Tuesday, March 15, 2011

Pendidikan Anak: Allah Pemberi Rezeki


Banyak orang tua mendambakan anaknya menjadi orang yang berhasil di dunia ini. Meraih jabatan tinggi, memiliki pekerjaan bergaji besar dan lain sebagainya. Keinginan orang tua tersebut tentu saja tidak hanya sebatas keinginan.

Bahkan, dia pasti akan berusaha mengarahkan dan membimbing anak agar dambaan itu bisa terwujud. Sedikit banyak usaha yang dilakukan orang tua itu pasti akan memengaruhi wawasan dan keilmuan si anak. Orang tua yang senantiasa berpandangan materialis bisa menyebabkan anak terpengaruh pandangan tersebut.

Sebagai orang tua muslim yang beriman, tidaklah pantas untuk memiliki pandangan materialis, sehingga menuntut dari anaknya kelak untuk mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya. Karena hal semacam itu seringnya akan melalaikan dari perkara yang lebih penting dari sekadar mengumpulkan harta dunia. Akan melalaikan dari akhirat, melalaikan dari peribadahan dan penghambaan diri kepada Allah -ta’ala-.

Orang tua muslim hendaknya memiliki pemahaman yang benar akan rezeki Allah -ta’ala-. Sehingga kemudian pemahaman itu bisa dia tularkan (menjalarkan) kepada anaknya. Memang semua orang pasti meyakini bahwa Allah adalah pemberi rezeki. Sampai pun orang-orang musryik di zaman Nabi –shollallohu ‘alaihi wa sallam– ketika mereka ditanya siapa yang memberi rezeki kepada mereka, mereka menjawab, Allah. Akan tetapi, cukupkah pengetahuan sebatas itu?

Yang perlu diketahui dan diajarkan

Berikut ini beberapa hal berkaitan dengan rezeki Allah, yang harus kita ketahui, yakini, dan kita ajarkan kepada anak-anak kita.

1- Semua rezeki datangnya dari Allah, karena semua yang ada di dunia hanyalah milik Allah. Inilah yang telah diyakini oleh fitrah setiap manusia, termasuk orang-orang musyrik.

2- Allah telah menjamin rezeki bagi seluruh makhluk-Nya, termasuk manusia. Dalam al-Quran Allah berfirman,

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).” (Hud: 6)

Dalam hadits, Rasulullah –shollallohu ‘alaihi wa sallam– bersabda,

إِنَّ رُوحَ القُدُسِ نَفَثَ فيِ رَوْعِي أَنَّ نَفْسًا لَنْ تَمُوتَ حَتَّى تَسْتَكْمِلَ أَجَلَهَا وَتَسْتَوْعِبَ رِزْقَهَا فَاتَّقُوا اللهَ وَأَجْمِلُوا فيِ الطَّلَبِ وَلاَ يَحْمِلَنَّ أَحَدَكُمْ اِسْتِبْطَاءُ الرِّزْقِ أَنْ يَطْلُبَهُ بِمَعْصِيَةِ اللهِ فَإِنَّ اللهَ تَعَالىَ لاَ يُنَالُ مَا عِنْدَهُ إِلاَّ بِطَاعَتِهِ
“Sesungguhnya Ruhul Qudus (Jibril) telah meniupkan wahyu ke dalam hatiku, bahwa suatu jiwa tidak akan mati sehingga dia menyempurnakan ajalnya dan mengambil seluruh rezekinya. Maka bertakwalah kepada Allah, dan carilah rezeki dengan baik. Dan jangan sampai anggapanmu akan lambatnya rezeki mendorongmu untuk mencarinya dengan maksiat kepada Allah. Karena sesungguhnya apa yang di sisi Allah tidak akan bisa diraih kecuali dengan menaati-Nya.” (Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, Lihat Shahihul Jami’ no. 2085)

3- Rezeki harus tetap dicari. Karena meskipun Allah telah menjamin bagi setiap kita, namun tawakal tidak akan sempurna kecuali dengan melakukan sebab-sebabnya. Bahkan mengharap rezeki Allah tanpa disertai usaha, hanyalah angan-angan semata, bagaikan seorang petani yang mengharap hasil panenan tanpa mau menanam.

4- Dalam mencari rezeki, tidak boleh melalui jalan yang haram, sebagaimana telah ditegaskan dalam hadits di atas. Karena bagaimanapun juga, rezeki itu adalah milik Allah, dan Dia berhak melarang kita dari jalan-jalan yang haram.

5- Karena rezeki (duniawi) telah dijamin, jangan sampai ia menjadi fokus utama dalam kehidupan. Bahkan, jadikan fokus utama adalah menggapai rezeki akhirat. Itulah yang lebih baik, lebih utama dan lebih kekal.

Abu dan Ummu yang dirahmati Allah. Jika kita ajarkan beberapa poin di atas, insya Allah ketika kelak anak kita sudah bisa mencari rezeki, dia tidak akan mendahulukan dunia atas akhirat. Bahkan diharapkan dia akan menjadikan rezeki yang diperoleh sebagai jalan untuk menggapai rezeki akhirat. Yaitu dengan mensyukurinya sebenar-benar rasa syukur.




Ibu Tunggal Sebak Terima Bantuan RM5000





Gombak - Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) telah memperuntukkan sumbangan sebanyak RM80,000 untuk 16 orang mangsa kebakaran yang terlibat dalam musibah seminggu yang lalu di Gerai MPS Greenwood yang mempunyai sebanyak 20 buah gerai .

Sebanyak RM5000 seorang telah menerima bantuan tersebut yang telah disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Y.B Datuk Hasan berkata, "Kerajaan Negeri (PR) melahirkan rasa simpati diatas segala musibah yang berlaku keatas semua mangsa kebakaran. Segala ujian yang berlaku adalah didikan daripada ALLAH swt kepada kita. Diharap semua mangsa bersabar diatas ujian yang diberikannya".

"Insya-ALLAH bagi Kerajaan PR, akan membantu sedaya upaya bagi meringankan beban semua peniaga disini. Dengan itu, mesyuarat juga telah bersetuju untuk memindahkan semua peniaga di Tmn Berlian, Gombak. Insya-allah dalam masa terdekat ini, semua peniaga akan dapat memulakan operasi perniagaan mereka kembali seperti sediakala".

"Kita juga telah berbincang dengan pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk memastikan gerai-gerai yang bakal disediakan adalah selamat. Pihak MPS akan memasang "Grill" setiap gerai bagi memastikan peralatan mereka tidak dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan PR sedikit sebanyak dapat memulakan kehidupan baru buat semua peniaga disini", katanya.

Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor , Y.B Rodziah Ismail selepas melawat tapak perniagaan mangsa di greenwood pula berkata, "Saya bersama saf-saf pimpinan PR sekali lagi mengucapkan takziah buat semua mangsa kebakaran. Segala musibah yang menimpa tidak semua yang ingin perkara tersebut berlaku, namun sebagai umat islam kita kena redha. Setiap ujian yang diberikan ada hikmahnya tersendiri".

"Dengan ini, seperti sedia maklum seperti yang telah dikhabarkan oleh Y.B Azmin Mohamed Ali Ahli Parlimen Gombak, Kerajaan PR akan memberi berita gembira untuk semua peniaga bahawa pihak MPS telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Kerajaan PR untuk membantu meringankan bebanan semua mangsa dengan tidak mengenakan bayaran sewa untuk tempoh 3 minggu ini. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga akan membantu kos-kos kerugian yang lain berdasarkan keperluan dan kepentingan peniaga.

Kita harap dengan bantuan diberikan, mangsa yang terlibat dalam kebakaran ini dapat menikmati hasil pulangan Kerajaan Negeri PR dalam menyalurkan bantuan kepada rakyatnya melalui Tabung Kebajikan Bencana Alam Selangor".

Rodziah berkata lagi, "beberapa orang ibu tunggal telah bertemu dengan saya menyatakan beliau tidak dapat meneruskan perniagaannya lagi selepas berlakunya kebakaran. Perniaagan inilah merupakan aset utama beliau untuk mencari nafkah anak-anaknya yang semuanya masih bersekolah".

Rentetan daripada beberapa aduan diterima ini , insya-allah dalam masa terdekat, saya akan membantu mereka dengan memberi penerangan skim Mimbar dan mikrokredit buat mereka yang berminat meneruskan perniagaan mereka".

'Semoga dengan jalan laluan yang kita berikan kepada mereka dalam skim ini semua peniaga dapat meneruskan perniagaan mereka lebih baik, tanpa mengenakan sebarang faedah. Skim ini terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira parti dan perkauman. Bagi ibu tunggal dan OKU yang terlibat dalam kebakaran ini juga kita akan berikan bantuan mereka. Kerajaan Negeri akan membantu mereka melalui skim-skim yang sediaada, insya-allah".

Seorang mangsa yang merupakan ibu tunggal telah menerima bantuan Cek RM5000, Pn. Maimunah Jamaluddin 45thn mempunyai 4 orang anak yang semua masih belajar.

Maimunah berkata, "saya berterima kasih kepada ADUN Gombak Setia Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Ahli Parlimen Gombak, Y.B Azmin Ali dan semua pimpinan Kerajaan PR yang begitu prihatin dengan masaalah yang kami hadapi. Sudah beberapa kali mereka dan ahli-ahli majlis MPS turut bersama turun padang bertanya khabar dan pendapat pada kami saat-saat diuji dengan musibah".

Kami dapat merasakan mereka terlalu mengambil berat dengan masaalah rakyat disini. Dengan bantuan dan keperihatinan mereka berikan menunjukkan mereka tulus dalam menjalankan tanggungjawab.

Kalau dulu setiap hari kami dapat membawa hasil jualan tetapi 2 minggu berlalu,tiada apa yang dapat dibawa pulang untuk menyuapkan anak-anak lagi.

Yuran pelajaran anak-anak masih belum dpat dilangsaikan. Anak sulong saya bersekolah di Sri Gombak (Tingkatan 4), Anak ke 2 sekolah Agama A-Falah di Raub Pahang, Anak ke 3 & ke 4bersekolah di Tmn Samudra.

Semua perbelanjaan mereka saya yang tanggung melalui perniagaan ini. Ingat bulan ini saya ingin melangsaikan yuran pelajaran anak-anak tetapi terpaksa di tunda kerana masaalah yang saya hadapi.

Kerisauan memikirkan pendapatan yang tidak seberapa ini telah memberi sedikit tekanan kepada saya berikutan musibah yang menimpa. Hanya doa kepada ALLAH swt semoga ada insan-insan lain dapat menghulurkan bantuan kepada kami yang sedang diuji oleh ALLAH swt.

Alhamdulilah, doa kami diterima ALLAH, Hujan tidak berterusan, akhirnya hari ini kami telah menerima rezeki yang lebih baik sebagai pusingan modal perniagaan kami. Tanpa disangka Kerajaan Negeri PR telah memberi kami bantuan sumbangan mangsa kebakaran. Cek bernilai M5000 seorang begitu besar nilainya. Semoga bantuan dihulurkan akan membuka pintu rahmat kepada semua pimpinan Kerajaan PR yang menjalankan tugas dan memberi khidmat yang baik kepada rakyatnya. Dengan bantuan diberikan ini, insya-allah saya akan manfaatkan sebaiknya dan melangsaikan yuran pelajaran anak-anak saya yang telah tertunda.

Terima kasih juga kepada Y.B Rodziah yang telah memberi maklumat ringkas mengenai MIMBAR dan Mikrokredit buat semua peniaga disini. Ini memberi peluang kepada kami untuk meneruskan perniagaan tanpa berputus asa lagi, ujarnya dengan sebak.


Editor : khaulah azwar



Wawacara Tokoh Pelajar Cemerlang KISAS 2010

Nama : Norhidayah bt Abd Aziz

Umur : 21thn

Tarikh Lahir : 4hb Februari, 1990

Asal : Kuala Lumpur

Nama Ibu : Halina bt Jaafar

Nama Ayah : Abd Aziz b Jaafar

Bil. Adik-beradik : 1/5 adik beradik

Pencapaian

Akedemik :

Sek. Ren : Gred : UPSR- 5A

Sek. Men : Gred : PMR- 3A 6B

SPM- 4A 5B 4C

Menerima

pendidikan : Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Tahun : 2009/2010

Penglibatan

Aktiviti Sukan : Ping pong, Bola jaring

AJK Persatuan : Setiausaha Kelab Orator Bahasa Inggeris

Anugerah : Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sesi 2010.

Ikon Pimpinan /Negara : Tuan Guru Nik Aziz b. Nik Mat

Cita-cita : Peguam Syarie

Falsafah : Kekayaan wang tidak menjamin apa-apa, kekayaan ilmu menentukan

siapa diri kita.

Antara pengalaman yang dilakukan sebagai seorang pelajar bagi mencapai keputusan cemerlang:

Pengenalan:

Pelbagai transformasi dan usaha dilakukan dalam mencapai cita-cita dan matlamat untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari sudut akedimik dan sahsiah. Sebagai pelajar beliau banyak menghabiskan masanya bersama teman-teman seperjuangan dengan melibatkan aktiviti-aktivi yang sihat.

Beliau seorang yang sangat aktif dengan melibatkan diri dalam semua aktiviti dan persatuan di Kolej. Walaupun begitu sibuk dengan aktiviti di Kolej dan persatuan namun tugas sebagai pelajar tidak pernah diabaikan sehingga beliau memperolehi keputusan yang sangat cemerlang dengan mencapai 4A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) sesi 2010 . Dengan kejayaan yang diperolehi telah mengharumkan Nama Kolej Islam dan Kampung Tengah Gombak.

Semenjak beliau mendapat menyambungkan pendidikkannya di KISAS pada 2009 , Adik Norhidayah Abd Aziz, tidak ketinggalan menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada ahli keluarganya terutamanya Nenek yang dikasihi yang telah menjaga beliau semenjak dari kecil lagi semasa usia beliau berumur 1thn 8bulan. Ikuti temubual Wartawan bersama beliau.

Apakah rahsia adik untuk menjadi seorang pelajar cemerlang?

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada ALLAH swt kerana tanpa disangka saya telah dinobatkan oleh pihak KISAS sebagai pelajar terbaik STPM 2010 dan salah seorang daripada 65 orang pelajar cemerlang di Selangor kerana memperolehi keputusan 4A dalam STPM sesi 2010. Antara rahsia yang saya amalkan adalah memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai benteng diri, seperti berpuasa sunat, mengamalkan surah al-insyirah sebanyak 40 kali setiap hari. Selain itu, mendoakan kejayaan sahabat-sahabat yang lain.Yang penting kita menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan ALLAH swt. Insya-ALLAH jika kita amalkan dengan istiqamah, ALLAH akan permudahkan urusan dunia akhirat kita. Semua yang kita belajar mudah diingati.

Bagaimana adik memberi tumpuan belajar dan pembahagian masa di Kolej apabila adik menyatakan jadual di Kolej terlalu penuh dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusun oleh Guru?

Di Kolej jadual saya memang terlalu penuh. Rasa macam tiada masa untuk membuang masa. Masa yang sediaada banyak dihabiskan untuk mengikuti program-program yang telah disusun oleh pihak Kolej, Saya banyak memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan mengikuti kelas tambahan yang telah diaturkan oleh guru-guru. Selain daripada itu saya sering membanyakkan pertanyaan di dalam kelas dan membuat latihan bersama teman-teman atau adakan “study group”. Dengan adanya penubuhan “study group” ini akan menguatkan lagi minda kita untuk berfikir. Yang penting sekali perkongsian ilmu perlu ada dan tidak perlu kedekut ilmu.

Perlu adanya Jadual sebagai seorang pelajar. Dengan adanya jadual yang bersistematik lagi mencantikkan rutin kehidupan kita.Kita dapat mendisplinkan diri kita sebagai pelajar, anak dan sekiranya kita menjadi pimpinan di dalam persatuan akan mendidik diri kita menjadi seorang yang sangat displin dan menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain. Masa amat berharga dan sangat mencemburui kita. Oleh itu kita harus bijak membahagikan masa untuk belajar, beriadah, berpersatuan dan masa untuk bersama keluarga dan teman-teman dengan sama rata. Kalau tiada jadual sukar untuk kita mencapai kejayaan.

Apakah pandangan adik tentang pelajar-pelajar yang terlibat dengan ponteng sekolah sekali gus terlibat dengan kes juvana?

Pada pandangan saya, mereka yang terlibat dengan gejala ini masih belum matang dalam memikirkan masa depan mereka sendiri. Pengaruh luar juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan mereka lalai terhadap pelajaran. Tidak hairanlah jika hari ini terdapat ramai pelajar yang terlibat dengan perkara-perkara negatif seperti ponteng sekolah, merokok, pergi ke pusat hiburan, mengambil pil, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tiada batasannya sehingga melahirkan anak-anak luar nikah dikalangan para remaja sekolah, berjudi dan pecah rumah.

Jadi bolehkan adik berikan cadangan kepada semua pelajar-pelajar dan remaja diluar sana agar mereka tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat sekaligus terlibat dengan juvana?

Kesedaran dalam diri sendiri adalah perkara yang paling penting. Jika kita tidak berusaha untuk mengubah diri kita sendiri, adalah mustahil untuk orang lain mengubah diri kita.

Pemilihan teman untuk berkawan perlu dititik beratkan. Pastikan kawan yang kita pilih boleh membimbing kita kearah kebaikan dan bukan mempengaruhi kita kearah keburukan.

Antara tindakan yang boleh kita ambil, adalah dengan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang sihat. Mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana badan NGO. Penglibatan diri dalam aktiviti di sekolah dan luar sekolah dengan mengikuti SPIES, GeMS, bersukan, dan hidup dalam berjemaah. Jika ini kita ikuti insya-allah selamat dunia akhirat.

Peranan Ibubapa/penjaga, keluarga, jiran tertangga juga amatlah penting. Mereka harus memainkan peranan juga bagi memantau kehidupan anak-anak mereka. Jangan jadikan alasan kesibukan bekerja sehingga kita abaikan tanggungjawab kepada anak-anak. Mereka perlukan perhatian dan kasih sayang. Kebanyakkan mereka terjebak dengan aktiviti yang kurang sihat disebabkan kurangnya kasih sayang daripada ahli keluarga terutamanya ibubapa.

Guru-guru juga haruslah mendekati pelajar-pelajar yang bermasaalah dengan baik.Perlunya ada Pusat Kaunseling di sekolah, kolej sebagai satu usaha untuk mendekati mereka. Mewujudkan prasarana sekolah/kolej yang baik agar pelajar-pelajar tidak merasa bosan. Keadaan pasarana, penyampaian pelajaran juga sebenarnya mempengaruhi pelajar-pelajar sebenarnya. Oleh itu tanggungjawab kita semua adalah penting bukan kepada hanya kepada setengah pihak sahaja.

Apakah kekangan-kekangan adik hadapi sepanjang bergelar seorang pelajar?

Adakalanya saya keletihan mengikuti terlalu banyak program di sekolah. Namun ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya.

Faktor kewangan juga kadangkala saya hadapi di sekolah. Lebih-lebih lagi untuk membeli buku-buku rujukan.

Mengapa adik pilih jurusan usuluddin ?

Pada pendapat saya, pengajian usuluddin perlu dipelajari. Ia mengajar kita betapa pentingnya penggunaan akal yang baik sekaligus dapat membantu kearah kehidupan yang lebih sempurna.

Dalam pengajian usuluddin juga kita dapat mengkaji dengan lebih mendalam perkara yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Hadis. Satu pengajian yang amat menarik dan seharusnya dipelajari oleh semua orang.

Siapakah yang paling banyak memberi dorongan kepada adik sepanjang belajar berikutan dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak mengizinkan?

Walaupun berada dalam keadaan ekonomi yang kurang baik, dorongan daripada keluarga, guru-guru, dan sahabat-sahabat menyebabkan saya lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya. Saya tidak mahu menghampakan harapan tinggi yang mereka letakkan pada saya.

Apakah pandangan adik jika pelajar-pelajar yang beranggapan pendapatan ibubapa mereka ditaraf kemiskinan membuatkan mereka tidak boleh berjaya dan mereka berputus asa?

Tukarlah persepsi tersebut. Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita tidak berjaya. Terus terang saya katakan, sebelum ini saya pernah berfikiran seperti itu. Alhamdulillah, Allah buka hati saya untuk memikirkan apa yang terbaik yang perlu saya lakukan bukan untuk diri saya sendiri, malah untuk mereka yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Guru saya pernah berpesan, dan kata-kata ini saya jadikan pegangan hidup saya “jangan risau jika kita tiada duit. Jika kita banyak ilmu, duit akan cari kita.”

Apakah perancangan masa hadapan adik seterusnya ?

InsyaAllah, saya akan menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan undang-undang syariah, seterusnya menjadi seorang pengamal undang-undang.

Adakah adik gembira dan sangat berpuas hati dengan kejayaan yang adik perolehi?

Semestinya saya amat gembira dengan kejayaan ini kerana saya dapat melihat kegembiraan ahli keluarga serta guru-guru yang banyak mendorong saya selama ini. Alhamdulillah.

Adakah adik rasa mampu untuk mengekalkan kejayaan ini sehingga mencapai impian menjadi seorang Peguamcara satu hari nanti?

Tanggungjawab saya selepas ini lebih besar kerana saya perlu memastikan bahawa kejayaan yang saya perolehi ini berkekalan. Saya tidak mahu mengecewakan ahli keluarga dan guru-guru. Apa yang saya harapkan ialah doa yang tidak putus-putus daripada mereka terutamanya guru-guru yang menurunkan ilmu mereka kepada saya.

Adakah adik gembira dengan kunjungan daripada Exco Kerajan Negeri Selangor Hal Ehwal Islam Adat Istiadat Melayu merangkap ADUN Gombak Setia. Beliau juga yang merupakan ikon Negara terkenal dengan pakar motivasi (Y.B Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali)

Saya tidak pernah menyangka akan menerima kunjungan beliau. Namun saya berbesar hati denagn kehadiran beliau ke rumah tempoh hari. Ia jelas menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang amat mengambil berat tentang orang pimpinannya dan semestinya beliau patut dicontohi.

Antara nasihat dan dorongan yang diberikan oleh Y.B Dato’ Hasan ketika bertemu dengan adik dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila?

Apa yang kita lakukan mestilah berlandaskan jalan yang diredai Allah, dan jangan hentikan usaha dakwah ke jalan Allah. Kalau Ibubapa kita berpendidikan tidak tinggi, jangan kita ikuti langkah yang sama. Kita mesti lebih kehadapan daripada mereka agar dapat membantu ahli keluarga. Jadikan diri kita sebagai ikon kepada adik beradik yang lain. Apabila sudah Berjaya balas jasa mereka. Jangan sombong, kejayaan yang kita dapat adalah doa daripada mereka juga.

Bagaimana sokongan keluarga terhadap kesibukan adik ketika bergelar seorang pelajar?

Keluarga memberikan dorongan yang amat tinggi buat saya dan mereka memberikan keyakinan yang tinggi untuk saya terus berjaya.

Bolehkah adik kongsi bersama pelajar-pelajar lain kunci prinsip adik mencapai kejayaan agar mereka juga mampu Berjaya seperti orang lain juga?

Yakin dengan diri sendiri. Cabar diri kita untuk berjaya seperti orang lain.



Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI