Tuesday, July 5, 2011

Bersih Akan diteruskan walaupun bertukar tempat "Ahli Majlis MPS"





Selayang: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang Y.B Gan Pei Nei bersama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang memberi sokongan penuh kepada Himpunan BERSIH 2.0 yg akan di adakan pada 9 Julai 2011 walaupun terpaksa di ubahkan himpunan ini di dalam stadium.

Hal ini telah dipersetujui oleh semua Ahli Majlis MPS dalam ucapan penangguhan mesyuarat penuh MPS yang di usulkan oleh Tn Rahim Kasdi baru-baru ini. Ahli Majlis MPS Zon 4 merangkap YDP PAS Selayang, Ahmad Zaidi ketika ditemubual oleh media berkata, Ahli Majlis meminta agar semua kakitangan MPS memberi sokongan penuh kepada Himpunan Bersih 2.0 bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Seluruh Ahli Majis bersama ADUN Rawang, Gan Pei Nei merupakan pemerhati dalam mesyuarat itu bersetuju usul penangguhan tersebut. Rakyat berhak berhimpun kerana ia merupakan hak asasi rakyat. Kita yakin Himpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan 9 Julai ini akan berlaku dengan aman melainkan dicetuskan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyamar pakai pakaian bersih 2.0 yang telah dirampas oleh pihak polis dan pihak –pihak tertentu juga boleh membelinya dan akan membuat apa sahaja untuk kepentingan mereka.

Sepertimana rakyat telah mendengar ucapan Perdana Menteri (PM) di media, “pihak kerajaan akan bertemu dengan pihak sekratariat bersih dalam masa terdekat dan bersedia menyediakan tempat seperti stadium tetapi dengan bersyarat akan pergi dan balik dengan situasi aman.
Keyakinan ini harus diberikan oleh pihak penganjur Himpunan Bersih 2.0”.

Kita sambut baik cabaran dan cadangan tersebut, seperti sedia maklum ahli Pakatan Rakyat (PR) terutamanya Ahli PAS telah diberikan tarbiyah yang cukup mantap oleh pimpinan dalam kita berkomunikasi untuk berurusan dengan sesiapa sahaja. Bahkan akhlak Ahli PAS tidak seperti apa yang mereka sering katakan seperti tidak mempunyai akhlak yang mulia. Saya juga yakin sepenuhnya seluruh rakyat yang akan hadir dalam himpunan ini akan memberi kerjasama dengan semua pihak kerana mereka hadir bukan untuk suka-suka dan membuang masa sahaja tetapi kehadiran mereka dalam himpunan ini inginkan keadilan dan ketulusan dalam pilihanraya.

Rakyat juga tidak akan membuat sebarang tindakan diluar jangkaan dengan pemikiran yang waras melainkan pihak tertentu yang sengaja membuat provokasi, huru-hara dalam himpunan ini nanti, katanya. Ujarnya lagi, sehubungan dengan itu, kita juga meminta agar pihak polis, FRU yang hadir dalam himpunan itu nanti tidak sekali-kali menyekat Himpunan Aman ini setelah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Zainal Abidin Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Shah Al-Haj telah bersetuju agar rakyat diberi peluang untuk berbincang dengan pihak berwajib tetapi pintu rundingan ditutup oleh pihak tertentu.

Bahkan sultan juga meminta agar PM, Najib membuat tindakan sebijaknya kerana rakyat berhak bersuara untuk menuntut keadilan dalam mentadbir negara demi menjaga keamanan Negara ini. Kita harap PM Najib, dan kuncu-kuncu UMNO-BN serta polis dapat memberi kerjasama dengan rakyat dan pihak polis tidak hanya memberi kerjasama sebelah pihak sahaja.

Kita juga merasa kesal mengapa pihak yang tidak bertanggungjawab dan polis sanggup mencetuskan berbagai provokasi, rusuhan dengan menagkap rakyat yang tidak bersalah sedangkan himpunan ini belum berlangsung lagi. Rakyat sering dimomok dalam media seolah-olah yang mengcetuskan huru-hara ini adalah daripada kita.

Ingin kita tekan sekali lagi sudah jelas ternyata bahawa Himpunan Bersih 2.0 ini adalah Aman hanya menuntut 8 perkara seperti yang telah termaktub dalam Bersih. Tiada sama sekali dalam 8 perkara tersebut kita ingin adakan Huru-hara, pembunuhan dan sebagainya. Kita bukannya parti yang bergerak bawah tanah (underground). Parti kita berdaftar bahkan semua badan NGO yang akan sertai himpunan ini juga berdaftar.

Himpunan Bersih 2.0 kita ingin memberi gambaran bahawa perarakan secara aman yang akan berlaku ini, dimana rakyat bersama ahli keluarga dan teman-teman tanpa mengira perkauman akan berjalan secara bersantai untuk menghantarkan memorandum ke sultan. adi pihak UMNO, polis tidak perlu takut dengan himpunan ini tetapi hendaklah meredhainya. Jika mereka tidak redha maka boleh dikatakan sebenarnya UMNO/BN takut dengan bayangan sendiri dengan kebangkitan rakyat yang sudah jelek cara pentadbiran PM, Najib.

Menurut Zaidy lagi, Sebelum ini pihak kita sudah banyak kali berurusan secara baik dengan pihak SPR namun kita rasa pihak SPR dikongkong oleh pihak berkuasa yang gilakan kuasa dinegara ini sehingga tiada ketulusan dalam sistem SPR yang membuatkan pihak Bersih terpaksa bertindak sewajrnya demi rakyat.

Di Selayang baru-baru ini, setelah kita membuat culaan undi dari rumah kerumah, rakyat disini sering bertanyakan pada semua petugas mengenai status Himpunan Bersih 2.0. Rayat tanpa mengira kaum memberi respond yang sangat positif bukan seperti kita baca dalam akhbar dan media televesyen yang banyak pro BN sering menyatakan rakyat menolak Himpunan Bersih. Kenyataan media ini membuatkan rakyat sering terkeliru. Itulah sebab Bersih 2.0 menuntut akses media yang tulus tidak bercakap sebelah pihak dan syok sendiri.

Apa yang jelas dalam kita membuat kerja mencula ini, rakyat juga pertikai ketulusan SPR kerana terdapat rumah-rumah mereka yang telah dimasukkan senarai nama pengundi hantu yang tidak sepatutnya berlaku. Dengan kemasukan nama pengundi ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan sepenuhnya pada SPR, katanya. Sehubungan dengan itu, juga bagi menuntut hak keadilan ini, maka kita diperingkat pimpinan dibawah Pakatatan rakyat (PR) , Saf pimpinan Ahli Majlis MPS dan PAS kawasan Selayang akan memberi sokongan sepenuhnya dan insya-Allah kita akan hantarkan seramai mungkin untut hadir dalam himpunan ini yang mungkin seramai 3000 lebih daripada Ahli PAS Selayang akan hadir.

Terima kasih juga kepada semua pihak penganjur dan semua peguam-peguam yang telah sanggup memberi kerjasama untuk membantu dan memberi khidmat guaman dalam Himpunan Bersih 2.0 nanti, katanya.




Editor : khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI