warga Malaysia di Mesir

KUALA LUMPUR, 1 Feb: PAS mendesak kerajaan Malaysia segera menyelamatkan pelajar dan warga Malaysia di Mesir dengan membawa pulang kesemua mereka ke tanah air.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, bantahan dan demonstrasi rakyat Mesir kini sudah tidak terkawal dan menyaksikan banyak pertumpahan darah telah berlaku.

Ianya sekaligus meletakkan keselamatan rakyat Malaysia dalam keadaan terancam.

"Saya minta supaya pihak Kementerian Luar Negeri menyediakan beberapa buah kapal terbang dan segera mengambil semua rakyat Malaysia yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak selamat di Mesir.

"Tindakan evacuation ini telah dilakukan oleh banyak negara yang prihatin terhadap nasib rakyat di negara tersebut seperti Turki, Kanada, Greece dan Arab Saudi," katanya.

Beliau turut berpendapat tindakan kerajaan mahu menghantar pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana ke negara jiran seperti Jordan, Libya dan Arab Saudi adalah kurang tepat memandangkan protes kebangkitan rakyat telah menjalar ke beberapa buah lagi negara di Timur Tengah termasuk di Jordan sendiri.

Daripada laporan yang diterima, kawasan di Alexandria, ramai rakyat Malaysia berada dalam keadaan tertekan memandangkan perintah berkurung yang dikenakan dan kemudahan untuk mendapatkan makanan terlalu sukar.

Selain itu, kawasan Tir’ah pula berada dalam keadaan yang tidak selamat.

Kawasan Mansurah pula telah dilabelkan kod jingga sebagai tanda amaran akan berlakunya rusuhan secara besar-besaran.

Malah, beberapa faktor ketakutan lain antaranya sejumlah besar banduan telah berjaya meloloskan diri daripada penjara dan dikhuatiri akan berlaku beberapa kes jenayah.

Kesulitan mendapatkan akses komunikasi dan makanan juga adalah antara faktor yang sangat membimbangkan berlaku di negara tersebut.

"Atas dasar keselamatan dan keprihatian ribuan rakyat Malaysia di Mesir, saya mendesak kerajaan Malaysia segera melakukan proses evacuation dan membawa pulang mereka ke negara kita," gesa beliau.

Kerajaan Negeri akan menghantar peruntukkan kewangan bagi membantu pelajar selangor di mesir



Shah Alam -Situasi yang berlaku di Mesir kini membuatkan ibubapa penjaga di malaysia yang telah menhantarkan anak-anak mereka belajar dinegeri tersebut tidak merasa tenang apabila memikirkan keselamatan anak-anak mereka.

Rentetan daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor begitu prihatin mengenai masalah pelajar-pelajar Negeri Selangor khasnya dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain amnya yang sedang menuntut di Mesir.

Bersama-sama dengan Wisma Putra, Kerajaan Negeri sedang mengikuti perkembangan secara dekat bagi menentukan semua pelajar berada dalam keadaan selamat.

Y.B. Dr. Hjh Halimah Ali Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor bersama Y.B. Dr. Yunus bin Khairi telah mengadakan pertemuan dengan Wisma Putra pada pagi ini dan telah diberi penerangan mengenai kedudukan para pelajar di sana. Beberapa tindakan sedang diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar tersebut ke tanah air.

Kerajaan Negeri melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menghantar peruntukan kewangan yang difikirkan mencukupi bagi menampung segala keperluan urusan harian para pelajar terutama dalam menghadapi saat-saat genting ini.

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menubuhkan Bilik Operasi yang yang beroperasi 24 jam untuk membolehkan ibubapa dan sanak saudara terutamanya mengetahui kedudukan mutakhir pelajar kita di Mesir.

Mereka yang ingin menghubungi Bilik Operasi ini bolehlah menghubungi talian seperti berikut bermula 8.30pagi esok 03-55143520/3534/3538/3539/3576. Pertubuhan sukarela Briged Amal Selangor bersama Yayasan Amal Selangor telah diarah untuk menyediakan tenaga pembantu bagi membantu Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam itu.

Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua masjid di negeri Selangor untuk mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia amnya.

Pimpinan Negeri Selangor sentiasa mendoakan para pelajar Selangor dan seluruh rakyat Mesir berada dalam keadaan selamat dan memohon agar Allah S.W.T. sentiasa merahmati mereka.

Editor :khaulah azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI