Sunday, November 11, 2012

JAIS dialukan siasat Nurul Izzah Leraikan Kekeliruan


Kerajaan UMNOlah harus disalahkan dalam isu murtad

SHAH ALAM, 12 NOV : Kerajaan Umno-BN seharusnya menyalahkan diri sendiri berhubung isu umat Islam murtad kerana sejarah membuktikan ia berlaku di zaman pentadbirannya apabila permohonan sebahagian umat Islam diluluskan bagi tujuan berkenaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kes murtad di sisi Islam adalah satu kesalahan besar yang tidak sewajarnya dibenarkan.

Menurutnya, kenyataan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
pada tahun lepas terdapat sejumlah 168 permohonan murtad diluluskan, perlu direnung secara serius oleh kerajaan Umno-BN sebelum menyalahkan pihak lain dengan isu yaang belum pasti kesahihannya.

“Kita pun rasa pelik macam mana majlis agama boleh meluluskan untuk orang murtad kerana kalau dilihat dalam peraturan Islam, murtad ini satu kesalahan besar dan tidak sepatutnya jabatan agama atau menteri yang bertanggungjawab membuat kelulusan.

“Sepatutnya mereka yang nak murtad itu dibimbing dan dipertahankan akidah melalui majlis bimbingan atau dihantar ke program pemantapan akidah. Kita rasa dukacita dengan kenyataan tersebut apabila permohonan mereka diluluskan, maka apa sebenarnya kita perlu mendapat penjelasan lanjut daripada beliau (Jamil Khir),” katanya  dalam sidang media  hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, bagi pimpinan PAS isu berkaitan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Ibrahim secara tiba-tiba diperbesarkan oleh pemimpin Umno-BN dengan laporan di media arus perdana kawalannya.

Beliau berkata, isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan dan maklumbalas daripada Nurul Izzah sendiri perlu bagi penjelasan sebenarnya terhadap apa dinyatakan.

“Apa sebenarnya yang diucap? Bila kita mengulas laporan Utusan Malaysia sebab Utusan Malaysia memang memfitnah dan memutarpelitkan kenyataan sebenar.

“Saya fikir isu ini bukan untuk mencegah dan menyelamatkan soal akidah kerana sebelum ini Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, langsung tidak dikritik oelh pemimpin Umno-BN pun dan juga kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang menolak hukum hudud,” katanya.

Dalam forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?”yang berlangsung baru-baru ini, Nurul Izzah selaku penalis didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.

Nurul Izzah bagaimanapun menafikan perkara itu dan hadir membuat penjelasan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sabtu lepas.

PAS Malaysia Hantar Memorandum Sebar Fitnah LGBT

“Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu perhimpunan aman dan penyerahan memorandum membantah kenyatan YB Nurul Izzah berhubung isu menyamakan Islam dengan agama-agama lain dan tindakan beliau menyokong LGBT….”

Dewan Pemuda PAS Malaysia menerima beberapa panggilan dan pertanyaan dari pihak media berkenaan kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] kepada wartawan-wartawan.

Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] adalah sama sekali tidak benar dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab.

Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti kompenan di dalam Pakatan Rakyat.

Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, individu yang mencetuskan fitnah ini bahkan yang menyebarkan fitnah ini adalah individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak mempunyai akhlak yang mulia. 

Membuat satu-satu kenyataan dengan menggunakan nama orang lain itu adalah satu penipuan manakala menyebarkan kenyataan tanpa bertanya kepada sumber itu pula adalah kesalahan dan kedua-duanya termasuk di dalam perkara mungkar yang dimurkai Allah.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar individu yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini untuk beliau menginsafi dan memuhasabahkan diri. Tanyalah kepada diri, apakah keuntungan yang diperolehi sekiranya kamu berjaya menimbulkan persengketaan ?

Sekali lagi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menafikan kenyataan tersebut dan mengecam individu yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah tersebut dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS Pusat.

NASRUDIN HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Demi Rakyat : Kerajaan Selangor Beri Notis 14 Hari Tanggal Kamera AES

Batu caves condo near temple ronnie liuShah Alam :Demi Rakyat Selangor, Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu.

Exco Negeri Selangor,  Ronnie Liu, berkata  pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.

Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang.

Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.

Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.




 Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI