Friday, February 5, 2010

Adun Melawat Tapak Futsal Kg. Changkat

Gombak – Permainan Futsal merupakan permainan yang top-10 pada masa kini kerana ia terbuka kepada semua golongan tidak kira tua dan muda, lelaki /perempuan.

Tetapi kadangkala membuat masyarakat merasa kesal sekiranya tempat rekrasi untuk riadah tiada disediakan. Ini yang menyebabkan berbagai gejala sosial wujud kerana aktiviti yang berfaedah tidak diadakan.

Oleh yang demikian, atas kesedaran itu pihak YB Dato’ sentiasa memikirkan dan mencari tapak yang bersesuaian untuk kebaikan masyarakat setempat setiap kali, beliau menghadirkan diri di Kawasan Gombak.

Terdapat beberapa kawsasan yang telah menjadi perhatian beliau dan beberapa orang penduduk kg. YB Dato’ telah membuat Lawatan ke tapak futsal yang telah dibuat baru-baru ini. Beliau telah diiringi oleh Ketua Kg Changkat (En Zainal Abidin), MPS, JKR, JPS,Pej Tanah, Ahli Majlis, MPS Zon Gombak, Nazir Masjid dan Kakitangan PKM Dun Gombak Setia.

YB Dato’ telah difahamkan oleh Ketua Kg. En Zainal bahawa kawasan tersebut telah dimohon oleh penduduk kepada JPS Kaw. Wilayah tetapi penduduk merasa kecewa permohonan tersebut tidak diluluskan atas alasan kawasan tersebut tidak sesuai. Dengan faktor yang diberikan tidak bersesuaian, penduduk tidak menghiraukan perkara tersebut dan telah menggunakan kawasan berkenaan walaupun terdapat kekurangan di tapak tersebut kerana tidak dinaiktaraf.

Apabila YB Dato’ bersama semua pengiring beliau melihat kawasan berkenaan ternyata tidak benar kenyataan yang diberikan oleh pihak JPS Wilayah kerana jelas kelihatan kawasan berkenaan adalah terlalu luas, sesuai digunakan oleh masyarakat. Selain daripada itu YB Dato’ menyatakan kawasan berkenaan tidak menghalang lalu lintas dan keselamatan pengguna juga terjamin.

YB Dato’ memberi cadangan meminta En Hirman daripada JPS Gombak, JKR, MPS, Ketua Kg agar mengadakan mesyuarat bersama JPS Wilayah untuk membincangkan tapak futsal tersebut. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh YB Dato’.

Beliau bersama semua yang melawat kawasan berkenaan merasakan ini adalah tempat yang paling sesuai dan amat berharap agar tidak menjadi halangan kepada beliau bersama penduduk untuk menubuhkan tapak futsal untuk kebaikan semua pihak dan mengelak berlakunya gejala sosial terutamanya anak-anak muda zaman ini, katanya.




Editor : Khaulah Azwar

Adun melawat Sistem perparitan di Kg Changkat


Gombak – Lawatan FAsa ke 2, YB Dato’ bersama MPS, Ahli Majlis, MPS Zon Gombak, JKR, JPS, Pej. Tanah, ketua-Ketua Kg. Nazir Masjid telah membuat lawatan ke Kg. Changkat bagi melawat sistem perparitan yang tidak terkawal dan tidak dinaiktaraf.

Lawatan tersebut dibawah Ahli Majlis, MPS Zon 7 (Pn. Maznah) telah menyatakan jika perparitan tersebut tidak dinaiktaraf dibimbangi air lonkang, najis akan naik kerumah kawasan penduduk.

YB Dato’ telah meminta agar pihak MPS, JPS dan JKR untuk mengambil tindakan segera agar menaiktaraf sistem perparitan tersebut untuk kebaikan penduduk sekitar.


Jika tidak diambil perhatian beliau khuatir musim hujan terutamanya pasti air longkang/najis akan melimpah ke kawasan perumahan penduduk. Ini tidak harus berlaku dan harus diperbaikikan sistem perparitan berkenaan, katanya ketika membuat lawatan tersebut.

Adun Meraikan Kejayaan Pelajar Ke New Zealand


Gombak – Ibubapa mana yang tidak gembira apabila melihat anak-anak telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Walaupun kehidupan serba kekurangan dengan pendapatan yang tidak seberapa akibat daripada pergolakan kehidupan yang kadangkala dirasai ditindasi oleh segolongan yang tidak mahu bertanggungjawab dan lantaran itu membuat diri menjadi tekanan.

En. Nourman mempunyai 5 orang cahayamata. Pernah bekerja sebagai kontraktor tetapi nasib tidak menyebelahi beliau apabila syarikat kontraktor tidak membayar gaji mengikut taraf kelulusan yang sediada. Kadangkala beliau merasakan diri ditindasi oleh orang-orang tertentu. Namunpun begitu beliau seorang yang tabah dalam menghadapi kehidupan ini dan masih teruskan usaha untuk membayai pelajaran anak-anak, sehinggakan ke 5 anak-anak mendapat kesempurnaan dalam pengajian.

Hadirnya beliau di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia bersama anaknya Noorliyana Nourman baru -baru ini ingin mendapatkan sokongan bantuan biasiswa daripada YB Dato’ Hasan selaku Adun Gombak Setia.


Noorliyana merupakan pelajar yang cemerlang dalam pengajiannya. Anak ke 2 daripada 5 orang adik – beradik. Beliau telah memperolehi (SPM) 9a1, 1A2, PMR 8A, Dalam pengajian Diploma International Bachelor di Kolej Mara beliau telah dinobatkan sebagai “top 10 The Best student”. Kini beliau akan melanjutkan pengajiannya di University di New Zeland pada 13/2/2010.

ADUN GOMBAK KESAL, PENDUDUK BENGANG (KG. BANJAR)

Gombak – Rumah merupakan aset utama kepada sebuah keluarga. Tetapi sekiranya harapan yang dibina untuk memiliki sebuah rumah yang telah dipendamkan sekian lama dengan usaha titik peluh sendiri tiba-tiba tidak kesampaian disebabkan pengurusan oleh pihak yang tidak mahu bertanggungjawab sudah pasti membuatkan pembeli rumah merasa kecewa. Lantaran itu berbagai tindakan diluar dugaan pasti akan berlaku jika tidak diambil perhatian oleh pihak berkuasa .

Atas pemasalahan yang menimpa keatas penduduk disekitar Tmn Selasih Fasa 1 dibawah projek perumahan MPS / Panji Selasih maka YB Dato’ Hasan telah turun pandang baru-baru ini bersama MPS, JKR, JPS, Ahli Majlis MPS di Zon Gombak, ketua-Ketua Kg, Nazir Masjid, Kakitangan PKM Dun Gombak Setia bagi melihat pemalasahan kawasan perumahan tersebut.

Tinjaun yang dibuat oleh YB Dato’ adalah bertujuan untuk mengetahui status kedudukan rumah tersebut yang kini sudah 2 thn terbengkalai. Hanya tinggal 33 orang lagi penduduk yang sepatutnya telah mendapat kunci rumah tetapi masih kini tiada jawapan dan hanya kelihatan bangunan perumahan yang hanya tersergam tetapi tidak kelihatan seindah rupa, ternyata kelihatan telah terbengkalai. Bagi pemilik rumah yang melihat sudah pasti hati menjadi bengkak dan bengang hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan.


Jumlah keluarga setinggan yang terlibat 233 buah keluarga yang berasal daripada penduduk Kg. Banjar, Gombak. Sebanyak 200 buah keluarga telah dipindahkan ke RKR Tmn Bolton dan 33 buah keluarg ditempatkan di RKR Panji Selasih.

Kini sebanyak 33 orang yang masih tidak mendapat penempatan rumah di Panji Selasih. Pada 14hb Jan, 08 YB Dato’ Tang See Hang telah mengarahkan pihak PKNS dan Panji Selasih agar mereka berkongsi bagi membuat pembayaran subsidi sewa Okt, 2007 – Feb, 2008 kepada 33 buah keluarga setinggan Kg. Banjar yang ditawarkan RKR Panji Selasih berjumlah RM82, 500. Walaubagaimanapun memandangkan terdapat beberapa masalah, Pihak Majlis telah diarahkan untuk mendahulukan wang subsidi sewa bagi tempoh tersebut.

Bagi menyelesaikan isu tunggakan subsidi sewa rumah 33 keluarga Kg. Banjar satu mesyuarat telah diadakan di Pej. tanah Gombak dan telah dipengerusikan oleh Y.B Dato Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam. Pihak terlibat telah menyatakan bahawa :-

1) PKNS : Tidak akan menyambung bayaran untuk subsidi sewa rumah penduduk Kg. Banjar ke RKR Panji Selasih kerana telah melaksanakan bayaran untuk tempoh 2 thn sepertimana yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri.

2) Panji Selasih : Menyatakan tidak mahu bertanggungjawab terhadap setingan kerana arahan tersebut tiada dinyatakan didalam perjanjian Joint Venture (JV) bersama MPS semasa membangunkan tanah tersebut. Pihak pemaju memaklumkan RKR tersebut akan disiapkan pada Mac, 2008.


YB Dato’ telah meminta Mohd Aszwir B. Sabiruddin, Pen. Pegawai Perancang, Unit Setinggan MPS agar dikemukan permalasahan ini kepada pihak YDP MPS untuk bersama-sama mengatasi masalah ini dengan segera dalam mesyuarat akan datang.

YB Dato’ menyatakan bahawa beliau amat bimbang jika perkara ini berlarutan kerana menyebabkan lokasi berkenaan menjadi semak, dipenuhi nyamuk dan paling dibimbangi menjadi lokasi penagih dadah dan ‘kaki botol’ ini menyebabkan penduduk lain terancam. Malahan bagi pihak penduduk sudah pasti menjadi tertekan kerana pembayaran sewa dan interest rumah berjalan sekali serentak. Sudah pasti menjadi bebanan kepada penduduk.


YB Dato’ memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi. ”Kita mahu pemaju bertanggungjawab terhadap projek yang mereka laksanakan. Jangan biarkan penduduk sekitar menjadi mangsa akibat kegagalan menyiapkan projek perumahan itu. Ambil segera langkah pemulihan,” kata beliau ketika membuat lawatan turun padang di sini baru-baru ini.

Beliau berkata lagi, untuk mengatasi kemelut 33 orang penduduk yang berhak mendapat rumah tersebut tetapi kini telah terbengkalai, beliau mencadangkan pembeli dan penduduk merujuk perkara tersebut kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mencari formula menyelesaikannya.

Beliau juga menyatakan rasa kesal kerana rumah tersebut sepatutnya sudah siap lama tetapi terbengkalai dan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes serta lokasi tersembunyi kegiatan tidak bermoral.

Justeru itu pihak beliau bersama MPS, sedia menjadi perantara untuk menyelesaikan masalah berkenaan dan mahu ia segera diatasi agar dapat mewujudkan persekitaran bersih dan sihat, terutama dalam aspek keselamatan penduduk dan anak-anak mereka. Beliau akan membawa usul tersebut ke dalam mesyuarat MPS akan datang dan meminta agar laporan tersebut disedikan oleh pihak MPS bagi mengatasi masalah ini secepat mungkin.




Editor : Khaulah Azwar

Bimbang Jika projek perumahan dibina di Kaw. Public Area

Gombak – Bertindak sebelum terlambat dan bagi mengelak terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini. Rasa tidak kepuasan hati dan kebimbangan telah menyelubungi Penduduk Tmn Selasih 1 apabila dimaklumkan bahawa kawasan “Public area” akan dijadikan perancangan membina 7 unit buah rumah teres berhampiran Surau Al-Husna dibawah Syarikat Pemaju Tajaria.

Bantahan tersebut telah disuarakan kepada pihak MPS baru-baru ini oleh penduduk sekitarnya dan di serahkan kepada pihak MPS oleh Pn. Maznah (Ahli Majlis, MPS Zon 7, En. Kamal B. Hj Mohamad Pengerusi Surau Al-Husna, Dr Yusof Mohamad & Hj. Mustapha. Salinan surat berkenaan telah diberi kepada pihak YB Dato’ Hasan / Adun Gombak Setia baru-baru ini sebagai makluman dan untuk diambil tindakan susulan bersama pihak MPS.

En. Kamal Ahli Jawatankuasa surau, telah memaklumkan bahawa tindakan tersebut dibuat atas ingin menjaga keselamatan penduduk kerana kawasan tersebut tidak sesuai dijadikan kawasan perumahan ” Public Area”.

Beliau berkata, sekiranya pihak pemaju meneruskan hasrat tersebut dibimbangi nyawa penduduk akan terancam lebih-lebih lagi kawasan berkenaan yang merupakan kawasan lalu lintas kenderaan awam. Selain daripada itu pihak surau juga sukar untuk membuat program jemaah untuk masyarakat setempat.

Beliau berkata lagi, terdapat berbagai aspek yang akan berlaku juga sekiranya pihak pemaju tidak meneliti secara terperinci dan memikirkan kesan baik dan buruknya sebelum membuat projek perumahan.

Oleh itu beliau dan beberapa orang penduduk yang telah menandatangani surat bantahan tersebut amat berharap pihak YB Dato’ dan pihak MPS dapat mengambil tindakan segera sebelum terlambat.

YB Dato’ Hasan telah menerima aduan tersebut dan beliau akan turun padang bersama MPS, JKR, JPS, Ahli Majlis bagi melihat kawasan berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan untuk kebaikan semua pihak.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI