Friday, January 4, 2013

TGNA, Seruan Jihad Kebangkitan Rakyat 12 Jan.

KOTA BHARU: Sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12, Januari ini, seluruh rakyat Malaysia di jemput hadir bagi menyokong penuh menjayakan himpunan tersebut sebelum menghadapi Pilihanraya umum ke-13, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Menurutnya, perhimpunan itu amat perlu bagi menyatakan bantahan terhadap ‘penderaan’ dan kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan pada rakyat di negara ini. Kata beliau dalam sidang media bagi mengulas program himpunan besar-besaran pertama tahun ini. 

Pada masa yang sama beliau menyeru semua pihak turun untuk menjayakan himpunan itu walaupun dengan berkerusi roda demi untuk menyatakan bantahan terhadap pemerintah yang zalim. Katanya, mudahan dengannya juga dapat membuktikan Islam itu kuat. 

Tuan Guru juga turut memberitahu kesediaannya untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti. “Moga ketika itu kesihatan saya sihat, insya Allah,” ujarnya sebaik pulang dari enyampaikan kuliah Jumaat pagi semalam. 

Beliau memberitahu, perhimpunan berkenaan amat penting untuk menyatakan bantahan rakyat pada kerajaan berhubung pilihan raya yang bersih dan adil, bantahan terhadap Lynas, penindasan terhadap Felda termasuk ISA. 

“Orang Melayu kita ni hanya menyedari menzalimi orang lain sahaja dianggap zalim, walhal kita membiarkan diri kita dizalimi juga sudah tidak boleh,” ujarnya. 


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI