Tuesday, May 19, 2015

NAJIB KATA GST AKAN DI PULANGKAN KEPADA RAKYAT-" KITA TENGOK BETUL KE KATA NAJIB"

PUTRAJAYA – Hasil tambahan negara yang dikutip melalui Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dipulangkan kepada rakyat dan butirannya akan dibentangkan dalam belanjawan akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata menerusi cara itu, rakyat akan menerima bahawa langkah hasil kutipan cukai enam peratus yang berkuat kuasa 1 April itu sebagai kebaikan jangka panjang untuk ekonomi dan rakyat.

“Kita (kerajaan) perlu beritahu pendapatan lebih, ke arah mana kita menggunakan hasil tambahan. Kita kutip demi rakyat, kita pulangkan kepada rakyat. Ini semua cabaran jangka pendek yang perlu dihadapi,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini.

GST dilaksanakan mulai 1 April pada kadar enam peratus dan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kadar keseluruhannya sebanyak 16 peratus, lapor Bernama.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI