Monday, May 30, 2011

Kerajaan Selangor mahu remaja-belia diberi keutamaan





Shah Alam : Untuk mendekati golongan remaja belia pada masa ini memerlukan strategi yang betul dan pendekatan yang lebih berkesan untuk memenuhi keperluan dalam masa yang sama membentuk mereka ke arah mercu kejayaan.

“Mereka tidak boleh di ketepikan tetapi sebaliknya harus diberi keutamaan dalam apa juga. Segala pandangan belia remaja perlu di ambil kira oleh semua pihak samada keluarga, guru, dan pucuk pimpinan. Penilaian perlu dibuat samada baik atau sebaliknya”, kata Yb Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Baru-baru ini Yb Dr Halimah telah mengadakan pertemuan bersama ikon remaja yang sangat terkenal iaitu Ustaz Hasrizal Abd Jamil, Kaunselor IJN merangkap Pengasas SAIFULISLAM TRAINING AND CONSULTANCY.

Media difahamkan oleh Y. B Dr Halimah, Hasrizal mempunyai Bachelor Sharia & Islamic Studies (Honours) daripada Mu’tah Universiti (جامعة مؤتة), Jordan. Terdahulu Hasrizal menerima pendidikan di Sekolah Izzuddin Shah in Ipoh pada tahun 1988-92.

Beliau merupakan ikon yang beribawa sebagai pendakwah dalam memberi ceramah agama, program motivasi bersama pelajar dan masyarakat. Disamping itu juga beliau merupakan penulis buku yang sangat terkenal dan telah Berjaya menjual buku diperingkat National sebanyak 45 ribu buah buku yang berunsurkan motivasi, pendidikan dan pembentukan keluarga sakinah.

Katanya, “tujuan utama kita mengadakan pertemuan bersama ikon remaja Islam adalah untuk merancang program pengupayaan remaja belia. Antara fokus yang diberikan penekanan adalah untuk menyedarikan belia dan remaja tentang tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah di bumi Allah ini”.

Belia dan remaja adalah pemimpin Negara masa hadapan. Jika kita tidak berusaha membentuk generasi ini kearah kebaikan amatlah sukar untuk kita melahirkan pelapis-pelapis muda untuk menerajui Negara dengan baik.

Maka dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) terus berusaha membentuk dan melahirkan remaja belia yang berwawasan melalui program –program yang telah di susun seperti Generasi Idaman Selangor (GeMS), S.P.I.ES dan sebagainya.

Harapan Kerajaan Selangor (PR) kepada golongan belia dan remaja adalah sangat tinggi agar mereka dapat mengamalkan budaya hidup positif dan menghindarkan diri daripada wabak gejala sosial yang meruncing dalam era dunia tanpa sempadan dek perkembangan teknologi tinggi yang tidak seimbang dan sarat dengan agenda hedonisme dan hubbud dunya”.

Untuk melahirkan belia seperti yang dinyatakan maka Kerajaan Negeri Selangor (PR) telah merancang untuk mengadakan pembangunan fizikal yang lebih sistematik dan holistic antaranya ialah pembangunan Selangor adalah memacu pembangunan modal insan.

Menurut Halimah yang di maksudkan dengan Pembangunan Modal Insan ini ialah akan merangkumi seluruh elemen teras manusia dengan cara yang sinergistik dan sepadu bagi mempastikan kejayaan mencapai matlamat individu, unit keluarga serta masyarakat dan negeri cemerlang.

“Usaha ini sudah tentu memerlukan sistem sokongan konkrit dan penglibatan semua pihak. Ianya tidak boleh di letakkan dibahu individu tertentu sahaja khususnya dalam pembangunan aset terpenting iaitu remaja belia yang bakal mewarisi negeri Selangor” ujarnya.



Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI