Sunday, November 18, 2012

BAS Bernilai RM650 Ribu di Beli Sendiri MB Selangor


Shah Alam : Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  hari ini menjelaskan bahawa bas yang digunakan dalam Jelajah Merdeka Rakyat PKR dibeli beliau pada harga RM650 ribu dan dibayar secara ansuran bulanan sebanyak RM10,833.

Khalid berkata demikikan dalam sidang DUN dengan menegaskan bahawa  bas itu dibeli dengan wangnya sendiri.

Sehubungan itu, beliau turut mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembelian tersebut untuk mempelajari bagaimana beliau menguruskan kewangan peribadinya dengan baik.

"Ia pembelian persendirian.Saya  sudah sarankan SPRM untuk membuat kajian dan diberikan dokumen-dokumen supaya mereka dapat melihat bagaimana tata kelola yang baik dari segi pengurusan kewangan negeri dan pengurusan kewangan persendirian," katanya.

Beliau mengulas isu berkenaan yang dibangkitkan ketua pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman yang menyoal sama ada bas itu juga didaftarkan di atas nama Khalid sendiri.

"Ia didaftarkan atas nama Abdul Khalid bin Ibrahim dan lesennya pun dibagi oleh JPJ," jawab Khalid berjenaka disambut ketawa kecil sebahagain ahli dewan undangan negeri.

Bas yang memaparkan wajah ketua pembangkang itu menjadi sasaran serangan batu dan juga cat merah sewaktu digunakan PKR dalam program jelajah ke negeri tertentu baru-baru ini.



Editor : Khaulah Azwar

PM, Najib Di Desak Hentikan Sandiwara Bela Palestin Tapi Jalin Hubungan Dengan Israil

SHAH ALAM :  Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa  mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  menghentikan segala hubungan perdagangan, nasihat dan persahabatan dengan Regim Zionis Israel.
 
Katanya, sikap hipokrasi Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam masa sama konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebelah tangan lagi turut sama menyumbangkan ‘peluru’ kepada tentera Zionis Israel.

“Ia dilakukan melalui hubungan perdagangan yang sangat aktif seperti mana yang pernah Jingga 13 dedahkan melalui dokumen dan rakaman video di West Port, Pelabuhan Klang,” kata Fariz dalam kenyataan medianya.

Ujarnya lagi, sewaktu seluruh umat Islam menyambut Awal Muharram 1434 Hijrah, seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan zalim tentera zionis Israel yang terus melakukan serangan di Gaza yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh.

Tentera Zionis Israel tanpa rasa bersalah dan perikemanusiaan terus merobek jasad dan bumi ambiya’ tersebut, melakukan kezaliman, membunuh rakyat Palastine yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, orang tua dan wanita.
Barangan yang perlu di Boikot

“Kerajaan Umno-BN yang selama ini mempunyai hubungan akrab terutama dalam perdagangan bersama Zionis Israel, termasuk pembiayaan kontrak RM77 juta kepada APCO.

“Ianya membuktikan sikap sebenar pimpinan Umno-BN yang merupakan rakan rapat bersama Zionis Israel yang seterusnya diwarisi oleh Datuk Seri Najib Razak selepas Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Justeru ujar beliau, Najib Razak dan pimpinan Umno-BN usah bersandiwara dan perlu menunjukkan sikap sebenar serta tidak berdolak dalih sedangkan dalam masa sama menjadi ‘penjilat’ kepada Zionis Israel.


Editor : Khaulah Azwar

MB : Teliti Kelulusan Projek Kondo Batu Caves Sebelum Ambil Keputusan - INFO 12



Inilah dia kebodohan UMNO laknatuallah, nak main isu terkena batang hidung sendiri. Tak teliti betul-betul.

Dalam mereka merancang kerja jahat, Allah juga merancang setiap kerja hambanya. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Ya-Allah bantulah kami dalam menegak kebenaran, amiin ya rab.

PM, SPA Di Gesa Pejabat Awam Bebas politik

SHAH ALAM  : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) digesa mengambil tindakan segera bagi memastikan penjawat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bebas daripada campurtangan politik.

Gesaan tersebut dibuat Ahli Parlimen Selayang, William Leong berikutan tindakan terbaru JPA mengeluarkan notis pemindahan 24 jam kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin Aala yang ditukarkan ke INTAN.

“Tindakan ini bukan saja tidak professional tetapi juga secara langsung menyekat penjawat awam daripada melakukan kerja mereka dengan bebas, telus dan amanah.

“Ia akan memberi kesan negatif bukan sahaja kepada pentadbiran Kerajaan Negeri, kredibiliti Kerajaan Pusat malah lebih teruk lagi adalah kesan kepada rakyat,” tegas beliau dalam satu kenyataan medianya.

Baru-baru ini, Zainal mendedahkan kelulusan bagi Projek Dolomite Park Avenue bersebelahan dengan Kuil Batu Caves diberikan pada 30 November 2007 ketika pemerintahan Umno-BN.

Beliau juga melepaskan minit Mesyuarat Penuh MPS yang mendedahkan tiga Ahli Majlis MIC, Rajakupal Sinnathamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajandran Muniandy dan A. Kohilan Pillay (kini Senator dan Timbalan Menteri Luar) merupakan antara ahli majlis yang meluluskan projek tersebut.

Sebelum ini, pihak JPA juga didapati membuat lantikan dan pertukaran tanpa berbincang dahulu dengan Kerajaan Negeri.

Awal Oktober lalu, JPA mengumumkan pemindahan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad 
Roslan Sakiman tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

Selain itu, pada 2011 perlantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri juga dibuat JPA tanpa persetujuan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Justeru, saya menyeru agar Perdana Menteri dan SPA mengambil tindakan segera membetulkan keadaan ini.

“Jika mereka gagal, ini akan mengesahkan bahawa Program Transformasi Kerajaan sememangnya satu slogan kosong dan lebih teruk lagi ianya juga satu penghinaan kepada laungan janji Perdana Menteri sendiri,” tegas beliau.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI