Wednesday, August 24, 2011

ADUN Meru Sediakan program Pecutan SPM 2011 percuma

Meru : Hanya tinggal 3 bulan lagi semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu membuat persediaan yang rapi sebelum bertempur peperiksaan yang merupakan penting bagi membentuk masa depan mereka.

Justeru itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman telah mengambil inisatif untuk membantu semua calon peperiksaan dengan mengadakan program Pecutan SPM 2011.

Seramai 500 calon yang terdiri berbagai kaum telah menyertai program tersebut dengan percuma. Mereka yang menyertai program ini terdiri daripada pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dibawah naungai Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Dr Halimah Ali, namunpun begitu terdapat juga pelajar luar yang tidak menyertai PTRS mengikuti program ini. Semua peserta yang menyertai program ini terdiri daripada DUN Pelabuhan Klang, Sg Pinang, Selat Klang dan Sementa.

Beliau juga telah memaklumkan kepada semua peserta, Penyertaan PTRS adalah percuma bagi membantu semua pelajar selangor yang pendapatan ibubapa/penjaganya RM1500 kebawah dan fakir miskin.

“Tujuan kita membuka ruang ini adalah ingin membantu hasrat ibubapa/pelajar yang tidak berkemampuan untuk memberi tuisyen atau ingin menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti kursus motivasi”.

Kita faham dalam keadaan ekonomi yang semakin meningkat sudah pasti ibubapa tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti kursus atau tusiyen yang dianjurkan oleh badan NGO atau pusat tuisyen kerana yurannya begitu mahal. Justeru itu kita buka peluang kepada ibubapa untuk menghantar anak mereka menyertai program ini bagi memastikan keputusan SPM, 2011 di negeri Selangor khsusnya meningkat dari semasa ke semasa. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk membantu rakyat Selangor,” kata Dr Rani kepada media di Dewan Hambali Masjid As Syarif Meru.

Program sehari, semua calon diberikan taklimat mengenai tips-tips soalan, panduan menjawab soalan dan teknik menjawab soalan yang betul dengan mendapat bimbingan daripada guru -guru yang berpengalaman dan terlatih.

Editor : khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI