Wednesday, October 26, 2011

Mahasiswa sedia himpun macam Bersih 2.0


GOMBAK: Sekumpulan mahasiswa yang berhimpun di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak malam tadi membayangkan akan menggerakkan himpunan seperti Bersih 2.0 jika tuntutan mereka diabaikan kerajaan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab berkata mahasiswa akan terus menerus bangkit untuk membuat bantahan sehinggalah kebebasan suara diberikan kepada pengamal akademik dan juga kepada mahasiswa.

"Sekiranya kerajaan gagal untuk menjawab memorandum bantahan ini, insya-allah kita akan buat himpunan bersama rakyat, badan-badan NGO yang terdiri daripada BERSIH.20 yang dijangkakan akan diadakan di Stadium Merdeka dan Putrajaya," katanya pada himpunan tersebut.

Himpunan yang diserta hampir 100 mahasiswa malam tadi itu diadakan bagi menuntut kebebasan akademik ekoran tindakan universiti itu terhadap pensyarahnya Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Walaupun hasrat awal untuk mengadakan demonstrasi, akhirnya mereka menukar rancangan dengan mengadakan protes secara senyap selepas berhadapan larangan daripada pihak keselamatan universiti.

Mereka mula berhimpun pada jam 8.35 malam, di perkarangan masjid kampus berkenaan, dengan menyalakan lilin dan mengangkat beberapa poster antaranya tertulis "Mahasiswa tuntut kebebasan akademik" dan "Bebaskan universiti dari cengkaman politik".

Perhimpunan tersebut pada asalnya bagi menyerahakn memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadual hadir merasmikan satu program di kampus tersebut malam tadi.

Bagaimanapun beliau diganti Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sebelum itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA Mohd Iqbal Abdul Wahab berjaya menyerahkan memorandum kepada Hishammuddin di dewan berkenaan.

Mohd Iqbal pula berkata pihaknya bercadang akan buat satu program bersama perdana menteri ekoran Najib tidak hadir ke UIA malm tadi.

"Tujuannya agar PM mendengar pendapat mahasiswa yang merupakan generasi penentu masa depan negara," katanya.

Sementara itu, jurucakap SMM Mohd Zaky Sukery memberitahu pemberita terdapat dua tuntutan utama dalam memorandum tersebut, iaitu mendesak kebebasan akademik diberikan kepada ahli akademik dan mendesak agar siasatan terhadap Abdul dihentikan tanpa syarat.

Beliau berkata, walaupun pergantungan tugas terhadap Prof. Aziz Bari telah ditarik balik tetapi semua mahasiwa masih tidak berpuas hati kerana kerana masih ada siasatan di kenakan kepada beliau.

"Prof. Aziz Bari disiasat seolah seperti seorang jenayah sedangkan beliau bersuara atas kajian, bukti dan fakta yang kukuh melalui buku yang ditulis. Tindakan UIA adalah tidak wajar dan sangat terdesak," katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Program Perumahan PRIMA perlu diberi dengan adil dan telus


Petaling Jaya : Ramai rakyat Malaysia menggigit jari terutamanya golongan muda apabila pengumuman yang dibuat Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dalam Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA) hanya diberikan kepada masyarakat yang tinggal di sekitar Putrajaya dan kakitangan Kerajaan sahaja, kata Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Mengulas lanjut, Program (PRIMA) yang diumumkan di peringkat awal kepada semua warga untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah memiliki rumah dalam usia muda dan tidak perlu menyewa dalam jangka masa yang panjang amatlah dinantikan tetapi malangnya apabila diteliti hanya diberikan kepada masyarakat yang tinggal di sekitar Putrajaya dan kakitangan Kerajaan sahaja diberikan keutamaan. Pemberian seperti ini ibarat seperti pilih bulu dan tidak ikhlas untuk membantu rakyat.

Saya juga ingin menegaskan agar Kerajaan Pusat (UMNO-BN) harus memberi jaminan untuk mewujudkan lebih banyak rumah seperti begini dan wajib dilaksanakan dengan terbuka serta adil kepada orang ramai yang layak menerimanya tanpa mengira Parti, Kakitangan Kerajaan dan Penduduk sekitar Putrajaya sahaja.

Nurul Izzah Anwar yang juga merangkap Naib Presiden PKR berkata ketika menghadiri majlis perkahwinan Muneerah Sharudin di sini.

Katanya lagi, Permohonan PRIMA tidak perlu diskriminasikan kepada golongan tertentu kerana pada awalnya apabila pengumuman dibuat Najib tidak pula menyatakan syarat-syarat diskriminasi sedemikian.

“Kerajaan seharusnya mengagihkan rumah seperti ini kepada rakyat dengan adil dan telus”, katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Najib bahawa fasa pertama program itu yang diadakan di Putrajaya mendapat sambutan hangat sehingga menerima 7000 permohonan dan memperolehi langganan lebih 13 kali.

Turut hadir meraikan majlis perkahwinan puteri kepada Haniza Mohamed Talha, isteri Menteri Besar Selangor, Salbiah Tunut, Teresa Kok, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian dan Perdagangan, ADUN Seri Muda, Suhaimi Shafiei, Zuraidah Kamaruddin Timbalan Pengerusi PKR Negeri.

Editor : Khaulah Azwar.

Tugas SPR daftar nama pengundi bukan beri kad pengenalan kepada warga asing


Bangsar : Kegagalan Timbalan Setiausaha Surunhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Nordin Che Ngah untuk melunaskan lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil dalam pilihanraya umum akan datang menunjukkan semua alasan ini hanyalah digunakan oleh Menteri demi mengelakkan daripada melaksanakan tanggungjawab dan amanah beliau.

“SPR harus memberi kerjasama agar Pilihn Raya yang bakal dilaksanakan bersih dan tulus tanpa diragui oleh mana-mana pihak”, Kata Nurul Izzah Anwar Naib Presiden Keadilan selepas memberi ucapan rasmi dalam kursus Polling Agen Counting Agen (PACA) di Bangsar Puteri kelmarin.

Isu kemasukan warga asing yang semakin ketara memberi kebimbangan kepada seluruh masyarakat bahkan ratusan warga asing juga diberikan hak istimewa untuk menyertai kursus keushawanan yang diadakan di Istana Dugang Country Resort Dengkil, Selangor yang begitu sukar untuk rakyat Malaysia menerimanya.

Katanya, Apa sekali alasan yang diberikan oleh SPR dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah tidak masuk akal. Saya yakin ramai rakyat Malaysia yang mengetahui isu ini mempertikaikannya dan tidak puashati.

Apakah istimewanya warga asing datang ke Malaysia dengan diberi kursus tersebut sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga di Malaysia. Persoalan yang wajib dijawab adalah kenapa PDRM boleh mengiringi sejumlah besar pendatang asing atas alasan menghadiri kursus keusahawanan (mengikut OCPD Sepang).

Bagaimana jikalau rakyat Malaysia lainnya mahu menyertai kursus sedemikian? Adakah kerajaan dan kementerian bersedia menyediakan prasarana beserta pengiring? Justeru itu persoalan yang timbul wajib dijawab oleh Menteri dalam negeri, bukan ditolak kepada PSC.

Jelasnya lagi, baru-baru ini kita digemparkan isu SPR telah mengeluarkan sejumlah lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah atas arahan UMNO-BN.

Dalam tempoh sedekad, seramai 600,000 pendatang asing mendapat kad pengenalan palsu tu untuk tujuan mengundi UMNO - BN bagi tujuan merampas semua kerusi pembangkang termasuk Sabah daripada PBS.

Kabel diplomatik Amerika Syarikat telah mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno, katanya.

Apabila ditanya apakah peranan SPR sebenarnya sehingga mereka boleh menyediakan kad pengenalan kepada warga asing. Beliau menjawab hakikatnya tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukannya menyediakan kad pengenalan sebaliknya mendaftarkan pemilih yang layak mengundi. Tugas mengeluarkan kad pengenalan adalah tugas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ujarnya.

Saya juga kesal dengan jumlah kemasukan pengundi Pos di Lembah Pantai yang berjumlah 1,500 pengundi setiap bulan. Hal ini telah diperakui oleh Ketua balai polis di sini memang ada penambahan kemasukan pengundi yang mendadak.

Ini baru pendaftaran fasa kedua belum lagi akan datang. Begitu juga isu kemasukan nama pengundi hantu dan mewujudkan nama-nama kawasan yang tidak ada di sesuatu kawasan dalam senarai SPR. Bahkan apabila dibuat culaan undi didapati sebuah rumah terdapat nama pengundi bangsa cina dan india dirumah orang melayu.

Bagaimana pula nama-nama pengundi yang telah meninggal dunia masih tidak dihapuskan lagi. Semua ini merupakan kelemahan ketara SPR dalam melaksanakan tugas sehingga semua ahli parti politik terpaksa mendaftar pengundi baru yang layak mengundi dengan usaha sendiri untuk memastikan rakyat Malaysia layak mengundi - hal ini tidak berlaku di mana-mana negara moden lain di seluruh dunia.

Justeru kita desak supaya dilaksanakan pendaftaran pengundi automatik serta merta dan saya menyeru agar semua petugas Pakatan Rakyat (PR) terus pergiatkan kerja-kerja parti bagi membuat persediaan rapi untuk hadapi PRU13 yang akan berlaku bila-bila masa sahaja, kata Nuru Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.


Editor : Khaulah Azwar

Desak UIA tarik serta merta gantung Tugas Prof. Aziz Bari








Gombak : Pengerusi Solidarity Anak Muda Malaysia (SAMM), Syukri Abd. Rajab mewakili mahasiswa dan lapisan masyarakat telah Berjaya menghantar Memorandum kepada Timbalan Rector UIA pada jam 2: 20 petang di perkarangan Pejabat Rector UIA.

Ketika hendak menyampai memorandum bantahan jelas kelihatan pakaian beliau yang tidak terurus dengan kehilangan kasut ketika berhadapan dengan Timbalan Rector UIA, menyatakan “saya mohon maaf kerana tidak memakai sebelah kasut akibat merempuh halangan daripada himpunan yang dikelilingi lebih kurang 100 pasukan polis dan orang ramai untuk bertemu dengan Rector UIA”.

Timbalan Rector UIA berkata, “mengapa kamu keadaan demikian?, Dimana kasut kamu dan adakah kamu seorang mahasiswa?. Bertalu-talu soalan yang diberikan”.

Syukri sekali lagi menjelaskan, tidak, saya bukan mahasiswa. Saya Pengerusi SAMM datang ke sini solat jumaat dan menyerahkan memorandum kepada UIA. Keadaan ketika itu agak tegang apabila terdapat ramai polis disitu.

HImpunan aman seramai lebih kurang 3,000 orang yang terdiri daripada berbagai lapisan pimpinan, masyarakat dan mahasiswa berbagai institusi pengajian tinggi (IPT) memohon agar tindakan yang dikenakan oleh Prof. Aziz Bari di pertimbangkan dan ditarik serta - merta.

Syukri bersama saf pimpinan SAMM yang menghantar memorandum tersebut berkata, tujuan saya bersama semua yang hadir petang ini berhimpun secara aman menyerahkan memorandum suara hati mahasiswa dan lapisan masyarakat keatas tindakan pergantungan jawatan yang kenakan Prof. Aziz Bari.

Apa yang dilakukan oleh UIA keatas Prof. Aziz Bari menggambarkan institusi akedemik yang sangat tertutup dan sempit.

“Mengapa tindakan dikenakan keatas beliau sedangkan Prof. Aziz Bari bercakap atas kajian, bukti dan fakta yang kukuh melalui buku yang di tulis. Tindakan UIA dengan menggantungkan jawatan beliau adalah tidak wajar dan sangat terdesak”.

UIA seharusnya sedar dengan tindakan yang dibuat keatas seorang Proffesor yang sangat terkenal dengan ilmu perundangan bukan sahaja memberi kesan kepada UIA tetapi akan memberi kesan kepada institusi pengajian yang lain,katanya.

Justeru itu, kami hantar memorandum yang mengandungi dua tuntutan dibuat agar di pertimbangkan kembali antaranya pihak UIA harus menarik serta-merta pergantungan yang diberikan pada Prof Aziz Bari. Keduanya Hanya isu-isu akademik yag ada fakta dan ilmiah perlu diberikan kebebasan bukan fakta yang tidak ilmiah yang berunsurkan akedemik fitnah.

UIA harus memberi kebebasan bersuara kepada semua pensyarah dan mahasiswa tidak kira apa juga konsep akedemik yang diamalkan. Selagi mana ia amalkan konsep ilmiah dan fakta maka ia perlu diterima dan di hormati.

Ujarnya lagi, jika UIA tidak mengubah keputusan ini, maka ia akan mengubah imej institusi seluruh Malaysia.

“Apa guna Mahasiswa belajar dengan melihat apa yang berlaku keatas Prof. Aziz Bari yang merupakan salah seorang akedemik yang tinggi menggunakan ilmu untuk berhujah telah dikenakan hukuman menggantungkan jawatannya”.

“Apa guna mahasiswa belajar, jika ini nasib yang akan di tempuh oleh Mahaiswa pada masa akan datang”.

Sekali lagi saya mewakili semua yang hadir petang ini mendesak agar UIA mempertimbangkan dua tuntutan yang di usulkan dalam memorandum yang dibuat oleh kami.

Jelasnya lagi, Memorandum tersebut mengandungi hukum-hukum Hak kebebasan Akademik seluruh dunia di mana suara kebebasan diberikan kepada semua Akedemik dan pada ahli ilmu.

Hak kebebasan Akademik boleh diberikan hukuman jika ahli Akademik memutar belitkan fakta sehingga terjadinya fitnah, tetapi dengan memastikan ianya benar-benar menjadi fitnah dan berniat jahat.

“Saya yakin Prof. Aziz Bari tidak pernah berniat jahat bahkan memperbaiki budaya masyarakat Malaysia dalam dunia politik”, kata Syukri ketika menyampaikan memorandum kepada Timbalan Rector UIA.

Sementara itu, Naib Presiden Keadilan Nurul Izzah Anwar yang turut hadir dalam himpunan aman itu memberi sokongan bantahan sepenuhnya ketas tindakan yang tidak wajar oleh UIA kepada Prof. Aziz Bari.

Beliau berkata, terdahulu saya cuba untuk memohon menyambungkan pelajaran di UIA tetapi ditolak disebabkan ketika itu ayah saya Datuk Sri Anwar Ibrahim di penjara.

UIA dan parti politik yang sangat sempit pemikirannya ketika itu bimbang jika kehadiran saya di UIA ini akan memberi tekanan politik dan terus mempengaruhi pimpinan dan mahasiswa disini.

Tragedis 13 thn yang lalu, kita nampak tindakan yang sama diberikan kepada Prof. Aziz Bari yang merupakan Ahli Akademik yang sangat terkemuka disebabkan kuasa politik yang menggila oleh pihak tertentu.

Justeru itu, saya menyeru mahasiswa dan semua rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri dan wajib menentang kezaliman ini agar semua institusi pendidikan di Malaysia ini bebas daripada cengkaman kuasa politik. Itulah kewajipan kita yang harus kita lakukan. Pihak UIA juga harus menarik balik serta-merta tindakan yang dikenakan keatas Prof. Aziz Bari.

“Tahniah keatas semua mahasiswa yang berani tampil kehadapan”, kata Nurul Izzah ketika berucap dikalangan orang ramai dan semua mahasiswa yang berhimpun secara aman.

Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai mengingatkan kepada kerajaan Pusat (UMNO-BN) dan UIA agar buka mata dengan hampir 3, 000 yang berhimpun hari ini ianya merupakan satu permulaan. Generasi baru lebih tahu apa yang berlaku dengan politik sekarang dan mereka inginkan perubahan, katanya.

Sebelum bersurai dari himpunan itu beliau melaungkan slogan “ Jangan Takut dan Gentar , LAWAN TETAP LAWAN” dengan disambut laungan yang sangat gemuruh oleh semua yang hadir.

Turut hadir memberi sokongan bantahan Saf Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Amiruddin Shari, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Media difahamkan oleh saf pimpinan mahasiswa UIA yang mahu nama dirahsiakan himpunan aman itu bukan sahaja menangkap pimpinan PR yang sedang mahu menunaikan solat tetapi terdapat juga seorang mahasiswa yang turut ditangkap tanpa sebarang kesalahan.

Tindakan ini benar-benar mengecewakan kami sebagai mahasiswa.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI