Tuesday, May 12, 2009

TARBIYAH ISA-Libatkan keluarga dlm proses PENTARBIYAHAN











Tarbiyah Tapol adalah seorang yang sudah berkeluarga, satu lagi aspek tarbiyyah yang mesti dilonjakkan dalam penjara adalah tarbiyyah isteri, anak-anak dan ahli keluarga.

Isteri dan anak-anak mesti terus diyakinkan bahawa da'ie Tapol tidak bersalah tetapi sebaliknya ia dizalimi dan dianiaya oleh pemerintah yang rakuskan kuasa.


Isteri dan anak-anak mesti berdiri teguh dan bangga kerana memiliki seorang pemimpin keluarga yang cekal menghadapi tribulasi dan ujian. Bahkan, isteri dan anak-anak juga mesti disanjung kerana turut tabah menghadapi penyeksaan emosi dipisahkan secara paksa dengan orang yang mereka kasihi.
unsur tarbiyyah anak-anak dan keluarga adalah seperti kut:
1) Adakan pertemuan keluarga
2) Pastikan isteri dan anak-anak anda menziarahi anda pada setiap kesempatan yang ada diberi oleh pihak penjara. Sebaik-baik setiap minggu.

3) Wujudkan sistem sokongan untuk memudahkan perjalanan dan perbelanjaan mereka
menziarahi anda sekerap mungkin. Dalam konteks kempen mansuhkan ISA, Gerakan
Mansuhkan ISA atau GMI akan membantu.

1) Memberi persetujuan agar GMI membantu keluarga anda.
2) Anda juga mesti beri galakan dan sokongan agar isteri dan anak-anak anda menghubungi dan
memberi kerjasama sepenuhnya kepada GMI.

Tujuan utama lawatan keluarga adalah untuk membolehkan anda mengetahui perkembangan di luar secara langsung daripada isteri dan anak-anak. Pada masa yang sama juga, isteri dan anak-anak anda juga mesti dimaklumkan secara langsung tentang perkembangan yang berlaku kepada anda di dalam penjara.

First hand news adalah mustahak. Ia menyuntik kekuatan dan keyakinan untuk terus bangkit menentang kezaliman. Lawatan keluarga mesti dijadikan medan bagi senaikkan semangat anda dan isteri serta anak-anak anda.

Unsur tarbiyyah anak-anak dan keluarga mesti diserlahkan dalam lawatan keluarga.
Bahkan dengan memasuki kawasan penjara, khasnya kem tahanan seperti Kem Kamunting dapat menimbulkan satu perasaan yang lain daripada lain dalam diri isteri dan anak-anak!


Kem Kamunting yang merupakan sebuah kandang menahan orang tanpa bicara adalah satu simbol kezaliman dan kemunkaran yang besar di negara ini. Jiwa muda anak-anak yang memasuki tempat yang menjadi simbol kezaliman tersebut sudah pasti akan ditarbiyyahkan untuk terus berazam sepanjang hayat mereka menentang dan menghapuskan kezaliman!


Manfaatkan pertemuan keluarga untuk membakar semangat pengorbanan dan semangat perjuangan anda, isteri, anak-anak dan anggota-anggota keluarga anda. Dalam pertemuan keluarga bincang dan cakaplah apa yang anda sekeluarga mahu! Mintalah isteri dan anak-anak bercerita tentang penyelewengan, rasuah, penipuan dan pembohongan yang sedang dilakukan oleh pemerintah!

Usah hiraukan pengawal yang memantau dan mencatatkan perbualan anda! Anggaplah mereka tidak wujud! Proses sedemikian adalah satu pentarbiyyahan bagi isteri dan anak-anak anda untuk berani demi mempertahankan hak kebebasan mereka untuk bersuara.


1) Semarakkan lagi pertemuan keluarga dengan meminta anak-anak anda menyanyikan lagu- lagu atau nasyid yang menaikkan semangat! Minta juga mereka buat persembahan dan lakonan yang bertemakan kezaliman dan penindasan serta perjuangan melawan kezaliman dan penindasan!
2) Selaraskan tindakan menentang kezaliman -Apa yang anda fikir, rancang dan lakukan mesti seiring, sehaluan dan seragam dengan apa yang difikir, dirancang dan dilakukan oleh isteri, anak-anak serta rakan-rakan anda di luar.

3) Keselarasan dan keseragaman tindakan di dalam dan di luar penjara dalam kempen menentang kezaliman akan membawa hasil yang lebih berkesan.
Pertama sekali, anda mesti menjadikan lawatan keluarga sebagai saluran paling utama bagi menyelaraskan sikap, semangat dan keazaman antara anda dengan isteri dan anak-anak anda.
Proses ini mesti dikekalkan sepanjang mana anda berada dalam penjara. Jika dua tahun, sepanjang dua tahunlah anda mesti menyelaras dan menseragamkan sikap, pendirian dan tindakan bersama.

Jika empat tahun?...mesti juga seragam! Jika lapan tahun? ... mesti terus seragam!! Insya'Allah jika anda, isteri, anak-anak dan rakan-rakan di luar berjalan seia-sekata serta bertindak secara strategik bersama-sama, penahanan anda akan menjadi terlalu panas bagi pemerintah jika mereka sambung melebihi dari dua tahun!
urat setiap minggu
Pastikan anda menulis surat berunsur tarbiyyah setiap minggu kepada isteri dan anak-anak.
Gunakan sepenuhnya peluang menulis surat yang diperuntukkan oleh penjara. Surat anda akan dibaca dan ditapis oleh pihak penjara. Tiada apa yang perlu anda gusarkan jika apa yang anda tulis hanyalah kebenaran.

Tulis sejelas-jelasnya perasaan hati serta pemikiran anda. Tumpukan penulisan surat untuk anak-anak agar mereka sentiasa teguh pendirian dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.

Mereka mesti ditarbiyyah untuk terus sabar dan tabah dalam mendukung keyakinan.
Kongsi pengalaman dan bacaan Kongsi pengalaman dan tarbiyyah yang anda dapati sepanjang menjalani kehidupan dalam penjara dengan isteri dan anak-anak anda. Kongsi juga pengetahuan dan ilmu yang anda perolehi daripada buku-buku yang dibaca dalam penjara dengan isteri dan anak-anak.

Sampaikan pengalaman serta ilmu pengetahuan ini kepada mereka semasa lawatan keluarga. Lebih-lebih bagus jika anda kongsi perkara-perkara ini melalui penulisan surat yang anda kirim setiap minggu kepada mereka.
Surat-surat itu kemudian akan dibaca oleh anak-anak kepada anak-anak anda pada suatu hari kelak. Tarbiyyah anda untuk anak-anak anda akan menjadi bahan tarbiyyah bagi cucu-cucu anda juga!
rkan jaringan lawatan keluarga
Lebarkan tarbiyyah keluarga kepada anggota-anggota keluarga anda yang lebih besar. Aturkan agar bapa, ibu, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan ahli-ahli keluarga yang lain datang menziarahi anda di penjara.
Langkah ini akan menjadikan mereka lebih memahami perjuangan anda. Mereka juga dapat menyaksikan bagaimana anda dizalimi dan dianiaya secara live oleh Umno-BN!_

Memperingati 13mei, Tok Guru Nik Aziz sampaikan amanat pagi ni

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat Malaysia, jam 11.30 pagi ini.

Menurut laman web Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan beberapa blog yang lain, intipati amanat Menteri Besar Kelantan itu ialah mengenai peristiwa 13 Mei dari perspektif baru termasuk kegagalan Umno yang menerajui negara sehingga tercetusnya peristiwa hitam itu.
Difahamkan Pejabat Menteri Besar Kelantan turut menjemput semua wakil media dan media online termasuk bloggers untuk mendengar amanat penting itu di Dewan Teratai, Kompleks SUK Kota Darul Naim pagi ini.
Di dalam sidang media penting ini, Tuan Guru Nik Aziz, yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama hampir 19 tahun dijangka akan mengumumkan suatu penawarannya kepada rakyat Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.
Sidang media tersebut juga akan disiarkan secara live menerusi www.kelantan.tv
Sementara itu menurut laporan agensi berita Nik Aziz mahu kerajaan menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu hari bersejarah yang diingati setiap tahun supaya tragedi hitam berhubung isu perkauman itu tidak berulang.
Katanya, peristiwa yang berlaku 39 tahun lalu itu perlu dijadikan iktibar oleh generasi akan datang untuk mengelakkan peristiwa yang boleh menimbulkan kegelisahan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Sambutan bagi mengingati Peristiwa 13 Mei bukannya berasaskan agenda tertentu sebaliknya sebagai peringatan atau pedoman kepada masyarakat untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang," katanya kepada pemberita semalam.
Nik Aziz berkata, rakyat sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah hitam itu dengan meninggalkan perkara-perkara yang boleh mengulangi peristiwa sedemikian.
"Jangan sesekali bangkitkan masalah bangsa kerana keadaan ini akan menyebabkan timbul perasaan cemburu kaum lain sehingga menyebabkan orang Melayu dihina," katanya.
Sehubungan itu, Nik Aziz mengajak masyarakat negara memilih sistem Islam sebagai cara hidup iaitu titik perpaduan yang dianjurkan Nabi Muhammad s.a.w. yang bukan sahaja boleh diamalkan orang Melayu tetapi juga kaum lain. - azm/mks. _

mahkamah uMPAMA gELANGGANG sarkas dIGUNA bn SESUKA HT


Wan Nordin Wan Yaacob Wed May 13, 09 7:08:18 am MYT
IPOH, 13 Mei (Hrkh)
- Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa mereka.

Demikian telahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.

"Taklimat tadi kita bincangkan tentang keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Zambry, sedangkan di pihak kita tidak diberitahu,"kata Ahmad Awang yang ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di sini.
Antara yang hadir dalam mesyuarat di Badan Perhubungan PAS Perak petang ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Menteri Besar, Dato'Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Pengerusi KeADILan Perak, Usaili Alias; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mokhsin Fadzil; peguam Asmuni Awi, adun-adun Pakatan Rakyat dan saf kepimpinan pakatan yang lain.
Beliau memaklumkan bahawa Nizar melahirkan rasa terkejut dengan permainan BN ini yang mana kini MahkamahRayuan menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pengesahan MB dipihak Nizar hanya dalam masa singkat.
Ujar Ahmad Awang, adalam proses rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari namun mereka luluskan cepat hingga peguam Pakatan Rakyat tidak tahu dan terkejut dengan keadaan ini.
Keputusan ini tak kalau sebegini menjadikan rakyat marah dan mempunyai persepsi bahawa mahkamah suka-suka boleh buat keputusan,katanya.
"Benda ini tak pernah berlaku, gantung dengan cepat.Saya tidak nafikan bahawa rayuan boleh dibuat tetapi bukan kepoutusan dalam masa yang amat singkat ini mengejutkan,"katanya.
Sementara Khalil pula yang berang dengan permainan BN ini menyatakan bahawa kini rakyat mula sangsi dan bingung akan mudahnya mahkamah diperguna BN sewenangnya.
Malah keputusan mahkamah pada 11 Mei hanya diskripkan untuk sengaja memperlihatkan Nizar dan Adun-adun Pakatan Rakyat ini 'gila kuasa' mahu masuk sesegera mungkin ke pejabat MB, katanya.
Walhal,Nizar sudah tahu akan perkembangan ini kerana BN pastinya melakukan tindakan yang akan hanya menguntungkan politik mereka walau melanggar batas undang-undang.
Khalil juga menyatakan, rakyat hari ini sudah mula berang dengan tindakan BN yang sekali lagi memperolok hak rakyat dalam memilih kerajaan yang sah. Sifirnya mudah kata Khalil, ia terletak di tangan Sultan Perak yang seharusnya mendengar denyut nadi suara rakyat yang mahukan pembubaran Dun untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin.
Mengulas isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang pula menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan membenar dan meluluskan permohonan rayuan adalah 'tidak masuk akal'.
Bagi Adun Teja, beliau memaksudkan 'tidak masul akal' keputusan itu dibuat dalam masa yang amat singkat dan hanya merumitkan keadaan dimana Nizar tidak boleh bertugas kerana halangan 'stay order'.
Sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry selaku MB yang sah,katanya. Secara keseluruhannya, usaha melalui Mahkamah Rayuan ini hanyalah tindakan Umno/BN dalam menghalang Nizar bertemu Sultan Perak bagi membuka jalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, katanya.
Sambil menyifatkan keputusan ini dipengaruhi dalang yang juga memprojekkan rampasan kuasa di Perak Februari lalu, Lih Kang menambah tindakan tidak demokratik ini akan hanya
menambah benci rakyat kepada BN./wann_

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI