Wednesday, July 18, 2012

Video Mat Sabu -Himpunan Hijau Kuala Selangor




Jom Imarahkan Program Ramadhan Bersama Pimpinan dan Artis


Insya-Allah hanya tinggal dua hari lagi umat ISLAM bakal menyambut Ramadhan
  yang sangat dinantikan.

Berbagai aktiviti disediakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat untuk semua umat ISLAM.

Ayuh kita aktifkan diri dengan mendekati majlis ilmu, mendekati alim ulma dan artis-artis yang telah berhijrah.
Sehubungan itu, suka ana rakamkan Selamat Menyambut Ramdhan Al-Karim, Maaf Zahir Batin buat semua sahabat sahabiah, ahli keluarga yang semua yang mengenali ana . Moga  amal kita diterima Allah, Insya-Allah.

Pilihanraya Jawatankuasa Masjid Tidak Tulus, Pengundi Tertipu.


Gombak : Walaupun  Perlantikan Jawatankuasa Masjid peringkat negeri Selangor telah sebulan berlalu namun masih  ramai di kalangan anak kariah  setempat rasa tidak puas hati  akibat  terdapat tangan-tangan ghaib telah masuk campur tangan dalam perlantikan tersebut.


Datuk Wan (Kiri ) Tunjuk Surat bantahan  Jais yang Tak  Tulus dalam Pentadbiran

Penaung Persatuan Penduduk Desa Minang, Datuk Wan Mohd Safian Hj Wan Hasan mewakili penduduk disitu lahir rasa terkilan apabila prosedur yang telah di ditetapkan Jabatan Agama Islam (JAIS)  dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak seindah khabar dari rupa.


 Beliau berkata, “sebagai anak kariah disini kita rasa tidak puas hati  jawapan yang diberikan JAIS   tanpa mempertimbangkan sebaiknya”.


Sebagai Jabatan  Agama, JAIS sewajarnya menimbang  dan meneliti bantahan tersebut kerana mereka tidak tahu siapakah yang layak menerajui institusi masjid dan surau.
JAIS juga tidak sewajarnya memihak sesiapa bagi mewakili parti kerana ia mencemarkan institusi masjid.

Contohnya, Jawatan Timbalan Nazir  Masjid Ar-Rahimah Greenwood  calon yang bertanding adalah  Hamid Jusoh  yang menang dalam pengundian tetapi mengapa Nik Nazmi Nik Yaacob pula dipilih? soal Datuk Wan dalam sidang media pagi semalam di Dewan Jawatankuasa Penduduk Desa Minang, Gombak disini.

 Pengerusi Kol (B) Hamzah Bachik  pula menjelaskan, perlantikan  Nik Nazmi juga melanggar etika Suruhanjaya Pilihanraya Masjid yang dilantik  tanpa prajudis antaranya beliau menawarkan diri bertanding dua jawatan calon Timbalan Nazir dan Bendahari.

“Hamid Jusoh yang telah menang dalam undian merupakan seorang Pensyarah Undang-undang Islam di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan banyak terlibat dalam urusan pentadbiran. Pengetahuan Agama adalah lebih luas”, katanya.

Wartawan di  fahamkan,  Nik Nazmi  merupakan jurusan Akaun menarik diri daripada menjadi calon Bendahari selepas nama di pamerkan, dengan itu calon bendahari telah diistiharkan menang tanpa bertanding. 


Menurut  Hamzah, majoriti anak kariah juga rasa kesal tindakan JAIS yang tidak mengikut prosedur melantik  ahli jawatankuasa (AJK) Masjid.


Katanya, “jawatan untuk AJK Masjid adalah lapan orang tetapi JAIS hanya memilih enam orang sahaja tanpa memberi alasan yang kukuh mengapa dua daripadanya digugurkan.


Ekoran itu, kami telah keluarkan surat bantahan yang  diberikan kepada Datuk Setiausaha MAIS, Datuk Setiausaha Sulit Tuanku Sultan Selangor, mengikut prosedur. Tetapi surat jawapan yang diberikan oleh JAIS kepada kami tidak diberikan kepada mereka seperti diatas, tiada sebarang salinan untuk pihak berwajib”.


Beliau juga mendakwa  isi kandungan surat daripada JAIS adalah senarai calon yang di pilih di peringkat masjid akan ditapis dan di bincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan di peringkat Daerah (JKPD) yang dipengerusikan oleh Orang Besar Daerah atau Pegawai Tadbir Agama Daerah.

Mesyuarat bersama Jawatankuasa Penduduk bantah JAIS Yang Tak Telus

Calon yang di pilih akan diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS. Sehubungan itu MAIS mempunyai kuasa memilih calon yang layak melalui mesyuarat JKPD tersebut.

Ujar Hamzah lagi “kami tidak faham isu surat kandungan tersebut kerana  tidak dinyatakan dengan jelas siapakah orang-orang yang disebut dan mengapa surat ini tidak diberikan kepada Setiausaha Sultan Selangor dan pihak berwajib yang perlu dipanjangkan kepada kerajaan negeri Selangor juga”, soal  Hamzah.

Pemberitahuan isu berbangkit adalah penting bagi memastikan perjalanan aktiviti kemasyarakatan dalam masjid dan surau berjalan lancar.


Justeru, kami berpendapat JAIS bukan sahaja   membelakangkan Sultan pihak –pihak berwajib yang berperanan  megimarahkan rumah ibadah ini kerana tidak mengikuti prosedur perlantikan yang telah di tetapkan sebelum ini. Tindakan JAIS ini sudah jelas seolah ada sesuatu yang disembunyikannya.

Kita malu slogan yang digunakan oleh JAIS “Berkhidmat Kerana Allah Untuk Negara” tidak mencerminkan perkara sebenar.


“Imej pentadbiran ISLAM itu telah terjejas kerana kepentingan oleh pihak tertentu tanpa rasa takut kepada Allah untuk memberi khidmat kepada masyarakat”, katanya.

Sementara itu,  salah seorang pengundi anak kariah Masjid Ar-Rahimah, Greenwood, Hj Manaff Abd Latiff pula berkata, “saya benar-benar kesal dengan perlantikan yang dibuat”.


“Saya rasa tertipu dengan perlantikan JAIS. Pihak Masjid telah istihar nama pemenang tetapi  JAIS  istiharkan nama  lain pula.


Perkara ini benar-benar membuang masa kita untuk datang mengundi. Ketulusan JAIS dalam membuat perlantikan ini telah meragui semua umat islam berikutan  ramai umat ISLAM  dibeberapa kawasan  di negeri Selangor tidak puas hati dengan perlantikan dibuat”, katanya.


Tambahnya lagi, “Isu ini bukan hanya berlaku di Gombak tetapi seluruh kawasan Selangor. Apa yang saya bimbangkan akibat campur tangan JAIS dan pihak yang tidak bertanggungjawab akan memberi gangguan semua aktiviti masjid dan surau.


Rakyat berharap, apabila PAKATAN  Rakyat memerintah, masjid, surau   akan terus di imarahkan dengan majlis ilmu, berbagai aktiviti kemasyarakatan dilaksanakan tanpa mengira parti.

Kita bimbang akan datang institusi masjid dan surau tidak aktif pula berpunca campur tangan JAIS, MAIS dan tangan-tangan ghaib”, ujarnya.


“Saya harap tahun hadapan tidak perlu buat  hari pengundian kerana ia buang masa untuk rakyat hadir kerana pemilihan rakyat tidak diambil kira oleh JAIS.
 Kita harap JAIS tidak memberi jawapan yang mengecewakan semua pihak dengan tidak mengambil sebarang tindakan relevan.


Pihak atasan JAIS sewajarnya mengambil peduli isu-isu berbangkit sejak akhir ini dan perlu bersidang dengan semua badan berwajib  demi ummah,  katanya”.


Hadir sama, Kol (B) Hamzah Bachik, dan Hj Mustaha Majid.
 
Editor : Khaulah Azwar


Kerajan Negeri Sasar Dana RM 20 Juta Untuk MIMBAR

 
SHAH ALAM:  Menjelang tahun ini, Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan dana RM 20 juta yang diperuntukkan bagi Skim Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar).

“Sehingga Jun 2012, Kerajaan Negeri telah memberikan RM 11 juta kepada 4,452 peminjam bagi pelaksanaan skim itu”, kata Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Menurutnya, dana tambahan perlu dilaksanakan pada tahun hadapan memandangkan permintaan terhadap skim itu kian bertambah.

“Bagi memastikan kelangsungan dan sasaran program ini dapat dicapai, dana yang diperolehi itu diberikan secara berperingkat..

Mimbar mensasarkan kira-kira 250 peminjam setiap minggu di mana kutipan hutang yang dibayar semula oleh peminjam ini akan digunakan sebagai wang pusingan.

“Bagaimanapun dana tambahan perlu dilaksanakan memandangkan permintaan meningkat dan tidak mencukupi sepenuhnya,” katanya.

Rodziah  merupakan ADUN Batu Tiga berkata demikian semasa menjawab pertanyaan mulut daripada Azmin Ali (Bukit Antarabangsa-PKR) dalam sidang Dewan Negeri Selangor di sini.

Beliau menambah lagi, Kerajaan Negeri turut menyediakan latihan intensif kepada peniaga kecil-kecilan bagi meningkatkan kemahiran dan kepuayaan mereka supaya perniagaan dapat dikembangkan.

Program untuk ibu tunggal dan golongan kurang upaya (OKU) juga disediakan selaras dengan hasrat kerajaan negeri sebagai negeri berkebajikan.

“Kita tidak tinggalkan mereka dalam lingkungan kemiskinan. Kita bantu mereka dengan pelbagai program seperti pembersihan masjid dan pembungkusan semula produk bagi meningkatkan pendapatan mereka.

“Selain itu, peminjam Mimbar pula akan diberi latihan dan tunjuk ajar mengenai ilmu berdaya saing dalam perniagaan supaya mereka dapat meningkatkan skil di peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.
 
 
  
Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI