Tuesday, November 1, 2011

Rakyat Puas Hati dapat buat pemeriksaan kesihatan percuma


PANTAI DALAM – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan mengadakan program gotong-royong bersama rakyat di sekitar PPR Sri Pantai memandangkan persekitaran pangsapuri PPR Blok 102 di situ di dapati terdapat pembiakan nyamuk aedes yang boleh membawa virus demam denggi.

Demam denggi yang biasanya berlarutan selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh.

Masyarakat kita masih tidak mempunyai kesedaran sivik walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak saya dan Kerajaan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengatasinya bagi melahirkan masyarakat yang sihat bebas daripada serangan aedes”, kata Nurul Izzah.

Setelah saya adakan program Klinik Kesihatan percuma di Blok 102, PPR Sri Pantai semalam yang bermula 10 pagi-12:30tgh didapati 65 orang yang berdaftar untuk menerima rawatan kurang memuaskan hati antaranya terdapat jentik-jentik merah di badan dan lengan tangan pesakit.

Laporan kesihatan daripada Doktor juga menunjukkan terdapat beberapa penduduk yang telah diserang demam denggi. Jika tidak diambil tindakan selanjutnya saya bimbang akan menjadi peringkat yang serius sehingga boleh merangut nyawa penduduk tanpa mengira umur.

Saya juga di fahamkan oleh Doktor terdapat dua jenis penyakit Aedes iaitu Denggi Klasikal (pesakit akan demam, ruam pada badan, sakit badan, sakit sendi dan sakit Otot) dan Denggi berdarah yang biasa diserang kanak-kanak antara umur 2-13thn. Pesakit akan mengalami tekanan darah rendah, ruam, bintik-bintik merah dibadan, perdarahan gusi, sawan dan tidak sedar diri.

Ia akan menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. Program yang bersifat pencegahan dan kawalan ini lazimnya dilakukan melalui pendidikan di sekolah, klinik, Hospital kerajaan dan swasta. Hasilnya penyakit berjangkit yang dibawa air dan makanan telah dapat di kawal dengan berkesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Misalnya dalam konteks ini bekalan air yang bersih kepada penduduk dan penyeliaan kebersihan di tempat awam perlu di pantau dari semasa ke semasa, akan tetapi sikap penduduk, peniaga, penjaja restoran amat kita kesali. Mereka lebih pentingkan keuntungan daripada kebersihan yang mereka saji akibatnya pelbagai penyakit seperti kolera, cirit-birit dan hepatitis.

Kesimpulannya hubungan kompleks antara manusia dengan organisma patogenik seperti virus, bakteria dan parasit tidak dapat dielakkan dalam usaha mana-mana pihak untuk merangka program pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit.

Kesemua jenis penyakit perlu dikaji dan dikenal pasti dengan teliti terlebih dahulu sebelum usaha pengawalan dan pencegahan dapat dilakukan samada aspek etiologi, epidemiologi. Klinikal, sosial dan ekonomi. Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan berkata lagi selain itu, pendekatan epidemiologi, ekoloogi kesihatan dan sosiobudaya perlu di lihat secara Holistik dalam usaha merangka polisi serta program kesihatan bagi kesihatan penduduk.

Harus dinyatakan juga bahawa ekologi manusia berkait rapat dengan ekologi penyakit. Ekosistem manusia itu menentukan pula persekitaran kehidupan yang lebih sihat untuk dijadikan tempat tinggal yang lebih selesa lagi aman, katanya. Ujarnya lagi, terdahulu program gotong-royong ini telah Berjaya dilaksanakan dengan mendapat kerjasama penduduk di beberapa kawasan sekitar Kelang Lama dan Lembah Pantai.

Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan adakan program gotong-royong berkala mengikut kawasan. Harapan saya agar penduduk di kawasan ini juga akan memberi kerjasama dengan pihak saya untuk turun padang membersih persekitaran kediaman mereka memandangkan rekod terkini demam denggi telah naik mendadak sehingga kerajaan mengistiharkan empat negeri Selangor, Wilayah Persekutuan K.Lumpur , Perak dan Selangor memiliki jumlah pengidap denggi kritikal.

Kajian didapati sehmenjak September, 2005 sebanyak 27,569 kes demam denggi di catatkan di seluruh Negara berbanding 21,786 dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, jumlah kematian telah meningkat kepada 70 orang tahun ini berbanding 68 orang dalam tempoh yang sama sepnajang tahun lalu.

Dalam pada itu , Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Operasi Kawalan Denggi secara besar-besaran di kesemua negeri yang terbabit bagi membendung dan mencegah penyebaran penyakit yang boleh membawa maut, kata Nurul zzah kepada media.

Media juga difahamkan oleh beliau, program kesihatan percuma diadakan hampir dua ke tiga kali sebulan di seluruh Lembah Pantai dan sering mendapat sambutan yang baik dari para penduduk bagi mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk mengetahui status kesihatan mereka, termasuklah tahap tekanan darah, kandungan gula, dan lain-lain. Ann Nge Lin, 34 thn katanya, sudah hampir lima tahun duduk disini namun program kesihatan percuma tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak. Untuk menerima rawatn terpaksa pergi ke Hospital dan Klinik swasta yang memerlukan kos yang tinggi. Tetapi 3 thn lebih Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Wilayah dibawah pengurusan Nurul Izzah Anwar amat menarik katanya yang mendapat rawatan penyakit Payu Dara.

Setelah membuat pemeriksaan kesihatan, Doktor memberitahu saya didapati ada ketumbuhan pada payu dara saya. Doktor telah menasihatkan saya agar membuat pemeriksaan selanjutnya di Hospital. Pemeriksaan yang dilakukan oleh semua Doktor dan petugas sukarelawan begitu teliti dan, saya amat rasa berpuas hati.

Saya juga telah di maklumkan oleh Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Lembah Pantai, bahawa Mamogram yang dianjurkan oleh Kerajaan negeri Selangor akan memberi peluang kepada rakyat Negeri Wilayah yang merupakan negeri Pakatan Rakyat (PR) untuk membuat pemeriksaan Mamogram percuma.

Program yang sangat menarik dan sudah pasti meringankan bebanan rakyat. Semoga usaha ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa, katanya.

Hawa Jaafar, 67thn ibu tunggal merasa terharu dengan kerja kebajikan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai. Kunjungan beliau yang sentiasa bersama rakyat tidak pernah dirasakan oleh pimpinan kerajaan terdahulu.

Ariffin Mohd Asraf, 46thn, program kesihatan percuma begitu menarik dimana pelbagai penyakit di periksa antaranya Demam, Diabetis, Darah Tinggi, pemeriksaan jantung dengan memberi ubat percuma.

Edaran akhbar Selangorkini di dalam program ini telah membuka mata masyarakat Lembah Pantai.

Nampaknya akhbar selangorkini macam pisang panas menjadi rebutan rakyat di Lembah Pantai. Justeru itu saya harap selangorkini teruskan usaha pertingkatkan qualitinya dan beri peluang untuk muatkan isu-isu wilayah persekutuan yang merupakan negeri Pakatan Rakyat (PR) agar tidak terlepas pandang.

Ramai rakyat tidak tahu apa yang telah diambil tindakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen setiap kawasan wilayah persekutuan kerana media yang sempit. Seharusnya kerajaan negeri Selangor memberi peluang dan ruang untuk sebarkan maklumat negeri Wilayah juga. Harap media selangorkini juga tidak sempit seperti media yang lain agar rakyat mendapat maklumat yang tepat, untuk memilih pentadbiran mana yang lebih baik dalam pilihanraya umum akan datang.

Saya harap program rakyat seperti ini harus diteruskan tanpa henti. Pimpinan yang mengambil berat kehidupan rakyat sudah pasti disenangi rakyat katanya yang menerima rawatan diabetis dan darah tinggi, katanya kepada media.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI