Saturday, March 28, 2009

ISLAM & HAK WANITA

Islam dan hak wanita

SEBELUM kedatangan Islam, wujud satu zaman yang dinamakan zaman jahiliyah, zaman ketika segala kebodohan manusia terserlah, zaman tika kemaksiatan bermaharaja lela. Tika itu, wanita dipandang sebagai pemuas nafsu seks semata-mata. Malah wanita dianggap sial. Anak-anak perempuan yang lahir, ditanam hidup-hidup.

Islam datang mengubah segalanya. Kaum wanita diberikan pengiktirafan. Tika Islam mula mendapat tempat di hati manusia, ramai kaum muslimin berebut untuk beribadat. Dalam masa yang sama, kaum wanita juga mempunyai tekad dan azam yang sama tapi terhalang dek tanggungjawab rumahtangga. Tika inilah isu hak dan kesamarataan telah dibangkitkan.

Asma’ binti Yazid as-Sakan al-Anshariyah atau dikenali juga dengan nama Ummu Salamah al-Anshariyah merupakan individu yang berjuang menuntut kesaksamaan hak di kalangan kaum wanita.

Puteri kepada bapa saudara Muaz bin Jabal ini terkenal sebagai wanita yang petah berpidato, teguh pegangan agama di samping boleh meriwayatkan hadis. Dia juga memainkan peranan penting untuk mewakili kaum wanita dalam isu-isu kewanitaan, sekali gus keistimewaan itu melayakkannya dianggap sebagai jurucakap kaum wanita.

Dalam satu peristiwa, Asma telah mengetuai kaum wanita membawa pengaduan kepada Rasulullah mengenai hak mereka. Dia membawa masalah yang dialami kebanyakan kaum wanita, menuntut Rasulullah memberikan hak yang jelas dan adil di sisi agama.

Katanya, “Saya dilantik sebagai jurucakap kaum wanita untuk bertemu tuan. Sesungguhnya Allah telah mengutus tuan kepada kaum lelaki dan wanita keseluruhannya. Kami mempercayai tuan dan tuhanmu juga. Kami kaum wanita, terbatas dalam gerak-geri. Kami sentiasa duduk di rumah untuk kamu (berkhidmat untuk lelaki) melepaskan syahwat kamu, dan mengandungkan anak-anak kamu. Sedangkan kamu lelaki, mempunyai banyak kelebihan berbanding kami. Kamu boleh melakukan solat Jumaat, solat jemaah, menziarahi orang sakit, menyaksikan jenazah dan mengerjakan haji berkali-kali. Yang utama, kamu boleh keluar berjihad ke jalan Allah. Apabila kamu keluar untuk menunaikan haji dan berjihad, kami yang akan menjaga harta benda kamu, menjahitkan pakaian kamu dan kami yang memelihara anak-anak kamu. Tidakkah dapat kami berkongsi pahala itu dengan kamu?”

Pengaduan ini mengandungi semacam satu tuntutan hak yang lebih saksama dan bertimbang rasa. Kata-kata Asma’ umumnya menggambarkan peranan wanita yang hanya terbatas dalam lingkungan kediaman mereka, yang selalu berkhidmat untuk suami dan menjaga anak. Ini berbeza dengan peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki yang boleh keluar berjihad dan boleh menunaikan haji bila-bila masa sahaja tanpa terikat kepada sesiapa pun. Perbezaan peranan ini menjadikan kaum wanita berasa bahawa tugas mereka tidak penting dan menuntut kesaksamaan daripada Rasulullah.

Tanpa rasa gentar Asma’ membawa pengaduan itu menghadap Rasulullah. Hujahnya bernas dan logik dengan alasan yang munasabah sehingga sukar untuk dibangkang. Namun dalam kelantangan itu, wanita ini tidak melupakan tatasusila dengan mukadimahnya yang cukup tenang dan teratur iaitu, “Sesungguhnya Allah telah mengutus tuan kepada kaum lelaki dan wanita keseluruhannya.”

Hujah yang dibawa Asma’ menarik perhatian Rasulullah. Baginda tidak pernah mendengar seorang wanita yang begitu berani dan berterus-terang meluahkan masalah seperti itu. Malah baginda juga kagum kerana wanita itu begitu bijak melontarkan masalah dengan tenang dan hujah yang bernas.

Baginda lalu menoleh ke arah para sahabat yang lain lalu bertanya mereka, “Pernahkah kamu mendengar bicara seorang wanita yang lebih pandai membawakan masalah-masalah agama selain wanita ini?”Para sahabat membalas dengan rasa kagum, “Kami sama sekali tidak sangka ada seorang wanita yang dapat membawa masalah ini, Rasulullah.”

Rasulullah kemudian menoleh ke arah Asma’ semula dan berkata kepadanya, “Ketahuilah wahai wanita dan sampaikan juga kepada teman-teman wanitamu yang lain. Sesungguhnya seorang wanita yang menjaga suaminya, mencari keredaan suami dan melakukan segala yang disukai suami, adalah menyamai semua yang dilakukan suaminya.”

Jawapan Rasulullah adalah kegembiraan kepada kaum wanita sebenarnya. Jawapan itu juga adalah satu pengiktirafan kepada seluruh kaum wanita bahawa tugas mereka sebagai isteri dan ibu sama seperti jihad yang dilakukan para suami mereka di luar rumah. Justeru jawapan itu turut menjadi penawar dan merawat kekecewaan yang dirasakan oleh Asma’ dan rakan-rakan wanitanya yang lain.

Pengaduan Asma’ juga merupakan bukti bahawa Islam memberikan kebebasan penuh kepada wanita untuk meluahkan masalah dan kemusykilan mereka. Mereka boleh meluahkan apa-apa sahaja masalah sama ada yang berkaitan peribadi, cara hidup, kewajipan dan persekitaran. Justeru apabila Rasulullah memberikan respons kepada kemusykilan yang dibawa oleh kaum wanita, ia sekaligus menunjukkan bahawa baginda turut mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh seorang ketua wanita.

Apabila Rasulullah memberikan reaksi kepada permasalahan itu, secara tidak langsung ia menunjukkan baginda turut mengiktiraf gerakan kaum wanita. Antaranya kata-kata Rasulullah, “Ketahuilah kaum wanita dan sampaikan kepada teman-teman wanitamu yang lain...” menunjukkan bahawa baginda mengakui pengaduan itu bukan mewakili individu sebaliknya mewakili semua kaum wanita Islam ketika itu.

Inilah peranan yang dimainkan Asma’ yang dianggap antara pencetus gerakan kewanitaan. Wanita ini bukan sahaja dikagumi kerana keberaniannya meluahkan pendapat tetapi kerana kebijaksanaan mengatur bicara dengan penuh tertib dan hujah yang kukuh.

Jelas sekali, telah lama isu hak wanita ini diperjuangkan. Paling nyata, jika kaum wanita sendiri enggan berusaha untuk memperjuangkan dan mendapatkan hak yang sepatutnya dan sewajarnya menurut kehendak Islam, nak harapkan siapa lagi?

Jangan hanya pandai menuding jari. Jangan juga hanya menyalahkan orang sekeliling sebaliknya kita perlu sentiasa koreksi diri dan memperbaiki kelemahan agar kelebihan dan kekuatan yang ada di dalam diri mampu menjadikan diri kita lebih kental dan kebal, insyaAllah!!

PEMIMPIN & RASUAH.SIAPAKAH YG SELAYAKNYA MENTADBIR NEGARA...KULIAH HARI INI

Salam.. ana mendengar khutbah jumaat hari ini di siaran radio.. sungguh tertarik semoga semua rakyat akan mendengar & fikir semasak masaknya SIAPAKAH PEMIMIN YG SELAYAKNYA MENTADBIR NEGARA??? Sebaliknya shbt-shbt muslimin yg balik daripada solat jumaat mereka pun membuka cerita yg sama seperti apa yg ana dengar dlm radio..alhamdulilah siara secara langsung rupanya..

KHUTBAH jumaat hari ini tentang PEMIMPIN DAN RASUAH serta pemimpin yang tamakkan kuasa dan sanggup merasuah...
Saya bersolat JUMAAT hari ini di masjid al bukhari di jalan hang tuah dan tetamu istimewa adalah yang dipertuan agong....
Khutbah amat bagus hari ini..bukan menghentam kepada sesiapa tetapi khutbah tentang pemimpin yang sanggup menggadai harga diri dengan merasuah demi mendapatkan pangkat dan darjat...... dan lagi katib mengatakan bahawa malaysia akan punah jika diperintah oleh pemimpin yang melakukan rasuah,kronism, wanita dan pemimpin yang tidak mementingkan keperluan rakyat.....

Katib juga mengingatkan kepada pemimpin besar negara agar mengikut contoh rasulullah SAW dan bersifat seperti baginda ....baginda sebagai pembesar negara tetapi apa yang baginda miliki...bukan seperti zaman sekarang..pemimpin mengejar serta mengumpul kekayaan serta memberi kroni segala projek kerajaan....
Aku berharap agar yang dipertuan agong akan meresap didalan jiwa baginda tentang isi khutbah hari ini dan semoga baginda akan mempertimbangkan akan bakal PM yang baru nanti.....atau terus mengekal kan PM yang sama........ ..
Khatib juga mengatakan bahawa pemimpin yang melakukan rasuah demi mendapatkan jawatan hanya bertahan untuk sementara sahaja kerana ALLAH melaknat orang ini...

***Semoga kita seluruh rakyat malaysia dapat membuka mata akan situasi politik tanahair kita masakini...pemimpin yang bagaimana kita hendakkan.. .
adakah pemimpin yang tidak bersih?
adakah pemimpin yang rasuah??

Di akhir khutbah jumaat tadi ,khatib bermohon agar malaysia dipimpin oleh orang yang benar benar jujur,ikhlas serta mengamalkan al quran serta isi-isinya.. ..semoga dengan adanya pemimpin yang ikhlas dan jujur tersebut dapat menjamin kesejahteraan seluruh rakyat malaysia aminnn...... .

Friday, March 27, 2009

Perkara perkara yang hilang dari Umat Islam

Salam..

Perkara perkara yang hilang dari Umat Islam secara khusus,
antaranya ialah:
HILANG NYA:
1) Keadilan dari pemimpin atau pemerintah dan juga kasih sayangnya.
2) Sifat berani daripada alim ulama juga kasih sayang dan nasihat nasihatnya serta sifat
zuhudnya.
3) Sifat malu daripada kaum wanita
4) Sifat sabar daripada fakir miskin
5) Sifat pemurah daripada orang kaya
6) Sifat tawadhuk daripada golongan atasan
7) Ilmu pengetahuan daripada ahli ibadah
8) Sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada pejuang Islam
9) Sifat bijakasana dan lemah lembut daripada para pendakwah
10) Rasa khusuk dalam solat

Sifat amanah daripada orang yang diberi tanggung jawab.
Perkara perkara yang hilang dari Umat Islam secara umum, antaranya ialah:

HILANG NYA:
1) Ilmu pengetahuan
2) Kepimpinan bertaraf empayar atau sejagat
3) Akhlak dan budi pekerti yang mulia
4) Ukhwah dan kasih sayang
5) Rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap wanita
6) Perpaduan dan kesatuan Umat Islam
7) Rasa bertuhan atau rasa tauhid
8) Rasa cinta pada Akhirat
9) Rasa takut dengan Tuhan atau dosa
10) Rasa tawakal
11 ) Rasa qanaah
12) Sifat redha
13) Sifat sabar
14) Sifat betolak ansur
15) Persahabatan di kalangan kaum Muslimin
16) Sifat taat dan setia daripada pengikut terhadap pemimpin
17) Tamadun Islam
18) Undang undang perlembangaan IslamMengapa terjadi demikian? Umat Islam memandang kehilangan itu semua tidak merugikan.Kalau dapat pun mereka menganggap tidak menguntungkan apa apa.

Begitu rosaknya jiwa dan cara berfikir Umat Islam pada hari ini.

Fahamkah Anda kalimah la ilaha illallah ?

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus..
Misi utama bagi setiap Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT di setiap penjuru muka bumi ini adalah untuk menegakkan seruan untuk mengtauhidkan Allah SWT. Firman-Nya:
“Sesungguhnya telah Kami utuskan seorang Rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Beribadahlah kepada Allah dan jauhilah taghut.” – al-Nahl (16) : 36 Menurut Imam Malik taghut adalah setiap sesuatu yang disembah selain Allah. Oleh itu adalah menjadi satu perkara yang mustahak bagi setiap umat Islam untuk memahami dengan mendalam makna kalimat tauhid yang sering dilafazkan iaitu La ilaha illallah. Kalimat ini yang juga dikenali sebagai kalimat ikhlas merupakan sebahagian dari rukun Islam yang pertama iaitu mengucap syahadah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.: “Islam itu dibangunkan atas lima perkara, Syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji ke rumah Allah (Baitullah) dan puasa di bulan Ramadan.” – Hadis riwayat Imam al-BukhariMakna la ilaha illallah adalah “tiada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah S.W.T.”. Ia bukan sekadar menetapkan (ithbat) bahawa Tuhan yang berhak disembah hanyalah Allah tetapi kalimat ini juga menolak (nafi) segala bentuk peribadahan selain daripada Allah.
Firman-Nya: “Demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah adalah Tuhan dan sesungguhnya apa yang mereka sembah selain daripada Allah adalah batil.” – al-Hajj (22) : 62)Walaupun kalimat ini bukanlah merupakan sesuatu yang asing bagi seluruh umat Islam namun tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh-pengaruh amalan syirik masih menebal di dalam masyarakat ini. Kita masih melihat wujudnya kelompok yang melakukan ibadah seperti solat atau tawaf di kuburan para nabi mahupun wali Allah malah kuburan-kuburan tersebut dijadikan perantaraan dalam berdoa untuk sesuatu hajat. Ada juga yang masih mempercayai ramalan-ramalan tukang ramal dan bomoh dalam menentukan arah hidup seharian mereka. Masih wujud juga mereka yang memakai tangkal-tangkal atau mengamalkan jampi-serapah yang syirik bertujuan untuk mengubati sesuatu penyakit.
Terdapat juga kelompok yang menolak hukum-hukum Allah dan mengutamakan hukum ciptaan manusia dalam mentadbir sesebuah masyarakat. Hal ini adalah kerana kalimat tauhid tersebut hanyalah sekadar lafaz dibibir dan tidak dihayati sepenuhnya ke dalam jiwa dan sanubari seseorang insan. Untuk menjadikan kalimat ini berkesan sehingga mampu membasmi pengaruh-pengaruh syirik dalam kehidupan seharian hendaklah setiap umat Islam memahami rukun-rukun serta syarat-syarat yang membelakangi kalimat tersebut.PERTAMA : Ilmu (al-‘Ilm) atau mengetahui makna sebenar kalimat tauhid tersebut. Hendaklah setiap insan ketahui bahawa kalimat ini menetapkan bahawa hanya Allah S.W.T adalah tuhan yang berhak disembah atau diibadahi. Seluruh sembahan yang lain adalah tertolak. Faktor ilmu ini amat penting sebagai syarat agar kalimat ini dapat meninggalkan kesan yang baik bagi orang yang mengucapkannya. Firman-Nya: “Maka ketahuilah (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah” – Muhammad (47) : 19Baginda juga telah bersabda: “Barangsiapa yang mati sedangkan dia tahu (berilmu) bahawa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, nescaya dia akan masuk syurga.” – Hadis Riwayat MuslimKEDUA : Yakin (al-Yaqeen) atau tidak ragu-ragu bahawa Allah S.W.T. adalah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah. Sekadar mengetahui tanpa menyakini kebenaran kalimah itu adalah tidak memadai untuk mengeluarkan seseorang dari amalan-amalan yang mencemari akidah. Firman-Nya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.” – al-Hujuraat (40) : 15KETIGA : Ikhlas (al-Ikhlaash) atau memurnikan segala bentuk ibadah hanya ditujukan kepada Allah S.W.T. dengan tujuan untuk mencapai keredaannya. Setiap amal ibadah itu hendaklah bebas dari sebarang unsur syirik dan riak. Firman-Nya: “Dan mereka tidak disuruh melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) kehidupan beragama dengan jalan yang lurus.” – al-Bayyinah (98) : 5KEEMPAT : Jujur (al-Shiddiq) bermaksud hendaklah seseorang itu mengucapkan kalimah tauhid tersebut dengan sejujurnya. Apa yang dilafazkan melalui lidahnya hendaklah bertepatan dengan isi hatinya dan kemudiannya diterjemahkan melalui amalan sehariannya yang menetapkan bahawa hanya Allah S.W.T. sahaja adalah Tuhan yang berhak disembah. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidaklah seseorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dengan benar dari lubuk hatinya melainkan Allah haramkan dia dari api neraka.” –
Hadis riwayat Imam al-BukhariKELIMA : Cinta (al-Mahabbah) kepada Allah merupakan satu bukti menunjukkan seseorang itu telah diresapi dengan fahaman tauhid yang hakiki. Hendaklah ucapan kalimah tauhid tersebut disertai dengan perasaan cinta yang mendalam kepada Allah S.W.T yang melebihi daripada cinta seseorang itu kepada makhluk-makhluk-Nya yang lain. Firman-Nya: “Di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Tetapi orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.” – al-Baqarah (2) : 165
KEENAM : Tunduk (al-Inqiyaad) atau patuh terhadap makna kalimat tauhid ini serta segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dan Rasul-Nya berlatar-belakangkan kehendak-kehendak kandungan kalimat tersebut. Sejajar dengan itu hendaklah kita hanya beribadah dan memohon pertolongan hanya kepada Allah S.W.T. serta mematuhi segala perintah-perintah-Nya. Firman-Nya : “Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah sedangkan dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang teguh.” – Luqman (31) : 22KETUJUH : Menerima (al-Qabuul) segala konsep yang menaungi kalimah tauhid ini iaitu pemurniaan ibadah hanya kepada Allah S.W.T. dan menolak segala sembahan selain daripada-Nya. Segala bentuk ibadah yang ditujukan kepada selain daripada Allah S.W.T. atau dilaksanakan tidak menurut sebagaimana yang dikehendaki oleh-Nya hendaklah ditolak bahkan ditentang sekeras-kerasnya. Sabda-Nya: “Sesiapa yang mengucapkan La ilaha illallah (tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) dan mengingkari segala yang diibadahi selain Allah, maka hartanya dan darahnya diharamkan (dilindungi), sedangkan perhitungannya menjadi tanggungjawab Allah.” – Hadis riwayat Imam Muslim.
Demikianlah syarat-syarat yang perlu dipatuhi agar kalimah tauhid dapat difahami dengan sebenar-benarnya dan dapat menghindari seseorang itu dari dicemari dengan unsur-unsur syirik dalam kehidupan sehariannya..waallahhhualam..

Adakah kita benar2 IKHLAS??? IKhlaskah Kita??

Ikhlaskah kita?
Oleh Imam Khalid di Soleh.Net

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.
Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.
Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,
“Ambillah, saya ikhlas…”
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.
“Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
“Yang ikhlas.”
“Yang Benar.”
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
Erti IkhlasMurni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
kerana suruhan-Nya
kerana keredhaan-Nya
kerana arahan-Nya
kerana mentaati-Nya
kerana patuh pada-Nya
Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.
Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.
Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
1) Awal
2) Pertengahan
3) Akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:
“Inilah masanya nak jadi popular”
“Aku akan jadi terkenal…”
“Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.”
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air. Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata:

“Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata:
“Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.”
Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.
Ingatlah:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.
Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq-Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhaan-Mu, ya Allah.

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam di malam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas adalah rahsia di dalam rahsia Allah.
Wallahu a’lam.

syarat nak buat maksiat jika kamu mampu melakukannya






Suatu hari seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, 'Wahai Aba Ishak! Saya selalu melakukan maksiat, tolong berikan aku nasihat'.Ibrahim berkata, 'Jika kamu mau menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh teruskan melakukan maksiat.


1. Jika kamu maksiat kepada Allah, jangan makan rezekiNya.''Lelaki itu seraya berkata, 'Aku mau makan dari mana? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?''Ya,'' tegas Ibrahim bin Adham. ''Kalau kamu sudah memahaminya, masi pantaskah memakan rezekinya, sementara kamu selalu berkeinginan
melanggar larangan-Nya? '

2. ''Yang kedua,'' kata Ibrahim, ''kalau mau bermaksiat, jangan tinggal dibumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu kaget setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, ''Wahai Abdullah, pikirkanlah, apakah kau layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sementara kamu melanggar segala larangan-Nya? '' ''Ya, Anda benar,'' kata lelaki itu.

3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,''Kalau kamu masih mau bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!'' Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, ''Wahai Ibrahim, ini nasihat macam apa? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?'' ''Nah, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan berlaku maksiat?'' kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

4. Ibrahim melanjutkan, ''Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, 'Mundurkan kematianku dulu. Aku masih mau bertobat dan melakukan amal saleh'.'' Kembali lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersadar, ''Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permohonanku? '' ''Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahwa kamu tidak bisa menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimanaengkau bisa lari dari murka Allah?'' ''Baiklah, apa syarat yang kelima?''

5. Ibrahim pun menjawab, ''Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak menggiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau mau ikut bersamanya.' ' Perkataan tersebut membuat lelaki itu tersadar. Dia berkata, ''Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. '' Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. ''Mulai saat ini aku bertobat kepada Allah,'' katanya sambil terisak.

Pologami boleh mnegundang ke NERAKA?? Sanggupkah anda di MADUKAN??




Membaca rencana keluaran lalu [Poligami boleh mengundang ke neraka?], ramai yang bertanya mengapa pula poligami boleh mengundang kepada neraka, bukankah poligami sunnah Rasulullah. Benar, sesiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah akan beroleh pahala, syurga. Tetapi siapa yang boleh memberi jaminan bahawa mereka yang mengamalkan poligami pada hari ini benar-benar mengikut sunnah? Sebenarnya sama ada kahwin poligami atau tidak, hukumnya adalah harus. Dan setiap yang harus kadang-kadang boleh menjadi wajib, boleh jadi sunat, boleh jadi makruh dan boleh jadi juga haram. Bagaimanapun apabila seseorang itu telah secara rasmi berkahwin secara poligami, suami dan isteri-isteri terdedah kepada dosa yang boleh menghampirkan mereka kepada neraka??. Semua ini adalah berpunca daripada kurang pengetahuan agama khususnya dalam soal hukum poligami sama ada suami atau isteri.


Di sini disenaraikan kesalahan yang sering terjadi kepada pengamal poligami:


1. Berbohong Ada orang kata, bohong dalam poligami tidak sampai masuk neraka kerana bohong diharuskan untuk menyelamatkan keadaan yang gawat. Dalam kes ini siapa yang gawat? Siapa yang hendak diselamatkan hingga terpaksa mengguna senjata berbohong?Jelas dalam kes ini suami berbohong untuk melepaskan dirinya sendiri. Maka dalam keadaan ini tidak ada keharusan dalam berbohong. Apatah lagi kalau pembohongan itu dilakukan berpanjangan tanpa henti, tentu berdosalah si suami itu. Apabila seluruh hidupnya penuh dengan pembohongan, bahagiakah kehidupannya? Setiap detik gerak-gerinya dirasakan sedang diintai oleh isterinya. Maka sebelum dia dimasukkan ke dalam neraka di akhirat, hakikatnya dia telah memasukkan dirinya dalam neraka dunia.


2. Tidak Adil Dalam keadaan di atas, suami tersebut tidak mungkin akan berlaku adil terhadap isterinya. Ada isteri yang teraniaya di sudut nafkahnya, ada juga isteri yang dicuaikan gilirannya dan ada isteri yang dibiarkan langsung atas alasan nusyuz dan sebagainya.Bayangkan apa akan jadi kepada suami yang tidak adil kepada isteri-isterinya. Dia bukan sahaja berdosa dengan isterinya kerana tidak berlaku adil, dia juga berdosa terhadap Allah kerana melanggar perintah-Nya supaya berlaku adil. Sekali lagi suami dalam keadaan semakin hampir ke neraka.Dalam sebuah hadis Rasulullah ada bersabda yang maksudnya, mana-mana suami yang tidak adil terhadap isteri-isterinya, di akhirat nanti dia akan berdiri dalam keadaan senget sebelah.Berhubung dengan adil, yang paling penting ialah giliran malamnya. Dalam bab itu ramai suami atau isteri yang tidak tahu, lalu mereka terus melakukan dosa.


3. Salah Giliran Sebenarnya giliran seseorang yang berpoligami adalah berdasarkan 24jam sehari. Maknanya kalau dia menentukan gilirannya bermula pada waktu asar, maka berakhir tempohnya pada waktu asar esoknya. Berdasarkan itu jika dia bermalam dengan isterinya pada malam itu, maka esok siangnya adalah termasuk gilirannya juga. Begitu juga sebaliknya kalau suami bekerja malam, maka siangnya adalah mula gilirannya.Dalam hal ini kalau suaminya keluar kerja sama ada siang atau malam, maka waktu keluar itu juga dikira masih giliran isterinya itu. Jadi, selagi dalam tempoh giliran isteri itu, suami tidak boleh mengambil kesempatan untuk tidur dengan isteri yang lain.Dia boleh pergi zirah isteri itu tetapi dia tidak boleh tidur bersama isteri itu. Dia boleh menghantar barang atau melihat anak dan isteri tetapi tidak boleh tidur dengannya. Jika berlaku persetubuhan sedangkan bukan gilirannya, maka perhubungan itu adalah haram. Jika lahir anak hasil persetubuhan itu adalah dikira haram, walaupun tidak sampai kepada hukum berzina. Rujuk entry Giliran wajib adil, tidak pada hubungan seks untuk penerangan terperinci.Perkara inilah yang sering terjadi kepada pasangan poligami yang bermasalah semuanya hendak dirahsiakan. Boleh jadi pada malam Jumaat dia bersama isteri pertama, tetapi pada pagi Jumaat keesokannya dia singgah di rumah isteri keduanya dan pada kesempatan itu juga dia sempat bersama isteri tersebut. Sedangkan siang hari Jumaat itu adalah masih giliran isteri pertamanya.Dalam kes ini, isteri pertama tahu suaminya ke tempat kerja, tetapi sebaliknya dia melencong ke rumah madunya. Jadi, selain dia menipu isterinya dia telah mencuri giliran isteri pertama untuk bersama isteri yang bukan gilirannya. Bayang berapa banyak dosa yang dilakukan oleh suami ketika itu. Semua ini kalau dia tidak bertaubat, sebaliknya mengekalkan amalan itu, pasti tempatnya adalah neraka.Selain suami, isteri juga boleh terlibat dengan dosa dalam beberapa kes.


Antara dosa isteri ialah:

1. Isteri menghalang suaminya bagi memenuhi giliran pada isteri yang lain.

2. Isteri menggauli suaminya padahal dia tahu hari tersebut bukan gilirannya.

3. Isteri menyekat madunya daripada mendapat manfaat, nafkah dan sebagainya.

4. Isteri bersangka buruk terhadap suaminya lalu mengintip gerak-gerinya.

5. Isteri bersangka buruk terhadap madunya lalu mengintip gerak-gerinya.

6. Tindakan isteri itu menyebabkan madunya hilang hak kenikmatan hidup berkeluarga.Jika isteri tersebut tidak bertaubat malah meneruskan kesalahan di atas, mereka memang dijamin neraka. Namun oleh sebab para isteri tidak tahu kedudukan hukum ini maka mereka terus mengekalkan dosa-dosa itu.waallahhualam..


so sama2lah perbaikikan diri, bagi kaum Adam jika ingin bermadu fikirlah semasak2nya agar tidak menjeratkan diri keneraka dengan begitu mudah.. Bagi hawa yg bujang begitu juga jgn mudah ambil tindakan mudah, fikir sedalamnya. utamakan keluarga, jg perasaan hati org tua kita, bukan semudah itu hidup bermadu.. pengalaman teman2 yg pernah merasa hidup bermadu telah menyedarkan ana dan akan membuat diri ana lebih berhati2 dengan insan bernama LELAKI..

muhasabah diri-tugasan & kehendak,tersepit dgn keadaan ..bersama2 musafir mencari dimana shbt kita







Salam..
Alhamdulilah selamat sampai ke bumi ciptaan ALLAH, lewat masuk pej..mcm YB le pula.. tp nak buat cana.. rasa bdn nak dibagi 10 kalu blh le nak copy paste je.. muka & badan ni.. tp tak mampu nak buat cuma walaupun dibebankan dgn tugasan hatiku benar2 rasa tenang & seronok bekerja bila semua krn ALLAH swt. Alhamdulilah famly ku yg memahami diriku walaupun kdgkala rasa berat hati nak meninggalkan mereka ttp bila teingat ayat2 al-quran ada menyatakan bahawa isteri, anak,suami, perniagagan, kerjaya yg itu lebih kamu cintai maka tunggulah azabku akan menimpamu begitu amat pedih sekali.. " Ya-ALLAH bila kenangkan itu semua buat ana akur dgn diri bahawa diri ana bukan utk seseorg saja ttp kena bahagikan utk semua org yg ana sayang..tidak mahu ada yg terasa hati dgn apa yg ana buat.. semua jika ada pahalanya ana sedekahkan utk kedua org tua ana dan kaum kelaurga dan org mukmin yg lain.. yang amat dikasihi.. terutama arwah abah yg telah pulang kerahmutuallah.. Al-Fateha.. semoga rohmu ditempatkan didlm golongan org2 mukmin yg soleh.. amiin... Bagiku masa utk seorg pejuang ISLAM utk dirinya adalah 5jam.. kalu lbh daripada itu maka kita telah mencuri masa yg ALLAH bagi untuk tidak dimanfaatkan sebaiknya.. apalah erti kehidupan yg sebenarnyha kalau tiada arah tujuan??

Hari ni terima SMS adk2 j.. lama tak bersua mereka, rindu gurau shbt2 semua.. si comel yg rasa perlu diberi sokongan.. ada sahaja luahan rasa hatinya samada masalah pelajaran, famly matter.. ana suka mendengar masalah shbt2.. disitu ana belajar erti kehidpuan erm.. rasa kdg2 mcm rugile pula kenapa ana tak study kaunseling pd hal ana memang minat bidang itu..mendekati seseorg dan sentiasa menjadi teman setia dlm beri nasihat.. SMS nya.. "akak tlg le kdg2 yan rasa nak menangis je.. yan rasa mcm gini caranya failed le yan.. ish...ish.. terkedu ana membaca message tersebut.. ana terus bagi kata2 semangat pdnya.. moga sedikit suntukan nasihat & tazkirah diberi akan memperbaikikan dirinya...insya-ALLAH.. dlm 12:30tgh.. terima SMS shbt, teman/adk..entahle.. kdg2 ana confius.. dimana ana pd dirinya?? pd ana semuanya ana syg merekalah permata hati ana yg sentiasa mengubat kedukaan dihati, sbg penguat smgt ana..senyum tawa mereka sedikit sebanyak menghiburkan hati.. tp disebalik senyuman ada 1 rahsia yg tersembunyi..


SMSNya akak jadike kita iftar sama.. ana x dpt reply SMSnya.. fikiran ana yg berserabut dgn kerja, kdg2 terasa hati dgn apa yg berlaku.. tp ana sentiasa mengalah.. jauhkan segala penyakit hati.. jam hampir 1:30tgh baru ana reply ana ckp insya-ALLAH jika ada keizinan ALLAH kita bersua kembali" tp ana dpt rasakan mcm ada halangan pertemuan utk kali ini pastinya akan tergendala lagi.. setiap kali merancang asyik x jd sampaikan ana rasa tak perlu merancang biarle pertemuan itu ALLAH tentukan.. ana tak nak disebabkan iftar bersama ana walupun jemputan tu dpdnya akan tergendala semua kerja.. ana bimbang itu semua bila teringatkan kata naqibah ana dlm Usrah baru2 ni :)

Paa Zmn Rasuallah saw.. setelah baginda adakan pertemuan dgn shbt2 baginda maka Nabi saw berkata pd shbt2nya dan menunjukkan setiap muka shbt2nya.. Ingatlah kalian diamanahkan utk menjaga setiap penjuru... jika kalian lalai dgn membiarkan penjuru tersebut terbuka & dimasuki musuh2 ISLAM maka kalian akan dipertanggungjawabkan atas kelalaian yang telah diamanahkan ALLAH pd kalian..semua yg kalian lakukan akan dinilaikan begitulah segala amal ibadat kita setibanya tiba di bumi masyar, maka berhatilah2 dgn semua penjuru itu diawasi dan dijaga dengan baik.. amat bermakna ruangan tazkirah tersebut.. amanah & tanggungjwb yg diberikan hendaklah dijlnkan dengan sebaiknya, jgn pandang remeh walaupun sekecil zrh ttp yg kecil itulah amat berat.." maka dgn itulah ana reply SMSnya agar shbt ana mengerti.. biarlah ana mengalah insya-ALLAH jika ALLAH mengkehendaki kita bertemu pasti akan diberi peluang utk itu.. akhirnya ana, yan & imah keluar iftar sama, dan nak dicuss program coming soon... erm.. Smart solat, nak cari faci 12/4 & 26/4 di UIA..tp ana rasa takde harapan nak guna tenaga IPT,, coz depa semua tengah exam.. so ana taknak ganggu adk2 j.. semoga ALLAH buka pintu ketengan utk mereka mnjwb soalan dgn baik.. insya-ALLAH doa ana sentisa bersama.. amiin..


Hujan lebat selebatnya airmata yg mengalir, bila fikirkan SMS shbt ana.. walaupun ana akur & redha tp kdg2 ana tanya pd diri betulke ana redha apa yg ALLAH dh takdir jd begini?? nak menjga hati shbt ttp kdg2 hati kita sering saja... erm..ya-ALLAH bersihkan hati2 diriku & shbt2 ku..jauhkan segala mazmumah yg ada dlm diri.. peliharalah ukhwwah kami sptmana kau kehendaki... amiin.. akhirnya.. ana terpaksa mengalah akhir SMSNya membuatkan ana rasa tak sampai hati mengecewakan permintaannya sekian lama kami tidak bertemu.. akhir pertemuanpun bln 11/2008 rasanya...lps tu ana & dirinya terlalu bz dgn urusan masing2.. kdg2 segala kenangan bersamanya & shbt2 sentiasa menghantui diri.kalau tak tahan rindu pd mereka hanya doa ana panjatkan moga kami diberi peluang bertemu kembali..so ana reply ok le. siap dan sat lagi ana sampai..nak amik 2 org lagi..utk discussion prog.. tp ana rasa mcm tak seronok nak jumpa dgn keadaan mcm ni.. nak tgk wajahnya pun ana rasa tak mampu.. sbb ana rasa dirinya begitu jg.. sedih apa yg dh berlaku.. 7:10pm.. tunggu dirinya di masjid tp ana ckp segan nak jumpa shbt2 lain.. so tunggu dkt sleu parking.. yan mula le merengek bimbang tak habis2.. ingatkan masa berbuka semakin tiba2.. ana sent SMS pd shbt ana.. erm.. asyik ckp sat2.... rasa dh malas nak hntr lagi.. so 7:20 am baru kami bertolak.. rasa mcm dingin suasana semua diam tak terkata.. yang ana, imah selalu bergaduh pun tak terkata. beristigfar akhir masa sebelum berbuka.. so kami menju ke Tmn Amaniah solat magrib & bacaaan yasin bersama. Niat dihati nak bantu adk2.. so beli air 30juz Quran yg dibaca oleh pelajar DQ Hassanah.. moga mereka berjaya dlm exam..usaha ku utk mereka.. semua dh mkn dkt masjid..so.. adk2 taknak balik depa nak release 10sion tiba2.. shbt ana minta tlg hantr LRt katanya nak balik rmh kakak di bangi, ALLAH ana risau kalau nak lepaskan adk2 jemaah ana waktu mlm2 gini.. so kami berpakat utk hantar.. so anapun hantar le 2x round KL asyik slh jln..erm akhirnya dh sampai 10:30 pm.. masya-ALLAH nak teruskan ke balik akhir LRT 11pm.. so anapun cadangkan pd adk2 ginileh kalau urgent kita kena hantar jgle..ana tgk airmukanya dh berubah ana taknak kecikkan hatinya.. so ana mengalah.. utk keselamatan dirinya.. adk2 semua setuju.. so ana ikut ke H.Langat alhamdulilah dimudahkan urusan akhirnya sampai jg hampir 12 lbh kami sampai.. kesian ana tgk shbt ana. tel rmh kakaknya x angkat sampai ayahnya di kg tel rmh kakaknya.. maafkan ana jika kelewatan ana membuat anti kena marah dgn keluarga.. :(

So.. 1:00am kami masih meronda2 lagi.. sblm bertolak isi minyak ana & yan g ladies ..so..imah ana minta isikan tong minyak.. hah,.. kena dera.. terkebil2 tak tah isi minyak.. dlm tandas.. ana keluar dulu.. tungu yan lama.. so ana duk luar tandas.. ana sergah dia.. menjerit dia, he... he. soeronoknya usik dia, terhibur hati ana sedikit... so ana cadang kami tidur dkt MTD saja.. ana nak balik rmh pun mak ana dh tidur tak nak terganggu tidurnya.. so adk2 setuju.. di MTD apalagi kami mulakan operasi mengemaskini blog kami yg dlm under renovation.. hehe.. tup2.. dh pukul 3am.. arh... penat gile.. yan dh lama terlentok..kesian dia demam... ana dh tak sedap hati.. nak bawa g klinik yan pula elegik...ya-allah ana doakan moga ALLAH sembuhkan sakitnya.. diberi kekuatan dlm diri dlm mnjlnkan tugjwbnya sebagai anak, pelajar & ansaruallah.. syafakillah ya ukhti.. :(sakitmu shbt sakit ku jg...:(


erm imah & dan yan tidur lena gile. ana terkebil2 pk apa yg dh berlaku hari ni?? tak lena tidur dgn nyamuk... yg pelik nyamuk2 tu x nak hinggap dkt depa.. tak seincipun dengar tamparan nyamuk.. kesian adk2ku .. kepenatan.. maafkan akak.. sbbkan kita musafir hari ini buat masa kalian tergendala.. erm memang badan kebal... 5lbh yan terjg dpd tidur qiam..alhamdulilah diberi kekuatan utk abdikan diri.. syukur pdmu ya Rab.. cuma ana terjaga jg tp x blh solat..tp 6am dngr azan ana pun siap2kan diri sama sekali terus ana gegarkan imah bangun.. ana kena pastikan adk2 siapkan diri 6:30 am bimbang mereka lewat.. alhamdulilah turget masa ana tercapai 6:30am semua dh siap & sampai UIA 7am.. erm.. si yan tak habis2 merengek nya lg.. adk bongsu sorg ni,,manjanya tak hilang tp dia anak sulung perempuan.. inilah sft ALLAH beri pd seorg hamba sulung bukan bererti tak pandai bermanja tp terpulang pd diri sendiri utk bentukaan diri sendiri adakah seorg yg tegas, pelembut, dll.. sibuk le dgn buah pisang yg ana niatkan utk bayar nazar di masjid mlm tadi tp lupa akhirnya kena hantar jg utk solat jumaat.. takpe le yg penting dh selamat..sampai ke masjid.. so kami semua berpisah jam 7am.. alhamdulilah selamat sampai walupun semua tak mandi..hehe,, bucuknya... :)

7:15am.. sampai rmh kemaskan diri buka ruangan tazkirah santapan rohani di TV9.. ana paling minat mendengarnya.. baru teringat sepatutnya ana kena ambil air di darul syifa utk mak ana, ana betul2 lupa,mak ingatkan ana... kenapa tak ambil air mak??, ya-allah mak maafkan eila.. betul2 tak ingat,,insya-ALLAH eila janji balik keje eila g rmh ustz tu k,,mak senyum je tp hati ku mula resah ..bimbang mak terasa hati,, menitis airmataku..memang ana akui ana jiwa sensitif mudah airmata mengalir walupun shbt2 ckp ana tegas, lincah tp ALLAH saja yg tahu disebalik ketegasan ana,, sebenarnya ana ada kelemahan diri.. yg hanya ALLAH swt saja yg tahu.. dan mereka yg rapat dgn ana..

10am.. adk2 sms ana, yan demam lg.. ana risau.. dan mnta dia amik ubat tp yan ckp elegik kak.. so ana tak le buat apa nak bawa air penawar.. cuma 30juz quran.. dan amlkan baca al-fateha, alqursi.. insya-ALLAH semoga sembuh sakitmu.. yey... lunch dgn yan... dan terubat rindu pd adk2 saf 5.. dpt jg jumpa adah, lina.. adk2 yg nakal2.. ni semua group naughty girls.. tp merekale penyejuk dimata penwar dihatiku.. serikandi perjuangan ISLAM.. dah janji nk lunch date.. so si yan terus buka laptop nya di kafe.. siapkan kejenya yg tak tersiap.. ana kesiankan dirinya hanya mampu bagi nasihat " yan sebagai pejuang ISLAM kita kena buat yg terbaik, pembahagian masa dgn bijak harus diamalkan agar tidak terjatuhnya fitnah pd diri kita bila masuk dlm j..nauzubillah" kita tlg agama ALLAH , isnya-ALLAH yakinlah ALLAH tlg diri kita..bila study top 10, joint jemaah top 10 baru org tabik hormat kita " so ana minta sgt baik yan & semua adk2 j ana agar kalian uruskan masa dgn baik Demi masa manusia sentiasa dlm kerugian kecuali org yg beriman dan beramal solleh yg berpesan2 kepada kebenaran {surah al-asry}... moga sedikit nasihat dpt memperbetulkan diri kita semua.. isnya-allah.. ana bersama adk2 sampaile 4:20pm.. nak uruskan sewa dewan di Engineering dpt..4 smart solat program...alhamdulilah dimudahkan urusan so lps tu ana berpisah dgn adk2.. slmt berjuang buat semua SHBT.. dan slmt mghdpi peperiksaan :)

"BELAJAR HARI INI UTK KEJAYAN HARI ESOK..TRY TOUR BEST ALL MY JEMAAH SISTER" :)

Thursday, March 26, 2009

Haram menggauli isteri sekiranya pd hr tersebut bkn giliran isteri berkenaan.. ISU POLIGAMI....

Salam..

Sudah seminggu rencana ustaz Baei ini terperuk di kamar 'inbox' email saya. Rencana ini adalah jawapan kepada respon saya terhadap rencana beliau terdahulu. Saya telah meminta ustaz mengulas mengenai pendapat beliau yang mengatakan haram 'menggauli isteri' sekiranya pada hari tersebut bukan hari giliran isteri berkenaan.
Saya kaget membaca 'fatwa' tersebut kerana saya bimbang akan ayat al-qur'an surah an-nahl ayar 116 bermaksud "Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.

Dan juga terdapat ayat 223: surah alBaqarah yang bermaksud "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman."

Saya juga meminta ustaz mengulas kisah di mana Rasulullah s.w.t pernah membawa isterinya Mariah Qitbiah ke dalam bilik isterinya Habsah tanpa izin Habsah terlebih dahulu. Sewaktu Habsah r.a pulang dia mendapati Nabi bersama Mariah dan ini menimbulkan kemarahan Habsah sehingga mencetus pergolakan dalam rumahtangga Rasulullah s.a.w. Menurut sesetengah tafsir (yang saya dengar melalui rancangan Usrah di TV9), dalam peritsiwa tersebut Rasulullah s..a.w telah meminta Habsah r.a merahsiakan perkara itu dari Siti Aisyah. Sebaliknya Habsah telah belot (tidak amanah) dengan memberitahu hal itu kepada Aisyah. Maka turun ayat 3 dari surah t-tahrim yang maksudnya/mafhumnya "Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya), dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: "Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? " Nabi menjawab: "Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi) ".

Walau bagaimana pun marilah kita ikuti penerangan/penjelas an ustaz Baie dalam hal ini:-

Giliran wajib adil, tidak pada hubungan seks
oleh AHMAD BAEI JAAFAR

Setelah dua rencana mengenai poligami muncul dalam blog saya, tiada lelaki yang memberi respons. Adakah kerana mereka bersetuju dengan tulisan itu atau mereka tidak mahu baca kerana tidak berminat dengan poligami?

Mungkinkah ada lelaki yang membaca rencana itu langsung terbantut niat hendak berpoligami? Mungkin rencana itu membuatkan lelaki yang hendak berkahwin lebih daripada seorang berfikir dua kali. Mereka sudah rasa perlu tepuk dada tanya imannya, mampukah dia berlaku adil dalam aspek-aspek yang tertentu. Kalau dirasakan tidak mampu cukuplah seorang dulu.
Tetapi syabas golongan wanita, mereka nampaknya seperti lebih berminat untuk membacanya, malah menemui sesuatu yang dikatakan boleh mengelirukan malah tidak wajar. Keprihatinan mereka saya hargai. Mereka bukan mempertikaikan hukum Allah dan Rasul tetapi mereka meragui apa yang saya tulis. Semoga Allah berikan kepada mereka ilmu yang lebih luas untuk memahami ajaran Islam sebenar.
Sebenarnya pada rencana pertama, tidak ada isu yang ditimbulkan kecuali seorang lelaki yang menyatakan kurang bersetuju dengan tajuk, poligami mengundang ke neraka, alasannya poligami sepatutnya mendorong ke syurga. Tetapi pada kali ini seorang pembaca lelaki dan beberapa orang wanita mempertikaikan kewajaran dihukumkan haram kepada suami yang melakukan persetubuhan dengan isterinya yang bukan pada gilirannya.
Sebenarnya persoalan poligami jarang dibincangkan oleh ulama secara serius, dan kalau bincang pun tidak begitu mendalam. Mungkin kerana tidak ramai yang terlibat dengan poligami kecuali para ulama. Oleh sebab mereka tahu hukumnya dan tidak pernah berlaku perkara yang berbangkit maka tidak perlu dipanjangkan huraiannya.
Bagaimanapun kalau ada orang awam yang hendak poligami, mereka akan terus rujuk secara empat mata dengan ulama. Jadi, masalah mereka dapat selesai di situ secara empat mata. Tetapi pada hari ini, ramai orang awam yang berpoligami tidak mengikut peraturan, ikut nafsu dan kemahuan. Lalu mereka sudah berani pergi ke Thailand untuk menyegerakan poligami. Padahal mereka tidak belajar hukum dan pantang larang dalam poligami itu.
Menyedari kesilapan dan pelanggaran hukum syariat mereka yang berpoligami itu, maka saya memberanikan diri untuk menulis mengenainya. Ini dirasakan sebagai tanggungjawab saya kerana kebetulan saya adalah Penolong Pendaftar Nikah di Selangor.
Beruntunglah mereka yang hendak berpoligami dilakukan melalui tangan saya. Berpeluanglah saya mengajar sedikit sebanyak pantang larang mengenainya. Untuk pengetahuan semua setakat ini saya baharu menikahkan seorang untuk kes poligami dan telah cuma menasihatkan beberapa orang yang hendak berpoligami dalam kawasan saya sama ada lelaki atau perempuan.
Jadi, bagi menjawab persoalan pembaca rencana, suka saya mengajak anda semua merujuk kitab fiqah sama ada kitab kuning atau moden atau lebih baik lagi dalam bahasa asal iaitu Arab. Tapi untuk mudah baca dan mudah faham bolehlah rujuk kitab jawi yang bernama Idaman Penuntut, penggal kedua buku ini terbitan dan cetakan Johor, penulisnya telah memudahkan bahasa yang sebahagian besarnya diambil dari kitab kuning, Matlaal Badrainâ tulisan Syeikh Daud Fatani.
Jika anda ada kitab itu sila buka bab berbilang isteri (poligami)dan cari ceraian tajuk giliran dan nusyuz. Tetapi dalam ruang yang terbatas ini saya ingin memetik beberapa para penting iaitu.
Jika sudah bermalam dengan seorang isteri wajib bermalam pada isteri-isteri lain sama macam itu sekalipun mereka itu ada uzur seperti sakit, haid, kemaluan tersumbat atau dalam ihram. Kerana tujuannya supaya berjinak-jinak bukan kerana hendak bersetubuh sahaja. Wajib menyamakan giliran itu ialah tentang bermalam jua bukan tentang bersetubuh atau sebagainya iaitu sunat sahaja. (halaman 114 : Idaman Penuntut- penggal kedua).
Penting difahami di sini, wajib bermalam pada isteri-isteri lain sama seperti yang dilakukan pada seorang isteri yang pertama. Maknanya kalau ada empat isteri, kalau yang pertama satu malam, maka isteri yang kedua juga satu malam dan begitulah seterusnya. Tapi kalau pilih dua malam, sama jugalah seterusnya walaupun isteri kedua dan ketika dalam haid. Setiap kali berlaku giliran tidak semestinya berlaku perhubungan seks. Perkara itu tidak wajib tetapi sunat sahaja kalau mereka berhajatkannya.
Adalah hukum wajib menyamakan giliran itu dikira dari segi tempat kediaman dan dari segi masa. Dari itu wajib disediakan tempat kediaman berasing-asing. Maka haram dikumpulkan dua isteri atau berapa isteri di satu tempat kecuali mereka bersetuju dan izin. (halaman 115 : Idaman Penuntut â“ penggal kedua).Dalam bab tempat tidak perlu ulasan lanjut kerana tulisannya jelas. Memang Islam tidak galakkan menghimpunkan isteri dalam satu rumah, walau sebaik mana pun isteri-isteri itu mereka mesti diasingkan. Tentu ada hikmahnya, hanya yang sudah alami tahu hikmah yang sebenarnya.
Dan di segi masa maka orang yang bekerja siang hari hak gilirannya ialah malam dan siang ikut sahaja. Kecuali ada hajat seperti menjengah kesakitan atau menghantar barang, atau menyampaikan duit belanja ataupun tak boleh lama, jika lama kena ganti pada tuan punya giliran, bila sudah masuk diluluskan berseronok yang lain daripada bersetubuh." (halaman 115 : Idaman Penuntut “ penggal kedua).
Tetapi di segi masa perlu dijelaskan dengan agak terperinci. Orang yang bekerja pada siang hari maka gilirannya ialah malam dan siangnya. Inilah yang saya maksudkan 24jam. Dalam ayat itu diikuti dengan "kecuali" iaitu memberi maksud bahawa di sebelah siang yang menjadi sambungan bagi giliran malam tadi, walaupun masih milik gilirannya, terdapat sedikit pengecualian. Maksudnya, atas sebab-sebab tertentu pada siang hari itu bolehlah dia pergi ke rumah isteri yang lain. Antara sebab yang dicontohkan dalam ayat di atas ialah untuk melihat isteri keduanya itu dalam keadaan sakit, hantar barang, hantar belanja dapur atau sekadar singgah sebentar hendak bertanya khabar.
Walau bagaimanapun kalau dia dalam keadaan itu singgah terlalu lama, maka itu wajib diganti pada gilirannya nanti, iaitu dikurangkan masanya. Satu lagi fakta yang penting di sini ialah, apa seseorang suami itu singgah di rumah isterinya yang bukan giliran itu, dia boleh bergurau senda, boleh berseronok dan boleh bersembang seperti biasa. Namun begitu dia tetap dilarang bersetubuh. Itulah yang dimaksudkan dengan “bila sudah masuk diluluskan berseronok yang lain daripada bersetubuh, dalam teks itu.
Apakah yang anda boleh faham dengan maksud kata-kata, kamu boleh buat itu dan ini kecuali yang ini? Kamu boleh lakukan semua yang ada di sini selain daripada yang ada di atas meja saya. Tidakkah kata-kata ini satu larangan. Dan larangan itu sudah tentulah haram, bukan makruh kerana lazimnya kalau maksud disebut oleh ulama secara jelas, makruh.
"Sekurang-kurang giliran dan yang afdal ialah satu malam pada seorang isteri dan haram lebih daripada tiga malam dengan tidak persetujuan isteri-isterinya itu. (halaman 115 : Idaman Penuntut penggal kedua).Seterusnya pada perenggan ini menyebut cara giliran yang boleh dipilih. Sekurang-kurang gilirannya ialah semalam dan siangnya. Tidak boleh kurang daripada itu. Tetapi seseorang suami tidak boleh mengambil lebih daripada tiga malam dan siangnya. Berdasarkan itu adalah haram suami tinggal di rumah isterinya lebih dari tiga hari kecuali jika suami sakit.
Berdasarkan itu kalau ada orang dakwa ada hadis yang menyebut bahawa nabi ada menggilirkan semua isterinya dalam satu malam, saya beranggap suatu yang istimewa buat nabi. Bagaimanapun pada saya kalau betul berlaku begitu mungkin telah mendapat keizinan semua isterinya. Kalau ada izin tidak timbul isu dan masalah.
Sungguhpun begitu saya meragui dakwaan itu kerana kemungkinan orientalis sengaja mahu memutar belitkan sunnah, seolah-olahnya Rasul kuat seks.. Jadi, umat Islam perlu berhati-hati.
Ya, kalau hendak dilogikkan dengan akal, adakah kita nak kata Rusul itu kuat sangat seksnya, bayangkan Sembilan isteri hendak digilirkan semuanya dalam satu malam. Saya nak bayangkan diri saya sewaktu baru berumur 45 tahun, selepas bersama isteri, terus tidur, tidak mampu untuk ulang lagi dua atau tiga kali. Janganlah kita gambarkan rasulullah sebegitu kerana baginda ketika itu pun sudah tua dan isterinya juga sudah tua.
Kalau benarlah ada hadis itu saya lebih percaya dia hanya membuat lawatan ke semua isterinya sebelum tidur dengan isteri yang dalam gilirannya. Inilah yang lebih tepat dan sesuai dengan yang terkandung dalam kitab di atas.Tetapi ada juga tersebut dalam sebuah hadis Qudsi, yang Allah menegur Nabi Sulaiman yang berkata, aku telah menggauli semua isteriku pada malam ini supaya nanti semuanya mengandung dan melahirkan anak serentak. Allah menjawab, sepatutnya kamu berkata insya-Allah baru akan aku kabulkan. Oleh sebab dia tidak menyebut insya-Allah, hanya seorang isterinya sahaja yang mengandung dan beranak.
Hadis ini popular dalam bab jimak untuk menunjukkan sunat berdoa ketika berjimak. Sungguhpun begitu perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman tidak menggambarkan bahawa kita boleh menggilirkan isteri-isteri dalam satu malam. Ketahuilah syariat Nabi Sulaiman dengan Syariat Nabi Muhammad tidak sama.Mengenai Rasulullah bersama Mariah Qitbiyah di rumah Habsah, ia tidak termasuk dalam giliran isteri kerana dia bukan isteri, tetapi hamba yang bebas dari semua hukum di atas. Wallahu a'lam.Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 3/21/2009 10:36:00 PM

Wednesday, March 25, 2009

ANDA STRESS??UTK ATASINYA..???






wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~






ANDA STRESS?????
Rumusan dari Pembentangan Kertas Kerja bertajuk PENGURUSAN STRESS,Bengkel Pengurusan Stress Menurut Perspektif Islam di IKIM oleh Datuk Dr.Mohd Fadzilah Kamsah (Berita Mingguan 04 Julai 2004)Apa itu stress?.
Stress
Tekanan perasaan.Siapa yang mudah terdedah kepada stress?
1. Individu yang suka bersangka buruk
2. Kaki gaduh
3. Kerap runsing
4. Terlalu serius
5. Tidak baik dengan rakan sepejabat (dan jiran)Punca stress pula adalah dari ;

1. Punca dalaman (hati yang kotor, ingkar) 2. Pegangan hidup yang negatif 3. Pengurusan kendiri yang lemah (selalu tidak cukup masa, banyakkerja, melawan ketua dan suka mencari kelemahan orang bagi menutup kelemahan diri) Individu yang mengalami stress akan ;

1. Menunjukkan reaksi perasaan - mudah marah, agresif, kecewa,hampa, suka-duka bersilih ganti
2. Gemar menyendiri
3. Mengalami gangguan fikiran - kesukaran memahami perkara baru
4. Sukar membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
5. Kurang kreativiti
6. Pelupa
7. Mengalami perubahan perlakuan - sukar hendak tidur
8. Merokok
9. Makan berlebihan atau tiada selera makan
10. Lewat melakukan sesuatu
11. Berubah perlakuan memandu
Selain dari itu kesan stress juga akan ;
1. Membabitkan keretakan hubungan sesama rakan sekerja / ketua /pelanggan di pejabat
2. Membabitkan keretakan hubungan sesama keluarga di rumah(konflik rumahtangga)
3. Membabitkan keretakan hubungan sesama jiran di rumah /masyarakat / kariahCara untuk

Menangani stress ;
1. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, kitab agama
2. Memperbanyakkan solat, zikir
3. Beriadah dan bersukan
4. Mengawal diet
5. Mandi air suam
6. Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
7. Melakukan Senaman



8. Bersedekah
9. Bersyukur dengan apa yang diperolehi (reda)
10. Muhasabah diri (penyucian minda - ingatkan mati, nilai semulapegangan, minta bantuan dari pakar / ahli agama)
11. Berehat - bercuti dan bersantai
12. Selalu tersenyum

yakinlah Allah bersamaMu dalam setiap keadaan..LA TAHZAN..
berpesan-pesan kearah kebaikan & ketaqwaan; 3/08/2009 07:48:00 AM 0 ingin berkongsi ilmu
Labels: ,

segalanya krnnya.Berinteraksi dgn ALLAH melalui kehidupan







...segala kerana-NYA....
cintaMU YA ALLAH... "apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat,padahal kenikmatan hidup ini (dibandingkan dengan kehidupan)akhirat hanyalah sedikit" (at-Taubah:38)

Berinteraksi dengan Allah s.w.t. Melalui Kehidupan
~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~penulis;Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al RaziKehidupan ini mempunyai seribu satu erti dan makna. Dalamnya ada mengandungi pelbagai pelajaran bagi mereka yang ingin mengambil pelajaran daripadanya. Kehidupan ini tidak semudah yang disangka oleh golongan yang sambil-lewa dan tidak sesusah yang disangka oleh golongan yang tamak dan bergantung kepada dirinya semata-mata.Hidup ini suatu lapangan, tempat di mana Allah s.w.t. menyempurnakan kehambaan para hambaNya yang ingin menyempurnakan kehambaan diri mereka kepadaNya. Hidup ini suatu peluang, tempoh untuk para hambaNya menzahirkan rasa kesyukuran, kesabaran dan keredhaan kepadaNya, yang merupakan antara ciri-ciri kehambaan kepadaNya.
Manusia yang leka daripada hakikat dirinya yang sekadar seorang hamba kepada Tuhannya, secara tidak langsung akan menghadapi kesulitan dalam berinteraksi dengan kehidupan itu sendiri. Ini kerana, apa yang dicari hanyalah kepuasan nafsu diri, kelazatan yang memberi manfaat kepada kepentingan diri sendiri, tanpa menghayati makna kehidupannya yang lebih sempurna, iaitu dirinya hidup sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakannya daripada tiada kepada ada, iaitulah Allah s.w.t. yang Maha Pencinta.

Seseorang yang hidup semata-mata untuk kepuasan nafsu dan kepentingan diri, kerana tidak menghayati hakikat kehambaan diri, pasti tersalah dalam berinteraksi dengan kehidupan ini, sehingga membawa kepada terasa terbeban dengan sebuah kehidupan yang sementara ini. Apa yang dikejar selalunya tidak dapat. Apa yang didapatinya juga tidak akan kekal bersamanya setelah dia mati. Di mana nilai sebuah kehidupan bagi manusia yang semacam ini?Bagi seseorang manusia yang menghayati makna kehambaan diri kepada Tuhannya, pasti akan memahami kehidupan ini dengan maknanya yang lebih luas dan sempurna. Kebendaan dan duniawi tidak lagi berkuasa menawan kebahagiaan dan kelapangan hati dan jiwanya. Dia tahu, hidup ini ialah untuk menterjemahkan makna kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dengan menunaikan ketaatan kepadaNya secara zahir mahupun batin.

Bertolak daripada itulah, akhirnya seseorang mula memahami bahawasanya, seluruh kehidupan ini, samada berkaitan dengan ketentuanNya mahupun penetapan hukum-hakamNya, merupakan penzahiran "interaksi" Tuhannya kepadanya. Seseorang hamba yang sentiasa menghadirkan rasa kehambaan diri kepadaNya dalam segenap tindakannya dalam kehidupannya, akan turut merasai kehadiran muamalah (interaksi) Tuhannya kepadanya melalui segala yang berlaku dalam kehidupannya.
Bermula dengan menunaikan ketetapan syariat dan hukum Allah s.w.t. dalam kehidupannya, maka penghayatan terhadap makna syariat yang dilaksanakannya dengan jiwa hamba mula bersinar dalam hatinya. Dia mula melihat hakikat di sebalik syariat dengan pandangan zauqi (perasaan rohani) kurniaan Ilahi. Dia mula menghayati bahawasanya, syariat ialah bukti kewujudan dan kehendak Tuhan yang menciptakan dan mentadbirnya dan seluruh alam ini.
Bertolak daripada itu juga, takkala dia menunaikan ketaatan batin (hati) kepada Tuhannya, dengan sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, jujur, tawadhuk, istiqomah, sabar, syukur, redha dan sebagainya, maka dia mula mengenali hakikat ketentuan Allah s.w.t. dalam segenap kehidupannya.
Apabila dia ditimpa sesuatu yang berat terasa oleh nafsu dan dirinya, maka di situlah peranan seseorang hamba dalam menzahirkan kehambaannya kepadaNya dengan melahirkan sifat "sabar" terhadap ketentuanNya yang menimpanya tersebut. Dia juga menzahirkan rasa lemah di hadapan Allah s.w.t. dengan mengembalikan ketentuanNya kepadaNya, dengan mengadu masalah yang menimpanya kepada Allah s.w.t. yang mengujinya dengan ketentuan tersebut, dalam rangka semata-mata untuk menagih keredhaan dan bantuanNya.
Seseorang hamba yang mengadu masalahnya kepada Allah s.w.t. dalam rangka untuk menzahirkan kelemahan dirinya kepadaNya berbeza dengan seseorang yang mengadu kepada Allah s.w.t. akan masalahnya dalam bentuk membangkang ketentuanNya.

Adapun seorang hamba yang mengadu masalahnya kepada Allah s.w.t. dalam rangka untuk menzahirkan kelemahan diri kepadaNya, tujuannya hanyalah untuk menzahirkan hakikat diri yang "lemah" dan sentiasa memerlukan bantuanNya dalam menghadapi ketetapanNya, sedangkan orang yang merungut di hadapan Allah s.w.t. mengenai ketentuanNya ke atasnya bertujuan untuk menzahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap ketentuanNya yang tidak mengikut kehendak dan keinginan nafsu dirinya.
Mengadu dengan tujuan menzahirkan rasa lemah kepada Allah s.w.t. tidak mengandungi unsur mempertikaikan ketentuan Allah s.w.t., tetapi sekadar memohon rahmat dan bantuan Allah s.w.t. agar dia mampu menghadapi ketentuanNya dengan bantuanNya. Adapun orang yang merungut kepada Allah s.w.t. membawa maksud mempertikaikan ketentuan Allah s.w.t. dan terkadang boleh membawa kepada menyalahkan Allah s.w.t., seolah-olah dia lebih pandai dari Allah s.w.t.. Berbeza antara menzahirkan rasa lemah dengan menzahirkan kepandaian diri di hadapan Allah s.w.t.. Oleh kerana itu, Imam Abu Al-Hasan As-Syazuli yang menghayati makna kehambaan ini mengungkapkan ungkapan penuh adab di hadapan Allah s.w.t. dengan berdoa (dalam hizb al-kabir):
"Wahai Tuhanku. Aku tidak memohon agar tertegahnya apa yang Engkau mahu tentukan ke atasku. Tetapi, aku memohon sokonganMu (kepadaku) dengan bantuanMu kepadaku dalam setiap ketentuanMu ke atasku"

Nilai kehambaan ini juga pernah diungkapkan oleh Saidina Rasulullah s.a.w. dalam doa Baginda s.a.w. ketika di Thaif dengan berdoa:
"Wahai Tuhanku, aku mengadu kepadaMu akan lemahnya diriku…".
Nilai-nilai mengadu dalam rangka meminta bantuan daripadaNya dan menzahirkan kelemahan diri dan keperluan kepadaNya merupakan antara nilai kehambaan yang tertinggi dalam diri seseorang hamba kepada Tuhannya.
Oleh yang demikian, hamba yang beradab dengan adab kehambaan tersebut mula menzahirkan rasa memerlukannya dan bersabar dalam rangka untuk membuktikan kehambaan diri kepadaNya dengan sentiasa mengharapkan bantuan daripadaNya.Adapun takkala dia ditimpa sesuatu yang menyenangkan diri dan nafsunya, samada kesenangan dalam bentuk kebendaan, rezeki, jodoh dan sebagainya, maka dia akan menzahirkan rasa kesyukuran kepadaNya dengan mengembalikan segala kebaikan yang didapatinya kepada Allah s.w.t., bukan menyandarkan kebaikan tersebut kepada usaha dirinya sendiri.

Inilah nilai kehambaan yang agung dalam diri seseorang manusia, di mana dia sentiasa berasa menghargai setiap kebaikan dalam kehidupannya kerana menghayati bahawa semua kebaikan adalah daripada Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Pemurah. Dengan rasa syukur tersebut, maka Allah s.w.t. menganugerahkan makrifatuLlah (mengenal Allah s.w.t.) kepadanya, dan menganungerahkan kefahaman tentang rahsia-rahsia muamalah Allah s.w.t. dalam segenap kehidupannya. Inilah kelebihan daripada sifat syukur yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. yang berfirman dengan maksud: "jika kamu bersyukur, Aku akan tambah buatmu akan nikmat"… Penambahan nikmat yang agung adalah, kefahaman tentang hakikat diri, hakikat kehidupan dan hakikat ketuhanan Allah s.w.t. dalam kehidupannya seharian.

Hidup ini ialah tempat bemualamah secara beradab. Bagaimana seseorang ingin beradab dalam bermuamalah dengan Allah s.w.t. melalui kehidupannya, sedangkan dia tidak mengenal hakikat dirinya sebagai hamba Allah s.w.t. yang perlu beradab kepadaNya, tidak mengenali hakikat kehidupan yang merupakan tempat menzahirkan adab kepada Allah s.w.t. dalam berinteraksi kepadaNya dan tidak mengenali Allah s.w.t., Tuhan yang ingin menyempurnakan adab kehambaannya melalui kehidupannya?
Dalam hidup ini terkandung risalah-risalah Allah s.w.t. dalam segenap detik dalam kehidupan kita, jika hati kita sentiasa hadir dalam bermuamalah denganNya dengan adab kehambaan kepadaNya. Sabar dan syukur merupakan dua sayap utama bagi kerohanian seseorang hamba dalam menuju keredhaanNya. Setelah seseorang mencapai istiqomah dalam sabar dan syukur dalam segenap kehidpannya terhadap setiap ketentuanNya dengan bantuan Allah s.w.t., maka dia akan dianugerahkan rasa redha kepada Allah s.w.t. dalam setiap ketentuanNya.
Pada darjat "redha" inilah, seseorang manusia tidak lagi merasai beza antara ketentuan dengan ketentuan, tiada merasai susah ataupun senang, kerana hatinya sentiasa fokus kepada mencari keredhaan Allah s.w.t. di sebalik setiap ketentuanNya, dan menghadapi setiap ketentuanNya dengan pandangan redha kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya, redha kepada Allah s.w.t. ini merupakan darjat yang teragung yang dicapai oleh seseorang hamba Allah, kerana seseorang tidak akan meredhai Allah s.w.t. melainkan setelahmana Allah s.w.t. meredhainya dan berkehendak supaya dia juga meredhaiNya.
Kehidupan ini sebuah perjalanan dalam muamalah kehambaan seseorang hamba dengan Tuhannya. Nilai kehidupan adalah pada penghayatan seseorang terhadap makna kehambaan dirinya dalam kehidupannya, makna kehidupannya selaku hamba kepada Tuhannya dan makna ketuhanan Allah s.w.t. dalam kehidupannya selaku hambaNya. Tanpa makna-makna tersebut, kehidupan tiada erti bagi seseorang manusia. Hidup tanpa "makna", yang tinggal hanyalah "makan". Makan, minum, tidur dan sebagainya, dalam rangka memenuhi nafsu di sekitar usianya yang semakin menuju kesudahan. Akhirnya, dia di sisi Allah s.w.t. bagaikan binatang, bahkan lebih sesat dan rendah daripada binatang, kerana tidak menghargai nilai kehidupannya sebagai manusia yang penuh dengan makna-makna yang mulia.
Masalah kemurungan, kesedihan, penderitaan dan rasa malang manusia sebenarnya bukanlah kerana gagal menanggung ketentuan Allah s.w.t., tetapi masalah-masalah tersebut kembali kepada "tidak memahami makna di sebalik ketentuanNya" lalu membawa kepada kegagalan dalam berinteraksi dengan ketentuanNya sebagaimana yang sepatutnya. Tanpa menghayati makna kehambaan diri, makna kehidupan yang merupakan medan menyempurnakan kehambaan dan makna ketuhanan Allah s.w.t. dalam kehidupan, maka seseorang akan mencari kebahagiaan yang bukan sebenarnya suatu kebahagiaan, akhirnya dia terus menderita dan menderita dalam rangka untuk mencari kebahagiaan menurut persepsinya.
Kebahagiaan bukan pada kepuasan nafsu, tetapi pada terealisasinya kehambaan diri kepada Allah s.w.t.. Kekayaan itu ialah kekayaan jiwa, seperti yang diberitahu oleh Baginda s.a.w. yang mulia. Hidup ini bukan tempat setiap orang cari apa yang dia mahukan, tetapi hidup ini ialah tempat setiap orang menunaikan tujuan asal dirinya diciptakan. Kalau mahu terus mencari makna kebahagiaan selain makna yang diingini oleh Tuhan, maka setiap langkahmu dalam mencarinya adalah suatu penderitaan. Akhirnya, yang kamu himpunkan hanyalah penderitaan demi penderitaan.
Wallahu a'lam…

namaMU yg AGUNG
Sabda Rasulullah s.a.w "perumpamaan seorang yang berzikir mengingati tuhannya dan orang yang tidak berzikir sama seperti orang hidup dan orang mati." -riwayat Imam Al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari r.a-

Islamic Quotes

.: firman Allah :.
"sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat(berbuat dosa) dari setan,mereka pun segera ingat kepada Allah,maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kasalahannya)"
Al-A'raf:201

..akhirat negeri abadi..
Rasulullah bersabda yg maksudnya;
"siapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya,segala urusannya menjadi teratur dan dunia datang kepadanya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yang menjadikan dunia sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya,segala urusannya menjadi kacau dan kepadanya dunia datang sekadar yang telah ditakdirkan baginya"-hadis riwayat at-Tirmidzi-

Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup kenerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya EngkaulahPengampun dosa2 ku. Amin Ya Rabbal'alamin "

setiap detik kita semakin mendekat dengan kematian..

...perjuangan..
Tanam di hati benih iman sejati Berpadu dengan jiwa Rabbani Tempa jasadmu jadi pahlawan sejatiTuk tegakkan kalimat Ilahi Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh Pastikan azzam-mu smakin meninggi Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!



ya ALLAH,ampunilah dosa-dosa kami..
ya ALLAH,kami ingin karat di hati ini lebur dengan cahaya hidayahMU..

.....


Islamic Medicine..perubatan Islam


tags
campus life (4)
da'wah (2)
diari Ramadhan (2)
hubb (3)
ilahi (7)
kisah teladan (6)
lirik lagu (1)
MPI (6)
mujahadah (9)
multimedia (1)
muslimah (5)
palestin (1)
pengguna Islam (5)
rakan masjid usmkk (1)
ramadhan (1)
Rasulullah (4)
resensi (3)
sahabat (2)
sunnah nabi (4)
taqwa (6)
tasawuf (1)
tazkirah (43)
usmkk (2)
usrati (1)





let us remember this!!




subhanallah..
Ya ALLAH,suburkan hati ini dengan hidayahMU..ameen


..subhanallah..
YA ALLAH,kami inginkan ketenangan itu..

dengan namaMU ya ALLAH
renungan buat diriku dan sahabat2 yang dihormati,pesan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a:Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" (Tuhanku, ampunilah aku.Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman:"Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".diriku dan sahabat2ku,kita tidak sempurna dan sering melakukan dosa,namun sebaik2 orang yg melakukan dosa ialah orang yg sedar akn dosanya dan segera bertaubat dan memohon keampunan dari ALLAH..INSYALLAH,kita termasuk dlm golongan tersebut.ameen.YA ALLAH,berilah kami kekuatan untuk mentaati segala perintahMU..

hadist
((من أصبح وهمه غير الله عز وجل ، فليس من الله في شيء ومن لم يهتمللمسلمين فليس منهم)) . موضوع . "الفوائد المجموعة" ( 233 ) . "تذآرة. (312- الموضوعات" ( 69 ) . "الضعيفة" ( 309Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada Allah, maka tiada lagi peliharaan dariAllah. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukandari kalangan mereka. (Dha'if)

mutiara hadist..

?
Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati." - Riwayat Attirmidzi dari Ibnu Umar r.a.

freeshoutingboxes.comChat Rooms

Pesan Khalifah Umar Al Khattab r.a
قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه: نحن قوم أعزنا الله بالإسلام... فإذا ابتغينا العزة بغيره، أذلنا اللهTelah berkata Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khatab RA: Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah.

~rabithah hati~
Rabithah - Izzatul Islam

..segala kerana Nya..(download)
Jalan Dakwah
Dakwah Fardiah
Dasar-dasar Islam
Tanggungjawab pemuda
Peranan pelajar

hamba yg faqir ini Ya Allah..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Ali Imran: 102-103)
qalbi.. yakulu..


::tetapkan hati kami YA ALLAH::

...tazkirah..
Nasihat Imam Al Ghazali..Wahai anakku yang tercinta,
Ilmu tanpa amal itu gila dan amal tanpa ilmu itu pula adalah sia-sia...amal kerana ALLAH,insyaALLAH..Imam Abdullah bin Al Mubarak pernah bermadah;Aku lihat dosa-dosa itu mematikan hati...berterusan melakukannya mengakibatkan kehinaan...meninggalkan dosa pula menghidupkan hati....mengingkarinya membawa kebaikan kepada diri....

:: insyaALLAH ::
jika Allah memberi kekuatan,
dietican to be..cita-citaku mengkaji sunnah Rasulullah s.a.w dalam bab pemakanan,insyaAllah.jika diizinkan Allah.

...segala keranaNYA....
Al-Quran Kalamullah..
World of Islam
mimbar ulama
episod perjuangan...
Islam online
suara persatuan ulama' Malaysia
Uniting the Ummah
laman pengguna Islam
Muslim Internet Directory
tajdid segar,tajdid sebenar
mufti perak
Muslim media
Nisa'
khilafah.com
Palestinkini
laman ilmu_Roudhah.net
harun yahya-an invantation to the truth
satu perjuangan..
ustaz zaharuddin
ustaz shamsuri online
ustaz nik abduh
ustaz fatah
Ustaz Salman
saiful islam
Alexanderwathern
ceria bersama Islam
muslimat kelantan
harakah daily
taman syurga nan indah~
ibrahzine.com
multiply ana
you tube nasyid..
download ilmu bermanfaat
laman mp3 islamik

.:laman muhasabah:.
* Islam Itu Fitrah *
*.. dalam pencarian ketenangan..*
..its all about life...
4JJl Ghoyatuna
berjuanglah pada saffNya
BiLa PenA MenuLis...
buka mata,cari kebenaran
CAMPUSDAILY
CATATAN SEBUAH PERJALANAN...
Dunia ilmuan Islam
epilog seorang mujahid
gift.of.life.is.life.itself
JustFikir MustZikir BestFikir
Kelas Peradaban Nabawi
kelebihan orang yang memuliakan..
kerana cinta
Ku katakan...
MuJaHiDaH SoLeHaH
Nur Tarbiyah
nurilahi
Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan
The Revolutionist
Ukht Aya
Ukht Diyana
ukht Khoir
ukht muhaini
Winners Never Quit
zahida
~~Utamakan keluarga semakin hari semakin sayang~~

.: satu perjuangan :.
Berjuang menempah susahMenanggung

Derita menongkah fitnah

Itulah gelombang hidup samudera

Duka Seorang mujahid memburu syahid

pisah dia berkelana

Dipenjara dia uzlah menagih mehnah

Namun jiwanya tetap mara memburu cinta

Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang

Ombak derita tiada henti Tenang resah silih berganti

Inilah sunnah orang berjuangMalamnya

Bagai rahib merintih sayu Dihiris dosa air mata

Siangnya bagaikan singa dirimba

Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit

Kerana syurga itu manis

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar

Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerna kebenaran

Antara dua jadi pilihanDunia yang fana atau syurga..

.: fakta :.
kurma;salah satu makanan kesukaan Rasulullah s.a.w

sabda Rasulullah s.a.w:"Barangsiapa yang setiap pagi hari makan tujuh biji buah kurma yang terbungkus,maka pada hari itu dia menjadi kebal dari racun dan sihir."(hadist riwayat Bukhari)

::terimalah YA ALLAH::
YA ALLAH,kurniakanlahkebaikan bagi hamba dalam segala urusan,berikan pahala kepada kami dari segenap luka dunia dan siksa akhirat..YA ALLAH,anugerahkanlah untuk kami rasa takut kepadaMU,yang membatasi antara kami dengan perbuatan maksiat kepadaMU,dan anugerahkanlah ketaatan kepadaMU yang menyampaikan kami ke syurgaMU,anugerahkanlah pula keyakinan yang akan menyebabkan ringannya bagi kami segala musibah di dunia ini.terimalah,YA ALLAH..

.:kesihatan itu nikmat dr Allah:.
peliharalah,jangan sia-siakan,nikmat sihat sebelun sakit..pabila sakit nanti baru terasa nikmatnya sihat.namun,ingatlah sakit itu ujian & penghapus dosa bagi orang yg mukmin.moga-moga dgn ujian kesakitan itu baru terasa kerdilnya kita sebagai hambaNYA..wallahua'lam.





Segala kerana-NYA....: Berinteraksi dengan Allah s.w.t. Melalui Kehidupan"
segala kerana-NYA....: menggamit rindu padaMu.."
segala kerana-NYA...."
segala kerana-NYA....: wahai gadis solehah..."
sirqalbi.blogspot.com on "...segala kerana-NYA....: Berinteraksi dengan Allah s.w.t. Melalui Kehidupan"

...segala kerana-NYA....: Rasulullah s.a.w -pemergianmu.."
Watch in Real-Time
Options>>



man_muhay

Konsesi Da'wah Uswah


See all 2 members...


::Hadist::
Rasulullah Saw bersabda: Maksudnya:Sesungguhnya di kalangan kamu yang paling aku kasihi dan paling dekat dengan ku di hari kiamat ialah mereka yang paling berakhlak mulia,merendahkan diri yang bermesra dan dimesrai.Orang yang paling aku benci dan paling jauh dengan aku ialah mereka banyak bercakap sehingga berlebih-lebihan,banyak berbicara tanpa meneliti apa yang diperkatakan dan berpura2 mengetahui.
(riwayat Ahmad dan At-Tarmizi).
..ingin berjuang dan termasuk dalam golongan yang berjuang keranaMU..

sebaik-baik Ummah..

seindah mawar berduri..maruah diri yg dipagari keimanan kepada Rabbul Jalil

..SUBHANALLAH..

..subhanallah,indahnya alam ciptaan Allah Taala.

..dunia ini hanya sementara,akhiratlah yg kekal abadi..

..jihad fisabilillah..berjuang keranaNYA..

..subhanallah..

..Ya Allah,tetapkan kami dalam nikmat Islam & Iman

..islam,Ad Deenul Haq

..ghurabaa..

...Subhanallah,indahnya alam ciptaan Allah.

..subhanallah..indahnya alam ciptaan Allah

"seorang Muslim itu tiada istilah menganggur dalam hidupnya kerana masa yang ada disibukkan dengan kerja dakwah dan kerja-kerja Islam"~tn guru Nik Abdul Aziz~

..segala keranaNya..

...segala keranaNYA....
Berinteraksi dengan Allah s.w.t. Melalui Kehidupan - [image: SahabatMusleem] ~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~ penulis;Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al Razi Kehidupan ini mempunyai seribu sa...

CampusDaily USMKK
Dimana Pilihan Raya Kampus...? - Kota Bharu,27 Disember 2008- Setakat ini, beberapa kampus seperti UUM, UPSI, UNIMAS dan UTP telahpun berlangsung Pilihanraya Kampus (PRK) sebagaimana yang...

rakan masjid
Umar - “Biarlah dia,” “Kenapa nak biarkan?” “Umar, perempuan tu dah terlebih had. Kau nak diamkan lagi?” Azrul memandang sahabat baiknya. Atas dunia ni, Umar pa...



...bacaanku..
~ayyuhal walad~-Imam Al Ghazali

'apa ertinya saya memeluk Islam?'-fathi Yakan

'tundukkan hati'~rahsia keikhlasan hidup di dunia yang fana~

~taqwa~


"apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat,padahal kenikmatan hidup ini (dibandingkan dengan kehidupan)akhirat hanyalah sedikit" at-Taubah:38
******************************************************************************************

Belumkah tiba masanya bagi orang-orang yang beriman,untuk khusyuk hati mereka mengingati Allah dan tunduk kepada kebenaran yang diturunkan (kepada mereka),dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang terdahulu yang diturunkan al-kitab kepada mereka,kemudian berlalu masa yang panjang atas mereka(sedangkan mereka masih belum mahu insaf) lalu hati mereka menjadi keras.Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasiq"(Al Hadid:16)



******************************************************************************************

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI