Sunday, October 21, 2012

Raja-Raja Melayu Digesa Bertindak Isu Hina Islam

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memohon agar Raja-Raja Melayu yang menjadi pelindung agama Islam di negara ini bertindak untuk menegaskan bahawa orang bukan Islam tidak berhak untuk memberi komentar yang menyentuh soal hukum Islam di negara ini.

Justeru, Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) menegaskan parti politik seperti MCA sepatutnya diingatkan bahawa mereka jangan menyentuh sensitiviti umat Islam mengenai hukum Islam yang mereka berhak untuk tuntut dilaksanakan.

Katanya, ucapan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dalam persidangan MCA semalam yang sekali lagi memuncakkan serangannya kepada hukum hudud sangat melampau dan tidak harus dikompromi lagi.

“Hanya beberapa hari sahaja sebelum ini hanya dengan bersandar kepada sebuah tulisan dalam blog yang tidak dikenali, beliau menuduh bahawa jika hudud dilaksanakan lebih sejuta orang akan kehilangan kerja di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pemimpin wanita MCA juga menyatakan pendirian yang sama bahawa mereka mencurigai bahawa Umno dikhuatiri akan menyatakan sokongan kepada hudud jika Pakatan berjaya mengambil alih kerajaan Pusat.

“Kali ini Chua Soi Lek menuding bahawa perlaksanaan hudud di Negara-Negara Islam dikaitkan dengan amalan korupsi dan negara-negara yang berada dalam keadaan tidak selamat.

“Konotasi beliau sangat jelas. Hudud tidak mengatasi masalah rasuah dan jenayah. Inilah pendirian yang mahu beliau tegaskan kepada orang Islam khususnya disamping kepada pengundi bukan Islam,” ujarnya.
Ini bermakna kata beliau, Chua mahu mengajar orang Islam bahawa hukum hudud Islam tidak boleh dilaksanakan kerana terbukti negara-negara yang beliau dakwa melaksanakan hukum hudud adalah antara yang ‘paling korup’.

“Apa hak beliau untuk menuding bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan hanya dengan alasan negara lain yang dikatakan melaksanakannya dijangkiti dengan masalah korupsi.

“Ini adalah kesimpulan yang sangat simplistik dan berniat jahat untuk memburukkan hukum Islam di kaca mata bukan Islam,” katanya lagi.


Dengan pendirian itu, tegasnya seluruh umat Islam harus bangkit menyatakan bantahan dan menunjukkan bahawa penghinaan kepada hukum Islam sangat jelas merupakan pendirian rasmi MCA.

Menurutnya, jelas penghinaan itu mencabar bukan sahaja wibawa institusi Islam di negara ini malah juga mencabar kedudukan dan status Islam di negara ini.

“Mempersoalkan dan memberi komen secara menghina dan memburuk-burukkan hukum Islam sepatutnya dilihat sebagai satu hasutan yang akan menimbulkan ketegangan agama.

“Kami melihat kenyataan seperti ini adalah berpunca daripada kegagalan kesepakatan dalam BN yang tidak pernah dijelaskan mengenai Islam dan hukum-hukumnya dengan baik,” ujarnya lagi.

Malah, katanya kenyataan dari kepimpinan orang Melayu Islam sendiri dalam BN yang menggambarkan bahawa hukum Islam tidak boleh dan tidak akan dilaksanakan.

Sokongan Rakyat pada PAKATAN RAKYAT meningkat

SHAH ALAM 22 OKT: Sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat  (PR) semakin meningkat sekaligus mencerminkan kepercayaan masyarakat negeri ini untuk terus bersama PR.
  
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sejak beliau memulakan rombongan 
Jelajah Merdeka Rakyat di beberapa kawasan di Selangor menyaksikan di Desa Air Hitam, Puchong dan Pantai Morib, Kuala Langat, kehadiran rakyat di setiap ceramah amat menggalakkan dan mendapat sokongan ramai.

Biarpun hujan lebat pada pagi dan petang, ianya tidak mematahkan semangat penduduk di setiap kawasan yang dikunjungi untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar amanat dan mesej yang dibawa oleh pemimpin PR.

Abdul Khalid di dalam ucapannya di Ijok berkata, rakyat di Selangor kini dapat merasai perbezaan melalui perubahan yang dilakukan semasa Pilihanraya Umum 2008 yang lalu.

“Rakyat dapat menikmati pelbagai manfaat melalui pentadbiran yang telus dengan penganjuran pelbagai program dan bantuan seperti pemberian air percuma, skim bagi warga emas dan wanita dan tuisyen percuma bagi pelajar-pelajar di negeri ini.

“Cara kita mengurus negeri ini, Laporan Ketua Audit menunjukkan Selangor merupakan antara negeri-negeri yang terbaik pentadbirannya dan jika dilakukan perbandingan dengan kerajaan Umno-BN sebelum ini, kita ternyata lebih baik,” katanya di hadapan penduduk Ijok.

Selain Puchong, Kuala Langat dan Ijok, rombongan semalam turut mengunjungi Pandamaran di Klang dan Kampung Assam Jawa di Kapar sebelum mengakhiri perjalanan di parkir Stadium Shah Alam.

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapannya di Shah Alam, Anwar memuji pentadbiran Abdul Khalid sambil menyifatkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang terbaik.

“Saya akui beliau merupakan seorang yang sangat cermat dan berkira dalam menguruskan wang di negeri ini.

“Tetapi sikap inilah yang diperlukan seorang pemimpin bagi menjamin wang negeri ini dikembalikan kepada rakyat untuk menikmatinya,” katanya di hadapa kira-kira 6,000 hadirin.

Katanya, integriti tinggi yang dimiliki Abdul Khalid menyebabkan negeri ini mampu mempunyai rizab simpanan sehingga RM 2.2 bilion walaupun membelanjakan wang yang banyak bagi program bantuan rakyat seperti skim air percuma, Jom Shopping, TUNAS dan Sri Kembar.

“Dahulunya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Khir Toyo mendakwa Selangor akan bankrup jika berhasrat memberikan air percuma.

“Tetapi dengan pentadbiran yang telus dibuktikan oleh Abdul Khalid, simpanan negeri meningkat daripada RM1 bilion kepada RM 2.2 bilion walaupun memberikan pelbagai kemudahan kepada rakyat,” kata Anwar.


Editor : Khaulah  Azwar

Apabila ISLAM Di Hina.. Tugas Kita Berjuang

Allah berikan kita akal fikiran yang waras untuk sama-sama menilainya.. 

Apabila Islam di hina, maka tugas kita adalah berjuang.. 

Jom Ubah sekarang PRU13 changed to Rakatan Rakyat.

2 Kenyataan Berbeza. Pakatan Rakyat Non Muslim and UMNO-B End Non Muslim.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI