Wednesday, November 2, 2011

Sekolah SAR /KAFA terus di bantu kerajaan negeri


Paya Jaras : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Modal Insan, Dr Halimah Ali telah turun padang melawat beberapa buah Sekolah KAFA Agama rakyat di sekitar Sungai Buloh bagi melihat infrastruktur dan keperluan sekolah disitu.

Beliau yang melawat ke Sekolah KAFA Integrasi Al-Insaniah bersama Ahli Majlis MPAJ, Mariam Abd Rashid dan Pengarah BPI JAIS, Hjh Amir Danuri berkata, Insya-Allah Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) akan terus memberi bantuan kepada semua sekolah SAR yang telah di pinggirkan oleh Kerajaan Pusat dalam pembentangan bajet 2011 baru-baru ini.

Tidak sepatutnya Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak meminggirkan Sekolah SAR yang tidak mendapat peruntukkan daripada mana-mana pihak sedangkan peningkatan kemasukan pelajar ke Sekolah SAR semakin meningkat.

Kalau semua sekolah kebangsaan Cina dan Tamil diberikan peruntukkan mengapa Sekolah SAR dipinggirkan?, sedangkan Sekolah Agama yang membentuk melahirkan generasi berakhlak dan berilmu.

Rungutan daripada Guru-guru Sekolah KAFA yang mengharapkan peruntukkan diberikan dalam pembenangan Bajet 2011 oleh Najib, ibarat sia-sia sahaja untuk menaiktaraf sekolah dan melengkapkan keperluan sekolah, katanya.

Dr Halimah Ali yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Kelang bekata lagi, Seharusnya kerajaan Pusat harus memikirkan keperluan sekolah SAR kerana Agama Islam adalah agama rasmi di negara kita tetapi mengapa bantuan tidak diberikan sekolah agama sebaliknya bantuan diberikan hanya kepada Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina sahaja.

Khidmat semua Guru KAFA untuk membanu melahirkan generasi berilmu, berakhlak selama ini tidak dihargai oleh Kerajaan Pusat.

Walaupun semua Guru KAFA tidak meminta tetapi seharusnya Kerajaan Pusat memikirkan Kebajikan mereka seperti yang dilakukan oleh Kerajaan PR dengan memberi bantuan semua sekolah Cina dan Tamil tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Pemberian yang tidak sama rata dan pilih bulu sudah pasti memberi pelbagai tanggapan kepada semua rakyat terutamanya ibubapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah SAR Kata Dr Halimah dengan kepada media selepas menyerahkan replika cek kepada Pengetua Sekolah Kafa Integrasi Al- Insaniah RM5000 dan KAFA Sekolah Akademik Al-Quran dan Al-Taqwa RM10,000 seperti yang dimohon oleh Sekolah tersebut bagi fasa kedua daripada Kerajaan negeri Selangor (PR).

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI