Monday, February 6, 2012

Hasan Perlu Ikhlas Berjuang Bukan Jadi Budak Suruhan

Gombak : Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali diminta agar tidak menjadi kuasa ketiga dan tidak mewakili mana-mana pihak yang berkepentingan jika beliau benar mahu menegakkan amal maaruf nahi mungkar.

Ust Riduan (dua dari kanan) dalam majlis Muslim Care


Ketua Penerangan PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor berkata, jika benar Hasan Ali benar ingin perjuangkan Islam, Melayu dan institusi Raja-Raja dengan menubuhkan JATI, Hasan mestilah ikhlas tanpa mengira latar belakang sasarannya.

Tambahnya lagi, jika tidak Hasan hanya dilihat sebagai “budak suruhan” kepada pihak UMNO-BN terutamanya parti pemerintah jika hanya menjadikan Pakatan Rakyat (PR) dan pimpinannya sebagai sasaran kecaman beliau.

“Saya benar rasa hairan dengan Hasan menyerang pimpinan PAS dan pimpinan (PR), sedangkan kemungkaran lebih besar ada pada kuasa pemimpin utama di negera ini.

“kami benar rasa kecewa kerana Hasan hanya melihat kesalahan dalam PAS dan menuduh segelintir pimpinan PAS sebagai parasit sedangkan beliau tidak boleh bias kepada mana-mana pihak jika ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan Islam serta bangsa Melayu”,katanya selepas Majlis Merasmikan Bangunan Muslim Care tengahari semalam.

Ridhuan menambah lagi, Pemuda PAS berpendapat penubuhan JATI harus berdiri tegak atas platformya sendiri dengan sebuah pertubuhan NGO yang bebas daripada konkongan mana-mana parti politik.

Katanya, "Hasan sebagai pengemudinya harus bertindak professional dalam memperjuangakan Islam di negara ini dan tidak boleh memanjang sentiment isu pemecatannya kerana ia boleh di lihat sebagai agenda peribadi, bukan agenda umat Islam di Negara ini.

"Jika benar beliau mahu memperjuangakan akidah umat Islam, seharusnya UMNO terlebih dahulu di perbetulkan dan perlu di serang kerana tangan pimpinan mereka (UMNO) merekalah menyebabkan akidah umat islam terancam.

"UMNO pemilik kuasa di Negara ini telah memerintah berpuluh tahun dan mereka mempunyai kuasa dalam meluluskan Akta Undang-undang dan penguatkuasan dinegara ini.

"Justeru, Pemuda PAS menasihatkan JATI dan Hasan supaya jangan mengambil sikap semut di seberang lautan Nampak, tetapi gajah di depan mata tidak kelihatan kerana kita bimbang tindakan beliau akan membuka pekung dada sendiri, dan perjuangan JATI jadi hangat tahi ayam," katanya.

Sehubungan itu, Ridhuan juga menyeru agar semua rakyat Gombak yang hadir dapat membantu membangunkan bangunan teresbut kerana akan diadakan aktiviti pengajian, dakwah, dan sebagainya. Muslim care juga di buka kepada semua artis yang telah berhijrah untuk mengikuti kelas pengajian disini.

Penyumbang yang ingin menyalurkan sumbangan tersebut boleh disalurkan kepada Muslim Care RHB Bank 26 2120 0000 4747 atau Muslim Care Viva Palestin 5644 9021 1159.

Hadir sama Catriona Ross, Bob Lokman dan Nik Abduh Nik Aziz.


Editor : Khaulah Azwar

Catriona Ross Kesal di Tuduh Sertai Pembangkang



Gombak : Catriona Ross Bahrin Ross artis yang telah berhijrah melahirkan rasa kesalnya apabila program yang diadakan di Jengka, Pahang minggu lepas telah di batalkan serta -merta.

Jelasnya, baru-baru ini saya di jemput untuk menghadiri program di Jengka yang telah di undang oleh pihak penganjur disitu, namun program tersebut dibatalkan serta-merta kerana saya dikatakan orang PKR.

Mereka menuduh saya tanpa bukti yang sahih. Saya akui memang banyak mengikuti program yang dianjurkan oleh badan tertentu untuk meminta saya berkongsi tentang penghijrahan saya.

Salah ke saya berkongsi pengalaman hidup saya kepada golongan muda khususnya?,

Tujuan saya menyebarkan dakwah ini agar mereka tidak tersasar daripada landasan kehidupan yang sebenar, katanya dengan penuh kesal dalam majlis perasmian bangunan Muslim Care tengahari semalam kepada semua rakyat yang hadir.

Tambahnya lagi, kebanyakkan program yang saya hadir banyak berkongsi tentang pengalaman kehidupan saya yang dahulu seorang artis yang banyak tumpu kepada hal keduniaan tetapi kini telah berhijrah diri kearah kebaikan. Apakah program dakwah ini dikatakan saya terlibat dalam politik?

Ketika hampir PRU12 yang lalu, saya juga di tuduh bekerjasama dengan orang hijau (PAS). Mereka menuduh saya menyatakan orang PAS bayar saya untuk sertai PAS.

Terdahulu mereka mengatakan saya orang Ustazah Jadian, Orang PAS dan sekarang orang PKR pula.

"Saya tidak pernah mengisi borang Ahli PAS atau PKR."

Terus terang saya katakan, saya tidak masuk mana-mana parti.

Saya nak jadi Orang biru (UMNO), nauzubillah jauh sekali, Orang PKR tidak kearah itu, orang hijau (PAS) insya-allah, tapi dokan saya apabila berkawan dengan kawan-kawan yang fikrah islam maka Allah buka pintu hati
saya terlibat dalam PAS.

Tetapi biarlah hati saya yang masuk dalam mana-mana parti adalah kehendak hati saya sendiri dengan mengerti tentang perjuangan Islam yang syumul.

Saya sungguh terkilan dengan tomahan dan tuduhan mereka menyatakan saya begitu.

"Mengapa mereka tidak boleh berfikir dengan baik, apabila seorang itu berubah adalah disebabkan hidayah Allah SWT yang telah sampai kepada hambanya untuk menjadi insan yang lebih baik".

Catriona ross yang lebih mesra di panggil Cat menjelas lagi, sepanjang saya telah berhijab, perkara yang benar menyakitkan hati saya yang mungkin ini sebuah ujian dan cabaran.

Saya datang jauh daripada K.Lumpur untuk pergi ke Jengka menyebarkan dakwah bersama anak kecil berusia 2 tahun dan ibu, tiba-tiba mereka batalkan program tanpa diberi bayaran satu sen pun.

Apabila saya tanya mengapa program ini dibatalkan oleh pihak penganjur ?

Mereka menyatakan ADUN Jengka yang mewakili parti UMNO dapat tahu saya terlibat dengan parti pembangkang. Saya benar-benar rasa sedih dengan tuduhan tersebut.

Walaubagaimanpun saya tetap bersyukur dengan adanya ibu menemankan saya , beliau banyak menasihatkan saya dengan mengingatkan "sesungguhnya Allah tidak akan uji hambanya mengikut kemampuannya". Saya reda.

Disebalik kesedihan itu, penduduk tetap meraikan kehadiran saya dengan menyediakan sebuah rumah untuk menyampaikan dakwah saya kepada penduduk disitu.

Dengan perkara yang terjadi saya terfikir beginikah cara mereka (UMNO) berfikir untuk menerima artis yang berubah kearah kebaikan, kata Catriona.

Sementara itu ekoran peristiwa yang berlaku pada cat, Bob Lokman pula mempelawa Catriona menyertai PAS.

Katanya, saya bersama teman-teman seperjuangan PAS mempelawa Cat untuk menjadi Ahli PAS.

Pelawaan tersebut mendapat sokongan rakyat yang hadir disitu dengan laungan Takbir.

Catriona sambil tersenyum dengan menyatakan insya-Allah dengan melaungkan Takbir.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI