Friday, August 23, 2013

Doakan Saya- Utz Yusoff Othman

23 Ogos, 2013 :Status terkini utz Yusoff Othman SMVPR 2 pagi , mohon semua mantan pelajar dan guru untuk solat hajat doakn Ustaz Yusoff sihat kembali,dan di mudah urusan rawatan. 

Tiap kita akan di uji Allah SWT samada ringan@ berat bagi melihat iman kita dan redha atau tidak atas ujian yang diberikan. 
Utz Yusoff Tengah bersama umi, maklong dan p.long

Jika kita tak mampu tolog guru yang mendidik kita memadai mendoaknnya. Ustaz lah 1 nya guru yang tarbiyah kita semua di SMVPR. 

Saya di amanahkn keluarga utz utk mewawarkn keadaanya. ' Orang beriman akan turut rasa sakit jika saudaranya di timpa musibah. Mereka tidak akan tidur lena dan tenang hatinya melihat susah saudaranya itu". Tazkirah jumaat.

Mohon semua mantan pelajar SMVPR dan Guru-guru sebar dalam fb. Atas amanah keluarga utz.waallahhualam.

Sumbangan kewangan bagi membantu kos perubatan utz amat di perlukan. Semoga sedikit amal kita dapat meringankan beban utz dan keluarga yang sedang di uji. 

Foto terakhir pada bulan ramadhan seminggu sebelum semua umat islam sambut Hari Raya Aidilfitri dengan menyampaikan sumbangan kasih aidilfitri kepada keluarga utz bersama umi, mak long dan p.long di tampin.

Berikut Sms anak utz Yusoff : Salam saya ni anak utz. Utz sedang sakit kuat, sudah tak ingat. Kalau nak ziarah utz datanglah rumah. 

Saya terpinga-pinga menerima sms yang nombor tidak dikenali ketika berkumandang azan isya. Terbayang satu persatu wajah guru (murabbi-murabbi) tempat menuntut ilmu melengkapkan diri yang masih banyak kekurangan. Ya-Allah utz mana 1 ni. Apakah Utz ilmu perubatan Islam sekuliah utz ismail kamus, harun din dan lain-lain. Utz Ridhuan, Utz Hasbullah, Utz Yusoff Othman (Hatiku berkata-kata kuat menyatakan dia. terbayang wajahnya, kata-kata akhir utz seminggu sebelum raya) no utz hilang akibat HP saya rosak akibat acident .. ei, sure ke ni..berteka teki saya ketika itu..Ya-Allah tolonglah beri hambamu petunjuk hati, apakah yang saya fikir ini benar..terlalu ramai utz2 yang terbayang ketika itu, banyak sangat ni.. 

Tangan saya yang sakit terkial-kial menaip ingin cepat tahu maklumat tersebut..minta maaf boleh tahu utz mana 1 ni. (reply saya)..

Anak Utz : Utz Yusoff Othman.. (ei mana dia dapat no tel saya). Dia bukan duduk dengan utz..

Saya: Ya-Allah betul tekaan ku, naluri hati kecilku tepat dengan petunjuk Allah. Mungkin akrabnya ukhwah antara guru dan pelajar yang telah mendidik ku. Dunia Tarbiyah, tamrin SMVPR mengajar segalanya.. Terbayang cara utz mengajar. Saat pelajar yang mengantuk memang habuan kapur dibaling pada pelajar, debik belakang memang kena. Setiap guru ada kenangannya dan takkan dilupakan teknik mereka nak ajar pelajar yang sukar dilupakan. Cubit, pijak kaki, baling buku..semua ada.. tapi itulah membuat kami berjaya dengan pecah rekod SMVPR 1994 , keputsan SPM dengan cemerlang. Tahniah cikgu semua.. Terima kasih atas segalanya, sungguh saya tak mampu membalas jasa kalian.  

Kami berbalas SMS walaupun replyku lewat. Menitis juga airmataku. Mungkin hatiku ingin bertemu dengan utz pada Ramdhan lalu sangat kuat lebih-lebih lagi apabila utz tak dapat dihubungi. Bimbang kesihatannya, hidup lagi ke utz aku ni.. sudah 3 bulan sms call tak berjawab. Akhirnya saya buat keputusan untuk ziarah beliau. 

Saya ajak umi teman (Ummi cuti panjang utk ke umrah tapi tak jadi atas masalah tertentu), tapi umi ketika itu seperti berat hati,. Mungkin banyak urusan dan ingin tumpukan ibadah lain. (Aku nak ajak sekali lagi macam takde hati perasaan lagi ketika itu) sehingga selepas urusan ziarah kubur atuk wan. Ummi ajak p.long dan m.long temankan saya pergi ziarah utz. Saya dah macam takde mood nak pergi ketika itu tapi untuk taat kata ummi, saya akur. (pergi kubur atuk dan wan ketika hati sedih. Teringat penulisan ku dalam perkampungan abadi yang disampaikan oleh Utz Zainuddin yang telah menjadi buku untuk rujukan umat islam. 

"Ketika kita datang ziarah kubur, ahli kubur tahu apa yang berlaku kepada penziarah (anak, cucu). Jika kita berduka, gembira dan sebagainya ahli kubur tahu. Aku cuba pujuk hati kecil agar jangan menangis di pusara wan dan atuk. Memang berat hati nak pergi dengan mereka. Tapi menjaga ukhwah dan hati ummi sekeluarga saya akur ketika itu. Lagi pun dah lama sangat tak jumpa mereka. Inilah masanya untuk menjalinkan ukhwah yang semakin jauh dirasakan.Mak long.. nak peluk puas..puas.. rindu gurau mak long. 

Saya diam, dan cakap pada ummi tak mengapa saya blh pergi sendiri. Setelah 2011 saya tidak ziarah utz di rumahnya. Keadaan jalan di perkampungan pendalaman buat saya tak berapa ingat lebih-lebih lagi masa datang dengan uncle juga banyak sesat. Uncle pun tak tau jalan. Ketika itu saya dan uncle banyak pergi tempat mencari guru-guru lain.. Jadi memang sukar untuk saya ingat jalan ke rumah utz ketika itu. (Hah biarlah umi berleter, hatiku terus berzikir, nak cakap pun memang takde mood). 

Cuma ingat tempat-tempat saya menanti ketika bersama uncle. Teringat jalan ke rumah sewa angah sebelum pindah perak. Macam-macam ujian untuk sampai ke rumah utz. Kena berleter..satu perkara yang aku jadi bosan.Memang tak suka kena marah dan apatahlagi nak marah orang. Itu bukan sikapku dan aku tak suka dengan suasana yang tegang. Sakit dada, janganlah tiroidku naik. Lagi seminggu akan buat pemeriksaan darah untuk kesihatan ku. 

Ujian bermusafir disinilah kita mengenali setiap insan yang bermusafir dengan kita. Sabar dan terus bersabar. Memang tak pandai nak  melawan. Kalau student lain kena sure mereka protect diri. Cuma memendam rasa jelah ketika itu. Semoga Allah beri keampunan kepada yang hadir untuk teman ziarah utz..Saya akui kelemahan diri yang tak setanding pelajar lain. Siapalah saya pada mereka. Hah.. lupakanlah cerita ini..kembali kisah utz.

 2.00 pagi semalam terima sms anak utz lagi: Agak begitu panjang. Ibu kata utz sebut nama pelajar-pelajarnya. Anaknya ajak saya balik ziarah utz. 

Sungguh Allah saja yang tahu. Saya tak lena tidur. Terus siapsaga untuk Qiammulail. Atuk wan terjaga bila bilik saya terbuka. Mereka tegur saya dengan tanya nak Qiam ke??

Saya angguk lemah melihat atuk dan wan tempat saya menumpang kasih setelah sejak kecil lagi saya tidak pernah merasa kasih sayang atuk dan wan. Kini Allah anugerahkan saya insan-insan yang berhati mulia. Keluarga guru-guru menjadi sebahagian dalam hidupku. Walaupun kadangkala aku rasa tak layak untuk mereka. Mereka terlalu baik. Terima kasih Ya-Allah temukan saya insan-insan yang sentiasa mendekatkan saya kepadamu. 

Di dalam doa suasana kampung yang begitu sunyi sepi mengutuk pintu hati kecil yang terlalu kerdil mengadap ilahi. Ketika dahi sujud kepada ilahi mengharap keampunan yang hanya padanya maha pengampun. Bila memikirkan banyak dosa dilakukan tanpa disedari. Airmata menjadi teman. Terbayang mak, guru2..ku sebut satu persatu nama-nama guru yang mendidik saya yang kini sedang diuji dengan sakit. Guru-guru dan murabbi yang telah kembali kerahmatuallah. Semoga Allah beri keampunan kepada semua dan  merahmati mereka dalam apa juga dilakukan. 

Saya baca SMS anak utz, " ustaz dijangkakan strok, smlm dia berada di hospital tampin dgn bacaan tekanan darah 244/120 dan sekarang berada di hospital melaka, diikutkan smlm sy dpt panggilan dr ibu sy, sepatut ustaz kene bedah kerana separuh dr bhgn otak telah bocor atau pecah saluran die, tetapi x jadi buat operation atas arahan dr. Pakar di HKL, pg ni belum dpt lg kabar dr ibu sy di hospital tentang ustaz. Saluran darah otak. Ustaz di Hospital Besar Wad ICU Melaka".

Tolong wawarkan perkara ini kepada semua pelajar dan guru-guru. (Amanah yang diberikan anak dan isteri utz pada saya). 

Saya terus reply. Insya-Allah sama-sama kita doakan kesejahteraan, keafiatan utz ye. Jika perlukan bantuan khabarkanlah. Insya-Allah kami akan bantu mana yang termampu. Moga diberi peluang untuk ziarah guruku. Sabar, doa, jaga ibubapa kita dengan baik sementara mereka masih ada. Tolong doakan utz Yusoff Othman saya. 

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI