Sabak Bernam : Seramai 10 orang penerima asnaf bantuan
zakat melahirkan rasa terharu apabila nama mereka telah terpilih sebagai
penerima zakat untuk membina rumah yang diimpikan selama ini.
Azariah Tumiran ibu tunggal mempunyai lima
cahaya mata yang masih kecil rasa gembira dengan bantuan sebanyak RM38 ribu.
|
Sallehen Mukhyi menyampaikan RM38 Ribu kepada Azariah Tumiran |
Beliau berkata, alhamdulilah syukur kepada
Allah SWT diatas rezeki dan bantuan yang diberikan oleh pihak Zakat. Sebelum
ini sudah dua kali saya membuat permohonan tetapi permohonan di tolak atas sebab tertentu. Namun
saya tidak berputus asa untuk terus
membuat permohonan dan alhamdulilah tahun ini saya di pilih. Ini merupakan
rezeki anak-anak saya yang masih kecil sempena ketibaan Ramadhan tidak lama
lagi.
Menurut Azariah, pendapatan hasil menjual kuih
muih sebulan RM350 tidak mengcukupi untuk membiayai pendidikan anak-anak namun
kehidupan ini perlu di teruskan dengan usaha yang gigih.
Tambahnya lagi, sebelum ini saya menyewa rumah sebanyak RM100,
belum tolak bil air dan bil elektrik.
Bakinya untuk anak-anak. Alhamdullilah akhirnya kesusahan saya berakhir juga apabila
Zakat Selangor telah mengambil serius dengan kesusahan yang saya alami selama
ini dengan memilih saya sebagai penerima Zakat. Bantuan dihulurkan
sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban saya.
Insya-Allah rumah yang telah siap dibina bakal
diduduki sebelum Ramadhan dan dapatlah saya dan anak-anak merasakan rumah baru.
Justeru saya merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan prihatin
kepada saya sekeluarga dengan menghulurkan bantuan. Saya harap ADUN Sabak,
Sallehen Mukhyi yang diberi mandat oleh rakyat dapat memberi khidmat yang
terbaik katanya kepada media.
Sementara itu, ADUN Sabak Sallehen Mukhyi yang
telah merasmikan penyampaian bantuan zakat rumah kepada 10 orang penerima
mengucapkan tahniah.
Katanya, alhamdulilah sebelum tibanya Ramadhan
seramai 10 orang penduduk sekitar Bagan terap telah dipilih penerima zakat.
Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dan dapat
mengurangkan bebanan yang mereka tanggung selama ini.
Dalam kita memberi zakat kepada umat Islam
terdapat syarat-syarat utama yang melayakkan individu itu menerima bantuan.
Bukan semua orang boleh terima zakat jika syarat utama tidak menepati.
Menurut beliau, umat islam dinegeri ini
sewajarnya memahami apakah yang dimaksudkan dengan Zakat, siapakah yang layak menerima
bantuan dan sebagainya kerana difahamkan terdapat masyarakat yang mengambil
kesempatan dengan menyalahguna wang zakat. Wang zakat tidak boleh dibuat
main-main kerana kesan diakhirat amatlah perit.
Sallehen Mukhyi merangkap Exco Hal
Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa menjelaskan lagi antara
golongan yang berhak menerima harta zakat telah
ditentukan Allah, ianya tidak diserahkan kepada pilihan manusia atau pemerintah
semata-mata. Setiap yang telah ditentukan Syarak perlulah dilaksanakan
sebagaimana dikehendaki Syarak. Ini menjadi amanah penting yang dipikul oleh
individu atau institusi yang bertanggungjawab menguruskan harta zakat; memungut
dan mengagihkannya.
Menjadi satu kaedah
yang disepakati oleh para Fuqahak bahawa;
تَصَرُّفُ الإِمَامِ
عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ
“Tidak tanduk
pemimpin dalam perkara yang berkait dengan rakyat terikat dengan maslahah
(untuk rakyat)” (al-Asybah
wa an-Nazair, Imam as-Suyuti).
Ujarnya lagi, antara golongan yang berhak
menerima zakat Allah telah menghadkan orang-orang yang berhak menerima
harta zakat kepada lapan golongan iaitu 1. Untuk golongan fakir, 2.
Untuk golongan miskin, 3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan
hatinya dengan agama, 4. Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat,
5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya, 6. Untuk
orang-orang yang dibelenggu oleh hutang, 7. Untuk dibelanjakan bagi
kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah), dan 8. Untuk orang-orang musafir
yang terputus bekalan.
إِنَّمَا
الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا
وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ
اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
“Sesungguhnya
sedekah-sedekah (yakni zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan
orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf
yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan
dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan
Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum
yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
(at-Taubah: 60)
Oleh kerana
orang-orang yang berhak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah, tidak boleh
sewenang-wenangnya kita harta zakat digunakan kecuali kepada kepada aspek-aspek
yang ditentukan Syarak. Para ulamak menegaskan; Jika seorang telah tersalah
memberikan zakatnya di mana ia membayar zakatnya kepada orang yang tidak layak
menerima harta zakat, maka zakatnya tidak sah dan wajib diulangi. (al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm.
514).
Kerana itu, amat
penting diperhatikan kepada siapa kita salurkan zakat kita, kata Sallehen
selepas menyampaikan bantuan zakat kepada penerima di Masjid Sultan Muhammad Shah Parit 10, Sabak
Bernam, disini.
Hadir
bersama Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Negeri Selangor Tuan Haji Mohamed Izam
Bin Mohammad Yusof, Imam muda
Jabar dan Sham kamikaze.
Editor
: Khaulah Azwar