Thursday, March 22, 2012

Isu Penyelenggaran Tanah Perkuburan Kg Changkat Bakal Selesai

Tmn Berjaya, Gombak : Penduduk sekitar Kampung Changkat melahirkan rasa kesalnya dengan penyelenggaraan pengurusan tapak tanah perkuburan islam yang tidak diurus dengan baik .

Tanah perkuburan mempunyai keluasan 3ek. 1rd. 16pl Lot no.: 380 telah beroperasi semenjak 20 tahun (1992).

Ketua Kampung Changkatnya, Zainal Abidin Abu Bakar berkata, kemelut ini berlaku sebelum kerajaan negeri Selangor mengambil alih pengtadbiran.

Kita sering menerima berbagai aduan penduduk apabila waris datang menziarahi pusara keluarga terdapat sisa pembuangan sampah, rumput panjang sehingga sering berlaku banjir kawasan ini.

Ekoran berbagai rungutan diterima kita telah usulkan perkara ini kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang hanya membersih kawasan itu sehingga 31 Disember 2009.

1 Januari, 2010 MPS serahkan kerja penyelenggaran tanah perkuburan islam kepada Jabatan Agama Islam (JAIS) (Ruj. MPS bil. (80)dlm.MPS.3/2-939Jld.2 bertarikh 2/6/2010), katanya.

Tambahnya lagi, saya juga telah mengeluarkan surat kepada MPS dan JAIS untuk atasi isu yang timbul namun sikap lepas tangan Jabatan terlibat amat kita kesali.

"Kita rasa kesal apabila MPS, JAIS enggan beri kerjasama apabila Pakatan Rakyat (PR) ambil alih pemerintahan Selangor, tahun 2008., Seharusnya semua Jabatan wajib beri kerjsama untuk rakyat tetapi jadi sebaliknya”, kata Zainal ketika dihubungi media.

Menurutnya, dengan isu berbangkit satu mesyuarat khas bersama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), Ahli Majlis, Nazir-Nazir Masjid telah diadakan, dan mesyuarat bersetuju gotong – royong telah diadakan pada 2009.

Sementara itu, Ahli Majlis MPS Zon 7, Maznah Abd, Aziz pula menjelaskan, isu berbangkit berlaku sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran lagi.

Selepas PR memerintah, satu mesyuarat telah diadakan dengan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bersama MPS, JAIS, Nazir-nazir Masjid dan Ketua-ketua Kampung.

Mesyuarat memutuskan untuk melakukan kerja gotong-royong bersama dengan ketiga-tiga masjid, dan telah mendapat persetujuan daripada semua pihak, katanya.

Tambahnya lagi, jawatankuasa penduduk dan ketiga-tiga masjid juga memberi cadangan untuk dikenakan bayaran sebanyak RM400 sebulan, (40 peratus Majis Syakirin, 40 peratus Masjid Simpang Tiga dan Dua puluh peratus Masjid Batu 6 Lama kerana keluasannya kecil). Walaubagaimanapun cadangan itu belum dilaksanakan.

Manakala, Pegawai Hal Ehwal Islam Ketua Unit Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam (JAIS), Mohamad Nazri Sobirin pula menjelaskan, isu penyelenggaran tanah perkuburun, sebenarnya diuruskan oleh Masjid berdekatan walaubagaimanapun kita akan bawa perkara ini ke mesyuarat JAIS untuk pemantauan.

Sehubungan itu, Penyelaras DUN Gombak Setia, Saleh Huddin Nasir yang telah dilantik Menteri Besar Selangor berkuatkuasa 18 Jan, 2012 dalam Mesyuarat Pengurusan Tanah Perkuburan Kampug Changkat bersama Ahli Majlis, JAIS, Nazir – Nazir Masjid, Ketua-ketua kampung di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia semalam telah memutuskan akan diadakan satu mesyuarat khas.

Katanya, “Insya-Allah dalam masa terdekat selepas mesyuarat khas kita akan adakan lawatan turun padang ke tanah perkuburan Kampung Changkat”.

“Cadangan pembayaran Masjid-masjid untukk kerja penyelenggaran akan kita putuskan dalam mesyuarat khas nanti”.

“Insya-Allah kami (PKM) Dun Gombak Setia akan memberi kerjsama mengatasi isu ini. Disamping itu akan memastikan semua kakitangan PKM DUN Gombak Setia meyumbangkan tenaga dalam membantu kerja penyelenggaran tanah perkuburan”.

Saya juga berharap ketiga-tiga Masjid dapatkan sebut harga penyelengaraan tanah perkuburan untuk di bincangkan dalam mesyuarat akan datang, dan insya-allah isu ini bakal selesai secepat mungkin, kata Salleh Hudin merangkap YDP PAS Gombak.

Hadir sama, Ahmad Firdaus Muhammad, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAIDG), Ketua Kampung Tengah, Edrus Mohd Yusof, Pegawai Hal Ehwal Islam Ketua Unit Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam (JAIS), Mohamad Nazri Sobirin.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI