Sunday, July 14, 2013

MES- Intensif Perkahwinan RM500 Untuk Golongan Muda

Batu Caves : Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan  sekali lagi Masjid Jamiatus Solahiah telah mengadakan Majlis berbuka puasa bersama golongan anak yatim piatu dan fakir miskin disini semalam.
Amiruddin Shaari sampaikan sumbangan kepada anak yatim

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari  dengan menyampaikan sumbangan kepada semua penerima.

Dalam ucapannya beliau berkata, setiap tahun apabila tibanya bulan Ramadan golongan fakir miskin, anak yatim,  OKU, warga emas  dan ibu tinggal akan kita raikan dengan mengadakan majlis berbuka puasa dan kerajaan negeri juga akan menghulurkan bantuan hari raya bagi meringankan beban rakyat.

Bantuan diberikan bagi memberi peluang kepada golongan tersebut untuk membuat persiapan menjalani ibadah puasa selain itu untuk membuat persediaan hari raya aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Menurut Amiruddin, dengan adanya majlis seumpama ini kita akan merasakan kesusahan rakyat dan sekaligus memupuk kasih sayang sesama insan. Perkara ini akan lebih dirasai apabila kita berada di bulan ramadan  dan menghayati bulan tarbiyah yang  mendidik jiwa manusia kembali kepada fitrahnya.
Sambil menanti giliran mendengar tazkirah

Beliau merangkap  Timbalan Exco Belia dan Sukan menambah lagi, saya harap dengan bantuan yang diberikan kepada 99 orang penerima anak yatim piatu dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Rata-rata anak-anak yatim piatu ini mereka masih belajar maka sewajarnya wang  yang diberi  setelah membuat persiapan hari raya selebihnya hendaklah disimpan untuk kegunaan masa akan datang. Jangan berboros dan salah guna wang zakat yang diberikan, katanya.

Dalam pada itu, Amiruddin juga telah memaklumkan kepada rakyat yang hadir setelah kerajaan negeri Selangor menang dalam PRU13 baru-baru ini, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti bantuan pendidikan, bantuan ibu tunggal, air percuma, bantuan kesihatan dan sebagainya tetap diteruskan.


Antara pimpinan PAS DUN Batu Caves sampaikan bantuan
Katanya, insya-Allah kerajaan negeri akan meneruskan agenda MES bagi meringankan beban rakyat.  

Bantuan terbaru golongan muda diberikan intensif perkahwinan sebanyak RM 500 setiap pasangan  yang akan mendirikan rumahtangga. Bantuan diberikan tanpa kira parti politik dan warna kulit.

Rakyat Selangor boleh mendapatkan berbagai informasi terkini yang diberikan kerajaan negeri di laman web selangor ataupun di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang berdekatan, katanya.

Hadir sama, Utz Syarhan Humaizi, Penceramah dan  Saf pimpinan Pakatan Rakyat DUN Batu Caves.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI