Wednesday, July 4, 2012

Berapa Lama Lagi Benarkan TNB Curi Harta RAKYAT!

Korang Pilih le mana suka walaupun ada foto pisang. B-End Jangan sekali

Tenaga Nasional Berhad mengenakan tarif baru elektrik utk pengguna domestik yang berkuat kuasa tahun lepas dengan melambatkan bacaan meter?

Seorang pembaca Harakahdaily telah memaklumkan bahawa ini boleh dijadikan kes apabila Firma Kuasa Negara baru-baru ini memulakan penggunaan bil setiap dua bulan, bukan sebulan.

Menurut seorang pembaca Mohd Fazli Hasan dari Klang, ini bermakna bahawa pengguna yang menggunakan 300kWh dan ke bawah sebulan tidak akan dikecualikan daripada kenaikan tarif.

Tarif elektrik baru menunjukkan peningkatan sebanyak kira-kira 7 peratus berkuat kuasa pada 1 Jun, 2011. Dan kemudian menjelaskan bahawa disebabkan pengiraan tarif baru yang berdasarkan pecahan penggunaan ke dalam blok tarif, 75% daripada pengguna di seluruh negara yang menggunakan 300kWh sebulan dan ke bawah tidak akan mengalami peningkatan tarif.

Walau bagaimanapun, Fazli berhujah bahawa apabila TNB mengira untuk tempoh yang digabungkan 2 bulan, kenaikan penggunaan dan pengguna yang boleh tertakluk kepada kadar tarif baru yang dibahagikan kepada blok penggunaan, ianya seperti berikut:

Penggunaan setiap bulan Kadar

1 -200 kWj 21.8 sen / kWj

Seterusnya 100 kWj berikutnya (201 - 300 kWj) 33,4 sen / kWj

Seterusnya 100 kWj berikutnya (301 - 400 kWj) 40.0 sen / kWj

100kWj berikutnya (401-500 kWj) 40,2 sen / kWj


Kalau Tak Naik Harga barang, Harta Rakyat Akan di Curi tanpa pengetahuan.

Sebagai contoh, pengguna domestik yang konsisten jam penggunaan bulanan sebanyak 200 kWj (RM43.60) membayar RM87.20 jumlah dalam dua bulan. Tetapi apabila penggunaan dua bulan (400 kWj) digabungkan ke dalam rang undang-undang satu, jumlah itu adalah RM117.00, peningkatan kira-kira RM30.00.

Ini adalah berdasarkan pengiraan berikut:

(1-200 kWj) X 21.8 sen = RM43.60

(201-300 kWj) X 33,4 sen = RM33.40

(301 - 400 kWj) X 40 sen = RM40.00

Total: RM117


"Secara ringkasnya, TNB telah berjaya dalam melaksanakan tarif elektrik yang baru pada pengguna " jelas Fazli.


Dalam perkembangan lain, laporan sebelum ini oleh Tan Sri Ani Arope mendakwa, Francis Yeoh YTL Corp menjual tenaga kepada TNB dengan harga yang dinaikkan.

Rujuk link ini (Punca Ani Arope Leta Jawatan):

http://beritasemasa.com/punca-tan-sri-ani-arope-letak-jawatan-ketua-pegawai-eksekutif-tnb


SPR Tipu Rakyat


Masih ada lagi, rakyat yang tidak tahu, kenapa kita perlu boikot SPR yang menjadi kuda tungangan UMNO-B End.. Kadang-kadang jenuh juga teman nak jawab. 
 
Tapi sebab pilihankuasa dan pertukaran kerajaan amat penting untuk hadapi PRU13, teman kongsi le sedikit ilmu politik.. Hang Pa tolong klick dekat foto SPR tu.. besarkan foto tu.. baca kenapa perlu Boikot SPR. 
 
Ingatah Kuasa di Tangan anda semua.. Nekad bulat2 untuk tumbangkan UMNO-B End.

Bulat kan hati utk terus istiqama hanya PAKATAN di Hati.
 
Yes, ini yang betui nya.. nak tugngu apa lagi, keluar Barisan Masuk Bulatan Bro:)
 

UNISEL Mampu Jadi Universiti Terkemuka Bawah PAKATAN Rakyat


Shah Alam : Profesor Dr Anuar  Ahmad,  Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL)   memberi jaminan bahawa institusi tersebut  mampu menjadi sebuah universiti terkemuka di Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang.

Dr Anuar berkata, “UNISEL sedang mempertimbangkan untuk mengadakan kursus Undang-Undang Perniagaan yang di letakkan di bawah Fakulti Perniagaan di universiti ini.

Saya akan menghantar cadangan ini kepada Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan kursus ini kerana keperluan di dalam bidang ini tinggi” , katanya.

Menurut beliau, pelbagai rancangan sedang diatur bagi menaiktaraf dan meningkatkan kemudahan prasarana di UNISEL seiring dengan peningkatan jumlah pelajarnya tahun ini.

“Pada permulaannya, bulan Februari 2011 lalu, nama universiti ini ditukar dari Universiti Industri Selangor kepada Universiti Selangor bagi menjadikan ia lebih umum dengan menyediakan pelbagai program dan kursus kepada pelajarnya,” katanya dalam sidang media di Shah Alam, semalam.

Tambah Dr Anuar lagi, “tahun ini UNISEL berjaya menempa nama apabila berjaya melahirkan dua pelajar terbaik bidang kejuruteraan dan perakaunan yang mendapat pengiktirafan dari Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

“Ini membuktikan pelajar di UNISEL mampu bersaing bersama pelajar-pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain seterusnya menangkis dakwaan bahawa graduan universiti ini tidak berkualiti,” katanya.

“UNISEL sentiasa peka dan mengambil kira faktor ‘kebolehpasaran’ graduannya kerana turut menyediakan kursus kejururawatan di universiti ini.

“Kita sedar bahawa industri perkhidmatan dapat memberikan pulangan hasil kepada negara seperti perkhidmatan kesihatan yang mampu mengubati penyakit tertentu seterusnya menarik orang asing ke negara ini,”  Ujar beliau.

“Kerajaan Negeri menyalurkan RM 2.65 juta bagi meningkatkan prasarana IT apabila UNISEL dipilih untuk menyediakan pengajian jarak jauh kursus Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua(TESL).

Justeru,“saya mewakili UNISEL merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sudi memberi  dana   bagi meningkatkan kemudahan dan prasarana di universiti ini,” katanya.

Editor : Khaulah Azwar

To : DSAI - Kita Juga Guru Kepada Rakyat, Allah Tak Uji Hambanya


 Gombak, 5 Julai 2012: Ana harap sangat perjalanan kehidupan hari ini adalah lebih baik daripada semalam yang entah kenapa sejak akhir-akhir ini fikiran sedikit terganggu.. Sejak balik Reunion SMVPR.. rasa demam,sakit tekak mula mengganggu, sebagai kifarah..
 
Harapan hanya tinggal harapan, apabila dapat berita dan semua bahan berita hal ayahanda (DSAI).. 

So sad this morning..  Why  my dad (DSAI)..keluar statement cam tu? Macam orang patah hati. Bukan ke politik juga banyak mengajar rakyat berfikir.

Tanpa semua saf pimpinan pakatan yang mengajar,  rakyat dan  mahasiswa  tak tau untuk berfikir baik buruknya.  Terus menerus menjadi katak bawah tempurung, minda di jajahi dengan pentadbiran UMNO-B End yang kuno..

Kalian telah banyak buka minda rakyat untuk buat perubahan melalui pengajaran. So as daughter i must always support my dad  and mum  :-[

 SMS ana layangkan pada adikku Izzah..

Kadangkala kita memang rasa giveup, jadi lemah di satu tahap. 

Namun jangan terus mengalah kerana perjuangan kita begitu panjang untuk kebaikan ummah.

Dalam berjuang perlukan pengorbanan. Bila kita berjuang berbagai tekanan perlu kita tempuhi as emosi, rohani dan jasmani turut tergugat. Perlu cari kekuatannya.

Fitnah demi fitnah akan kita hadapi. Pilih lah antara meraih syurga atau sebaliknya,.

Kerja dakwah, politik bukan terletak dibahu seseorang, tetapi perlu sokongan dan kerjasama semua pihak agar tidak ada rasa terbeban.

Jadikan  kerja perjuangan ini sebagai amal jariah kita  demi ummah.


Namun  carilah kekuatan itu dengan mendekati Allah SWT, zikuruallah, almathurat, majlis usrah, pendekatan alim ulama.

Jadikan Nabi Muhamamad SAW role model terbaik darisegi pentadbiran di luar dan juga dirumah sehingga kegemilangan ISLAM dikecapi.

Baginda tidak sekali mengalah pada musuh2 nya.., Baginda tidak mahu musuh2 ISLAM ketawa riang apabila melihat kelemahan kita..
So..DSAI famly and all saf pimpinan PAKATAN Rakyat pls don't giveup.. kehidupan mesti diteruskan.. 

Pintaku.. ya-Allah berikan kekuatan kepada semua pimpinanan dan jentera2 PAKATAN untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat dengan baik, amiin ya rab.

Adikku Izzah juga rasa terkejut dengan statement DSAI pagi ini yang tersebar luas.. namun insya-allah kita semua akan cuba menjadi tulang belakangnya, tq sis for supported.. kita berusaha, bukan pasrah... erm.. tak sanggup ana membaca smsnya lagi.. 

Ana dapat rasa kesedihan yang dipikul mereka sekeluarga since 1998 lagi.. 

Perkembangan dari semasa ke semasa, ana ikuti sehingga ukhwah ini terputik bersama keluarga ini. terus membantu setakat yang termampu sebagai sokongan moral pada keluarga.

Rasa panas badan ana semakin meningkat, kepala rasa sakit yang amat sangat, mampukah ana siapkan assignment hari ini.. pergi juga kerja.. kalau duduk rumah lagi bercelaru hati :(

 Fikiran terganggu dengan panggilan ayahanda SMVPR seawal pagi .. 

Minta kepastian lagi tentang isu berbangkit.. sure ana tak de jawapan untuknya.. 

Ya-Allah berilah aku kekuatan untuk hadapi ini, jauhi fitnah yang melanda insan yang ana sayang..

hu..hu... apa yang harus ana lakukan.. rasa batu besar menghimpap dada.. inilah akibatnya bahayanya lidah, dan jika selalu nak berahsia..  bagaimana ana ingin membantunya..

"Allah Tidak Akan uji hambanya mengikut kemampuan hambanya melainkan mengikut kemampuan hambanya".


Editor : Khaulah Azwar


http://suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1431:dsai-kita-juga-guru-kepada-rakyat-&catid=102:berita-kiri&Itemid=507

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI