Wednesday, March 2, 2011

Mengapa Elaun Guru KAFA tidak diterima lagi?





Bandar Baru Selayang - Sudah masuk bulan ke 3, Penantian bagaikan satu penyeksaan bagi semua guru-guru SRA, SRIA KAFA bagi menanti Kenaikkan imbuhan Guru yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam budget pasca yang telah diumumkan pada 15/10/ 2010, 3ptg.

PM, Datuk Sri Najib yang telah memberi harapan kepada rakyat terutamanya golongan pendidik dengan berjanji untuk menaikkan imbuhan Guru KAFA dari RM500 kpd RM800 sebulan budget 2011 yang akan berkuatkuasa pada 5 Jan, 2011 ibaratkan semuanya satu omong-omong kosong.

Suraman B. Makazan daripada Pengetua SRA Nurul Iman berkata, “sukar untuk kita cakap hal ini kerana sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah kita pernah memohon kepada kerajaan Pusat (UMNO-BN) agar kebajikan guru dijaga lebih-lebih lagi guru – guru KAFA, Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Rendah Integrasi Agama (SRIA). Rata-rata elaun guru SRA, SRIA, KAFA adalah rendah. Namun kebajikan guru tidak mendapat perhatian sehinggakan kami rasa patah hati untuk menyuarakan hasrat ini lagi kepada Kerajaan Pusat (UMNO-BN)”.

“Namunpun begitu pada PRU ke 12 yang lalu apabila bertukarnya kerajaan dimana PR telah memerintah maka kita buat permohonan sekali lagi. Kami daripada Persatuan Guru Besar Negeri Selangor membuat surat dan menghantar memorandum kepada Y.B Dato’D r Hasan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor agar permohonan kami mendapat perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat (PR).

Alhamdulilah, akhirnya guru-guru SRA, SRIA, KAFA telah mendapat kenaikan elaun guru dengan Kenaikan kepada RM1000. Ini memberi nafas baru kepada semua guru. Kenaikan gaji guru perlu diambil berat kerana guru-guru ini banyak mengorbankan masa mereka untuk mendidik para pelajar yang begitu mencabar pada masa ini.

Katanya lagi “Kita tidak tahu mengapa kemasukan elaun guru masih tidak masuk lagi. Sudah masuk bulan ke 3. Terdapat Penangguhan elaun guru yang dijanjikan oleh PM. Pengumuman budget yang diumumkan mereka menyatakan guru-guru akan menerima alaun tersebut berkuatkuasa bulan Jan, 2011. Ini bermakna bulan Januari atau Februari guru-guru sepatut sudah terima imbuhan tersebut namun sehingga kini masih tidak diterima lagi. PM masih tidak menunaikan janji tersebut kepada rakyat. Ramai guru-guru menjadi hampa setiap kali mereka membuat penyemakan melihat akaun mereka masih tidak menerima sebarang imbuhan. Guru-guru sering tertanya-tanya bilakah elaun tersebut akan dapat. Soalan yang sering timbul ini membuatkan kita sebagai pengetua begitu sukar untuk menjawabnya kerana ini adalah janji PM bukan janji pihak sekolah ataupun janji pengetua. Jadi kita harap pihak kerajaan Pusat dapat menunaikan janji tersebut tanpa sebarang penangguhan mahupun berbagai alasan kerana mereka telah umumkan kepada rakyat", katanya.

Ujarnya lagi, dengan pengumuman Menteri Besar (MB) Selangor untuk menaikkan elaun guru RM300 dalam masa terdekat ini setidak-tidaknya dapat mengurangkan kos sara diri yang semakin meningkat. “Alhamdulilah dalam tempoh 3 thn PR memerintah mereka telah menaikkan elaun guru 2 kali. Insya-ALLAH saya yakin Kerajaan PR akan tunaikan janji mereka dalam masa terdekat ini”.

Sementara itu pula, Pegawai Jabatan Perakaunan daripada JAKIM yang dihubungi baru-baru ini berkata, "imbuhan Guru KAFA dari RM500 kpd RM800 yang dijanjikan oleh Kerajaan Pusat (UMNO-BN) yang telah diumumkan oleh PM masih belum ada peruntukkan budget lagi manakala Kenaikan RM300 yang diumumkan oleh Kerajaan Selangor PR insya-allah akan kita tunggu keputusan mesyuarat MNKN dalam masa terdekat dan guru-guru akan mendapat elaun tersebut".

Setiausaha Politik MB Selangor Faekah Husin berkata “Sebenarnya Kerajaan Persekutuan UMNO-BN kena buat atau berikan janji kepada APCO. Dimana kita fahamkan mereka kena buat perjanjian dengan APCO setiap minggu. Samaada janji tersebut dapat dilaksanakan atau tidak lain cerita. Yang penting Janji kepada rakyat mesti ada. Mungkin ini salah satunya cara mereka ingin memikat hati rakyat walaupun sebenarnya kerajaan Pusat (UMNO-BN) tiada budget (peruntukkan)".

Ujarnya lagi “salah satunya memberi imbuhan kepada guru KAFA dengan tidak mempunyai peruntukkan. Guru-guru menantikan bulan jatuh keriba. Semoga rakyat boleh menilai pengurusan UMNO-BN yang membuatkan rakyat terpedaya. Harapan kita semoga rakyat boleh berfikir kerajaan manakah yang lebih tulus”.

"Itulah sebabnya apabila Program 100 Hari Pakatan Rakyat (PR) golongan pendidik diutamakan dengan bertemakan Malaysia perlu diubah sekarang mebuatkan UMNO-BN benar-benar kepanasan sehinggakan PM, Najib mengatakan jika PR melaksanakan Program 100 Hari Pakatan Rakyat dalam buku jingga ini negara akan bankrap berikutan janji PR nak naik elaun guru RM500".


"Sebenarnya Kebajikan pendidik tidak masuk dalam budget (peruntukkan) Kerajaan Pusat UMNO- BN. Ini tidak berlaku kepada Kerajaan PR yang mengamalkan Negeri Berkebajikan. Kerajaan PR menjaga kebajikan rakyat. Ini jelas terbukti sepanjang 3thn PR memerintah golongan pendidik terutamanya SRIA, SRA, KAFA telah menerima kenaikan elauan RM1000 dan bakal menyusul dalam masa terdekat ini RM300 insya-ALLAH guru-guru akan menerimanya".

Kita tunggu keputusan ahli mensyuarat MNKN. Kita sudah teliti dan setakat ini kerajaan negeri tidak mengalami sebarang banckrappun. Fakta PM menyatakan Negara akan mengalami muflis menunjukkan beliau dan Kerajaan UMNO-BN takut dengan perjanjian tersebut. Faekah berkata lagi, “Perjalanannya dan masa depan rakyat di bawah pentadbiran persekutuan sedia ada adalah kabur. Jika perubahan tidak dilakukan sekarang, segala kerosakan bangsa dan negara akan berterusan. Malaysia akan bertukar dari status malap kepada gelap".

Ketua Muslimat Dewan PAS Negeri Selangor, Hjh W. Hasrinah W. Hasan berpendapat UMNO-BN rasa tercabar dengan pengurusan Kerajaan PR. Lebih-lebih lagi elaun guru KAFA akan dinaikkan RM300. Oleh yang demikian mereka sanggup membuat persaingan dengan PR mengenai tawaran-tawaran yang dibuat oleh PR melalui buku jingga.

Itu sebabnya UMNO-BN umumkan berbagai imbuhan kepada rakyat walaupun budget (peruntukkan ) sebenarnya tidak ada. Begitulah juga ura-ura Guru-guru KAFA dikenakan berbagai syarat untuk dapatkan elaun RM500 kepada RM800 sedangkan semasa pembentangan budget dibuat tidak pula dinyatakan syarat-syarat tersebut. Ini menunjukkan dengan meletakkan syarat-syarat tersebut maka dapatlah mengurangkan kos tersebut memandangkan budget tiada, katanya.


Editor :khaulah Azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI