Wednesday, July 25, 2012

Debat Isu Air: Realiti Atau Politik

Debat Isu Air bertajuk:  "ISU AIR: REALITI ATAU POLITIK”

Sukacita dimaklumkan Y.B Tuan Dr. Xavier Jayakumar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin   akan menghadiri program tersebut pada ketetapan seperti berikut:
           
Program         : Debat Isu Air bertajuk:       "ISU AIR: REALITI ATAU POLITIK”

Antara            : Y.B Dr Xavier Jayakumar ( EXCO SELANGOR) &
                        : Y.B Dr Zulkifly (Ahli 
Parlimen K.Selangor)                        
             
Dengan           : Datuk  Dr Ching Eu Boon (Penyelaras BN DUN Pandamaran) &
                        : Datuk Dr Jacob George (Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam - CASSA)

Hari                : 26 Julai 2012 (Khamis)
Masa              : 2.30 petang (ketibaan YB Dr Xavier Jayakumar-EXCO NEGERI SELANGOR )
Tempat          : Cendekia 4 Seminar Room, block 4, Intekma Resort & Convention Centre,                               
                         Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

Nota               : Program ini dianjurkan oleh blog terkenalan ANTARAPOS.COM
Pegawai dihubungi   :  En Syed Mu'az Syed Putra 019-907 2365


Responds fb:

Syabas Jangan Jadi Dalam Utama Sekat Air Selangor

SHAH ALAM: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) seharusnya memberi laluan kepada Kerajaan Negeri untuk mengurus industri air di Selangor kerana gangguan bekalan seperti pencatuan dan tekanan rendah akan memberi  tekanan dan kesan kepada masyarakat khususnya  kepada golongan wanita dan keluarga.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, “wanita yang kebiasaannya menjadi nadi rumahtangga memerlukan bekalan air sempurna saban hari agar pengurusan rumahtangga sempurna”.

“Syabas tidak pernah meminta pandangan Kerajaan Negeri, jauh sekali untuk berbincang mengenainya.

Senario ini sekaligus memberi kebimbangan kepada kaum wanitakhususnya, apabila air dicatu di bulan Ramadan.

“Urusan rumahtangga terganggu. Anak-anak tidak terurus sehingga amalan ibadah juga turut terganggu.

“Ia boleh melibatkan soal-soal kesihatan dan perkara-perkara lain yangakan timbul akibat penawaran air yang terganggu tanpa alasan yang benar,” Rodziah berkata di dalam kenyataan medianya dalam Majlis Taklimat Penyelerasan dan Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) di Dewan Raja Lumu, Muzium Shah Alam, disini.

Mengikut perjanjian konsensi 2004, Syabas, sebuah syarikat swasta, dipertanggungjawabkan untuk mengurus operasi rawatan dan edaran air di Selangor.

Kerajaan Negeri mahu mengambilalih operasi itu daripada Syabas kerana syarikat itu dilihat tidak mampu mengurus bekalan dan edaran air terawat dengan baik.
Akan tetapi, pada Julai 23, kerajaan pusat tidak meluluskan permintaan Kerajaan Negeri.

“Suatu pendekatan memberi kebajikan dan keselesaan rakyat tanpa pembaziran dan kos yang berlebihan adalah terbaik untuk rakyat Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Justeru, Syabas diingatkan supaya tidak menjadi dalang utama dengan cuba menyekat bekalan air di Selangor terutama di bulan Ramadan untuk kegunaan rakyat.”


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI