Thursday, May 3, 2012

PTRS Bantu Pelajar Miskin Memperolehi Keputusan Cemerlang

Shah  Alam :  Pelajar SMK (P) Sri Aman, Meru, Jeetha Balasubramaniam lahir rasa terharu apabila memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2011.



Beliau salah seorang yang diberi peluang mengikuti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) sesi 2011 sehingga memperolehi keputusan cemerlang.

“Terdahulu, saya ingin mengambil tuisyen tetapi ibu saya merupakan ibu tunggal dan tidak mampu membayar tuisyen. PTRS banyak membantu saya,” ujar Jeetha, 18, ketika ditemui dalam satu majlis pelajar cemerlang Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), di Auditorium Jubli Perak, Shah Alam,  di sini.

“Semenjak ia diperkenalkan dibawah pengurusan pentadbiran Pakatan Rakyat tiga tahun lalu, saya dapati ramai rakan-rakan yang mengikuti PTRS, keseluruhannya mereka berjaya dengan cemerlang.”

Tambahnya lagi, sebelum  menyertai PTRS  saya mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4. Tetapi dengan bantuan PTRS, saya berjaya mendapat 10A dalam SPM 2011 yang merupakan peperiksaan penting.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali ketika ditemubual media berkata, “mereka mahu cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) malangnya bagi pelajar seperti  Jeetha, keluarga mereka tidak mampu untuk menghantar mereka ke tuisyen.
Alhamdulilah, kerajaan negeri Selangor yang mengamalkan negeri berkebajikan telah mengambil inasatif untuk membantu keluarga pelajar yang berpendapatan rendah RM1500 kebawah, fakir miskin dan OKU”.

“Kita sentiasa memberi peluang kepada semua pelajar tanpa kira warna kulit untuk mengikuti tusiyen percuma, dan kerajaan negeri Selangor sentiasa berusaha memastikan prestasi pelajar meningkat dari semasa ke semasa”,   katanya

Menurut Dr Halimah, seramai 13,367 pelajar telah menikmati manfaat daripada PTRS yang menelan belanja RM9.2 juta sejak ia diperkenalkan.

Anugerah Pelajar Cemerlang tersebut disampaikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
 
editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI