Thursday, October 28, 2010

Fri, October 29, 2010 10:32:56 AMFw: RM118,500.00 Peruntukkan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa ke 2

Tmn Berjaya Gombak- Bagi membuktikan kebenaran menyatakan negeri dibawah Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan konsep negeri berkebajikan seperti yang telah diperjuangkan saf pimpinan (PR) dalam manesfesto PRU ke 12 yang lalu terutamanya di negeri selangor untuk membantu rakyat maka satu majlis rasmi telah diadakan dengan menyampaikan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada semua pewaris yang telah meninggal dunia bagi fasa kedua.
Majlis tersebut telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia baru-baru ini yang telah dirasmikan oleh Y.B Amirudin Shari, ADUN Batu Caves.
Seramai 79 orang telah menerima sumbangan RM1500 seorang dengan memperuntukkan sebanyak RM118,500.00.
Amirudin berkata, Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.
Dalam perutusannya, atas keperihatinan oleh Kerajaan (PR) kepada seluruh rakyat di negeri selangor tidak mengira bangsa agama mahupun pemahaman politik yang berbeza, kerajaan negeri (PR) akan memastikan seluruh rakyatnya akan mendapat penghargaan sewajarnya.
Bagi skim (SMUE) kerajaan negeri sedang berusaha memastikan beberapa penambahan baikkan setiap individu yang didaftarkan dibawah skim (SMUE) akan mendapat faedah ketika mereka masih hidup.
Kerajaan Negeri (PR) sedang berusaha mendapatkan beberapa faedah bagi membantu rakyat untuk menampung kos perubatan dan sebagainya. Imbuhan faedah ini akan disalurkan kepada rakyat di negeri selangor dalam tempoh masa terdekat ini, katanya.
Sementara itu, En Kamsani Nasir, Ketua Pegawai Rantaian Mesra Sdn Bhd telah menyampaikan beberapa taklimat mengenai Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Sumbangan IPT dan lain-lain.
Katanya, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 20.2 juta untuk Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Anak-anak yang dilahirkan dinegeri selangor akan menerima hadiah tabung simpanan sebanyak RM100.00. Pada usia 18thn anak-anak ini berpeluang menerima sebanyak RM1,500.00 seorang, hasil pelaburan dalam TAWAS.
Manakala bantuan Hadiah Anak Masuk IPT RM1000.00 bagi membantu keluarga berpendapatan RM1500.00 ke bawah diberikan kepada rakyat selangor yang berkelayakkan.
Dalam pada masa yang sama beliau juga telah membuka minda semua yang hadir dalam majlis (SMUE) mengenai pemberian Bekalan Air Percuma Bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik yang bermeter individu setiap bulan yang telah dilaksanakan bermula 1 Jun, 2008, tetapi pihak syabas telah menupulasikan isu air ini dengan memberi tekanan kepada rakyat dengan cara penekanan air yang terlalu rendah dibeberapa kawasan dinegeri selangor khususnya.
Walaubagaimanapun kerajaan negeri (PR) sedaya upaya akan mempertahankan isu air ini dengan sebaiknya untuk membantu rakyat agar syabas tidak mengambil tindakan dengan sewenang-wenangnya, ujarnyanya.
Rajambal a/p Sini Wasagam yang telah menerima sumbangan (SMUE )melahirkan rasa terharu kerana menerima sumbangan tersebut setelah kematian suaminya. Katanya, walaupun suami beliau sudah tiada lagi, dengan sumbangan diberikan oleh kerajaan negeri pada saya dapat meringankan bebanan saya untuk membayar bil air, elektrik yang sudah tertunggak. Beliau yang sudah berusia tidak mampu lagi bekerja keras kerana kesihatan kurang memuaskan. Kini beliau hidup bersama anaknya.
Thiagarajah a/l Veeriah menyatakan bahawa amat berbeza pemerintahan pentadbiran kerajaan (PR) dan Barisan Nasional (BN). Kerajaan (PR) benar-benar mengamalkan konsep negeri berkebajikan dengan menyampaikan berbagai sumbangan kepada rakyat yang susah tidak kira agama walaupun pemahaman politik yang berbeza.

Malahan rakyat selangor juga telah menikmati berbagai faedah yang diberikan oleh Kerajaan negeri.
Ini amat berbeza sama sekali semasa pemerintahan kerajaan UMNO/BN selama 50thn memerintah kita tidak rasa faedah yang sediakan. Dimanakan duit tersebut??
Walaupun kini UMNO/BN mengamalkan konsep 1 malaysia rakyat didahulukan. Tetapi rakyat tidak nampak apakah konsep tersebut, yang kita nampak adalah banyak berlaku pembaziran wang sehingga rakyat menangung berbagai risiko dengan kenaikan harga barang dan lain-lain lagi ujarnya.
Harapan saya semoga PRU ke 13 akan datang, rakyat akan terus memilih (PR) kalau tidak kita semua akan mengalami kesusahan dan sudah pasti tiada lagi negeri berkebajikan tetapi yang ada adalah rakyat akan dibebankan dengan berbagai masaalah yang akan dilakukan oleh UMNO/BN.



Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI