Thursday, April 26, 2012

Pimpinan Kerajaan Negeri Selangor Desak SPR Laksana Pilihanraya Bersih






Putajaya : Pimpinan  Kerajaan negeri Selangor di ketuai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat lawatan kerja  ke Surhunjaya Pilihanraya  (SPR) di Putrajaya bagi mendapat penjelasan mengenai Daftar pemilih di ragui daripada Pengerusi, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Timbalan  Pengarah SPR Selangor ,  Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali ketika ditemui media beliau berkata, “tujuan utama kita melawat lawatan kerja di Putrajaya kerana sudah banyak kali kerajaan negeri menjemput pengerusi SPR serta semua pegawai SPR memberi taklimat si SUK mengenai Daftar pemilih yang diragui negeri selangor, namun  kita kesal mereka enggan beri kerjsama dan memberi berbagai alasan.  

Ekoran berbagai alasan tidak masuk akal dibuat akhirya pimpinan kerajaan negeri Selangor menawar untuk adakan satu lawatan kerja di Putrajaya atas dasar mahu membela rakyat secara tuntas dan mendesak agar SPR bersihkan nama-nama pengundi diragui”.

Tambah Dr Halimah lagi, selain itu pelbagai persoalan asas yang penting telah diajukan bertubi-tubi kepada Pengerusi SPR oleh semua saf Exco Selangor. 

“Antaranya, kenapa  terdapat ramai nama pengundi  hilang di  DUN Selat Klang yang memang dikenali sebagai pengundi PAS dan ahli PAS sedang mereka mengundi di DUN Selat Klang pada 2008.

Nama pengundi tersebut telah dijumpai  dalam daftar pemilih. Nama tersebut telah dihantar ke Melaka sedangkan pengundi berkenaan tidak pernah membuat permohonan tukar alamat untuk mengundi di Melaka”.

“Pengundi terbabit telah berjumpa dengan saya mengesahkan bahawa kesal dengan pertukaran mengundi tanpa diketahuinya. 

Tiba-tiba apabila dibuat semakan namanya telah di hantar ke Melaka sedangkan pengundi berkenaan masih kekal duduk di Selat Klang.

Banyak lagi  senarai nama dalam Daftar Pemilih yang disediakan SPR menjadi keraguan kita dan semua rakyat”, ujarnya.

Selain itu, kita juga minta SPR  memberi jaminan nama  daftar pengundi yang digunakan oleh SPR mesti sama dengan daftar pengundi yang diberi kepada calon pilihanraya semasa penamaan calon.

Bukan seperti tahun 2004 di mana calon Selat Klang dan diakui oleh ramai EXCO yang juga menjadi calon 2004, lain daftar pemilih yang diberi kepada calon, lain pula yang dipakai oleh SPR semasa hari mengundi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, “ekoran tidak mendapat kerjasama SPR untuk memberi taklimat kepada semua Speaker Dewan Undangan maka kita terpaksa pergi ke Putrajaya minta penjelasan senarai Daftar pemilih yang diragui di negeri Selangor dan mendesak agar SPR membuat kajian semula senarai Daftar pemilih sebaiknya sebelum PRU13”.

“Sebenarnya rakyat juga tidak mahu membuat bantahan besar-besaran tetapi disebabkan terdapat senarai nama pengundi hilang, pengundi hantu wujud, akes media disempitkan, tidak mahu guna dakwat kekal membuatkan rakyat bangkit menentang kerajaan Pusat yang tidak tulus dalam melaksanakan tugas.

Justeru, kita desak agar SPR  fikirkan kembali, Apakah SPR akan menerima permohonan rakyat agar laksanakan tuntutan bersih 2.0 yang masih tidak dilaksanakan  seperti Bersihkan Senarai Undi (Daftar Pemilih),  Reformasikan Undi Pos , Gunakan Dakwat Kekal ,  Akses Media Yang Bebas  dan  Adil ,  Tempoh Berkempen Minima 21 Hari , Kukuhkan Institusi Awam , Hentikan Rasuah dan Hentikan Politik Kotor”, kata Abdul Khalid.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  pula menjelaskan, “isu senarai daftar pemilih yang 
diragui kita bersetuju menyiasat bagaimana nama pengundi-pengundi tersebut boleh berpindah.

Kita akan usul kepada kerajaan Pusat untuk menerima cadangan yang diminta kerajaan negeri dan semua rakyat seperti yang di tuntut dalam Himpunan Bersih 2.0 lalu yang masih tidak dilaksanakan dalam memastikan PRU13 adalah bersih tanpa keraguan rakyat”, katanya.


 Editor : Khaulah Azwar

Roadshow Bela Nasib Pendidik Bakal Diadakan


Gombak, 27 April : Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman mengumumkan satu badan NGO iaitu Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK)  ditubuhkan bagi membela nasib pendidik seluruh Malaysia yang telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan UMNO-BN semenjak 54 tahun sehingga hari ini.

 
Beliau berkata, “badan NGO ini lebih menjurus ke arah diskusi kalangan warga pendidik yang pernah menjaadi mangsa kezaliman akibat ditukarkan ke sekolah lain sepanjang perkhidmatan tanpa mengikut prosedur yang betul dan bukan ’atas keperluan perkhidmatan’.
 
Contoh mangsa kezaliman adalah suami saya yang telah ditukar tempat mengajar serta merta apabila saya menjadi calon Pilihanraya kecil (PRK)  DUN Tenang.
 
Bukan sahaja menukar tempat suami saya mengajar bahkan bonus kerja suami juga dipotong.
 
Kerajaan Pusat mengambil tindakan yang keterlaluan dengan memberi tekanan kepada saya dan suami.
 
Kes seperti ini bukan hanya kepada suami tetapi ramai di kalangan warga pendidik  telah ditukarkan hanya kerana ’dendam politik’ dan ’tekanan politik’ dari pimpinan UMNO -BN.
 
Justeru, “ insya-Allah dalam masa terdekat ini kita akan adakan “Roadshow NGO pendidik, selain itu suatu ’Himpunan Pendidik  Tertindas’ akan diadakan di lokasi yang sesuai untuk menggerakkan kebangkitan guru di seluruh Malaysia”, kata Normala dalam ceramah Pentas Wanita Gugat BN di Markaz Tarbiyah PAS Pusat malam tadi, disini.
 
Ujarnya lagi,  saya harap usaha murni PAS Pusat membela guru – guru yang teranyai mendapat  sokongan dan kerjasama semua para pendidik .
 
NGO Pendidik  ini akan menangani isu-isu pendidikan negara dengan cara yang profesional dan bijaksana.
 
Selain itu memaksimumkan penerangan, perkhidmatan dan latihan menerusi peranan setiap sekretariat yang telah  diwujudkan.
 
Menurutnya, badan NGO ini akan  menjadi medan dan wasilah warga pendidik dan guru menyuarakan pandangan, pendapat, dan idea untuk membangunkan kecemerlangan pendidikan nasional dalam persada pendidikan negara.
 
Beliau merupakan Mantan Pilihanraya Kecil (N.05) DUN Tenang (PAS) tewas dengan lawannya Azhar Ibrahim (UMNO) pada Januari, 2011 menyeru semua pendidik bangkit hentikan kezaliman UMNO-BN yang sentiasa beri tekanan pada minda mengongkong jiwa pendidik.
 

Katanya, “minda dan jiwa guru dikongkong dengan ’penjajahan alaf baru’ yang tidak bertamadun dan menzalimi pendidik yang berjiwa mulia serta ikhlas mendidik anak bangsa selama ini”.
 
Ekoran itu, seharusnya semua pendidik menyertai “Roadshow” ini  kerana sudah sampai masa juga  kita menjuarai isu-isu pendidikan negara secara holisitik dan berkesan memandangkan political millage yang bakal diperolehi.
 
Tambah beliau lagi,  sikap kealpaan, kecuaian, pengabaian, campur tangan politik yang berlebihan sama ada dilakukan sengaja atau tidak sengaja, kelemahan perancangan dengan tendensi melakukan perubahan demi perubahan pendidikan kononnya atas  tiket mengangkat pendidikan negara bertaraf dunia telah menjadikan sistem pendidikan negara menjadi caca marba.
 
 Hal ini berasas kerana polisi  'trial and error' dan 'project based' yang diamalkan oleh pemerintah tidak kira berjaya atau sebaliknya sesuatu dasar itu dijalankan telah meninggalkan ’luka’ di hati masyarakat pendidik, ibu-bapa dan rakyat Malaysia umumnya.
 

Antaranya isu PPSMI, Perubahan Status Sekolah Bestari yang akhirnya dijadikan sebagai Pembestarian Sekolah, Pengenalan Semula Dasar Memartabatkan Bahasa Kebangsaan, Penarikan balik buku teks kajian Komponen Sastera iaitu Novel Interlok Sasterawan Negara Abdullah Hussain kononnya mencemar nama baik sesuatu kaum, dan yang terbaharu pembatalan SBPA sebagai skim gaji baru penjawat awam telah melibatkan kerugian kos berjuta-juta ringgit kerana sikap terburu-buru dalam merancang dan membuat keputusan tentang masa depan pendidikan negara.
 
  Justeru, dengan adanya  Persatuan  (PENDIDIK)   peluang untuk membetulkan keadaan ini telah  dirintis menerusi penubuhan yang diharap mampu menggerakkan momentum memimpin masyarakat guru dan massa untuk mengubah landskap pendidikan tanah air.  
 
 Dalam pada itu, beliau juga mengalu-alukan semua pendidik yang pernah menjadi mangsa ’tekanan politik’ atau ’mangsa  pertukaran akibat dendam politik’ mengikut prosedur yang tidak betul menyalurkan aduan ke alamat email ; aduanpendidik@gmail.com , ujar Normala merupakan Presiden  Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan (PENDIDIK).
 
Hadir sama, Ustazah Salbiah Abdul Wahab, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat

Editor : Khaulah Azwar

Dayang Ku Intan Seru Rakyat Malaysia Hadir Himpunan Duduk Bantah

Dayangku Intan sedang bagi ceramah bukan menyanyi ye.. Orang muda wajib hadir tanpa sebarang keuzuran.
GOMBAK: Dayangku Intan penyanyi terkenal era 80-an menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April, Sabtu di Dataran Merdeka.

“Saya menyeru agar rakyat Malaysia  hadir dalam Himpunan Bersih 3.0   untuk memastikan pilihanraya kali ini tidak dicemar dengan kerja kotor UMNO dan SPR.

"Rakyat Malaysia harus membuat perubahan pentadbiran negara bagi memastikan negara Malaysia selamat daripada diurus pentadbiran kerajaan UMNO-BN yang korup.

“Insya-Allah saya bersama keluarga akan hadir tanda menyokong himpunan ini bagi menuntut pilihanaraya  bersih, adil dan tulus,” kata beliau dalam ceramah Pentas Wanita Gugat BN di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Gombak, disini.

(Antara orang ramai yang menyertai ceramah Dayangku Intan di Taman Melewar)

Sehubungan itu, beliau meminta agar kerajaan memberi kebenaran kepada  semua rakyat berhimpun secara aman di Dataran Merdeka tanpa di sembur dengan gas pemedih mata.

“Tindakan pimpinan UMNO dengan mengerah petugas polis dan FRU menyembur gas pemedih mata  sehingga memberi kecederaan  dan kematian kepada rakyat  dalam Himpunan Bersih 2.0 tahun lepas amat mendukacita seluruh rakyat dan mendapat perhatian luar negara," katanya.

Dayang berkata, dulu beliau tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku pada negara  Malaysia, "tetapi setelah   menerima hidayah Allah, saya   tidak teragak-agak memilih perjuangan Pakatan Rakyat (PR) yang benar tulus dan bersih lebih-lebih lagi perjuangan PAS yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah diurus kepimpinan para Ulama.”

Ujar Dayang lagi, semangatnya semakin kuat apabila pelbagai isu  negara yang timbul tidak diatasi dengan baik seperti rasuah berleluasa, penyelewengan wang negara oleh pimpinan UMNO, isu skandal NFC  dan banyak lagi membuat beliau menjadi jelek dengan pimpinan  UMNO dan nekad tidak akan menyertai parti UMNO demi masa depan negara dan generasi muda akan datang. 

"Sikap mereka inilah membuatkan saya berani tampil kehadapan bersama semua pimpinan Pakatan Rakyat seperti rakan saya Aisyah yang telah menyertai PAS," katanya.

Berikutan dengan sikap bongkak, angkuh,  tamak, tidak peduli masalah rakyat semakin  ramai artis, pelakon, pelawak ramai keluar UMNO masuk Pakatan Rakyat, kata beliau.

“Saya lihat ramai rakyat terutamanya golongan muda semakin sedar negara Malaysia diambang kemusnahan sehingga berani tampil buat bantahan untuk memastikan UMNO-BN tidak terus memerintah pada PRU13  nanti, sikap ini amat dipuji moga amalan diterima sebagai Jihad Fisabillilah," katanya.

Justeru, untuk memastikan UMNO di kuburkan pada PRU13 nanti,  beliau harap semua rakyat Malaysia hadir dalam Himpunan Bersih 3.0 tanpa keuzuran.

"Tarikh itu hanya untuk himpunan ini  dan apabila tiba pilihanraya jangan sekali tangan kita salah pilih," kata Dayang.

Hadir sama, bekas calon PAS di Tenang, Johor Cikgu Normala Sudirman, Ketua Dewan Muslimat PAS Batu, Salbiah Abd Wahad, Exco Wanita Parti Sosial Malaysia, Letchimi Dewi

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI