Thursday, March 24, 2011

ADUN Ingin jadikan Bangi sebagai Bandar Berilmu



Bangi - Sekolah Kebangsaan Pekan Bangi telah menerima sejumlah kamus daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Dr Shafie berkata, "tujuan pemberian buku kepada murid-murid sekolah adalah salah satu cara untuk mempromosikan Bangi sebagai Bandar Berilmu disamping itu untuk memupuk para pelajar minat membaca buku".

"Terdahulu kita ada juga membekalkan buku ini kepada Sek. Keb (J) Cina Pekan Bangi untuk kegunaan sekolah tersebut. Dengan bantuan diberikan diharap dapat membantu parapelajar manfaatkan kemudahan yang disediakan sekiranya keluarga mereka tidak mampu untuk membeli buku berkenaan maka mereka boleh membuat rujukan di perpustakaan sekolah ini".

"Alhamdulilah, saya rasa berterima kasih kepada pihak Pengetua Sekolah, Puan Zakiah Idris yang sudi menerima Kunjungan saya bersama pengiring-pengiring untuk menyampaikan buku-buku tersebut dan pihak kami juga diberi kesempatan meninjau Kelas Pra Sekolah yang berhampiran di sekolah tersebut".

"Selain daripada menyerahkan buku, kami sempat juga melawat bangunan lama sekolah itu yang boleh dikatakan sebagai bahan antik sekolah tersebut yang merupakan salah sebuah sekolah tertua di Hulu Langat".

"Saya difahamkan juga bangunan lama ini didirikan pada tahun 1924. Dinding dan lantainya adalah daripada kayu, tetapi masih kukuh dan digunakan sebagai dewan perhimpunan. Saya puji pihak sekolah kerana masih mampu mengekalkan bangunan lama ini di samping bangunan-bangunan baru".

"Kekalkan bangunan tersebut sebagai bahan antik dan muzium sekolah untuk tatapan generasi akan datang, katanya".



Editor :khaulah azwar

"Jangan Jadi Kacang lupakan Kulit"


Batu Caves - B.R. Rajan, mantan AJK PIBG Sek. Ren. Keb (J) Tamil Batu Caves melahirkan rasa terharu kerana Pressiden PAS telah melunaskan janji untuk membantu pelajar kaum india disekolah ini.

Ini jelas terbukti apabila beliau yang telah menerima cek bernilai RM5000 yang telah disampaikan oleh Petugas Pejabat Agung PAS, Syed Mohamad kelmarin. Cek berkenaan telah diserahkan kepada En. R.T Raja a/l Raju, Pengerusi PIBG Sekolah petang semalam. Menurutnya sebelum ini, ada satu perkara yang membuat saya rasa terkilan kerana isu kedatangan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pada bulan Apri, 2010 di sekolah ini telah diprovokasikan oleh pihak MIC dan PIBG sekolah berkenaan. Bahkan guru-guru tersebut ada yang melarikan diri untuk menerima kedatangan Tuan Guru di Sekolah ini. Mereka melarikan diri seolah-olah macam nampak hantu pula.

"Kita sendiri tidak faham mengapa pihak sekolah melayan Tuan Guru Hadi yang merupakan Presiden PAS yang sangat disegani semua orang telah dilayan sebegitu sedangkan niat Tuan Guru untuk membantu sekolah kita, lainlah kalau kedatangan Tuan Guru untuk meminta dibantu. Saya tidak pernah berjumpa dengan tokoh ulama sedemikian yang apabila kedatangan beliau berjumpa dengan saya dan beberapa orang kata-katanya begitu lembut sekali membuatkan saya terpaku, dan Tuan Guru berkata "saya janji akan bantu pihak sekolah untuk dapatkan dana bagi membantu pelajar-pelajar sekolah ini kerana telah difahamkan 100 orang pelajar yang masih tidak dapat membeli buku latihan sekolah".

Berita gembira ini saya bawa ke mesyuarat PIBG Sekolah pada bulan mac, 2010 memaklumkan kepada pihak pengetua dan guru - guru sekolah namun mereka tidak berkata apa-apa dan disambut dengan dingin sekali. Cuma apa yang saya harapkan mereka menggunakan akal yang waras menilai kebaikan seseorang untuk membantu rakyat. Mereka tidak seharusnya mempolitikkan isu kedatangan Tuan Guru Hadi ke sekolah dengan niat yang suci untuk membantu pelajar-pelajar. Kalau tidak Tuan Guru Hadi membantu adakah pelajar-pelajar sekolah ini menerima bantuan tersebut dan adakah pihak sekolah mendapat dana untuk membeli buku latihan sekolah.

Baru-baru ini penyampaian sumbangan yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Y.B Amiruddin Shari dengan memberi kupon yuran tahunan PIBG sebanyak RM30 seorang kepada 245 orang pelajar juga dijadikan isu juga. Mereka menyatakan Sekolah kami tidak mendapat sebarang bantuan persekolahan daripada Kerajaan Negeri PR Selangor dan begitu juga mereka bangkitkan sekali lagi isu Tuan Guru Hadi memungkiri janjinya untuk membantu sekolah ini.

Saya selaku Bekas AJK PIBG benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku, kalau benarlah kerajaan PR tidak membantu mana mungkin hari ini pihak PIBG sekolah menerima bantuan daripada Tuan Guru Hadi.

Begitu juga dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan PR dengan memberi sumbangan buku sekolah kepada pelajar-pelajar fakir miskin, ibubapa pendapatan rendah RM1500 dan OKU. PIBG Sekolah juga ada menerima bantuan berjumlah RM20, 000 bagi tahun 2009 & 2010 yang telah disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Dr. Xavier Jayakumar, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri bagi membantu sekolah ini.

Dengan bantuan -bantuan yang diberikan, adakah benar pihak sekolah tidak menerima sebarang bantuan daripada Kerajaan PR?. Bahkan mereka membandingkan mengapa Kerajaan PR memberi bantuan Sek. Ren. Keb (J) Tamil dapat RM5000 dan sekolah Ren. Keb. (J) Cina dapat peruntukan lebih. Mungkin pemberian yang diberikan oleh Kerajaan PR bergantung kepada jumlah dan keperluan sekolah tersebut dan tidak perlu dipertikaikan. Seharusnya kita fikir positifnya bukan membuat sebarang andaian dan menghasut orang lain untuk menjatuhkan PR.

Disini kita tidak mahu mencari salah sesiapa dan saya bukanlah terlibat dalam mana-mana politik, tetapi kita boleh menilai kebaikan dan keburukkannya. Cuma kita ingin semua pihak buka mata dan gunakan kebijaksanaan mereka dengan sebaiknya demi masa depan anak-anak dan pelajar-pelajar disini. Jangan bawakan urusan politik disekolah, ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelajar-pelajar sekolah.

Katanya lagi, berikutan dengan kelewatan Tuan Guru melunaskan janjinya kepada pihak sekolah untuk membantu membiayai buku latihan ini, adakah pihak sekolah membuat surat susulan kepada Tuan Guru bagi mengingati janjinya?

Semua pimpinan ada tanggungjawab mereka sendiri dan mungkin Tuan Guru terlupa. Maklumlah masa beliau datang di sini mungkin banyak perkara yang berlaku dengan berjumpa ramai rakyat sehingga terlupa sesuatu. Kita manusia yang bukan sempurna begitu juga dengan Tuan Guru yang tidak lepas daripada kelemahannya maka kita seharusnya mengingatinya kembali dengan membuat kerja secara profesional. Pihak sekolah seharusnya mengeluarkan surat hitam putih bagi memudahkan segala urusan dan mengingati Tuan Guru kembali. Ini terjadi sebaliknya mereka memburukkan Tuan Guru, ADUN Batu Caves menyatakan pimpinan PR pandai bercakap tetapi tidak pandai mengotakan janjinya. Kata-kata ini bukan ditujukan kepada Kerajaan PR tetapi seharusnya ditujukan kepada mereka sendiri dan pimpinan terdahulu (UMNO-BN) yang banyak menabur janji tetapi tidak dikota. Kita juga pernah meminta bantuan kepada parti UMNO-BN namun mereka juga pernah melambatkan kelulusan permohonan dan ada yang tidak mendapat perhatian. Jadi tidak perlulah kita asyik mencari kesilapan orang lain, katanya.

Saya masih ingat lagi semasa kedatangan Tuan Guru Hadi ke sekolah ini, pengetua sekolah dan guru-guru disini minta dirahsiakan nama sekolah ini daripada pengetahuan wartawan dan minta jangan disebarkan kedatangan tuan guru ke sekolah ini. Apakah muslihat mereka sebenarnya?. Saya sering tertanya mengapa mereka melayan Tuan Guru , Pimpinan Kerajaan PR dan ahli-ahli majlis begini. Mereka datang untuk membantu rakyat. Sedangkan apabila pimpinan pembangkang UMNO/BN datang ke sekolah ini dilayan dengan baik sekali dan diheboh satu dunia.

Kita harap semua AJK PIBG dan guru-guru sekolah tidak membuat kesilapan ini lagi. Seharusnya kita merasa malu dengan perbuatan kita sendiri dengan niat menjatuhkan imej Kerajaan PR dan Tuan Guru Hadi. Tanggungjawab kita sebagai PIBG dan guru sekolah adalah membantu pelajar-pelajar bukan menyukarkan keadaan dengan tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan yang memerintah (PR), katanya.

T.C Murugan a/l Tanggavelu, 48thn yang merupakan bekas pengerusi PIBG pula berkata, "Kita benar-benar rasa terkilan dengan sikap AJK PIBG sekolah ini. Sikap mereka perlu diubah . Tindakan yang dilakukan oleh Presiden PAS dan Pimpinan Kerajaan PR yang telah banyak membantu rakyat tanpa mengira parti dan perkauman telah membuktikan semua kerja mereka lakukan dengan tulus. Setiap hasil negeri telah diberikan kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dimana mereka mengamalkan Konsep Negeri Berkebajikan.

Saya juga merasa pelik dan hairan kedatangan Tuan Guru Hadi tahun lepas dijadikan isu, ramai yang persoalkan mengapa Presdiden PAS boleh masuk ke sekolah. Kalau mereka tidak benarkan ahli politik masuk sekolah seharusnya pimpinan parti UMNO/BN juga tidak dibenarkan memasuki sekolah ini. Kena berlaku adil. Sepatutnya niat suci Tuan Guru untuk memberi bantuan pelajar menyelesaikan masaalah sekolah kita sambut dengan baik dan rasa bersyukur kerana ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan tetapi pihak sekolah melayan acuh tak acuh sahaja.

Terus terang saya katakan pandangan saya terhadap pimpinan Kerajaan PR telah menunjukkan sifat yang bertanggungjwab dan setiap janji mereka kepada rakyat dilunaskan walaupun mengambil masa sedikit. Tidaklah memakan berpuluh tahun untuk menyelesaikan setiap isu berbangkit.

Ini terbukti, terdahulu sekolah kami juga memerlukan pagar keselamatan untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar sekolah ini memandangkan sekolah kami berdekatan dengan stesen keretapi. Saya telah menyuarakan hasrat ini kepada Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid untuk membina pagar tersebut.

Dalam masa 2 hari sahaja permohonan kami telah diluluskan oleh MB Selangor dengan meminta Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali untuk melantik kontraktor membuat kerja-kerja pemasangan pagar keselamatan. Kalau nak diharapkan pimpinan terdahulu saya rasa memang tidak dapatlah jawabnya dan sudah pasti nyawa pelajar di sekolah ini tidak memberi jaminan langsung. Cuma saya ingin berpesan kepada diri saya dan semua agar Kita jangan jadi "kacang lupakan kulit dan seharusnya kita ingat saat satu jari menunding kepada orang lain yang 4 jari adalah ditujukan kepada diri kita sendiri."

Katanya lagi, "Kita inginkan pimpinan yang tahu buat kerja, mengotakan janji, tidak hanya taburkan janji-janji kosong, sentiasa berjumpa rakyat. Kita tidak mahu pimpinan yang banyak cakap tapi tidak reti buat kerja kemudian menyebarkan fitnah kepada pimpinan lain".

Menurutnya saya juga difahamkan oleh Balasubramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan penyokong PAS, kaum india telah menjadi ahli penyokong PAS seramai 45,000 jumlah yang amat besar dan saya pasti PR akan terus kekal memerintah jika mereka terus bekerja keras tanpa melengahkan masa untuk memastikan UMNO/BN tumbang pada PRU ke 13 nanti. Sehubungan dengan itu beliau juga mengharapkan agar mana-mana pihak tidak melakukan berbagai provokasi melaga antara satu sama lain yang mengaitkan hal-hal sekolah. Niatkan hati kita sebagai pimpinan seharusnya membantu rakyat yang susah seperti yang dilakukan oleh Kerajaan PR pada masa ini, yang perlu kita contohi dengan baik", katanya.

Sementara itu pula, ADUN Batu Caves, Y.B Amiruddin Shari berkata," Alhamdulilah segala isu telah terjawab, dan Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang juga telah melunaskan janjinya untuk membiayai pembayaran buku latihan untuk pelajar-pelajar kaum india dengan memberi sumbangan cek bernilai RM5000.

Berikutan dengan isu yang berbangkit menyatakan pihak saya sebagai ADUN Batu Caves tidak menyampaikan bantuan persekolahan saya menafikan sekeras-kerasnya. Pemberian buku telah kita berikan kepada semua rakyat setempat tanpa mengira parti dan perkauman di Kawasan DUN Batu Caves yang terdiri daripada 15 Kawasan.

Pemberian buku percuma, beg sekolah dan peralatan tulis diberi setiap tahun. oleh Kerajaan PR. Bahkan saya bersama teman - teman telah menyampaikan bantuan persekolahan di Kg Indian settlement yang rata-ratanya adalah golongan fakir miskin dan berpendapatan rendah. Pada tahun ini semua pelajar mendapat buku latihan sebanyak 20 buah buku setiap seorang. Mengapa pula mereka mengatakan tidak menerima bantuan.

Sebenarnya pihak Sek. Keb. Tamil ada meminta bantuan kepada saya, agar bantuan buku ini diberikan ke sekolah ini, tetapi saya tidak dapat memberinya kerana saya difahamkan ada pelajar-pelajar tersebut bukan daripada Kawasan DUN Batu Caves, ada yang luar kawasan DUN Batu Caves. Saya mesti utamakan penduduk kawasan saya dahulu. Jika ada lebihan stok insya-allah saya beri tetapi stok benar -benar tidak mengcukupi ketika itu walaupun DUN saya menerima sebanyak 20,000 buah buku berbanding dengan kawasan lain. Namunpun begitu pelajar-pelajar sekolah tersebut ada menerima bantuan ini yang telah kami sampaikan di Dewan Kg Nakhoda sebelum sesi persekohan dibuka, katanya.

Kita harap pihak sekolah tidak mengeluarkan sebarang fakta menyatakan Kerajaan PR tidak prihatin dengan masaalah rakyatnya. Sebagai negeri yang mengamalkan konsep berkebajikan kita telah buktikan segalanya melalui skim-skim yang diberikan kepada seluruh rakyat selangor dengan hasil yang diterima oleh Kerajaan Negeri, katanya ketika ditemui di pejabatnya pagi ini.


Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI