Tuesday, April 21, 2009

ERTI PERJUANGAN

ERTI PERJUANGAN YANG SEBENAR






Pergilah sahabat semua, teruskan perjuangan kita, agar Islam dapat bangun dan bangkit semula. Sahabat , dalam menyusuri jalan perjuangan, jangan lupa memandang di belakang sejarah yang sering mengingatkan kita jerih perit para pejuang terdahulu, untuk kita jadikan pedoman danpengajaran, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak mudah, jalan menuju syurga itu penuh kepahitan yang tidak kita impi-impikan untuk melaluinya.











Jalan perjuangan yang kita akan selusuri itu banyak benar denai duri yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh. Sebab itu sahabat, sudah aku nyatakan berkali-kali

" Hidup ini perlukan dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman anjang perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu manusia yang faham apa erti kehidupan."



Sahabat, perjuangan yang kau tempuhi sebentar lagi akan menyebabkan engkau rasa putus asa, kecewa,sebak dan sedih yang tidak terkata.Maka kuatkanlah semangatmu, selalulah panjatkan doa kepadaNya, kita jadikan malam-malam sebagai taman munajat kepada Tuhan. Dia tidak akan melupakan kita, Dia akan selalu mendengar rintihan kita dikala manusia kelu untuk berkata-kata. Dari situ kita suburkan kasih sayang dan cinta kepada Tuhan.Sahabat, perjuangan dalam jalan dakwah menuntut pengorbanan jiwa yang bukan sedikit, ingatlah setiap antara kita sememangnya berkewajipan untuk meneruskan tugas warisan para anbiya' ini. Kerana cahaya Islam semakin suram di mata hati umat Islam sendiri. Cuba engkau lihat ada negara Islam yang bersekongkol dengan negara kafir untuk menyerang negara Islam sendiri, atas nama tujuan ekonomi. Mereka tidak meletakkan agama sebagai keutamaan. Cuba engkau lihat di negara Afghanistan pula,angkatan tentera yang kononya Islam bertakbir Allahu Akbar apabila berjaya membunuh saudaranya sendiri , umat Islam juga tetapi mereka sendiri dibantu oleh orang kafir.




Islam apa ini namanya ?Cuba pula engkau lihat kebejatan akhlak di negara kita sendiri, tidak mustahil jika suatu hari nanti yang engkau nampak adalah adik, abang dankeluargamu sendiri yang melakukannya. Itukah yang engkau mahu sahabat?Sedangkan kita telah dibekalkan dengan ilmu oleh para guru yang tidakkenal erti penat lelah untuk memastikan para pelajarnya keluar sebagai bukan sahaja orang yang berjaya bahkan juga sebagai da'ie di alamini. Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong didalam neraka ? sanggupkah engkau lihat ibu ayah kita menangis sepanjangmasa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi`manusia' yang diinginkan oleh Allah ? dan kemudiannyamereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebabengkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur dan menasihati mereka.





Sebab itu sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam itu semakin suram, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman kebesarannya. Para ulama' dibisukan dengan dunia oleh umara'.Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja.Sahabat, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita telah belajar apa erti kesusahan Rasulullah dalam menyebarkan agama, kita telah merasai kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga dapat membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan semangat jihad yang dibentuk oleh al Quran dan sunnah Rasulullah, dihati-hati mereka tiada perasaan gentar atau takut selain dari Allah.Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat



"Wahaiorang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidakmelakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakansesuatu yang kamu tidak melakukannya" Surah As Saff ayat 2-3".


Sebab itu sahabat, dengan nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan ikhlas aku menyatakannya kerana aku ingin melihat cahaya Islam itu semakin gemilang, agar Rasulullah mampu tersenyum andainya melihat sinarnya Islam selepasnya tidak kunjung padam. Moga-moga dengan amal ikhlasmu ini akan dipandang oleh Allah dan diredhaiNya di dunia dan diakhirat sana. Insya Allah…


Anak_Pejuang1 Ramadhan 1422 hijrah11.26 pagip/s: aku terjumpa artikel ni dalam laptop. sekadar ingin berkongsi bersama sahabat. tulisannya sangat menarik bagiku. =) Selamat Berjuang walupun di mana kita berada WAJIB kita SEBARKAN DAKWAH...

Ketika berihram dibenarkan bunuh haiwan yang ganas {Tafsir Surah Al-Maidah:94-95}


Ketika berihram dibenarkan bunuh haiwan ganas -
tafsir surah Al-maidah : 94 - 95

Written by Presiden PAS

Apa yang penting kita mengikut hukum syarak. Dihalalkan binatang buruan yang diburu mengikut hukum syarak. Walaupun sebab nuzulnya (turunnya) ditujukan kepada orang-orang yang berihram, bersama-sama dengan Nabi s.a.w tetapi Allah berfirman yang bermaksud :
" Demi sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sesuatu daripada buruan yang kamu dapat capainya dengan tangan kamu dan senjata kamu." (Al-Maidah:94).

Ia itulah binatang-binatang kecil yang ditangkap dengan menggunakan tangan dan menggunakan senjata kamu.Firman Allah yang bermaksud : " Supaya termaklum disisi Allah sesiapa yang takut kepadaNya, ditempat yang tidak ada orang dan dia juga percaya bahawa Allah Taala mengetahuinya. Maka sesiapa yang melampaui batas selepas itu baginya azab yang sangat pedih." (Al-Maidah:94) Seterusnya Allah menjelaskan lagi dengan firman Nya yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah membunuh binatang buruan dalam keadaan kamu berihram." (Al-Maidah:95)

Selagi di dalam ihram, diharamkan kepada kamu membunuh binatang buruan kecuali binatang liar yang mengancam keselamatan dan nyawa kamu termasuk ular, kala jengking, burung helang, tikus dan seumpamanya.Binatang berkenaan tidak termasuk di dalam kategori binatang buruan. Diharamkan binatang buruan bukan sahaja semasa ihram bahkan dikawasan tanah haram bagi mereka yang tidak berihram.Yang dimasukkan tanah haram disisi ulama ialah Makkah dan Madinah. Tanah haram Makkah termasuk sempadan yang ditandakan di tanah suci Makkah sekarang. Tanah haram Madinah ialah diantara bukit (jabal) 'Ir dan Jabal Thur (terletak dibelakang Bukit Uhud). Sementara Jabal Thur di Makkah dan satu lagi di Madinah.
Jabal Thur di Makkah ialah tempat persembunyian Nabi s.a.w ketika berhijrah ke Madinah.Manakala Jabal 'Ir ialah sebuah bukit yang panjang kelihatan seperti pedang dari jauh. Inilah sempada tanah haram Madinah.Diharamkan kepada binatang buruan di kawasan tanah haram di Madinah. Sejarah pengharaman binatang buruan di Makkah bermula pada zaman Nabi Ibrahim a.s sementara Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.Disebut di dalam hadis yang sahih, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Ibrahim mengharamkan Makkah dan sesungguhnya aku mengharamkan Madinah seumpama Makkah."Justeru tidak boleh dicabuli diantara sempadan Madinah itu termasuk tidak boleh dipotong pokoknya dan tidak boleh diburu binatangnya , kecuali pokok-pokok kegunaan untuk sayur-sayuran (ini dikecualikan).Yakni diharamkan oelh Allah kawasan tanah haram itu dengan nas sekaligus kita percaya dan berpegang dengan nas tersebut.
Firman Allah yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu membunuh binatang buruan dalam keadaan kamu mengerjakan ihram: (Al-Maidah : 95).Kecuali binatang-binatang yang dikecualikan oleh Allah SWT yakni yang dibenarkan hukum syarak untuk membunuhnya.Apa yang dimaksudkan dengan binatang buruan disini ialah memburu binatang.Yakni orang di dalam ihram tidak boleh memburu binatang. Adapun memakan daging binatang buruan yang diburu oleh orang lainataupun daging hasil buruan semasa tidak berihram yang dibawa daripada tempat lain dimakan ketika berihram di Tanah Haram, Mazhab Syafie mengizinkannya.
Sesetengah ulama lain mengharamkannya. Sementara ada ulama menafsirkannya dengan menyatakan bahawa sekirannya pemburu tidak berihram berada bersama orang yang berihram dan dia pulak berhasrat untuk memberi makan daging buruannya itu kepada orang yang berihram maka tidak dibenarkan orang yang di dalam ihram memakan dagingnya.Kemudian bagaimana pula binatang buruan yang dipelihara. Setengah dari kalangan kita membebaskan burung-burung yang dipeliharanya di mana disisi Imam Malik dan satu Qaul dalam Mazhab Syafie menyatakan bahawa seseorang itu tidak perlu membebaskan binatang buruan yang dipelihara di rumah.

ISLAM MEMENTINGKAN NASIHAT



Islam, agama mementingkan nasihat

Written by Presiden PAS
Friday, 17 April 2009


Nasihat menjadi tonggak penting dalam agama Islam, agar kebenaran dapat ditegakkan dan kebatilan dapat dimansuhkan. Peranan untuk menegakkan nasihat menjadi kewajipan seluruh umat di semua peringkat dan lapisan.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat." Para sahabat bertanya: "Untuk siapa? Sabda Rasulullah s.a.w: "Untuk Allah, Rasul-Nya, untuk kitab-Nya, untuk para pemimpin dan orang ramai." - Hadis Sohih riwayat Imam Muslim dalam kitab al-Imam.


Nasihat untuk Allah ialah dengan menepati hukum-Nya, menegakkan agama-Nya dan hukum-hakam-Nya kerana Allah semata-mata. Bukan kerana mengampu, sehingga tidak berani untuk mencegah kemungkaran, tetapi hanya menyuruh yang baik secara terhad dan menjadi pengecut untuk mencegak kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin yang berkuasa di dalam negara.
Umat Islam menjadi bertambah malang dengan kewujudan mereka yang disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya 'Ihya' 'Ulumddin' sebagai 'ulama su' yang bersekongkol dengan mereka yang zalim serta sanggup menjadi syaitan bisu.


Ini dilakukan kerana takutkan manusia sama seperti takutkan Allah SWT, atau lebih daripada takutkan Allah atau menganggap rezekinya di tangan pemerintah bukannya datang daripada Allah SWT.

Nasihat untuk Rasulullah pula ialah dengan menjadikan baginda contoh teladan di dalam semua perkara. Juga nasihat agar menepati sunnahnya dan meneruskan ajarannya setelah baginda wafat.


Nasihat kerana Rasulullah sentiasa hidup, tidak wafat dengan kewafatan baginda, juga mencontohi keberanian baginda yang tidak gentar menghadapi sesiapa, walaupun kuasa besar dunia yang zalim.

Juga percaya kepada amanat Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang sohih bahawa menasihati kerajaan yang zalim adalah jihad akhbar (paling besar). Manakala riwayat yang menyatakan jihad hawa nafsu adalah paling besar, adalah dikira hadis daif, bahkan ada ulama hadis yang menyenaraikannya daripada kalangan hadis palsu, iaitu bukan hadis, tetapi kata-kata seorang yang bernama Ibrahim bin Ablah.

Nasihat kerana kitab Allah ialah dengan menegakkan isi kandungannya dalam segenap aspek. Ia termasuk akidah, syariat, akhlak, dan sistem kehidupan seluruhnya termasuk dalam perkara undang-undang supaya diamalkan dengan tepat.


Juga menasihati mereka yang tidak beramal dengan cara yang tidak tepat supaya memperbetulkannya dengan cara menepati matlamat hukum yang terdapat di dalam kitab Allah Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Melalui nasihat, pemimpin berpeluang membetulkan rakyatnya yang tidak betul, bahkan berpeluang untuk membetulkan dirinya sendiri supaya menjadi contoh kepada rakyat. Nasihat juga mengajarnya untuk bersikap kepadanya dan dia tidak melenting apabila benar-benar melakukan kesilapan, kerana pemimpin adalah makhluk manusia yang tidak boleh berlagak menjadi Tuhan.


Nasihat juga menjadi hak rakyat, untuk memberi nasihat kepada pemimpin dan menerima nasihat di kalangan mereka serta menerima nasihat daripada pemimpin. Rakyat juga berperanan untuk menasihati pemimpin, sekiranya pemimpin mereka menyeleweng. Hak rakyat untuk memberi nasihat tidak boleh dinafikan oleh kerajaan.

Allah berfirman melalui surah al-'Asr yang bermaksud: "Demi Mass! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar."


Tetapi kewajipan nasihat ini telah diabaikan kerana terdapat sindrom yang melanda umat Islam di negara kita hingga ke tahap yang sangat membimbangkan.
Sindrom yang mengongkong para pemimpin : Negara dikepalai oleh barisan kepimpinan yang diikat dengan budaya menonjolkan diri dengan membariskan pimpinan bawahannya semata-mata untuk membina kekuatan kedudukannya, iaitu membariskan pelapis yang takut kepada siapa sahaja yang menjadi pemimpin utama. Pekara ini menyebabkan kita diperintah oleh kalangan yang tidak dapat membetulkan kelemahan-kelemahan yang berlaku.

Antara punca yang menimbul gejala ini ialah perkara-perkara berikut:
Hub al-Riasah wa al-Jah (Rakus untuk menjadi pemimpin dan gila kuasa.
Sifat ini menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk menaikkan dirinya, bukan sahaja sanggup mebaurkan wang, bahkan sanggup mengorbankan kawan sendiri. Berkawan bukan kerana Allah tetapi kerana ada kepentingan untuk naik lebih tinggi.
Dalam Umno, penghormatan yang sewajarnya tidak lagi diberi kepada orang yang sudah jatuh, yang dikira tidak boleh memberi apa-apa kepada orang lain, seperti Tun Musa Hitam dan Tun Ghafar Baba. Apa yang berlaku kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah malapetaka daripada sifat yang buruk ini.

Sebenarnya beliau dijatuhkan kerana adanya unsur perebutan kepimpinan. Tuduhan-tuduhan yang mengheret beliau ke mahkamah dipercayai oleh kebanyakan orang sebagai penyangkut yang dicipta untuk menjatuhkan beliau. Hanya segelintir rakan-rakan daripada Umno yang menunjukkan semangat persahabatan dan terlalu sedikit yang sanggup bersama. Kebanyakan mereka selama ini lebih bersemangat mangampun untuk kepentingan diri masing-masing.

Penyakit ini menyebabkan pemimpin tidak mendapat pertolongan dan keberkatan Allah S.W.T. Sangat benar sabda Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya iaitu Abdul Rahman bin Samurah maksudnya: "Wahai Abdul Rahman Samurah! Janganlah anda meminta untuk menjadi ketua. Jika sesuatu jawatan yang diberi kepadamu kerana permintaan engkau sendiri, nescaya ia akan diserakan kepadamu tanpa pertolongan. Sekiranya ia diberi kepadamu tanpa engkau memintanya, nescaya engkau akan diberi pertolongan." (Hadis Sohih riwayat Imam Bukhari dalam kitab al-Ahkam)
daripada buku 'Qazaf mangsa fitnah, halaman 45-49

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI