Wednesday, September 12, 2012

Pembuangan Sampah Haram Berleluasa, Akan Dikenakan Tindakan Undang2.

Batu Caves : Sikap pembuangan sampah  oleh pihak tidak bertanggungjawab ke kawasan yang dilarang diselar oleh ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari.
ADUN Batu Caves bersama MPS melawat kawasan Tanah Gantian. Jln dah cantik.

Walaupun berbagai tindakan telah diambil oleh pihak berwajib  dalam mengatasi isu sampah namun masih ada yang berdegil.


Terdahulu pembuangan sampah haram  utama di sekitar  Sungai  Tua sehingga berlakunya kebakaran telah kita selesai dengan menutup kawasan tersebut.  Mereka yang menceroboh kawasan larangan telahpun diambil tindakan undang-undang.

Masalah ini telah selesai sepenuhnya, namun kita kesal dalam usahaha kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu sampah masih ada pihak tidak bertanggungjawab telah cuba membuang sampah yang berbentuk barangan konkrit.

“Saya dapati terdapat banyak lori melalui kawasan Tanah Gantian dengan meninggalkan lori-lori haram di tepi laluan utama. Kita akan siasat lori tersebut”,  katanya.

Menurut Amiruddin, pihaknya bersama Majlis Perbandaran Selayang, Ahli Majlis MPS akan ambil tindakan segera dengan mendapatkan maklumat penduduk kemasukan lori haram  dengan membusang ampah konkrit di kawasan itu yang baru berlaku. Kontraktor yang bermasalah akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berwajib.
Lori Haram tersadai tepi jalan dengan tinggal bahan2 konkrit.

Beliau berkata, insya-allah dalam masa terdekat kita akan selesaikan masalah ini dengan mendapat kerjsama semua pihak.  Besar harapan agar semua pihak dapat memberi kerjsama dengan kita. Aduan berserta maklumat waktu  pembuangan sampah serta foto boleh di berikan kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Caves. 

Hasil tinjaun dalam lori terbabit hanya bahan sisa konkrit, tiada masalah pembuangan sisa-sisa sampah yang mengeluarkan bau busuk   sekaligus tidak disenangi penduduk.

Amiruddin kata demikian dalam lawatan turun padang bersama Jurutera MPS, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 13,  Azizul Abu Bakar ke kawasan sekitar  Tanah Gantian, Batu Caves, disini.  

Sementara itu, Ahli Majlis MPS Zon 13, Azizul Abu Bakar pula berkata, MPS dan Ahli Majlis sentiasa membuat pemantauan ke kawasan-kawasan yang  sering di cerobohi oleh  pihak tidak bertanggungjawab.

Insya-Allah hasil lawatan turun padang hari ini bersama MPS dan ADUN tindakan segera akan kita buat dan akan diusul dalam mesyuarat MPS, ujarnya.
 

Editor : Khaulah Azwar

http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1507:lori-sampah-haram-akan-di-kenakan-tindakan-undang-undang&catid=105:berita-kanan&Itemid=509

Najib Sogok Rakyat Macam-macam Tapi Undi Pilihlah Pakatan Rakyat

Nak mual bila macam2 janji dibuat Najib namun banyak tak terbuat. 

Kalau rakyat salah pilih termakan juga kata-kata manis Najib dan Kuncu2 nya.. Tak tau le. Cukup2 lah 50 tahun mentadbir negara banyak janji tak tertunai. 

rakyat dibebankan kenaikan harga barang, kos pembelian rumah semakin meningkat, harga minyak pterol RM3  RON97dinaik tanpa pengetahuan rakyat, banyak lagi.

Apakah ini dikatakan bantu rakyat.. oo malaysia ku, sungguh malang dapat pimpinan yang boros, pentingkan kroni-kroninya.. 

Apapun, demo bagi, kita amik, tapi pilihanraya jangan lupa pilih Pakatan Rakyat.. Jom kita semua pakat go to Putrajaya.. 


Respond rakyat.. 

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI