Shah Alam : YDP PAS Shah Alam, Khalid Samad menempelak
kepimpinan UMNO khususnya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang telah mengumumkan bantuan PTPTN tidak
lagi wujud untuk para pelajar UNISEL.
Khalid Samad berkata, “walaupun isu ini telah
hampir sebulan berlalu, tetapi kerana tindakan kolot sebegini telah pun menjadi
sebahagian dari modus operandi mereka sejak dari dahulu lagi.
“Tindakan yang dilakukan oleh UMNO kepada
semua mahasiswa merupakan politik dendam dan kotor yang sanggup memangsakan
rakyat semata-mata atas kepentingan politik UMNO.
“Pada masa yang sama juga ianya membuktikan
tanpa syak lagi bahawa UMNO juga tidak mengambil berat bahawa tindakan yang diambil
akan menjejas masa depan Majasiswa UNISEL yang majoritinya adalah Melayu.
Maka menjadi jelaslah pada semua, UMNO tidak
memperjuangkan nasib Melayu tetapi apa yang lebih penting dari itu ialah nasib
UMNO. Dan apabila nasib UMNO terjejas, maka nasib Melayu sanggup dikorbankan
oleh UMNO tanpa berfikir panjang”, katanya dalam kenyataan medianya di SUK Shah
Alam, disini.
Menurut Khalid, tindakan mereka itu adalah bertujuan supaya kerajaan Negeri Selangor melutut merayu agar dibuka kembali peluang untuk mendapat bantuan PTPTN untuk para pelajar UNISEL.
Menurut Khalid, tindakan mereka itu adalah bertujuan supaya kerajaan Negeri Selangor melutut merayu agar dibuka kembali peluang untuk mendapat bantuan PTPTN untuk para pelajar UNISEL.
Dengan itu akan ditempelak kerajaan Negeri
Selangor dengan sombong berkata, “inilah buktinya! Kerajaan PR tidak mampu dan
janji menghapuskan PTPTN adalah janji kosong semata-mata!”
Bagaimanapun, UMNO dan Menteri Pelajaran terkejut-beruk apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid mengistiharkan bahawa UNISEL akan jual asetnya sebagai usaha menampung kos pendididkan mahasiswa UNISEL sebaik sahaja isu PTPTN menjadi bualan pada bulan lepas.

Dalam keadaan itu, di mana kerajaan PR
Selangor menangani permasalahan pinjaman PTPTN dengan sanggup membiayai para
pelajar UNISEL dari sumber sendiri, maka UMNO terus bertindak menarik balik
keputusan mereka.
Khalid merangkap Ahli Parlimen Shah Alam
menambah lagi, “Rakyat dapat menilai,
UMNO semakin parah dan kedudukan mereka
di kaca mata rakyat, sekaligus semakin
naiklah imej kerajaan PR Negeri Selangor.
Untuk mengelak kerugian politik dan disebabkan
itu semata-mata, maka keputusan itu ditarik balik dan Majasiswa UNISEL
dibenarkan untuk memohon pinjaman PTPTN, ujarnya.
Dalam pada itu, Khalid berpendapat UMNO sememangnya tidak memahami bahawa rakyat mempunyai hak dan segala cukai yang dikutip dari rakyat perlu digunakan dengan cara yang menguntungkan rakyat. Bukan digunakan sebagai kekuatan kewangan untuk mengugut atau merasuah rakyat supaya menolak PR atau menyokong BN.
Tuntutan supaya PR melaksanakan dasar pendidikan percuma di peringkat Negeri PR tidak masuk akal kerana sumbangan cukai dan pendapatan dari rakyat dan kesemua Negeri termasuk Selangor, telahpun diserahkan kepada pusat untuk melaksanakan dasarnya bagi setiap sektor termasuk sektor pendidikan.

Katanya, “Kerajaan UMNO kurang mementingkan sektor pendidikan dan
untuk menentukan sesuatu bajet yang tidak memungkinkan pendidikan percuma dinikmati
rakyat.
“Ataupun, mungkin bajetnya cukup pada dasarnya
tetapi disebabkan amalan ketirisan, kebocoran dan kronisma, maka ianya tidak
mencukupi.
Dengan itu rakyat terpaksa berhutang, termasuk
melalui PTPTN, untuk menyempurnakan proses pendidikan anak masing-masing”.
Justeru, “saya menyeru agar rakyat Malaysia terutamanya golongan Mahasiswa perlu yakin dengan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
Justeru, “saya menyeru agar rakyat Malaysia terutamanya golongan Mahasiswa perlu yakin dengan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
“InsyaAllah PR akan melaksanakan dasar
pendidikan percuma sekiranya diberi amanah untuk memerintah di pusat.
“Ini adalah kerana kewangan peringkat Pusat
adalah terdiri dari cukai dan pendapatan yang dikutip dari seluruh rakyat dan
Negeri di Malaysia.
“Melalui kutipan ini maka Kerajaan Pusat perlu
melaksanakan dasar pertahanan, pendidikan, kesihatan, keselamatan awam dan
lain-lain.
“Jumlah perbelanjaan bagi setiap satu sektor
adalah bergantung kepada sejauh mana ianya dianggap penting dan keperluan asas
bagi rakyat.
Bagi PR, pendidikan adalah di antara sektor
yang diutamakan dan oleh itu sektor pendidikan akan diberikan bajet yang
mencukupi demi menjamin terlaksananya dasar pendidikan percuma”, katanya.
Editor : Khaulah Azwar