Monday, March 16, 2015

Nurul Izzah Di Tahan Ketika Beri Keterangan. Di mana Keadilan ??



MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata beliau ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.
Nurul Izzah pada asalnya hadir ke balai berkenaan untuk siasatan berhubung perhimpunan Kita Lawan. Anak sulung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengesahkan perkara itu dalam tulisan di Twitter. Peguamnya, R Sivarasa ketika keluar dari balai memberitahu pemberita bahawa Nurul Izzah ditahan mengikut Akta Hasutan atas ucapannya di Parlimen hari Selasa lalu.



"Mereka (polis) masih lagi dalam proses mendokumentasi. Mereka enggan beritahu jika (Nurul Izzah) akan ditahan atau tidak.

 Dengan sinis, beliau juga berkata kerajaan sepatutnya terus memansuhkan parlimen sekiranya MP tiada kekebalan. "Mungkin mereka patut mansuhkan parlimen dan guna rejim autoritarian dan bukannya demokrasi,” katanya.

Tambahnya, polis turut merakam kenyataan Nurul Izzah berhubung perhimpunan Kita Lawan. Sementara itu, seorang lagi MP PKR, N Surendran berkata, polis tidak sepatutnya menyiasat Nurul Izzah. “Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan memberi kekebalan daripada apa-apa persidangan mahkamah atas apa sahaja yang dituturkan oleh seseorang MP di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini. 

 
Nurul Izzah tidak sepatutnya disiasat, melainkan jika beliau menyentuh isu sensitif, katanya. "Tindakan hanya boleh diambil ke atas MP atas kata-kata yang meliputi Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948, termasuk soal kerakyatan, kedudukan Raja-Raja, bahasa kebangsaan atau kedudukan istimewa orang Melayu,” kata peguam itu dalam kenyataannya.

 Siasatan ke atas Nurul Izzah itu dijalankan susulan laporan polis oleh bekas MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa kritikan ke atas badan kehakiman merupakan kenyataan yang menghina dan menghasut. Ia berhubung tindakan Nurul Izzah yang membacakan sebahagian daripada ucapan bapanya, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat.

Kandungan ucapan itu antara lainnya mengkritik para hakim yang menyabitkan   berhubung tindakan Nurul Izzah yang membacakan sebahagian daripada ucapan bapanya, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat. Kandungan ucapan itu antara lainnya mengkritik para hakim yang menyabitkan Anwar dengan kesalahan Liwat II.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI