Monday, October 18, 2010

Hasrat untuk membina penambahan sekolah Al-Huda, Bt 7 Gombak

Tmn Berjaya Gombak, Gombak - Dalam menghadapi alaf baru yang melonjak-lonjak dalam bidang ekonomi, politik dan sosial, tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan di mana dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, keselesaan prasarana sekolah, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.

Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini, maka pihak sekolah Sri Al-Huda Batu 7, Gombak berhasrat untuk membina sekolah dengan menambah beberapa kelas memandangkan penambahan bilangan murid semakin bertambah seramai 430 orang bilangan pelajar dan 40 orang guru setelah 20thn beroperasi yang mempunyai 1 sesi persekolahan.

Berkata, En Shahran Kassim bahagian unit pendafaran sekolah Al-Huda, untuk mencapai matlamat tersebut pihak sekolah telah berbincang dengan pihak pengetua untuk mendapatkan pandangan pembinaan sekolah tersebut daripada
YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam /ADUN Gombak Setia terlebih dahulu.
Katanya lagi, "saya tidak mahu membuat sebarang keputusan tanpa perbincangan oleh mana-mana pihak yang mempuyai kuasa mentadbir negeri kerana bimbang akan menjadi isu demi untuk menjaga keselamatan pelajar dan guru-guru di sekolah ini juga".

Perbincangan 2 hala perlu ada dalam pentadbiran sekolah dan pimpinan yang menerajui dikawasan gombak ini. Oleh itu atas persetujuan daripada pihak sekolah maka saya dan beberapa rombongan bertemu dengan Y.b Dato' Hasan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia untuk mendapatkan pandangan yang bernas. Samada ia mendatangkan kebaikan ataupun keburukan pada masa akan datang.
Pihak sekolah telahpun membuat surat permohonan dan lain-lain urusan pada agensi terbabit seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan lain-lain agensi, namun masih tiada jawapan daripada MPS, katanya.

Setelah mendengar permohonon dan pandangan daripada pihak sekolah, ADUN Gombak Setia Dato' Dr Hasan telah mencadangkan kepada pihak pengurusan sekolah agar perlu dapatkan kelulusan, surat menyurat dan lain-lain daripada MPS, Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Tanah.
Disamping itu juga, Dato' Hasan meminta agar pihak sekolah dapatkan sebut harga pembinaan dan membuat lakaran plan yang tepat mengenai sekolah tersebut.

Beliau memahami untuk mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap, pasarana yang selesa dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru ini amat memerlukan kerja-kerja pengurusan yang sangat rapi dan teliti. Pengorbanan masa , idea yang bernas dalam memberi tumpuan sesuatu projek itu amat diberikan penekanan agar mendatangkan hasil yang baik.
Insya-allah jika semua urusan yang telah dibuat oleh pihak sekolah telah menerima maklum balas daripada pihak agensi yang terbabit, beliau akan membantu untuk membuat sokongan bagi memberi keselesaan pelajar, guru dan kakitangan sekolah tersebut, katanya.



Editor :khaulah azwar




SIMFONI KASIH TAUTAN HATI