Monday, October 10, 2011

Kebajikan SRA di pinggirkan oleh Kerajaan Pusat



S.Alam : Pengumuman Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu pendidikan tidak ikhlas, kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Modal Insan, Dr Halimah Ali.

“Kerajaan Pusat dilihat tidak ikhlas untuk memperjuangkan nasib orang Islam dan orang Melayu terutama di negeri Selangor kerana dalam pembentangan bajet tersebut jelas tidak dinyatakan untuk membantu 250 buah Sekolah Agama Rakyat (SRA).

SRA di ngeri ini apa yang kita lihat serba kekurangan dan memerlukan bantuan tetapi mengapa kebajikan SRA dipinggirkan.

Jelasnya lagi, Kerajaan Pusat seharusnya mengadakan bantuan Khas kepada SRA bukan sahaja dinegeri Selangor malah di seluruh Negara, memandangkan sekolah SRA langsung tidak mendapat peruntukan Kerajaan.

“Saya benar rasa kesal kerana selama ini pendidikan anak-anak yang belajar di SRA tidak pernah diberikan perhatian yang serius dan oleh Kerajaan Pusat (UMNO-BN). Ini pendidikan asas, kalau PM, Najib ingin membantu dan mempertahankan orang Melayu dan Orang Islam, bantuan mesti diberikan kepada SRA tetapi sebaliknya.

Tindakan ini menggambarkan UMNO-BN tidak bersungguh dan tidak ikhlas memperjuangkan SRA".

Seperti di negeri Selangor, SRA bukan di bantu Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat, sebab itu kita berikan RM6 Juta setahun. Inilah menyebabkan ramai yang mengatakan Bajet 2012 dibentangkan oleh PM, Najib adalah undi pilihan raya, kata Dr Halimah.

Beliau berkata lagi, SRA sepatutnya dibantu sebagaimana peruntukan tambahan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang masing-masing menerima peruntukan RM100 juta.

Dalam pada itu, Dr Halimah mengalu-alukan permansuhan bayaran Yuran Persekolahan pada tahun hadapan bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah berjumlah RM150 Juta.

“Saya harap pemansuhan itu benar-benar dilaksanakan bukan cakap kosong sahaja tanpa menaikkan bayaran lain yang boleh mengurangkan bebanan ibubapa terutamanya berpendapatan rendah dan fakir miskin”.

Saya suka ingin ingatkan rakyat Malaysia agar tidak lupa dengan pengumuman yang pernah di umumkan oleh Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) semasa beliau menjadi PM dahulu hal yang sama telah di umumkan tetapi tidak dilaksanakan.

Akhirnya ibubapa terpaksa membayar yuran lain seperti ko-kurikulum, sukan, computer sehingga menjadi jumlahnya lebih besar dari yuran asas.

Sekiranya dilaksanakan , ini satu kemenangan untuk rakyat sebab pendidikan adalah satu keperluan asas. Tetapi jangan lain diumumkan lain pula di laksanakan sedangkan rakyat melekatkkan harapan yang tinggi dengan pengumuman yang di buat.

“Jangan cakap tak serupa bikin semata-mata untuk umpan rakyat dalam PRU13”, katanya kepada media.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI