Thursday, May 28, 2009

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Penanti: Pakatan Rakyat menang 1-0 sebelum penamaan , AYUH GEMPUR PENANTI LIPATKAN BN


Penanti: Pakatan Rakyat menang 1-0 sebelum penamaan
Mohd Sabri Said & Izwan Abd Halim
Sat | May 23, 09 | 8:36:16 am MYT


PENANTI, 23 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat telah mendahului Barisan Nasional (BN) satu kosong di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti sebelum hari penamaan calon yang diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBM) di Jalan Berapit, Bukit Mertajam pagi ini.


Demikian kata, Timbalan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Faris Musa ketika berucap merasmikan Bilik Gerakan Utama AMK Pusat di Guar Jering semalam.

Jelasnya, satu kosong sudah cukup memberi kesan mendalam pada jentera BN yang selama ini berdendam dengan jentera Pakatan Rakyat setelah mengalami kekalahan demi kekalahan dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

"Pakatan Rakyat sudah menang satu kosong dengan BN bila mana parti itu tidak meletakkan calon di Penanti. Kita mahu kalahkan mereka dengan agregat tiga kosong baru keadaan agak selesa bagi Pakatan Rakyat, Kita tengah berusaha keras agar mencapai hasrat itu, " katanya.

Kedatangan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin ke Penanti baru-baru ini bersama Ketua Wanita Umno, Dato' Sharizat Abdul Jalil meninjau akhirnya mendapati sokongan pada Umno dan BN tidak ke mana malah makin meruncing.

Tambahnya lagi, rakyat telah membuat pilihan terbaik pada pilhan raya umum ke 12 lalu serta pilihan raya kecil Permatang Pauh apabila menyaksikan kemenangan terus berpihak pada Pakatan Rakyat.

Cuma apa yang penting sekarang ialah perkemaskan gaya pendekatan, pertautan antara parti gabungan dan mengatur strategi berbentuk penerangan bukan lagi serangan memandangkan BN tidak bertanding.

"Memandangkan BN tidak bertanding kita akan tukar taknik pendekatan sepertimana yang diberitahu oleh Pengarah Pilihan raya Kecil Penanti, Saifudin Nasution Ismail, " jelas beliau yang juga Pengarah Pilihan raya AMK di Penanti.

Justeru itu, Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) dikehendaki tidak mengikut telunjuk Umno dan BN tetapi mesti bersikap telus, adil dan saksama dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan supaya hak rakyat di Penanti tidak teraniaya.

Kemenangan satu kosong itu, menandakan teori RAHMAN menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Rakyat mengakhiri penguasaan BN di Malaysia.

"Generasi Tunku Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn, Mahathir dan Abdullah hanya dalam kenangan maka sekarang merupakan era Najib berkuasa. Insya-Allah penguasaannya tidak ke mana apabila terdapat skandal yang bakal meruntuhkan pengaruhnya, " ujar beliau. - mks. _

p/s : Moga pertolongan ALLAH diberi untuk mnengakkan keadilan ini.. amiin ya rab.. samalah berdoa ye shbt2..

ya-ALLAH kami hambamu yg lemah, kami ingin membantu agamamu, tp kami dihimpit disegenap penjuru, kami x berdaya menentang musuh2 agama2mu, berilah kami kekuatan dalam menghadapi ujian ini, susunkan jentera2 agamamu utk bersama2 menyelamat ISLAM dpd ditindas org yg berniat jahat terhadap perjuangan ISLAM ini, hancurkanlah kekejaman mereka, hancurkanlah dan gagalkan segala perancangan gerak kerja mereka, bukakanlah pntu2 hati pegundi agar mereka ditetapkan hati untuk keluar mengundi dan hanya memilih pemimpin2 yg adil berpandukan al-qurah dan sunahmu.. campurkanlah urusan gerak kerja kami, mudah kan urusan dunia akhirat kami... ya-allah perkenankan doa kami dengarkanlah rintihan munajat hamab2mu, amiin ya rab..

Mogok Lapar, Jawapan dpd Ust Ahmad

salam.. ni jawapan yg adk2 j ana asyik tanya blh ke kita buat begitu??ana x sempat nak baca dlm harakah/sinar akhbar baru 2 ni memandangkan terlalu sibuk dan laptop ana rosak.. baca sekali pintas je terkejarkan mtg.. hrp jawapan dpd pimpinan akan terjawab,. selamat membaca..

Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan
Mohd Rashidi Hassan

Mon | May 25, 09 | 1:13:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.

"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.

Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.

"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.

"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.

Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.

Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok. - mks._


Keluar beramai-ramai dan undi calon Pakatan Rakyat - Nik Aziz

PENANTI, 28 Mei (Hrkh) - Musyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak semua rakyat di Penanti sekali lagi memberikan sokongan penuh pada calon Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) N12, Dr Mansor Othman kerana kemenangan begitu penting demi kemajuan negeri.

Tanpa kemenangan sukar calon yang diamanah meneruskan agena yang menjadi prinsipnya sewaktu berkempen dan membantu Ketua Menteri dalam urusan pentadbiran serta memperkenakan beberapa strategi membantu meningkatkan hasil negeri.

"Marilah kita bersama-sama keluar tidak kira PAS, KeADILan, DAP, Umno dan lain-lain parti atau orang yang tidak berparti beri sokongan pada Dr Mansor. Biar Pakatan Rakyat menang untuk membolehkan pentadbiran berjalan dengan sempurna," katanya semasa berceramah di Kampung Guar Jering, Bukit Mertajam semalam.

Jangan sekali-kali terjerat dengan dakwaan mengatakan ridak payah turun mengundi berikutan sudah menang tanpa cabaran Barisan Nasional (BN) sebaliknya bertekad daripada hari ini lagi untuk terus menjatuhkan BN, katanya.

Kezaliman BN katanya tidak boleh dilupakan begitu sahaja kerana ia masih mengekalkan akta yang menjadi pelindung pada mereka.

"Buatlah keputusan dengan mengekalkan sokongan pada Pakatan Rakyat. Jangan ubah atau keliru dengan serangan halus BN supaya rakyat tidak turun mengundi. Bila kita ikut pasti kita kalah," terangnya dalam program anjuran Jentera Daerah Mengundi (JDM) Guar Perahu.

Dato' Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menyeru mana-mana parti supaya bersama Pakatan Rakyat asalkan mempunyai titik persamaan dalam sesuatu isu.

Sejak kebelakangan ini keretakan berlaku pada BN di mana banyak parti komponen telah berani bersuara terutama di era kepimpinan Tun Abdullah berbanding Tun Mahathir dan kini Dato' Seri Najib terpaksa membendung daripada parah.

Pertikaman lidah berkaitan kemelut di Perak katanya, juga terdapat perbalahan apabila MCA dan Gerakan mahukan ia diselesaikan dengan menyerah mandat pada rakyat semula tetapi Umno tidak setuju bimbang rakyat menghukum parti tersebut.

Begitu juga dengan PPP yang kini berpecah dua dan mempunyai dua Presiden. Perpecahan itu menyaksikan perebutan kuasa antara yang haram dan sah, katanya.

Turut berceramah dalam program berkenaan ialah Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Inrahim.

Hadir sama ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution Ismail, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ramai lagi. - mns_


p/s: Pesan ana pd semua shbt2 ayuh turun bantingkan tenanga baut keje merayu yg balik mengundi jgn lupa pangkah PKR.. kita sama2 tumbangkan pemerintah yg zalim:)

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI