Tuesday, October 27, 2009

Bina Insan Keluarga bahagia Masyarakat Sentosa


IMG00150-20091025-1006


25hb Oktober, 2009 JKP Zon 11 (Gombak) /Ahli Majlis MPS, telah berjaya mengadakan progrm Bina Insan yang bertemakan “Keluarga Bahagia Masyarakat Sentosa” dimana pihak YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali telah memberi sokongan padu kepada pihak penganjur bagi menjayakan program ini.


PA240015


Program Bina Insan telah mendapat sambutan yang amat baik sekali oleh penduduk kawasan Gombak yang telah diadakan Di Tmn Selasih Fasa 2 dan kawasan yang terlibat adalah Tmn Samudera, Tmn Selasih Fasa 2, Pangsapuri Casmaria, Pangsapuri Fiona, Flat Samudera dan telah dirasmikan oleh Ustazah Khatifah Zamani binti Sulong.



PA240002PA250003


Tujuan mengadakan program Bina insan ini adalah utk

i) Memupuk kesedaran masyarakat betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan ;

ii) Menyatu masyarakat berbilang bangsa dengan sifat kerjasama dan muhibbah ; dan

iii) Membimbing masyarakat agar menjauhi gejala-gejala tidak sihat.

Dan disamping itu untuk memaklumkan kepada penduduk apakah fungsi dan penubuhan JKP setiap kawasan .Objektif penubuhan JKP ini ialah :-

i) Mewujudkan hubungan dua hala dan persefahaman diantara penduduk dengan MPS.

ii) Mendapatkan maklumat tentang permasaalahan dan aduan penduduk yang berkaitan untuk diselesaikan di peringkat MPS.

iii) Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di peringkat MPS.

Untuk memeriahkan program ini peganjur telah menyediakan berbagai aktiviti iaitu senamrobik bersama masyarakat, pertandingan melukis yang diadili oleh kartunis Zunar, ceramah motivasi daripada IPP Daerah Gombak, SIDIM, AADK, bertandingan bola sepak dan juga cabutan bertuah.

Semoga usaha yang murni ini diberkati oleh ALLAH swt dan amalan kita semua di terima olehNya bagi membangun genarasi muda yang bertaqwa, bermaruah dan membina masyarakat yang harmoni.


KOLEKSI FOTO BINA INSAN KELUARGA BAHAGIA MASYARAKAT SENTOSA


PA190027PA210036









Kesibukan S/U Ahli Majlis, MPS membuat persiapan hiasan pej di kawasan ladskap. Dan begitu serius semua AJK JKP Zon 11 dalam mesyuarat prog. Bina Insan.



PA230001PA230002


PA230004PA230003









Kesibukan AJK JKP membuat persiapan tempat program.Teamwork yang diberikan amatlah baik sekali. Konsep utama yang diamalkan dalam amal jamaei.


IMG00150-20091025-1006PA240010


Acara kemuncak perasmian oleh Ustazah Khatifah Zamani Sulong Ahli Majlis/Pengerusi JKP Zon 11


PA240001PA240011








Penceramah2 yang diundang memberi suntikan motivasi yang bermakna.



PA240004PA240006


Jaguh Pasukan Bola Sepak 7 Sebalah. Group mana yang menang ni??



PA240016

PA250001


Walaupun Sibuk sehingga tidak menang tangan tapi sempat lagi sahabat2 JKP bergambar. Penyampaian Hadiah Cenderahati kepada pelukis Kartunis Zunar


PA250004PA250007










TAHNIAH Buat semua pemenang dan Cabutan Bertuah.Yang tak menang jangan putus asa cuba & terus mencuba..


PA250012PA250016










Rupanya orang yang bertuah dalam prog. Bina Insan adalah En Rajoo setelah cabutan bertuah sebanyak 6x tiada pemenangnya.



PA250024PA250028

Kenyang perut suka hati S/u Ahli Majlis bersama Majikan yang dikasihi (Ustazah Khatifah Zamani Sulong) ..masa untuk rest setelah 3 hari tidak cukup rehat kerja kuat bagi menjayakan program. AJK Makanan.. yang menyumbangkan tenaga tanpa mereka pasti kami tak makan.










Editor : Khaulah Azwar

Rundingan Umno-PAS hanya umpan Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yasin umpama 'hidung tidak mancung, pipi tersorong- sorong' apabila mengambil kesempatan dengan cuba sekali lagi menawarkan rundingan Umno-PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan mengingatkan Timbalan Presiden Umno itu agar tidak cuba mengeluarkan kenyataan memecah belahkan perpaduan antara PAS dan Pakatan Rakyat.

"Pas mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cuba mencari kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan parti Pas dan Pakatan Rakyat, seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia 26/10/2009."

Muhyiddin jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong," kenyataannya dipetik.Katanya Pas berpendapat tindakan Muhyidin itu akibat berasa gelisah dengan perkembangan politik PAS di mana orang bukan Islam semakin menolak Umno dan menerima parti Islam itu.

Orang bukan Islam yang dahulunya ibarat 'tongkat sakti' dan 'balang oksigen' Umno kini katanya sudah hilang sakti dan kehabisan oksigennya.Talian hayat Umno itu katanya kini sudah berpindah kepada Pas dan Pakatan Rakyat."Pas tidak lagi dipandang sebagai parti yang cauvanis perkauman, sebaliknya mereka melihat pas sebagai wadah baru mereka untuk mendapat keadilan di negara ini.

"Umno sedar bahawa tongkat sakti mereka sudah patah (iaitu pengundi bukan Islam), kerana selama ini umno hanya boleh bernafas dengan bantuan oksigen daripada balang oksigen pengundi bukan Islam," beritahunya lagi.Umno kian bimbang katanya apabila menyedari generasi muda juga menyebelahi PAS.Gabungan generasi muda, orang bukan Islam dan orang melayu menyokong PAS akan memberi kesan amat parah kepada parti pemerintah itu kerana jika Umno tumbang, penggantinya adalah PAS.

Oleh kerana ketakuitan itu katanya, Umno kini sedang memanipulasi isu Melayu Islam seolah olah Umno adalah harapan pembela Melayu Islam."Pas menyedari bahawa Umno sedang manipulasi isu melayu dan Islam, kononnya kalau Umno kalah melayu dan Islam akan hancur."Sedangkan apa yang berlaku kemusnahan kepada Melayu dan Islam adalah angkara Umno.

"Umno tidak boleh tudung bangkai gajah dengan tudung saji yang kecil, kerana yang menjahanamkan melayu dan Islam ialah angkara umno, bukannya perbuatan Pas," katanya lagi.Muhyiddin seperti dilaporkan media arus perdana Isnin lalu membuat kenyataan bahawa 'rundingan Umno-PAS masih terbuka'.Ianya sebagai memberi tekanan kepada PAS berhubung persoalan terbaru Muktamar Khas sepeti yang dicadang Mursyidul Am, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lalu.

PAS sebelum ini pernah terpalit isu kerajaan perpaduan apabila dimanipulasi Umno BN.Namun ianya diselesaikan dengan baik oleh PAS dan mengumumkan untuk terus memperkukuh hubungan bersama Pakatan Rakyat.Manakala terbaru, PAS sekali lagi berdepan isu hampir sama apabila Nik Aziz mengeluarkan cadangan supaya PAS mengadakan Muktamar Khas bagi menyelesai masalah kepimpinan parti.

Nik Aziz bagaimanapun bersetuju untuk hanya diadakan mesyuarat khas mengantikan muktamar seperti yang dicadangkan.Manakala Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam mengumumkan akan mengadakan Mesyuarat Khas Jawatan Kuasa PAS esok bagi membincangkan perkara tersebut.Ianya juga bermaksud bahawa isu Muktamar Khas tidak lagi berbangkit.Dalam perkembangan lain, PR akan mengadakan satu Konvesnsyen Pakatan Rakyat pada 13hb Disember ini di Shah Alam Selangor .

Ianya antara lain bertujuan untuk terus memperkasa pakatan sebagai sebuah kerajaan menunggu.

Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok.

Keputusan itu dibuat Nik Aziz hari ini walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk menyertainya dan telah memberikan amanah kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang menemui beliau baru-baru ini untuk menyampaikan pandangannya.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Nik Aziz dikatakan keberatan untuk ke Kuala Lumpur kerana sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang berlangsung.

"Saya telah sampaikan apa yang saya nak kata kepada Salahudin," kata Nik Aziz sebelum ini.

Namun, hari ini beliau membuat keputusan akan menyertai mesyuarat yang dianggap penting itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ditanya bertalu-talu dalam sidang medianya semalam samada Nik Aziz akan datang atau tidak dalam mesyuarat khas esok.

Mustafa berkata, beliau tidak tahu samada Nik Aziz akan datang atau pun tidak tetapi sekurang-kurangnya dia telah memaklumkan pandangannya melalui Salahudin Ayub.

PAS memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok mulai jam 8.30 malam di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat ini dipanggil ekoran cadangan Nik Aziz agar PAS adakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk memilih semula pucuk pimpinannya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan agar diadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara ini.

Mesyuarat ini akan mengambil keputusan samada perlu atau tidak diadakan mesyuarat agung luar biasa itu.

Selain AJK PAS Pusat, anggota mesyuarat ini adalah para pesuruhjaya PAS bagi setiap negeri.

Menurut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan dengan arahan presiden, permintaan satu pertiga ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau permintaan satu pertiga dari kawasan-kawasan PAS di seluruh negara iaitu sekurang-kurangnya 57 kawasan. _

Keperihatinan Seorang Adun


DSCN0594

YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali turun padang Meninjau projek menaik taraf sistem saliran di Tmn Greenwood yang dilaksanakan oleh pihak JPS. Terima Kasih kepada pihak JBS Gombak.

Terdapat lokasi pembinaan yang belum disempurnakan dengan sepenuhnya dan mengundang bahaya kepada keselamatan kanak-kanak dilokasi Jln 9, Tmn Greenwood. YB Dato’ akan memanjangkan perkara tersebut kepada JPS Gombak untuk tindakan selanjutnya.

KOLEKSI FOTO

DSCN0593DSCN0598


Mengundang bahaya kepada kanak-kanak yang bermain di lokasi tersebut.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI