Saturday, July 10, 2010

Kitar Semula Minyak Masak Kepada Biodesel “Pekawanis”




Padang Pinggiran Batu Caves Fasa 2, Gombak – Tanpa disedari dengan sikap diri kita sendiri telah menyebabkan bumi semakin pupus dengan mengalami berbagai masaalah pencemaran alam sekitar oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab seperti dengan melakukan aktiviti penerbangan pokok haram, pembuangan sampah, sisa pembuangan minyak di sungai dan di laut yang semakin menular telah memberi kesan kepada mukabumi ini.

Ini amat membimbangkan kerana hanya segelintir daripada kita yang begitu peka dengan pemulihan persekitaran alam sekitar tetapi terlalu ramai yang telah merosakkannya dengan tangan mereka sendiri.

Oleh itu untuk mengatasi masalah tersebut, kini Pekawanis dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia, Luas, Syabas, Surau, Jawatankuasa Penduduk telah mengambil inisatif untuk menanganinya mekanisma tersebut dengan mengadakan Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak kepada Biodesel.

Menurut Y.B Dato’ Hasan Mohamed Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Adun Gombak Setia dalam ucapan aluannya objektif utama mengadakan program alam sekitar ini adalah untuk menyokong agenda Kerajaan Negeri selangor bagi membersih Sg Klang dan untuk membangunkan sekitar tebingnya disamping memberi kemahiran dalam pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar kepada rakyat.

Disamping itu juga bagi mendidik suri-suri rumahtangga agar minyak masak yang sudah dipakai tidak dibuang begitu sahaja dengan mengalirkan ke dalam sinki, longkang, sungai kerana jika ianya dilakukan sisa minyak tersebut akan menjadi pejal dan seterusnya menjadi lilin.

Malahan jika kerap menggunakan minyak yang telah digunakan maka ianya akan memberi kesan kepada diri kita sendiri iaitu mengalami berbagai penyakit dan perkembangan minda juga menjadi terbantut dan lembap.

Oleh itu, beliau menyeru kepada dirinya sendiri dan semua yang hadir dalam majlis tersebut agar setiap hari sabtu di perkarangan padang Flat Pinggiran ini hendaklah membawa minyak masak yang telah digunakan dikumpul untuk diserahkan kepada pihak kontraktor yang telah dilantik dan hasil tersebut setelah di jual akan diberikan sebahagiannya kepada pihak penganjur / surau untuk bersama menikmati hasil jualan tersebut atau boleh membuat berbagai aktiviti yang bermafaat tanpa mengira bangsa, agama mahupun pemahaman politik yang berbeza untuk mengeratkan siraturrahim sesama kita.

Semoga sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala disisi ALLAH swt dalam membuat kerja kebajikan dan memulih alam sekitar juga, katanya.

Majlis tersebut telah dirasmikan dengan gimik Pelancaran Projek dan upacara penyerahan Tong Minyak Terpakai dari Luas begitu meriah sekali oleh Y.A Bhg Puan Sri Datin Seri Salbiah Bt Tunut, YDP Pekawanis, isteri Y.A.B Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor.

Turut menghadirkan diri dalam majlis tersebut iaitu Y.B Puan Rodziah Ismai, Pengerusi Tetap Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Teknologi dan Inovasi dan Kebudayaan, En Mazlan Idrus Pegawai Laut, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Syabas, Y.bhg Datin Salbiah Saamin, Isteri Y.b Dato’ Dr Hasan Ali, Adun Gombak Setia, Ybhg Pn. Shamsidar Baharin isteri kepada Y.B Azmin Ali, Adun Bukit Antarabangsa, Parlimen Gombak, Ybhg Pn Mazlinah isteri Y.B Amiruddin Shaari, Adun Bt Caves.

Majlis tersebut telah diiringi oleh semua penduduk untuk mengiringi semua barisan Exco Selangor, Y.A Bhg Puan Sri Salbiah Tunut bagi melawat tapak pameran yang telah dipamerkan dengan berbagai informasi daripada Luas, Syabas bagi mengatasi masalah pencemeran alam sekitar dan melihat sisa-sisa pencemaran yang telah dicemari oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Koleksi Foto :

Kehadiran Dif-Dif terhormat disematkan dengan Reben sebelum majlis perasmian dilakasanakan (Y. B Dato’ Hasan Mohd Ali Adun Gombak Setia , Y.A Bhg Puan Sri Seri Salbiah Tunut (Isteri M.B Selangor)

Bagi melancarkan majlis perasmian, doa dipanjatkan agar majlis diberkati oleh ALLAH swt.

Ucapan Aluan oleh Y. B Dato ‘ Hasan Mohd Ali dan Ucapan Perasmian oleh Y.A Bhg Puan Sri Seri Salbiah Tunut

Cenderahati diberi sebagai ingatan kepada semua tetamu undangan

Meneliti pencemaran air sungai dan laut yang telah dicemari oleh indidvidu-individu yang tidak bertanggungjawab



Kusyuk mendengar informasi pencemaran dan pembersihan air sungai

Setia mendengar masalah penduduk dan bersedia memberi bantuan


Bersama saf pimpinan Isteri-isteri Y.B, Exco Selangor dan Isteri MB Selangor menikmati rezeki ALLAH..alhamdulilah...terima kasih ya ALLAH atas nikmatmu..


Saf pemain kompang mengiringi Dif-Dif terhormat bagi mengimarah dan menyerikan majlis


Editor : Khaulah Azwar

Melentur Buluh Anak-Anak Kasih Sayang


Tmn Selasih Fasa 2, Gombak – Melentur buluh biar daripada rebungnya, sudah cukup sinonim kepada kita apabila mendengar pribasaha tersebut yang memberi makna kepada kita untuk mendidik anak biarlah daripada kecil lagi dengan didikan akhlak yang mulia agar anak tersebut menjadi Quratul’ Ain pada ibubapa dan ahli keluarga.

Fenomena pada hari ini amat membimbangkan kita apabila anak-anak diperingkat sekolah rendah lagi telah terlibat dengan berbagai aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti ponteng sekolah, membuat hubungan seksual yang tiada batasan, mencuri dan sebagainya. Disini siapakah yang harus dipersalahkan?? Adakah pihak pengurusan sekolah / ibubapa yang tidak begitu peka dan bertanggungjawab terhadap anak-anak??

Bagi menangani masalah gejala sosial kepada remaja masa kini yang semakin meningkat samaada diperingkat sekolah rendah mahupun IPT maka pihak JKP Zon 11, MPS telah mengadakan program “Meluntur Buluh Anak-Anak Kasih Sayang” yang diadakan baru-baru ini di Surau Al-Ehsan Pangsapuri Casmaria.

Program ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah sehingga menengah, ibubapa / penjaga juga diberi peluang untuk terlibat dalam program tersebut .

Diantara aktiviti yang diberikan adalah dengan memberi pendedahan video klip kepada semua pelajar mengenai Pengenalan kehidupan daripada bayi sehingga kematian. Sebab berlaku gejala negatif pada diri sendiri, Cara gejala negatif dilakukan, Modus operandi gejala negatif, Kategori gejala negatif.

Peserta juga diberi pendedahan video klip pembuangan, pembunuhan kejam terhadap bayi yang baru dilahirkan dan tidak berdosa hasil daripada zina, Dunia semakin panas, Ayah/Ibu Apa Salah dan Dosaku, Wahai Anak Adakah Engkau Mengerti, Mendidik anak-anak tentang kebersihan dan sebagainya.

Selain daripada itu, Latihan dan pendedahan ke arah menjadi insan cemerlang, Kesan pengaruh gejala negatif & budaya positif kepada diri sendiri, masyarakat & generasi akan datang, Langkah pengamalan budaya positif, dan Aspek peraturan kehidupan berindividu dan bermasyarakat diberikan dalam program tersebut.

Berkata Pengerusi Program En Kamal Ariffin, AJK JKP ZOn 11, MPS “Adalah satu kesilapan besar apabila ibubapa/penjaga yang terlalu sibuk urusan kerja sehingga terlupa tanggungjawab kepada anak-anak”.

Anak-anak tidak diberi perhatian dan bimbingan yang sempurna sehinggakan jalan paling mudah diambil oleh mereka dengan melibatkan aktiviti yang kurang sihat.

Ibubapa / penjaga tidak seharusnya meletakkan 100% kepada pihak pengurusan sekolah / pembantu rumah. Tetapi sebagai ibubapa yang dikatakan seorang yang Berjaya haruslah memberikan masa, memberi bimbingan yang sempurna kepada anak-anak. Sentiasa menjadi pendengar setia dan mengambil hati mereka, mendidik mereka dengan ilmu dunia dan akhirat. Jadikan anak-anak sebagai kawan kita agar mereka tidak merasa sunyi dan bosan. Saya yakin jika ini diamalkan insya-ALLAH anak-anak kita tidak melakukan perkara-perakara negatif sehingga boleh menconteng arang ke muka kita, katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis / Pengerusi JKP Zon 11, MPS Khatifah Zamani berkata “Alhamdulilah dipanjat kesyukuran kepada ALLAH swt kerana dimudahkan urusan pihak kami dalam mengadakan Program Motivasi yang telah mendapat sambutan yang amat baik sekali oleh Penduduk Zon 11, MPS dan dilihat seramai 120 lebih peserta anak-anak remaja yang telah menyertainya dan ibubapa juga telah turut bersama menjayakan program ini.

Katanya lagi, Program motivasi ini adalah merupakan program dalam bidang kesedaran dan pembinaan insan. Tujuan program ini adalah memberi pendedahan kepada peserta supaya dapat mengenal pasti dan membentuk personaliti untuk jangkamasa panjang, bagi individu, organisasi dan khususnya negara dengan tujuan membentuk satu generasi baru bagi menghadapi kehidupan yang penuh mencabar dimasa hadapan.

Anak – anak dan remaja perlu membuat persediaan diri bagi menempuh kehidupan bermasyarakat sebagai pelajar, penduduk dan rakyat kepada negara Malaysia. Mereka perlu mempersiapkan diri dari dicerobohi oleh pengaruh yang negatif yang tidak membina diri mereka dari menjadi hamba Allah yang cemerlang didunia dan akhirat.

Inilah Objektif kami di JKP Zon 11, MPS iaitu untuk Memahami pengenalan proses kehidupan dari kanak – kanak hingga dewasa. Memahami bentuk ancaman dan pengaruh negatif yang mudah mempengaruhi generasi remaja, Memahami tujuan ancaman pengaruh negatif terhadap individu dan masyarakat.

Selain daripada itu adalah membuka minda peserta agar memahami kesan terhadap diri sendiri, keluarga & masyarakat, memahami langkah pengawalan & pencegahan daripada terlibat kepada pengaruh gejala negatif dan sebagainya.

Program tersebut juga diberikan didikan sempurna kepada anak-anak remaja yang terlibat untuk penghayatan solat yang sempurna.

Mereka diberikan pendedahan dan mengerjakan solat secara berjemaah Kerana kehidupan ini jika tidak berlandaskan iman dan tidak menjaga solat sudah pasti kita semakin jauh dengan ALLAH swt dan kita tidak takut dengan amaran – amaran ALLAH swt pada kita sehinggakan kita berani melakukan segala kemungkaran. Apabila solat kita jaga insya-ALLAH kita tidak membuat perkara yang dilarang oleh Nya, ujar khatifah dengan panjang lebar.




Editor : Khaulah Azwar

Kisah Julaibib r.a

Julaibib, begitu dia biasa dipanggil. Kata ini sendiri mungkin sudah menunjukkan ciri fisiknya; kerdil. Julaibib. Nama yang tak biasa dan tak lengkap. Nama ini, tentu bukan ia sendiri yang menghendaki. Tidak pula orangtuanya. Julaibib hadir ke dunia tanpa mengetahui siapa ayah dan yang mana bundanya. Demikian pula orang-orang, semua tak tahu, atau tak mau tahu tentang nasab Julaibib. Tak dikenal pula, termasuk suku apakah dia. celakanya, bagi masyarakat Yatsrib, tak bernasab dan tak bersuku adalah cacat sosial yang tak terampunkan.

Julaibib yang tersisih. Tampilan fisik dan kesehariannya juga menggenapkan sulitnya manusia berdekat-dekat dengannya. Wajahnya jelek terkesan sangar. Pendek. Bunguk. Hitam. Fakir. Kainnya usang. Pakaiannya lusuh. Kakinya pecah-pecah tak beralas. Tak ada rumah untuk berteduh. Tidur sembarangan berbantalkan tangan, berkasurkan pasir dan kerikil. Tak ada perabotan. Minum hanya dari kolam umum yang diciduk dengan tangkupan telapak tangan. Abu Barzah, pemimpin Bani Aslam, sampai-sampai berkata tentang Julaibib, "Jangan pernah biarkan Julaibib masuk diantara kalian! Demi Allah jika dia berani begitu, aku akan melakukan hal yang mengerikan padanya!"

Demikianlah Julaibib.

Namun jika Allah berkehendak menurunkan rahmatNya, tak satu makhluq pun bisa menghalangi. Julaibib menerima hidayah, dan dia selalu berada di shaf terdepan dalam shalat maupun jihad. Meski hampir semua orang tetap memperlakukannya seolah ia tiada, tidak begitu dengan Sang Rasul, Sang rahmat bagi semesta alam. Julaibib yang tinggal di shuffah Masjid Nabawi, suatu hari ditegur oleh Sang Nabi saw. "Julaibib", begitu lembut beliau memanggil, "Tidakkah engkau menikah?"

"Siapakah orangnya Ya Rasulullah", kata Julaibib, "yang mau menikahkan putrinya dengan diriku ini?"

Julaibib menjawab dengan tetap tersenyum. Tak ada kesan menyesali diri atau menyalahkan takdir Allah pada kata-kata maupun air mukanya. Rasulullah juga tersenyum. Mungkin memang tak ada orang tua yang berkenan pada Julaibib. Tapi hari berikutnya, ketika bertemu dengan Julaibib, Rasulullah menanyakan hal yang sama. "Julaibib, tidakkah engkau menikah?". Dan Julaibib menjawab dengan jawaban yang sama. Begitu, begitu, begitu. Tiga kali. Tiga hari berturut-turut.

Dan di hari ketiga itulah, Sang Nabi menggamit lengan Julaibib dan membawanya ke salah satu rumah seorang pemimpin Anshar. "Aku ingin", kata Rasulullah pada si empunya rumah, "menikahkan putri kalian."

"Betapa indahnya dan betapa barakahnya", begitu si wali menjawab berseri-seri, mengira bahwa sang Nabi lah calon menantunya. "Ooh.. Ya Rasulullah,ini sungguh akan menjadi cahaya yang menyingkirkan temaram di rumah kami."

"Tetapi bukan untukku", kata Rasulullah, "ku pinang putri kalian untuk Julaibib"

"Julaibib?", nyaris terpekik ayah sang gadis

"Ya. Untuk Julaibib."

"Ya Rasulullah", terdengar helaan nafas berat. "Saya harus meminta pertimbangan istri saya tentang hal ini"

"Dengan Julaibib?", istrinya berseru, "Bagaimana bisa? Julaibib berwajah lecak, tak bernasab, tak berkabilah, tak berpangkat, dan tak berharta. Demi Allah tidak. Tidak akan pernah putri kita menikah dengan Julaibib"

Perdebatan itu tidak berlangsung lama. Sang putri dari balik tirai berkata anggun, "Siapa yang meminta?"

Sang ayah dan sang ibu menjelaskan.

"Apakah kalian hendak menolak permintaan Rasulullah? Demi Allah, kirim aku padanya. Dan demi Allah, karena Rasulullah yang meminta, maka tiada akan dia membawa kehancuran dan kerugian bagiku". Sang gadis yang shalehah lalu membaca ayat ini :

"Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan perempuan beriman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata" (QS. Al Ahzab : 36)

Dan sang Nabi dengan tertunduk berdoa untuk sang gadis shalihah, "Ya Allah, limpahkanlah kebaikan atasnya, dalam kelimpahan yang penuh barakah. Jangan Kau jadikan hidupnya payah dan bermasalah.."

Doa yang indah.

***

Kita belajar dari Julaibib untuk tidak merutuki diri sendiri, untuk tidak menyalahkan takdir, untuk menggenapkan pasrah dan taat pada Allah dan RasulNya. Tak mudah menjadi Julaibib. Hidup dalam pilihan-pilihan yang sangat terbatas.

Memang pasti, ada batas-batas manusiawi yang terlalu tinggi untuk kita lampaui. Tapi jika kita telah taat kepada Allah, jangan khawatirkan itu lagi. Ia Maha Tahu batas-batas kemampuan diri kita. Ia takkan membebani kita melebihi yang kita sanggup memikulnya.

Urusan kita sebagai hamba memang taat kepada Allah. Lain tidak! Jika kita bertakwa padaNya, Allah akan bukakan jalan keluar dari masalah-masalah yang di luar kuasa kita.

Urusan kita adalah taat kepada Allah. Lain tidak!

***

Maka benarlah doa sang Nabi. Maka Allah karuniakan jalan keluar baginya. Maka kebersamaan di dunia itu tak ditakdirkan terlalu lama. Meski di dunia sang istri shalehah dan bertaqwa, tapi bidadari telah terlampau lama merindukannya. Julaibib telah dihajatkan langit mesti tercibir di bumi. Ia lebih pantas menghuni surga daripada dunia yang bersikap tak terlalu bersahabat padanya.

Saat syahid, Sang Nabi begitu kehilangan. Tapi ia akan mengajarkan sesuatu kepada para sahabatnya. Maka ia bertanya diakhir pertempuran. "Apakah kalian kehilangan seseorang?"

"Tidak Ya Rasulullah!", serempak sekali. Sepertinya Julaibib memang tak beda ada dan tiadanya di kalangan mereka.

"Apakah kalian kehilangan seseorang?", Sang Nabi bertanya lagi. Kali ini wajahnya merah bersemu.

"Tidak Ya Rasulullah!". Kali ini sebagian menjawab dengan was-was dan tak seyakin tadi. Beberapa menengok ke kanan dan ke kiri.

Rasulullah menghela nafasnya. "Tetapi aku kehilangan Julaibib", kata beliau.

Para sahabat tersadar.

"Carilah Julaibib!"

Maka ditemukanlah dia, Julaibib yang mulia. Terbunuh dengan luka-luka, semua dari arah muka. Di seputarannya menjelempan tujuh jasad musuh yang telah ia bunuh. Sang Rasul, dengan tangannya sendiri mengafani Sang Syahid. Beliau saw menshalatkannya secara pribadi. Dan kalimat hari berbangkit. "Ya Allah, dia adalah bagian dari diriku. Dan aku adalah bagian dari dirinya."

Di jalan cinta para pejuang, biarkan cinta berhenti di titik ketaatan. Meloncati rasa suka dan tidak suka. Melampaui batas cinta dan benci. Karena hikmah sejati tak selalu terungkap di awal pagi. Karena seringkali kebodohan merabunkan kesan sesaat. Maka taat adalah prioritas yang kadang membuat perasaan-perasaan terkibas.

Tapi yakinlah, di jalan cinta para pejuang, Allah lebih tahu tentang kita. Dan Dialah yang akan menyutradarai pentas kepahlawanan para aktor ketaatan. Dan semua akan berakhir seindah surga. Surga yang telah dijanjikanNya..

dia adalah bagian dari diriku
dan aku adalah bagian dari dirinya
-Rasulullah, tentang Julaibib-

Sehari dengan purdah...



Nama wartawati itu Katja Kuokkanen. Ia sengaja menyamar menjadi menjadi perempuan Muslim karena ingin merasakan sendiri bagaimana rasanya mengenakan busana muslim lengkap dengan cadarnya di tengah masyarakat Finlandia yang masih asing dengan agama Islam, bagaimana rasanya ditatap dengan pandangan aneh dan takut dari orang-orang disekitarnya. Kuokkanen menuliskan pengalaman dan perasaannya saat dan setelah mengenakan niqab. Inilah yang ditulisnya ...

Niqab dari bahan sifon berwarna hitam kadang melorot dan menutupi kedua mata saya. Suatu ketika saya tersandung dan membentur bahu seorang laki-laki di sebuah toko barang-barang etnik. Laki-laki itu membuat gerakan tangan meminta maaf, tapi dengan sikap tak acuh seperti yang biasa terjadi.

Lalu lelaki itu menengok ke arah saya dan menyadari bahwa saya seorang perempuan yang mengenakan abaya dan cadar, pakaian khas perempuan Muslim. Tiba-tiba laki-laki itu dengan sedikit membungkuk mengulangi lagi permohonan maafnya. Saya mengira dia orang Arab dari dialegnya saat meminta maaf. Saat itu saya merasakah hal yang tidak pernah saya rasakan sebelumnya karena diperlakukan dengan begitu hormat oleh orang lain.


Dari toko etnis, saya menuju stasiun metro. Ketika saya naik ke sebuah metro berwarna oranye. Saya menerima reaksi yang tak terduga. Seorang lelaki mabuk berteriak kepada tiga temannya di dalam metro yang padat penumpang.

"Hei, lihat itu ada salah satu pemandangan neraka !" teriak lelaki mabuk tadi.

Mendengar teriakan itu, penumpang lain serta merta memalingkan pandangannya, tidak mau melihat ke arah wajah saya yang bercadar. Tapi tiba-tiba seorang perempuan menegur saya, "Barang Anda jatuh," kata seorang perempuan setengah baya sambil menyerahkan jepit rambut saya yang terjatuh di bangku sebelah.


Saya tidak bisa mengucapkan terima kasih pada perempuan itu, karena kalau saya mengatakan sesuatu, kemungkinan penyamaran saya akan terbongkar.

Lalu, ketika seorang gadis asal Somalia yang bekerja sebagai penjaga toko, membantu saya membetulkan cadar, ia berkata bahwa jarang sekali perempuan Muslim di Helsinki yang mengenakan busana seperti yang saya kenakan. Gadis Somalia itu juga bilang bahwa ia sebisa mungkin menghindari busana warna hitam. Ia menganggap warna hitam sebagai warna yang dramatis dan mengundang pandangan banyak orang.

"Kerudung warna-warni yang cerah lebih bagus," kata gadis itu seraya mengatakan bahwa kaum perempuan Muslim di Finlandia bebas menentukan sendiri untuk menutup bagian mukanya.

Dan di mall Itäkeskus, saya melihat banyak orang yang memandangi saya dengan tatapan aneh bahkan takut. Seorang lelaki muda hampir saja menumpahkan minuman kaleng yang dipegangnya saat melihat saya dengan raut muka panik.

Saya sendiri mulai membiasakan diri mengenakan abaya dan cadar. Saya mulai merasakan pakaian ini sangat nyaman dan hangat, meski saya agak kesulitan untuk melihat sesuatu dengan jelas karena cadar yang saya kenakan.

Kemudian saya memutuskan untuk pergi ke pasar yang dibuka di area parkir di lantai paling atas mall Puhos. Di penyeberangan jalan, saya bertemu dengan seorang perempuan tua asal Somalia yang dengan pelan mengucapkan "Assalamu'alaikum".


Saya tersentuh mendengar salam itu. Selama ini saya tidak pernah bergaul dengan perempuan Muslim. Dan saya selalu menerima salam seperti itu dalam banyak kesempatan. Setiap Muslimah dari berbagai usia dan dari berbagai etnis, yang mengenakan busana muslimah selalu mengucapkan "Assalmua'alaikum" saat berpapasan dengan saya. Ketika itu saya tidak mengerti apa arti ucapan itu, sampai saya akhirnya tahu bahwa ucapan itu mengandung doa kesejahteraan dan kesalamatan.

Lalu, seorang lelaki yang sedang berdiri di depan sebuah toko memanggil saya. "Hello ! Hei ! Tunggu!" teriak lelaki tadi. Saya tidak menoleh karena saya pikir seorang perempuan Muslim sangat menjaga kemuliaannya dan tidak akan menjawab panggilan seperti itu.

Beberapa jam setelah berkeliling dengan mengenakan busana abaya dan cadar, saya kembali ke stasiun Metro. Perjalanan saya selanjutnya adalah Kamppi Center.

Selama perjalanan, wartawati itu merenungkan pengalamannya sepanjang hari ini, atas reaksi setiap orang terhadap abaya dan cadar yang dikenakannya dan ia merasakan sendiri bahwa mengenakan abaya dan cadar rasanya tidak seburuk yang orang lain pikirkan. Ia pun tanpa ragu menegaskan, mengenakan abaya dan cadar, "Sama sekali tidak buruk. Jika Anda memakainya, Anda akan merasakan kedamaian."

Kisah ini menjadi ironi di saat negara-negara Eropa ramai-ramai mulai melarang jilbab dan cadar. Seharunya mereka yang memberlakukan larangan itu, membaca kisah wartawati Helsinki ini sehingga tidak perlu ada kebijakan larangan berjilbab atau bercadar yang sejatinya diberlakukan karena sikap Islamofobia masyarakat Barat. (ln/helsingin online)

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI