Wednesday, June 20, 2012

SMKP Kapar Terima Pelbagai Anugerah Usahawan



Shah Alam: Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Perempuan Kapar meraih pelbagai anugerah di Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Permata Selangor 2012. 

Antara anugerah yang diterima ialah Anugerah Produk Terbaik, Anugerah Pengurus Terbaik, Anugerah Pengetua Terbaik, Anugerah Sekolah Terbaik, Anugerah Syarikat Terbaik serta Anugerah Persembahan Syarikat Terbaik.

Sekolah ini meraih anugerah berkenaan anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui syarikat Aurora Progresif Sdn. Bhd yang dianggotai pelajar dan guru sekolah.

Meriam Husin, Pengetuanya berkata, “semua warga sekolah memberikan sokongan padu serta menyediakan pelbagai bantuan seperti modal dan motivasi supaya syarikat yang ditubuhkan berjaya dalam perniagaan.

“Dengan motto ‘SMK(P) Kapar Juara, SMK(P) Mara’ Berbekalkan hasil keuntungan jualan melebihi RM60,000.

Semua warga sekolah memberikan apa “yang terdaya kepada para pelajar ini untuk berjaya,” katanya ketika ditemubual wartawan.

“Sekolah ini turut mencatat sejarah kerana berjaya meraih hasil jualan tertinggi sejak PUM ini dilancarkan pada tahun 1997 iaitu sebanyak RM263,356.

PUM turut mendapat kejasama Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) serta Jabatan Pelajaran Selangor.

Sementara itu, Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dalam ucapannya berkata, “bagi sekolah yang terpilih untuk pelajar tingkatan dua dan empat di Selangor berpeluang menubuhkan syarikat Sendirian Berhad dengan diberi lesen perniagaan oleh PKNS”.

“Syarikat-syarikat ini akan menjual produk dan perkhidmatan di lokasi-lokasi terpilih selain dapat menjalani kursus-kursus berkaitan perjalan syarikat serta latihan keusahawanan dan perniagaan secara praktikal,” katanya ketika perasmian konvensyen itu di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Menurut Othman setiap syarikat yang ditubuhkan mempunyai 25 orang pemegang saham dan lima daripadanya adalah ahli lembaga pengarah”.

Selain itu, Othman berkata, “PUM berjaya menerapkan budaya keusahawanan kepada 15,925 orang pelajar sepanjang program ini dilaksanakan.

“Bermula dengan penglibatan sebanyak 10 buah sekolah di peringkat awal dan hanya di berikan modal sebanyak RM450, PUM membantu pelajar-pelajar ini belajar untuk berniaga,” katanya lagi.

Hadir di majlis ini adalah Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Selangor, Abdul Khalid Jaafar serta Penolong Pengarah Institut Keusahawanan Negara, Mohd Idzwan Abdullah.

 Editor : Khaulah Azwar

Sudah Bersedia Untuk Hadapi Ramadhan??

 

"Alhamdulilah, akhirnya penantian menanti kedatangan bulan syaaban berakhir juga, ye hari ini mulanya 1 syaaban. kena pertingkatkan amal solih lagi, moga akan bertemu Ramadhan yang sangat dirindui. 
 
Puasa sunat, Amalan bagi umat islam yang sentiasa merebut peluang meraih pahala hasil natijah ibadah  yang dilakukan.

Amalan sebagai "training" untuk bertemu Ramadhan al-karim.

Ahlan wah sah lan, ya syaaban, bulan kekasih Allah telah mengetuk pintu umatnya agar bersiap siaga untuk bertemu bulan Ramadhan. 

Sudah banyak kali anak buah ana (nanan), minta sangat agar diberi peluang untuk berpuasa sunat. Bukan tidak mahu  ajarnya puasa sunat, malah sangat di alu-alukan. 

Tapi disebabkan, nana liat bangun, tak nak makan pagi dengan keadaan imtihan di sekolah, ana tak galak dia puasa.

Selalu bila hantar sekolah, tarik muka.. kenapa ateh tak bangun nana??, kenapa ateh je puasa?? nana nak juga puasa. soalan2 yang buat ana jenuh nak jawab.

Ana bimbang nana pengsan. Semasa usianya 5 tahun di PASTI, alhamdulilah Ramadhan yang dilalui dengan penuh bermakna dengan suasana tarbiyah. Puasa penuh, paksa bangun, masak sedap2..

Jenuh ana nak melayan kerenah si kecil ini untuk sebulan, tapi sebab nak sangat nana tahu WAJIB sebagai individu muslim melaksanakan ibadah ini. sifatnyayang kadangkala mencuit hati ana. Busu nya tukang ketawa jele..

Didikan ana yang tak seberapa cuba sedaya upaya membawanya ke program  tarbiyah agar masa yang dilalui sepanjang Ramadhan tidak berlaku sia-sia. 

Insya-Allah nana, isnin nanti, ateh akan pastikan nana puasa, kalau tak bangun juga siap siaga air sebaldi disimbah.. hehe.. 

Apa pun, ana ucapkan Selamat Beribadah kepada semua pengunjung blog, adik2 dan semua sahabat sahabiah yang berpuasa Syaaban hari ini. 



http://khaulah-azwar.blogspot.com/

Pentas Wanita PAKATAN RAKYAT

Tangan yang menghayunkan buayan akan menggegarkan dunia, jom pakat mai.. sebarkan.

Kenapa Suka Bagi Telekong, Al-Quran Pada Seseorang

Acapkali, apabila kita menjalinkan ukhwah bersama insan-insan sekeliling kita, mereka akan menghadiahkan sesuatu spt, telekong, Al-Quran,Sejadah dan lain-lain. 

Terkenang peristiwa lalu.. pemberian hamba allah yang sudah buat kesilapan,  selepas balik umrah.. bak kata teman2 seperjuangan mungkin apa diberikan inginkan kemaafan, dan mungkin kerana dia benar kasih..hi.. tamak, selfish betul manusia macam ni.

Berbahagialah dirimu teman,  aduhai benci pun ada juga nak ingatkan ini semua.. sudah ana tutup diara hitam ini..

But tapi pemberian yang ana terima ni, bukan tak suka, "really loving it.." syukran sgt. kena banyak beribadah dan doa untuknya lagi insya-Alllah.

Kadangkala kita tertanya, apakah pemberian mereka  kerana kasihnya dia pada kita kerana Allah SWT. 

Jika benar, alhamdulilah.. janganlah adanya kasih sayang yang terbina dinodai dengan tipu daya, yang kadangkala begitu sakit dan sukar untuk diterima. 

Bagi ana, dalam berukhwah, perlu ada masa bersama, perlu faham memahami, perlu jujur dan tidak menepikan sesiapa sekiranya kita rasa dia hadir atas kehendak Allah. 

HARGAILAH Mereka yang hadir dalam hidup kita. 


Doa terus dipanjatkan untuk kebaikan sang pemberi. 


Moga Allah merahmatinya hingga akhirnya.  Kata-kata yang ana tak mampu ungkapkan lagi, kerana Allah mengetahui hati hambanya.
 


Alangkah indahnya Berkasih sayang sesama kita

Yang ada hubungan cinta dengan Tuhan
Kasih sayang begini Adalah murni
Insyaallah kekal abadi Sepanjang hayat..



Harapan biarlah kasih Syg yang dibajai kerana Allah akan sampai mati 

Kasih sayang sesama kita Itu menjadi kuat
Apabila di ikat oleh Percintaan dengan Tuhan
Faktor Tuhanlah kasih sayang

Di antara dua insan Atau di antara sesama manusia Kekal abadi dan murni

Kasih sayang sesama manusia
Kalau mahu kekal Hubungan cinta Tuhan
Kenalah jaga Kasih sayang yang begini
Ia adalah sejati Sampai ke mati
Jelingan si manjaku.

Kasih sayang yang tidak diikat Dengan cinta Tuhan
Biasanya tidakkan kekal Tidak sampai kemana


Jika pun kekal kerana Keadaan yang memaksa
Tapi indahnya Jika Cintakan Tuhan
Rasa cinta sesama manusia Kekal abadi dan murni
Cintakan Tuhan Pengikat kasih sayang
Berpanjangan sukar nak diputuskan
Cintailah manusia Atas dasar cintakan Tuhan Ia bersih, murni dan sejatiIa kekal abadi.

Ya-Allah peliharakanlah ukhwah ksh syg ini seperti yang Engkau kehendaki, amiin ya rab.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI