Thursday, November 29, 2012

MB : Tanah Selangor Bukan Untuk 'Tauke Sewa' - Detik Semasa


Mengapa Deligasi Israel Hadir Sidang Gas Sedunia Di K.L, Dr M Perlu Jelaskan

SHAH ALAM, 30 Nov: Badan NGO Jingga 13  mendedahkan  delegasi dari Israel telah menghadiri Persidangan Gas Sedunia (WGC) yang diadakan di Kuala Lumpur Jun lalu.

Ketua Kordinator Jingga 13, Fariz Musa dalam sidang media yang diadakan di lobi Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor semalam  berkata,  Jingga 13 mendakwa terdapat bukti dalam senarai pendaftaran delegasi WGC  ke persidangan itu  antaranya  Pengurus Pembangunan Komersial LNG dari syarikat Noble Energy, Doorneweeret, Hans Peter. Beliau merupakan salah seorang delegasi Israel, ujarnya dengan menunjukan bukti nama  delegasi dari Israel.

Menurutnya, Jingga 13 membuat desakan agar  Penasihat Petronas, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pendirian mereka mengenai hal tersebut. 

Kata Fariz, “Kami desak Wisma Putra dan Penasihat Petronas, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara ini kerana ia bertentangan dengan dengan solidariti rakyat Malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan tidak mahu sebarang hubungan diplomatik dengan Israel".

Jingga 13 juga mencabar kerajaan, Petronas dan MGA untuk mendedahkan maklumat sebenar senarai delegasi khususnya selepas 15 April 2012.

Fariz juga mendakwa MGA pernah menulis surat kepada persatuan gas di Israel bagi merayu sokongan mereka terhadap pencalonan Naib Presiden Urusniaga Gas Petronas, Datuk Abdul Rahim Hashim bagi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI