Tuesday, March 13, 2012

Pejabat PM biayai sambut hari jadi Najib RM79,053?



KUALA LUMPUR, 14 Mac: Belum reda dengan pendedahan kos pertunangan anak Perdana Menteri, PKR hari ini pula mendakwa majlis sambutan hari jadi Datuk Seri Najib Razak yang bernialai RM79,053 pula turut dibiaya oleh Pejabat Perdana Menteri.

Pengarah Starateginya, Rafizi Ramli berkata, ianya berdasarkan Banquet Event Order oleh Hotel Shangri-La yang secara jelas menunjukkan ianya ditempah atas nama akaun Pejabat Perdana Menteri.

Majlis sambutan hari jadi itu dakwanya berlangsung di Sri Perdana pada hari Ahad, 24 Julai tahun lalu.

"Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri.

"Berbeza dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini secara jelas menyatakan ianya majlis peribadi. Ini menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan itu tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya 'majlis Pejabat Perdana Menteri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Majlis itu, menurut Rafizi, turut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Kos RM79,053 itu antara lain merangkumi Buffet untuk 100 tetamu dengan kadar RM207 satu kepala (RM20,700), Band Syed Sobri (RM7,738), Band Batak (RM5,300), minuman 5 gallons (RM795), gubahan bunga (RM31,800) dan caj pengendalian (RM12,720).

"Wajarkan perdana menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini?

"Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat," katanya.

Siapa Yang Jalin Hubungan Dengan Israel??

Rupanya Rakyat Malaysia ditipu lama dah.. Hubungan dagang dengan negara haram Israil.. Malaysia kononnya.

Tak iktiraf kononya.. Tapi boleh berdagang.. Yg ke 18 paling banyak. Dalam economic report yg dibagi kpd Ahli Parlimen, dipadam. Tapi data PBB 2010 malaysia import 2394 juta barang Israiel. Rupanya bermula sejak 1994..

Golongan Wanita Di Hargai ADUN Pakatan Rakyat



Klang : Sempena Hari Wanita, golongan wanita di sekitar DUN Selat Klang telah diraikan oleh Dr Halimah Ali selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disitu.

Edaran bunga ros, kad ucapan SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA telah diagihkan kepada semua wanita dengan terma “Wanita Penjana Generasi Idaman”.

Katanya, Golongan wanita harus diraikan tanpa mengira kaum dan agama, kerana pengorbanan dan tanggungjawab yang digalas tidak semudah itu di lakukan oleh kaum lelaki.

Contohnya, fenomena hari ini kita lihat wanita ramai yang bekerja, selepas balik daripada pejabat mereka bertungkus lumus mengemas rumah, memasak dan mengatur anak-anak.

Tugasan ini tidak semua dilakukan oleh kaum lelaki,ujarnya selepas mengedarkan bunga dan kad yang mengandungi empat bahasa di pasar pagi Telok Pulai.

Tujuan empat bahasa di gunakan dalam kad itu adalah bagi memastikan rakyat faham mesej yang hendak kita sampaikan, ujarnya.

Tambahnya, semasa kita edarkan kad dan bunga kepada semua wanita yang hadir di pasar itu jelas tergambar, wajah mereka kelihatan gembira kerana diri mereka di hargai oleh ADUN dan saf pimpinan PAS di DUN ini.

Hadiah istimewa ini adalah satu simbolik sebagai peringatan dan penghargaan kepada kaum wanita.

Dr Halimah merangkap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan berkata lagi, semasa ktia edarkan hadiah ini, terdapat wanita Tionghua berkata kepada saya dengan gembira penduduk disini tidak pernah menerima Hadiah sempena Hari Wanita semasa negeri Selangor di urus oleh kerajaan Barisan Nasional -UMNO.

Tetapi apabila ADUN yang di pimpin oleh Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR), golongan wanita diraikan. Ini menunjukan rakyat bijjak menilai antara pentadbiran ( PR) dan Barisan Nasional – UMNO.

Selain diadakan di DUN, kerajaan negeri Selangor juga telah meraikan semua golongan wanita di SUK, Shah Alam.

Hadir sama, Datin Seri Salbiah Tunut dan saf-saf pimpinan wanita Pakatan Rakyat, katanya kepada media.


Editor : Khaulah Azwar

Tazkirah : Jangan Di Dalam Islam


JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

Dewan Kecoh, Najib Elak Jawab Soalan SBPA



p/s : Ni baru Mahfuz belum lagi, DSAI tanya soalan, sure terkutil nak jawab depan rakyat.. najib2.. berundurlah.......

Perbezaan Antara Wan Azizah dan Shahrizat


KUALA LUMPUR: Perbezaan antara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mana keluarganya bertanggungjawab menyalahgunakan sebanyak RM250 juta adalah bagaikan langit dan bumi.

Demikian dinyatakan Naib Presiden PKR, N Surendran yang merujuk kenyataan Timbalan Menteri Ahmad Maslan bahawa Wan Azizah sepatutnya meletak jawatan sebagai Presiden Keadilan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1999.

Baginya, kenyataan Ahmad itu mendedahkan hipokrasi Umno.

Jelasnya, umum mengetahui Anwar dipenjarakan berikutan Umno yang melibatkan Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan sistem kehakiman yang sudah rosak.

Tambahnya, tuduhan dan hukuman terhadap Anwar mengejutkan rakyat Malaysia dan mengundang kritikan antarabangsa.

“Namun Ahmad Maslan terus membohongi dirinya sekiranya beliau menyatakan bahawa Anwar dibicarakan secara adil.

“Mengapa perlu Wan Azizah meletak jawatan apabila beliau dan keluarganya menjadi mangsa kezaliman dan politik kotor Umno?” soalnya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, kata beliau Wan Azizah mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin politik untuk terus kekal di jawatannya dan terus memperjuangkan reformasi, keadilan dan kebebasan.

Menurutnya, selama 13 tahun Wan Azizah telah berjaya memimpin perjuangan dengan berani dan bermaruah, menghadapi cabaran besar.

“Perbezaan antara Wan Azizah dengan Shahrizat yang mana keluarganya bertanggungjawab menyalahgunakan sebanyak RM250 juta adalah bagaikan langit dan bumi,” katanya.

Beliau berkata, hanya selepas berhadapan dengan kritikan Pakatan Rakyat dan rakyat, Shahrizat mengumumkan melepaskan jawatan menterinya pada bulan hadapan.

Ini, jelas Surendran bukannya tindakan sukarela.

Menurutnya, Ahmad Maslan, Muhyiddin dan pimpinan Umno lain tidak boleh membohongi rakyat dengan menyatakan bahawa Shahrizat telah 'mengorbankan' dirinya.

Malah, katanya pimpinan Umno dan BN tidak mempunyai budaya mengambil tanggungjawab terhadap penyelewengan mereka dengan melepaskan jawatan mereka.

“Dilindungi oleh polis, media dan sistem kehakiman yang dikuasai mereka, pimpinan BN tidak pernah melihat perlunya untuk patuh pada prinsip kebertanggungjawaban dan tatakelola yang baik,” ujarnya lagi.

Baginya, kenyataan Ahmad Maslan ialah contoh terbaik kecurangan Umno tersebut.

Editor : Khaulah Azwar

PeBT Perlu Dekati Belia


Hulu Selangor :Kerajaan Selangor memandang berat hal ehwal belia dan mahu mereka dibangunkan untuk menjadi modal insan yang produktif.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Dr Halimah berkata, kerajaan Selangor akan mengambil langkah-langkah mitigasi insan liabiliti khususnya di kalangan belia-beliawanis.

Ini adalah bagi memastikan belia di negeri ini tidak di kecualikan daripada menerima bantuan dan perhatian daripada kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, belia adalah aset Negara yang menyumbang kepada jumlah signifikan modal insan negeri dan negara.

Jika di abaikan kepada golongan tersebut kita bimbang mereka akan mengambil tindakan di luar jangkaan dengan melibatkan aktiviti gejala sosial sekaligus merugikan Negara, ujarnya.

Tambahnya, Sebagai Negara Malaysia kita seharusnya menjadi contoh terbaik kepada Negara lain dalam membentuk belia dan beliawanis yang berwawasan, katanya dalam Majlis perlantikan PeBT seluruh negeri Selangor di Hulu Selangor.

Selain itu, kita harap dengan adanya PeBT setiap DUN negeri Selangor, mereka akan memainkan peranan untuk membimbing golongan belia.

Apa yang kita lihat, tidak semua belia mudah berkongsi masalah, pendapat mereka kepada ibubapa, dan pimpinan setempat.

Justeru dengan adanya PeBT, mereka tidak segan silu untuk berkongsi pandangan kerana mereka rakan sebaya, kata Dr Halimah.

Beliau merangkap ADUN Selat Klang berharap Jawatankuasa PeBT akan menyediakan pelbagi program untuk belia dan beliawanis.

Dari sudut peruntukan, Insya-Allah kerajaan negeri telah menyediakan sebanyak RM5000 setahun dan saya difahamkan untuk tahun ini akan bertambah sebanyak RM10, 000 setiap kawasan di DUN Selangor.

Dengan adanya peruntukan kita harap PeBT dapat manfat peruntukan yang disediakan kerajaan negeri Selangor dan sentiasa mendekati belia.

Hadir sama Majlis Perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Penggerak Belia Tempatan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , YDP Majlis Daerah Hulu Selangor bersama Jawatankuasa PeBT Hulu Selangor.

Editor : Khaulah Azwar

Shahrizat berundur namun RM250 Juta tak dikembalikan


KUALA LUMPUR : Biarpun menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri, namun PAS mengingatkan rakyat bahawa pengunduran itu tidak mampu mengembalikan semula wang yang dipinjam RM250 juta.

Naib Presdien PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengunduran Shahrizat yang hanya selepas tamat tempoh senator itu juga, tidak mampu memadamkan skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang masih tidak ada sebarang penjelasan.

"(Datuk Seri) Najib tak sambung Shahrizat dengan harapan dapat buang beban yang ditanggung Umno BN.

"Tapi dengan letak jawatan sahaja, tak upaya memulangkan kembali wang rakyat RM250 juta yang dipinjam. Isu ini tetap jd beban kepada mereka," katanya kepada media.

Beliau mengulas kenyataan Shahrizat hari ini yang mahu berundur sebagai menteri Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan April ini.

Beliau bagaimanapun akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Beban beralih kepada Muhyiddin

Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu NFC bukan isu pribadi yang hanya melibatkan Shahrizat, tapi ia berkait soal integriti sebuah kerajaan.

Rakyat ujarnya masih menantikan penjelasan bagaimana dana ratusan juta itu boleh diberikan oleh kerajaan kepada syarikat milik keluarga Shahrizat yang diketahui tidak bepengalaman.

"Ini soal integriti kerajaan dan (Tan Sri) Muhyiddin juga bertanggungjawab kerana beliau menteri pertanian ketika itu yang mempengerusikan jawatankuasa pemilih yang memberikan projek itu kepada syarikat milik keluarga Shahrizat.

"Bersediakan Najib tubuh suruhanjaya diraja siasat timbalannya Muhyiddin," cabar Mahfuz.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI